Apr 27, 2012

CARROT APPLE JADE CUP CAKE

Assalamualaikum


Selamat pagi Malaysia..
Selamat pagi semua..
Bertemu sekali lagi kita dipagi Jumaat yang cerah dan ceria.
Esok sekali lagi kita bertemu hujung minggu. Mungkin inilah peluang untuk bersama keluarga. Melakukan aktiviti bersama keluarga memang amat menyeronokkan. Macam-macam aktiviti yang boleh kita lakukan. Selain daripada aktiviti lasak yang amat diminati sekarang ini, aktiviti memasak juga tak kurang hebatnya dan semakin mendapat tempat dihati keluarga.


Jom kita buat kek cawan yang comel..
Sebenarnya buat kek cawan ni amat mudah berbanding kek biasa. Satu kita tak akan bimbang kek bantat atau tidak masak. Biasa kek cawan tak akan timbul pekara yang seumpama itu.
Kek cawan juga amat mudah cara penyediannya, mudah juga untuk dinikmati, tak payah nak potong-potong. 

Anak-anak lah yang paling teruja bila disediakan kek cawan yang comel. Selain kreativiti atas hiasan kek yang menarik minat mereka, ianya juga mudah untuk dibawa oleh anak-anak mungkin sebagai bekalan ke sekolah untuk dijamu bersama kawan-kawan.

Kek cawan ni ita sediakan sebenarnya untuk suami ita. Beliau amat meminati carrot cake. Kerana masa b'day beliau hari tu ita tak berpeluang untuk buat kan kek, jadi cuti hujung minggu hari tu ita buatkan kek ni sebagai hadiah ulang tahunnya.. 

Resepi kek ni sebenarnya adalah dari Naz Rin Can yang dikongsikan di Fotopages. Ita pula ambil resepi ni hasil perkongsian rakan ita, Yatie. Melihatkan adunannya yang menggunakan apple, ita terpanggil untuk mencuba. 

Resepi asal satu adunan telah ita ubah kepada 1/2 adunan, memandangkan ita membuatnya dalam cawan kertas. Itupun masih dapat banyak juga,  bagi keluarga yang kecil macam ita ni.. puaslah suami ita makan. Sedap! katanya.. lembut dan gebu. Gabungan dengan cream cheese tu mmg serasi. Lepas sebijik sebijik di makanya.. seronok ita lihat bila kek licin tak berbaki..

 

Bersama-sama ini ita kongsikan resepi satu adunan daripada Naz Rin Can dan 1/2 adunan yang telah ita olah. Kepada yang nak buat makan ita cadangkan untuk buat 1/2 adunan sahaja. Kalau nak buat jamuan bolehlah buat untuk 1 adunan.

Sebelum ita menghari dengan ucapan selamat berhujung minggu. Ita nak ucapkan terima kasih pada Naz Rin Can kerana berkongsi resepi yang sedap dan juga pada rakan ita Yatie yang juga telah mencuba!
Kepada peminat-peminat carrot cake diluar sana boleh lah mencuba! ita pasti anda juga akan sukakan rasanya yang enak!


CARROT APPLE JADE CUP CAKE
Dari Koleksi resepi : CARROT APPLE CAKE
By: Naz Rin Can
Rujukan : Yatie


200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn  gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak mera ~  diparut
75 gm apple hijau ~  diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm pistachio ~ boleh juga guna kacang lain

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan

Ayak  tepung bersama  baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Masukkan apple, carrot dan kekacang
Gaul rata menggunakan spatula sahaja
Scopkan adunan kedalam cawan kertas
Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna
Tunggu kek benar-benat sejuk sebelum dihias dengan cream cheese
 

CREAM CHEESE TOPPING
125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Masukkan adunan dalam piping bag
Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit
Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi.
Taburkan sedikit dengan parutan carrot
Hias ikut kreativiti masing2.
Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

APPLE JADE
Sedikit fondant putih
Sedikit fondant hijau
Sedikit bunga cengkih

Campurkan fondant hijau dan putih
Uli hingga ia terbentuk marble sahaja
Bentukkan bulat apple
Letakkan bunga cengkih sebagai tangkai
Hiaskan atas cream cheese


CARROT APPLE CAKE
By: Naz Rin Can
Rujukan : Yatie

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
 
CREAM CHEESE TOPPING
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2. Dah siap masukkan dlm petiais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

Apr 25, 2012

AYAM SYAHJAHAN

Assalamualaikum


Selamat pagi Malaysia..
Ada yang dah mula menyinsing lengan didapur..
Nak masak apalah tu agaknya kan..?
Ada masa, payah juga jadi suri rumah ni kan.. Hari-hari memasak, ada masa sampai tak tahu apalah yang nak dimasakkan.. Asyik ulang tayang resepi yang sama pastinya membosankan seisi keluarga.. Sesekali nak juga merasa menu yang istimewa..


Dah ada menu istimewa untuk keluarga hari ni? Apa kata cuba resepi istimewa ni. Ita ambil resepi ni dari buku masakan Pn Asmah Laili. Buku dengan tajuk " Mintak Ampun Sedapnya... Memang Sedap!!!" ni dah lama berada dalam simpanan ita. Resepi dalam buku ni sedap-sedap belaka. Banyak yang ita dah cuba, dan semua yang telah ita cuba  serasi pula pada selera ita dan keluarga. Walaupun harga buku ini sangat mahal, tapi ita rasa berpatutan dengan kualiti kertas di tambah lagi gambar yang menarik dan resepi yang menyelerakan.

Dalam buku ini menghimpunkan koleksi resepi dari pakar masak Singapura. Sebagaimana yang kita ketahui orang Singapura ni memang pandai memasak. Ita akui kerana keluarga sebelah ayah ita ramai dari Singapura dan mereka semua memang pandai memasak serta cukup tangkas didapur.

Seingat ita masa ita kecil dulu, selalu keluarga sebelah ayah ita yang dari Singapura akan bertandang ke rumah setiap hujung minggu. Kedatangan mereka bersama buah tangan memang sangat ita nantikan.. Bukannya apa.. kebanyakkan buah tangan dari mereka tak pernah lagi ita dapat nikmati di JB ni. Mereka pula tidak pernah lokek berkongsi ilmu masakan. Ada sahaja resepi baru yang akan dikongsikan kepada emak ita untuk dicuba.

Dari resepi kuih muih, roti dan kek termasuklah untuk kudapan anak-anak. Yang paling ita tak lupa adalah resepi 'gula tarik' yang diajarkan oleh seorang makcik sedara dari Singapura. Resepi itu telah memberikan sumber pendapatan juga kepada kami sekeluarga. Walaupun membuatnya sangat rumit tapi sangat muai dan memdapat permintaan yang sangat mengalakkan dari anak-anak kecil, kerana pada masa tu tak de lagi gula tarik dijual di JB. Lepas makan semua sakit gigi.. dan ramai-ramai nyanyi lagi 'aduh! mak sakitnya... aduh! mak sakitnya..." hihi


AYAM SYAHJAHAN
By : Mumtag Begum Omar
Rujukan : Buku Masakan Asmah Laili
Minta Ampun Sedapnya.... Memang Sedap!!!

Bahan A
1 ekor ayam ~ dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam ketepikan
5 biji buah pelaga
3 cm kayu manis
5 biji bawang besar ~ didadu kecil
2 batang lada hijau ~ dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia atau bawang putih ~ ita letak kedua2nya sekali
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato ~ didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 gengam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak ghee / minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Bahan B
1/4 cawan tairu ~ ita gantikan yogurt
5 biji badam
5 biji gajus
1/4 sudu teh koma-koma
~ semua bahan di atas dikisar halus


Panaskan minyak jagung dan gorengkan ayam sehingga 3/4  masak.
Angkat dan ketepikan.
Tambahkan minyak ghee kepada lebihan minyak gorengan ayam dan biarkan panas
Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum
Masukkan bawang yang telah didau dan lada hijau
Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu
Kacau setiap asa sebab bawang dadu cepat menguning
Masukkan pes halia atau pes bawang putih dan tumis hingga wangi
Masukkan pes tomato dan dan tumis selama 2-3 minit
Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina.
Tumis selama 10 minit
Sentiasa dikacau untuk membantu memecahkan tomato


Masukkan rempah kari daging dan tumis selama 10 minit
Kemudian masukkan bahan B dan garam, tumis semula sampai keluar minyak
Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan balik-balikan selama 5 minit sahaja
Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar naik minyaknya
Keluarkan minyak yang berlebihan ~ ketepikan

Bolehlah di sajikan bersama nasi pilihan

Panduan : Apabila mula menumis, pastikan bahan-bahan tumisan dikacau setiap masa sehinggalah dimasukkan ayam. Jangan tumis terlalu lama kerana rempahnya akan menjadi pahit


Apr 24, 2012

PUDING COKLAT SALJU

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat ita bersiaran hari ini. Sebenarnya minggu ni terasa sangat sibuk memandangkan anak ita Dalili ada exam. Jadi terpaksa ruangkan sedikit masa buat ulangkaji bersama Dalili. Sebelum ita terlupa, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan atas tersiarnya artikel blog Masam Manis dalam majalah SAJI bulan Mei. Terima kasih sekali lagi, ita juga mohon maaf andai ada ucapan yang tak sempat ita balas.


Kemunculan ita di majalah SAJI bukanlah untuk mengejar glamor jauh sekali untuk tampil popular. Ita hanya memenuhi permintaan dari pihak SAJI yang ingin memperkenalkan blog Masam Manis dan meminta ita memberikan pandangan tentang dunia blog masakan dan pengalaman ita sepanjang ita berblog untuk dikongsikan kepada pengemar-pengemar dunia masakan diluar sana.

Alhamdulillah sepanjang ita berblog, belum ada lagi insident yang menguris perasaan, kalau ada pun ianya adalah adat dalam dunia blog yang harus kita tempuhi dengan sabar. Buangkan jauh-jauh perasan syak wasangka, kerana ita tak suka ianya menganggu rutin seharian ita.


Sepanjang berblog banyak pengalaman suka duka yang ita timba. Sebenarnya banyak yang ingin ita kongsikan, tapi ada masa ita bimbang ianya akan disalah ertikan. Cukuplah pengalaman yang sudah-sudah..
Ita hanya mahu blog masakan diangkat sebagai antara blog yang berkualiti, yang dijadikan rujukan oleh semua untuk mendapatkat bahan, resepi atau tip dan panduan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.
Bukanlah mahu ianya disanjung, cukup sekadar ianya di hargai dan kewujudannya membuka mata semua bahawa blog-blog masakan di Malaysia juga adalah yang terbaik!


Keseronokan berblog hanya mereka yang benar-benar minat dan memahami sahaja yang dapat merasakannya. Berblog perlukan minat yang mendalam.. komitment yang tinggi, dan yang paling penting sabar dengan segala kerenah...
Sebagaimana kita lihat sekarang banyak blog yang tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, tak kurang juga yang hanya  hangat-hangat tahi ayam..
Oleh itu sebelum berblog tanya pada diri.. apa tujuang utama kita berblog?


Bila kita dah selalu berblog ianya telah sebati dan dah menjadi rutin seharian kita. Kalau tak jenguk blog sehari rasa macam ada yang tak kena... Seperti ita juga, sehari tak jenguk blog rindunya rasa bagaikan bertahun... Yang paling ita seronok bila blog ita disayangi oleh suami dan anak-anak. Suami ita pagi2 sebelum pergi kerja mesti nak tengok blog dulu dan balik kerja blog  juga yang di cari.. macam jadi satu terapi pula bagi kami sekeluarga.

Anak-anak pula penuh dengan idea.. macam-macam yang nak dibuat kat blog maknya ini.. hihi tapi ada masa ita tak lah izinkan bimbang ada yang tak dapat terima idea anak-anak sekolah ni kan.. hihi


Panjang pulak ita membebel pagi ni. Apa kata bila dah banyak sangat mengomel kita basahkan anak tekak ni dengan puding coklat yang sejuk dan dingin.. walla.. sedap dan nyaman terasa bila dinikmati.

Resepi puding ni sekali lagi ita selongkar di My Resepi. Resepi sekali lagi hasil sentuhan dan idea kak Fida. Sedap tau puding ni.. Ianya tak macam puding sebenarnya kerana tak menggunakan agar-agar atau jeli. Teksturnya juga sangat lembut macam dadih pun ada.. tapi rasa coklatnya.. walla!! kalau tak mengenangkan berat badan yang dah naik melambung2 macam harga ayam daging ni.. aduyaiiii... alamat tak sempat sejuk dah licin..
Ada yang nak cuba? pasti nak lagi dan lagi..
Bagi pengemar coklat apa tunggu lagi.. Dapatkan segelas untuk rasa nikmat yang tak terkata.. slurrrppp....


PUDING COKLAT SALJU
By : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

500 ml susu segar
80g-100 g gula halus
25 g mentega
100 g choc masakan-dipotong kecil
1 sudu besar serbuk koko ~ ita tambah
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

Susu, gula, mentega dan choc masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin. Matikan api.
Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.
Hias dgn choc. putih parut, choc. rice, kekacang cincang atau apa saja ikut selera.
Simpan di dlm peti sejuk.
Sedap disajikan sejuk. 
 
Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong, tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar masa menghidang, kenalah cedok dgn sendok)
klau menggunakan serbuk koko, lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil
 

Sebelum ita terlupa, bagi pengemar-pengemar coklat atau yang berhajat untuk mengetahui cara dan teknik pembuatan coklat yang betul. Atau ingin mengetahui rahsia coklat.  Jom kita sama-sama terokai rahsia coklat bersama Chef Coklat kita siapa lagi kalau bukan Chef Amer..

Ya, Chef Amer sekali lagi akan turun ke Johor untuk bertemu anda dan menyelongkar rahsia coklat bersama-sama. Bagi merekan yang tinggal di Johor  atau mereka yang tinggal berhampiran.. Jangan lupa untuk mengikuti kelas Coklat Chef Amer seperti yang tertera dibawah.


Jumpa disana....
Apr 21, 2012

SAJI oh! SAJI

Assalamualaikum


SAJI oh! SAJI
Dah berapa kali dok berulang alik ke kedai untuk mendapatkan majalah yang satu ini.. adoii.. setiap kali itu juga ia masih tak muncul-muncul.. kenapa lambat pulak munculnya SAJI bulan ini??
Aduyaiii... buat suspen aje...
Debaran semakin terasa bila ramai rakan-rakan yang telah mengucapkan Tahniah di FB tak kurang juga yang menghantar email dan msg, terima kasih banyak-banyak ye.. terharu sangat dengan ucapan tahniah yang tak putus-putus.. Makin meledak gelora dijiwa kerana majalah SAJI belum lagi berada dalam gengaman ita..
Aduyaiiii.. mengurut dada.. sabar... esok lusa sampailah tu.. nak meredakan gundah gulana..

Pagi ni dalam awan hitam yang berarak kelabu, ita meredah hujan lebat untuk mencari buah hati pengarang jantung yang satu ini..
Dengan tersipu-sipu malu.. sebab dah berapa hari dok bertandang ke kedai apek ni.. takut jugak dimarahi.. ayak!...
" apek, itu majalah SAJI sudah sampai belum?"
" aya... mau itu SAJI jugak ka... ala apa itu dalam SAJI???"
" ada resepi lah apek.... mau masak.."
" lain punya tak mau ka??"
" lain sudah beli.. ada tak pek?"
" aya.. mayak kesian la sama lo... hali-hali latang cali SAJI... ala ala... nanti wa ambil.. belum bukak tali lagi.. "
Yesss!!..
" Aya sebab hali-hali latang..  hali ni wa kasi  free..."
" eh! ye ke ?? aya.. lu manyak baik lah apek.. terima kasih manyak-manyak aaaaa.."
" nanti bila sudah masak hantar sini sikit maaa..."
"ya lo.. ya looo.. hihi "
Ada ada aje apek ni kan..

Fuh! lega bila SAJI sudah berada dalam gengaman..
Sehelai-sehelai,  helaian SAJI ita selak dan akhirnya terhenti di situ...
Alamakkkk!!! segannya... aduyaiii...
Sebaris-sebaris ayat ita baca.. sayu pulak rasa dihati..
Terima kasih Ila kerana memberikan akak peluang untuk muncul dalam majalah SAJI bulan ini..  Tiada ucapan lain yang dapat ita ucapkan selain rasa syukur dan terharu.. Terima kasih semua..


Di kesempatan ini ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua team majalah SAJI bulan Mei ini, teristimewa kepada wartawan eksekutif adik Rosparadila Abdul Rahman yang telah memberikan ita peluang untuk berkongsi cerita suka duka dan pengalaman selama 1 tahun setengah ita mengemudi blog Masam Manis, untuk dikongsikan kepada semua  pembaca setia majalah SAJI.

Jutaan terima kasih juga kepada juru foto, Nasirruddin Yazid yang banyak membantu ita sewaktu sesi photography hari itu. Ialah kita biasa ambil gambar masakan bila orang nak ambil gambar kita terasa kekok pulak hihi
Adoii.. macam-macam aksi yang disuruh ita lakukan.. haha ita ni pulak adoiii keras kejung.. almaklumlah.. segan pon ada jugak! hihi bukan model atau artis la katakan... hihi  jadi tak biasa lah.. haha yaaa.. adaoooo  hihi kesian pada Nasirruddin.. sabar aje lah kan..

Terima kasih sekali lagi kepada Utusan Karya Sdn Bhd, kepada semua Sidang Redaksi, Unit Kreatif, Unit Jurugambar dan semua pengurusan yang terlibat.

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Kemunculan ita kali ini bersama resepi Kek Keju Oreo dan step by step cara membuatnya. Kalau ada yang perasan sebenarnya kek ini pernah di siarkan oleh seorang rakan bloger di blognya di SINI.  Ibarat kata orang pucuk dicita ulam mendatang. Kedatangan CT ke Johor Bahru hari tu bagaikan langkah kanan kerana kebetulan ita baru sahaja menyiapkan kek ini dan inilah kek istimewa yang ita kirimkan pada CT sebagai buah tangan..

Di kesempatan ini juga ita ingin mengambil peluang sekali lagi untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan tak kiralah di blog atau di FB yang telah banyak memberikan ita sokongan, yang sentiasa memberikan ita kata-kata semangat dikala  ita sedih dan gembira

Terima kasih kerana setia menemani blog Masam Manis, sentiasa meninggalkan pesanan yang tidak mampu ita balas kesemuanya.. kerana masa ita yang cukup terbatas.. insyaallah jika ada peluang ita akan cuba untuk memperbaiki keadaan...

Terima kasih kepada Kak Zuraini, CMG, Chef Amer, Kak Ummi, Dr. Ezani dan beberapa rakan lain yang awal-awal lagi telah mengucapkan tahniah pada ita.. walaupun pada masa itu majalah SAJI tak keluar lagi dipasaran...  Terima kasih sekali lagi ye..

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan dan chef- chef yang sudi berkongsi resepi, dan memberikan ita peluang untuk mencuba dan kongsikan di blog ita..

Istimewa ucapan kali ini ita tujukan kepada keluarga tersayang, kepada suami yang sentiasa berdiri teguh di belakang ita, yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Tidak lupa kepada tulang belakang Masam Manis, anak-anak tersayang yang bersusah payah melahirkan blog Masam Manis, sentiasa memberikan emaknya idea dan ilham untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pengunjung Masam Manis.


Akhir salam daripada ita buat semua..
Jangan lupa dapatkan SAJI dipasaran ye!

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


Apr 20, 2012

SULTANA BISCUIT LAYERED CAKE

Assalamualaikum

Bertemu kita di hari Jumaat sekali lagi.. penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah. Dapat menikmati dan menghirup udara yang segar. Masih dapat menatap wajah ibu dan ayah..

Kita bertuah kerana masih dapat menjalani kehidupan kita seadanya. Bagaimana pula bagi saudara-saudara kita yang berada di negara yang bergolak.. yang sentiasa dalam ketakutan akibat negara mereka hingar bingar dengan peperangan.. bagaimana mereka dapat tidur lena jika sentiasa memikirkan bilakah mereka akan hanyut dilambung ombak Tsunami.. atau di bedil peluru sesat...

Oleh itu panjatkanlah rasa kesyukuran.. kerana kita berada di bumi yang aman..


Kek lagiii... lagi lagi kek!!
Apa nak dikata.. bila ada yang meminta kenalah kita buatkan..
Sebenarnya beberapa hari ini ita banyak dapat permintaan yang meminta ita buatkan kek yang mungkin sesuai untuk disajikan pada Hari Raya.
HARI RAYA????? hari raya kan lama lagi..
Ye lah.. mungkin mereka nak buat untuk jualan pada hari raya. Buat awal manalah tau kalau ada yang nak order..


Entah kenapa 2, 3 hari ni ita berminat pula nak buat kek lapis.. hihi seronok pulak rasanya nak melapis. Ada masa bila ita terasa sunyi dan bosan ita suka lakukan sesuatu aktiviti yang buatkan ita lupakan segala masalah dunia. Bila berada di dapur hati ita terasa tenang.. jiwa yang kosong terasa terisi dengan desiran beras ... bunyi sudu berlaga.. bunyi hirisan bawang terasa tenang dan mendamaikan.. Lebih seronok bila dapat menghidu aroma vanila dan coklat yang menusuk ke hidung.. aduh!! nikmatnya...

Seronok bermain dengan warna-warni tepung, seakan terasa berada di kelas lukisan sewaktu dibangku sekolah.



Pagi tadi ita dah ternampak kawan ita CT juga turut menyediakan kek yang sama.. alahaiii.. sama pula citarasa kita hari ni.. mungkin secara kebetulan.. hihi
Resepi yang sama tapi bahan yang berlainan.. bangkitkan satu kelainan pada penyajian ..
Seronok kan??
Macam-macam idea dan ilham yang lahir dari kawan-kawan kita ni.. Ini lah keseronokkan berblog. Selain memasak kita dapat bertukar-tukar idea dan citarasa. Dari satu resepi boleh dipelbagaikan untuk menambahkan koleksi disamping melayan selera keluarga.


Jika CT menggunakan biskut Marie, ita pula menggunakan biskut Sultana. Sebenarnya dah lama nak buat kek ni , ita ternampak kek ni dalam sebuah buku masakan bahasa Cina. haha ita kalau dah kemaruk buku masak.. apa-apa pun ita beli tak kiralah Bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke atau Bahasa Cina pun tersimpan dalam koleksi buku kesayangan ita. Tak menjadi masalah kerana anak ita Amirul boleh bertutur dalam bahasa Cina, kerana dulu dia sekolah Cina, jadi kalau ada mana yang maknya tak faham dia akan terangkan..


Resepi lebih kurang sama, cuma dalam buku tu menggunakan butter. Ita masih lagi menggunakan resepi Kek Kukus Velvet Hawflakes dari kak Fida. Ita serasi dengan resepi ni, ditambah pula suami ita cukup mengemarinya.. jadi keraplah ita gunakan resepi ni. Kita boleh pelbagaikan sebenarnya resepi ni.. kalau nak letak kismis sahaja pon boleh, nak letak coklat cip pon boleh, dan pastilah yang menambat selera pastinya jika ada kepingan Hawflakes.


Tapi tak berapa ramai yang gemarkan hawflakes. Tapi suami ita kalau letak hawflakes dia sorang aje yang makan.. hihi sebab mmg dia suka! anak-anak pula kurang gemar.. Ita pula.. tak kisah mana2 aje yang penting sedap!

Panjang pula celoteh, nanti terlewat pula hantar Dalili kesekolah.. ok lah jom kita intai resepi. Sebelum terlupa sekali lagi ucapan terima kasih kepada kak Fida kerana berkongsi resepi yang telah menjadi kesukaan kami sekeluarga.. Halalkan ye kak!!..


SULTANA BISCUIT LAYERED CAKE
Idea dari : Vickie Chieng
Dari buku : Fancy Cakes and Jellies
Resepi : KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco
pewarna hijau
Biskut Sultana secukupnya





Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, biskut, pandan emulco  dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati
Masukan pandan paste dan pewarna hijau gaul sebati.



Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Kukus selama 5~7 minit
angkat
Susunkan kepingan biskut atas lapisan pertama.
Tuangkan lapisan ke dua
Kukus lapisan ke dua selama 5~7 minit lagi
Ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong

* Loyang hendaklah sentiasa ditutup dengan kertas aluminium semasa mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis atas kek





Apr 19, 2012

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS DAN BAKAR

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu ita nak mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan yang telah meninggalkan pesanan untuk ita.
Sebenarnya ita bukanlah nak percaya pada mimpi..

Dulu ita tak percaya pada mimpi. Pada ita mimpi hanyalah mainan tidur..
Mak ita pula kalau ita kata ita mimpi yang bukan-bukan dia mesti kata ita tidur tak baca Bismillah atau tak cuci kaki..
Kerana itu ita tak berapa indahkan mimpi hinggalah ada satu peristiwa.. yang buatkan ita mula tertarik untuk menilai apalah erti mimpi itu..


Dulu masa ita berjiran dengan Yatie, kami selalu berborak di telefon. Walaupun rumah kami terlalu dekat, tak sampai berapa langkah tapi.. rasanya berbual di telefon lebih seronok pulak terasa..
Tak de bual apa2 pon.. biasanya kita bercerita pasal masalah anak2 di sekolah..pasal resepi.. dan yang paling ita seronok bila Yatie selalu bercerita tentang mimpi dia..


Ita masih ingat lagi Yatie bercerita tentang mimpinya dengan ita pada suatu hari.. kata Yatie dia bermimpi dia ada sepasang kasut tapi dia hanya ambil sepasang aje.. yang sepasang lagi ditinggalkan.. hihi masa tu kita gelak aje lah kan..

Tidak lama selepas itu ita mendapat perkhabaran bahawa Yatie akan berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya yang akan menyambung pelajaran. Sedih kerana ita bakal kehilangan seorang rakan dan jiran yang baik.. jiran yang sentiasa menemani ita berbual.. Dan yang lagi ita tersentuh kerana Yatie terpaksa meninggalkan anaknya Hafiz yang kebetulan berada di asrama dan akan  menduduki peperiksaaan PMR pada tahun itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..


Kemudian ita teringat akan mimpi Yatie.. adakah mimpi itu memberi pertanda yang Yatie terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.. sejak itu ita mula percaya pada simbolik mimpi.. Pada ita setiap mimpi yang baik datangnya dari Allah dan mimpi yang buruk adalah mainan Syaitan.. Kemungkinan ada maksud yang tersirat atau tersurat dalam mimpi itu.. Wallahualam..
Semoga semuanya baik-baik belaka dan kita semua dilindungi Allah.. dari segala musibah..



Ok lah kita lupakan mimpi ita tu.. Sekarang kita kena kembali ke alam realiti.. ye masak.. masak dan makan.. hihi

Sebagaimana yang ita janjikan hari ini ita kongsikan resepi yang dah lama ita teringin nak buat.. Cuma ita masih belum punya kekuatan untuk mencuba dan belum berkeyakinan untuk mencuba.
Akhirnya ita kumpulkan juga kekuatan dan semangat untuk mencuba juga walaupun hasilnya tidak berapa memuaskan hati..
Tak pe... nanti kita cuba lagi ye.. practice make perfect!



Pada ita kalau nak buat kek lapis ni perlukan kesabaran yang tinggi. Mesti memberikan 100% komitmen pada kek itu tanpa meninggalkannya walaupun sesaat.. hihi

Macam mana pula cara ita membuatnya.. emmmm... disebabkan ita terlalu sibuk keluar masuk.. keluar masuk.. kejap ambil Dalili kejap hantar dia sekolah.. pas tu ambil lagi.. dan hantar pulak ke tusyen.. aiii.. oven tu asyik on dan off aje.. sampai ada masa ita terlupa dah berapa kali ita lapis.. aduyaiiii...
Inilah jadinya...


Kepada yang nak mencuba nanti pastikan anda tidak berganjak dan jangan meninggalkan kek yang dalam oven tu ye! buat cantik.. cantik tau!

Resepi macam biasa hasil selongkar di My Resepi. Ita guna 2 resepi dari insan yang sama... siapa lagi kalau bukan kak Fida. Kedua-dua resepi pon sedap.. apalagi bila digabungkan.. alahaiii.. sedapnya!! memang sedap sangat!! puas hati sangat dengan rasanya dan teksturnya yang lembut, lembab dan gebu! hilang rasa penat bila dapat menikmati kek yang sedap!!
Terima kasih kak Fida..

Ada sedikit ubah suai pada resepi tapi tak menjejaskan rasanya yang sedap tu.. Ita buat kek ni kukus dan bakar.. emmm... macam mana tu... nanti kita cerita ye!!


Kepada yang teringin mencuba boleh lah mencuba! Cuba dari sekarang.. nanti boleh buat raya.. manalah tau kalau nak ambil tempahan..

Untuk resepi ni ita buat 2 jenis kek. Satu Kek Kukus Velvet Hawflakes. Kek yang ni dikukus. Yang satu lagi ita buat Kek Lapis Evergreen Ekonomi yang ni pula dibakar.. Nak tau caranya.. jom ikut ita masuk dapur..

Mula-mula kita sediakan dahulu Kek Kukus Velvet Hawflakes ~ kek ni dikukus


KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap  bahagian itu dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama.
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya

Setelah kek sejuk kita potong kek anggaran 1 inci setiap keping. Ita gunakan alat yang biasa digunakan untk memotong kek lapis Sarawak.


Sekarang kita sediakan pula adunan untuk Kek Lapis Evergreen Ekonomi ~ kek ni dibakar
Resepi kek ni ita dah ubah suai sikit. Kalau nak buat Kek Lapis Evergreen Ekonomi sila rujuk di My Resepi seperti link yang ita catatkan dibawah.



KEK LAPIS EVERGREEN EKONOMI
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

250 g mentega
3/4  cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk Holick
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja
Alas dasar loyang dengan baking paper
Ketepikan


Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati.
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati.
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.



Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan


Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya.
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah permukaan senduk yang rata untuk menekan.
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja.
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah.
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.


Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.



Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi.
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak sama besar dengan kek kukus ita tadi.
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis

Peringatan
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik.

Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan adunan pada celah-celah kek tu.
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi.
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan..

Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu.
Tuang adunan dan bakar semula
Buat lah hingga habis.
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang udara.
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat.
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah.
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak sepenuhnya.


Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.




Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan..





AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.