Feb 29, 2012

Oh! JELITA


Amboiiii.... Jelitanya dia... tak berkelip mata memandang! 
Sesuai dengan namanya JELITA majalah Jelita kali ni tampil bergaya dengan artis jelita yang semakin meningkat naik namanya di persada seni tanah air.

GAYA DULU SENTUHAN 2012 memang bertepatan dengan tema bulan ini yang lebih baru , lebih cantik dan lebih segar.

Ita mengenali majalah Jelita sekitar 18 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh seorang kawan kepada ita yang pada masa itu amat buta tentang dunia fesyen. Kebetulan ita akan mendirikan perkhawinan dan masih tercari2 barang keperluan untuk hari bahagia ita nanti.

Mengengam senaskah Jelita, membuatkan minda ita terbuka tentang dunia fesyen pada waktu itu.. Jelita lah menjadi rujukan untuk ita setiap kali mencari fesyen terkini untuk koleksi baju raya. Sejak itu Jelita sentiasa ita nantikan kehadirannya setiap keluaran.

Kini majalah Jelita semakin gah dan mendapat tempat di hati para peminatnya. Tampil dengan isu dan fesyen terkini, sangat berinfomasi baik dari ruangan fesyen dan kecantikan, tidak lupa juga ruangan tips dan petua, pengembaraan, dekorasi maupun ruangan resepi.


Melihat gambar masakan terpapang di dada majalah adalah idaman setiap bloger masakan kini. Pasti setiap daripada bloger mengimpikan untuk menatap perit jerih mereka memasak dan merakam gambar dapat di muatkan walaupun sesisip dalam majalah. 
Kini impian itu telah di realisasikan oleh Unit Editorial majalah Jelita  yang diterajui oleh Datuk A Kadir Jasin selaku Ketua Pengarang.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami Bloger Masakan, semoga usaha murni mengetengahkan bloger masakan dan mempromosikan tentang kewujudan kami di alam maya ini, memberikan semangat kepada setiap bloger masakan untuk tampil dengan koleksi resepi yang lebih hebat!

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman 
 Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Selain itu ruangan Sajian dan Ulasan Blog, dapat merapatkan lagi jurang ukhwah dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim serumpun, disamping dapat bertukar-tukar idea dan resepi.


Pada keluaran Mac 2012, sekali lagi majalah Jelita memberikan peluang kepada bloger masakan untuk memperagakan hasil sentuhan mereka di dada majalah tersohor ini.  Peluang yang di beri tidak di persia-siakan..

Bergandingan dengan Juara Master Chef Pertama Dr. Izani, Chef Sukur Rahim antara barisan chef yang tidak asing lagi, dan LOVE2COOK MALAYSIA bloger masakan yang tidak asing lagi dikalangan bloger masakan, terasa diri ini amat kerdil sekali.

Perasaan gembira, teruja dan terharu, seakan bersarang dalam benak lubuk hati ita. Hanya pada Mu jua ku ucapkan rasa kesyukuran seandainya bakat anugerah yang Kau pinjamkan ini di hargai...


Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga kepada  Anis Mastura Ramli, yang sudi mempelawa ita untuk mengisi ruangan Sajian dalam majalah kesayangan ramai pada bulan ini. Tidak ketinggalan kepada semua Unit EDITORIAL  majalah JELITA.

Ita juga mengambil peluang di sini untuk memohon maaf, bagi pihak ita juga majalah Jelita di atas sedikit kesilapan yang mungkin tidak di sengajakan atau sedikit kesilapan teknikal terhadap beberapa resepi yang tertukar.

Peluang ini juga turut ita rebut, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang resepi asal, yang memberi ita peluang untuk mencuba dan merasa dan kongsikan untuk dinikmati bersama.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung setia Masam Manis yang tidak pernah jemu memberikan ita kata-kata semangat, perangsang dan menyuntikkan kekuatan untuk ita bertahan setakat ini.
PERCAYALAH... kekuatan Masam Manis kerana anda sentiasa berdiri di belakang dan setia memberikan sokongan...

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
 

Sahabat setia payah dicari




Tahniah! sekali lagi kepada rakan-rakan lain yamg turut di undang untuk menghiasi ruangan Jelita pada kali ini. Di harap blog masakan semakin mantap! dan semakin dinilai bakat dan kebolehannya..
Syabas sekali lagi kepada semua..

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga



Malaysia : Coretan Dari Dapur
Singapura : Nur's Little Kitchen
Indonesia : Indonesia Eats



Feb 28, 2012

ETERNITY majalah online


Assalamualaikum..
Pembaca yang budiman..
Pernah nampak tak majalah Eternity di atas? hihi ita pun tak pernah nampak majalah itu di pasaran sebenarnya. Rupa-rupanya majalah Enternity adalah majalah online yang pertama di terbitkan oleh Media Glam Sdn Bhd.

Hebat sunguh arus pembangunan sekarang yang menjadikan semuanya serba cangih! Mudah dan serba ringkas!
Majalah Enternity adalah koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. Mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma.

Dengan wajah baru yang bersifat lebih moden, terkini dan mesra pembaca, majalah Eternity mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia pembacaan anda. Kemunculan majalah Eternity ini adalah untuk memimpin golongan belia dalam menghadapi suasana persekitaran yang berbeza.  Lebih santai dan dimuatkan dengan pelbagai isu semasa dan terkini. Padat dengan ruangan fesyen, info, tip dan tidak ketinggalan ruangan resepi. Yang paling utama majalah ini  meriah dengan gambar yang menarik untuk tontonan semua dan sangat mudah di kendalikan dan menjimatkan kerana ianya percuma!


Awal tahun ini, ita telah dihubungi oleh seseorang, dan meminta ita menyumbangkan resepi untuk majalah mereka. Resepi itu bakal disiarkan untuk keluaran bulan Feb dan bertemakan kasih sayang sempena Velentine's Day.


Pada mulanya ita agak terkejut, kerana tak menyangka ada juga yang sudi mengundang ita untuk menyumbang resepi untuk majalah mereka. Ita sangkakan gambar yg ita ambil tidak sesuai dimuatkan dalam majalah kerana  biasanya majalah inginkan gambar yang nampak jelas, dan resepi adalah hero utama, sedangkan gambar ita penuh dengan props.


Entah macam mana kami terputus hubungan. Beliau ada mengirimkan email pada ita tapi tau ajelah kan email ita tu sama dgn komen dari Fb jadi banyak sangat dalam tu dan memang amat sukar ita nak cari. Setiap hari banyak sangat msg yg masuk sampai kadang kala ita tak sempat nak baca..


Sekali lagi ita dihubungi, pada awal bulan Jan, dan meminta ita menyumbangkan resepi untuk keluaran bulan Mac. Kali ni tema sedikit berbeza. Khas untuk lelaki, dan ita hanya ada 3 hari sahaja untuk siapkan sebelum dateline. Aduh berpeluh jugak nak fikir apalah menu yang sesuai untuk lelaki. Tapi alhamdulillah, Pinky (maaf ye ita tak tau nama sebenar) memberi cadangan untuk ita memilih resepi dari blog ita sahaja yang amat di sukai oleh suami, bapa atau anak-anak lelaki ita. Fuhhh!!...barulah lega rasanya... dan ita pun memilih beberapa resepi yang di minati oleh ahli keluarga ita..

Pada mulanya ita tak tahu lansung tentang kewujudan majalah online ni.. Puas ita mencari majalah ni dipasaran dan rata semua kedai yang menjual majalah ita tanya, tapi tak pernah ita jumpa. Akhirnya ita cuba cari di internet dan alangkah terkejut dan tidak sangka rupanya ada juga majalah online di Malaysia.

Terima kasih kepada kepada Pengarah Besar Media Glam Sdn Bhd, Dato' Dr. Fadzilah Mohd. Ali yang mencetuskan idea yang sangat baik untuk menerbitkan majalah secara online. Juga kepada Ketua Pengarang Media Glam Sdn Bhd, Pn. Aishah. Semoga kehadiran majalah Enternity, dapat merubah ketingian tamadun dan semoga ianya berjaya dan disukai ramai. Terima kasih juga kepada Pinky yang mengundang ita untuk menyumbangkan resepi dari dapur Masam Manis dan tidak ketinggalan kepada semua editor yang terlibat dan turut menyumbang idea  untuk majalah online ini.

Akhir kata segulung ucapan terima kasih yang tak terhingga dari Ita, dan semoga majalah Enternity akan terus berjaya dan sentiasa menjadi majalah yang ditunggu-tunggu setiap keluaran.


Cover depan Hero Malaya Anuar Zain, penyanyi, pelakun dan idola fesyen remaja dulu dan kini.. wah! Ita membesar dengan lagu beliau, umur pun sama.. Ni kalau masa remaja ita ni.. ita dah potong dah majalah ni.. tepek depan buku Sains.. hahaha

GRILLED SALMOND WITH GARLIC AND HERBS
KEK PISANG KACANG PISTCHIO
MOUSSE ROLL KEK
SOTO TULANG
Jutaan terima kasih ita juga kepada semua penyumbang resepi. Tanpa resepi dari anda tidak mungkin ita berada di sini. Harap di halalkan semuanya untuk perkongsian bersama.




SNOW PUDDING

Assalamualaikum


Wah! strawberry lagiiii...
Al maklumlah banyak pulak strawberries berbuah belakang rumah.. haha yaaa.. adooo

Minggu ni banyak ita buat dessert, maklumlah sekarang cuaca mmg panas kat JB ni. Pasti ramai yang dah tertanya-tanya apakah resepi terbaik sepanjang bulan Febuari ni kan? kali ni ita dan keluarga sebulat suara memilih resepi kali ni sebagai resepi terbaik dari dapur Masam Manis untuk bulan  Febuari.

Resepi dari Yasa Boga dan di kongsikan oleh Yat Maria, seorang bloger yang memang meminati puding dan jelly. Kalau ada antara kawan-kawan diluar sana yang juga gemarkan jelly dan puding, jangan segan silu untuk bertandang ke dapur beliau, kerana banyak resepi jelly dan puding yang menarik telah di persembahkan oleh yat.

Begitulah juga dengan puding ni yang telah meruntun jiwa ita untuk mencuba. Lama dah berhajat nak buat, tapi tiap kali ita beli strawberries dan... dan tu jugak lah selesai..
Kali ni ita beli lebih sikit, memandangkan banyak sangat strawberries kat cold storage dengan harga yg berpatutan dan buahnya pun nampak segar.. geram aje bila melihatnya.

Kayu keras si kayu kempas
   Alas tempat orang berjudi
Ada beras kerja pun deras
   Ada padi kerja pun menjadi

Resepi ni pada ita sangat sedap! gabungan susu, strawberry dan coklat memang beralun serasi dalam satu resepi. Saling lengkap melengkapi menjadikan puding ni sangat istimewa di mata ita. Adunan memang dapat banyak, dan ita hanya buat 1/2 daripada adunan asal, memandangkan penghuni rumah ni tak ramai.

Rasanya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran, kerana padanan warnanya yang lembut dan corak strawberries yang memikat.
Terima kasih pada Yat Maria kerana sudi kongsikan resepi yang istimewa ni.. rasa2 ita terpandang juga di dapur Kak Wan


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes

Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Source: Yat easybakes

Milk Layer
7 g agar2 powder
1-2 drops vanilla
400ml milk
100g sugar
350ml whipping cream

Chocolate Layer
750ml milk
50g cocoa powder
7 g agar2 powder
125g sugar
1 egg yolk + 1Tbsp milk, whisked

Strawberry Layer
7 g agar2 powder
500g strawberries mashed & strained to get 400ml pulp & juice
150ml water
150g sugar
2 egg whites



Prepare milk layer.
In a medium pot combine agar2 powder, vanilla & milk. Stir until agar2 powder dissolved. Stirring constantly, cook mixture over low heat & bring to a boil. Add sugar & stir until dissolved. Remove from heat & set aside briefly. Stir in whipping cream until combined. Pour into prepared mould & set aside.

Prepare strawberry layer
In a medium pot combine agar2 powder, strawberry juice & water. Stir until agar2 powder dissolved. Stirring constantly, cook mixture over low heat & bring to a boil. Add sugar & stir until dissolved. remove from heat.

In a clean & dry mixing bowl, whisk egg whites with an electric mixer at high speed until stiff peak. Lower speed & ladle pudding mixture into egg white mixture gradually & whisk until combined & warm. Pour onto milk pudding layer which has  beginning to set.

Prepare chocolate layer.
Heat 3-4 T milk & add cocoa powder. Stir until dissolved (I heat up the milk first to speed up things). In a medium pot, combine agar2 powder with remaining milk. Stir until agar2 powder has dissolved.

Stirring constantly, cook mixture over low heat and bring to a boil, Add sugar, cocoa & egg yolk mixture. Stir until sugar dissolves. remove from heat & continue to stir until mixture is warm. Pour onto strawberry pudding layer which is almost set, Leave whole pudding to cool & chill to set.



Feb 27, 2012

STRAWBERRY CAKE TIRAMISU

Assalamualaikum


Selamat pagi semua..
Selamat menempuhi minggu baru.
Ingat! sentiasa berfikiran positif, lakukan setiap tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.
Insyaallah.. setip apa yang kita lakukan dengan ikhlas akan sentiasa mendapat keredaan dari Nya.


Macam mana hujung minggu anda? Seronok..
Pasti bertambah seronok bila ada insan-insan yang tersayang mewarnai hidup kita kan??
Tentu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan.. Tapi dalam dok bersembang jangan lupa pula pada tanggungjawab tu.. Nanti kena marah pulak dengan boss.

Bagi suri rumah macam ita, hari cuti atau hari bekerja rutin harian tetap sama. Mengurus rumahtangga adalah satu kewajipan yang perlu di galas dengan sebaik-baiknya.
Sebenarnya, kemarin anak ita Azrul ada telefon, dia minta kami menghadiri tournament bowling yang diwakilinya. Ita jadi serba salah antara nak pergi atau tidak. Sekarang ni masa sangat terbatas, dan tekejar-kejar. Dalili dah masuk tahap 2 dan masa harus lebih diberikan padanya. Bimbang pula bila lihat Dalili dah semakin leka bermain..

Aktiviti hujung minggu ita semakin sibuk bila Dalili dah mula tusyen. Itupun ita terpaksa berhentikan kelas piano dan Inopi kerana Dalili dah tak punya banyak masa. Jadual dia semakin padat dan kesian pula melihatkan dia semakin letih setiap kali pulang dari sekolah.

Kesian pula pada Azrul bila ita tak dapat menghadirkan diri dan memberikan sokongan.... Maafkan mak ye dik..

Hujung minggu ita merajinkan diri membuat Tiramitsu. Seperti biasa ita masih lagi menggunakan resepi Rabiatun. Ita dah cukup serasi dengan resepi daripada Rabiatun yang ita rasa sangat mudah dan ringkas penyediannya. Terima kasih ye Tun atas perkongsian resepi yang mudah, ringkas dan sedap ni..

Cuma beza kali ini, tiramitsu ita menggunakan kek roll berperisa strawberry. Kerana dah menggunakan kek roll strawberry , ita terpaksa ubah beberapa bahan daripada resepi asal. Tapi jangan bimbang ia sedikitpun tidak mencacatkan kejadian tiramitsu ita ni..


Kalau Azrul ada pasti dialah yang asyik mengulang buka peti ais untuk menghabiskan setiap mangkuk tiramitsu ni..
Dan dengan bangga dia pasti akan memuji setiap masakan yang di masak oleh maknya.. " terbaikkk dari ladanggg..."


STRAWBERRY CAKE TIRAMISU
Adaptasi dari resepi : BLUEBERRY TIRAMISU
by: Rabiatun

Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g Strawberries filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 buku kek roll perisa strawberry
sedikit buah strawberries segar
Serbuk koko ~ utk tabur atas


Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. 
Kalau tak de boleh guna salah satu
Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.
Kacau dengan spatula hingga rata.


Cara untuk melapis : 
Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun kek roll yang dipotong kecil 
Letak cream ke atasnya. 
Boleh juga susun buah strawberries ikut kreativiti. 
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Hias ikiut kreativiti
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

 





Feb 26, 2012

GANACHE COKLAT


Ganache adalah krim coklat yg halus, berkrim dan lembut, mengandungi 24% hingga 40% kandungan lemak. Bahan utama untuk pembuatan ganache adalah lemak, air, gula dan coklat. Keseimbangan bahan dalam resepi amatlah mustahak bagi menghasilkan krim ganache yg tinggi kualitinya, dimana setiap bahan melengkapi antara satu sama lain menjadikan rasanya begitu harmoni sekali.

Tekstur ganache juga memainkan peranan penting dalam persepsi rasa. Ganache sangat mudah menyerap bau atau aroma dari sekeliling. Lemak yang terdapat dalam ganache bertindak seumpama span yang menyerap bau apa sahaja berhampiran dengannya. Oleh itu elakkan menyimpan ganache berhampiran dengan bahan makanan yang kuat baunya.


Coklat yg digunakan dalam pembuatan ganache boleh daripada kumpulan 'Couverture' iaitu coklat tulen atau kumpulan 'Compound', coklat masakan. Perbezaan adalah rasa dan tekstur, pengunaan 'coklat counverture' akan lebih memberikan rasa coklat sejati berbanding 'coklat compound', juga teksturnya yang halus dan licin. Selalunya coklat yang mengandubgi 55 hingga 60% koko menjadi pilihan utama. Jangan sesekali mengambil jalan pintas menggunakan cip coklat dalam pembuatan ganache. Ini kerana cip coklat mengandungi bahan penstabil untuk mengekalkan bentuk bila dibakar. Oleh itu ia akan menghasilkan ganache yang pekat dan likat.

Lemak memberikan tekstur halus dan berkrim. Kandungan lemak yg tinggi juga membantu memanjangkan jangka hayat ganache. Oleh itu, penggunaan krim dari tenusu lebih sesuai digunakan berbanding susu. Air jus buah-buahan atau sirap juga boleh ditambah, tetapi perlulah dimasukkan mentega atau lemak sayuran untuk meningkatkan kandungan lemak seterusnya mengeraskan dan menstabilkan krim ganache.

Gula bukan sahaja memberikan rasa manis, tetapi memainkan peranan penting dalam memanjangkan jangka hayat, kestabilan dalam mengilatkan ganache. Gula yang biasa digunakan adalah gula biasa (suskrosa), sirap glukos, madu atau sirap kencana (golden sirap)

Secara mudahnya, resepi ganache adalah campuran cecair (krim / susu / air) dengan coklat ( coklat gelap / coklat susu / coklat putih ). Gula dan mentega ditambah jika perlu sahaja. Cecair mestilah dididihkan sebelum dicampur dengan coklat yang telah dicincang halus atau dicairkan sedikit, kacau perlahan-lahan hingga larut dan masukkan mentega jika perlu dan kacau lagi hingga halus dan licin.


Nisbah cecair dan coklat pula bergantung kepada penggunaan ganache tersebut. Jika kita mahukan ganache yang cair sahaja seperti sos coklat untuk dihidangkan bersama waffle, crepes atau puding, kita gunakan nisbah satu bahagian cecair dengan satu bahagian coklat (100ml krim : 100 gm coklat )
Bagi ganache yang sederhana lembut seperti untuk menyalut kek atau pemanis mulut, gunakan satu bahagian cecair dengan 1.5 hingga 2 bahagian coklat ( 100 ml krim : 175 gm coklat)

Untuk ganache keras yang boleh dibentuk atau dipotong memjadi truffle coklat, gunakan nisbah satu bahagian cecair dan tiga bahagian coklat ( 100 ml krim : 300 gm coklat ). Tambahan 5 hingga 10% sirap glukos akan membantu menstabilkan dan memanjangkan jangka hayat ganache. Masukkan 10 gm sirap glukos bagi setiap 100 ml krim atau susu.



Perasa jus buah, kopi, teh, herba atau rempah boleh ditambah untuk memperasakan ganache. Ia perlu dididihkan bersama krim atau susu sebelum dicampur dengan coklat. Berhati-hati dengan penggunaan herba atau rempah, masukkan dalam kadar yg paling minima agar rasa sebenar ganache tidak terjejas. Untuk pembuatan ganache biasa , penambahan perasa vanila sahaja sudah memadai.

Ganache boleh disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk atau sebulan jika dibekukan. Cairkan semula menggunakan teknik kukusan sebelum dugunakan.
Selamat Bercoklat!













GANACHE COKLAT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah


Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik






Feb 24, 2012

AYAM KACANG PEAS

Assalamualaikum..


Yang pergi sembahyang dah pun balik dari menunaikan solat Jumaat. Yang pergi makan dah pun kembali ke pejabat. Anak- anak yang bersekolah petang dah pun melangkah ke sekolah. Ini lah masanya ita nak menari-narikan jari jemari di papan kekunci ni.. mengetuk bagaikan ayam yang mematuk jagung.


Apa khabar sahabat-sahabat ita yang budiman.. Kejap aje dah hari Jumaat, esok cuti lagi.. Ada perancangan nak gi mana-mana ke esok? Ita ???
Dok rumah ajelah kan.. kita masak pas tu kita makan.. pas tu kita masak lagi dan kita makan lagi..
Emm.. ingat nak buat kek lah rasanya.. cuti ni.. tapi kek apa yang best ek!
Kalau kek yang ada cream nanti ita yang kena makan.. bagi perabis.. tau tau je lah kan.. badan ita ni dah montok semacam aje..
Apa ye cadangan dari kawan-kawan ita ni.. rasa-rasa nak suruh ita masak apa esok??
Any idea??
Boleh ita timbang-timbangkan.. kalau ada yang ita berkenan boleh lah ita usahakan.. hihi


Bila dah tingal tiga beranak ni, masak tengahari ita biasa yang simple aje.. cukup untuk makan 3 beranak. Suami ita ni jarang pulang makan tengahari.. Petang nanti baru balik.. Jadi biasa ita masak untuk malam sekali lah kan..

Kalau anak-anak semua ada dan berkumpul, seronok sikit lah nak memasak. Ita suka masak makanan yang anak-anak boleh ulang-ulang makan.. macam mee kari ke.. laksa.. mee bandung... soto  dan yang sewaktu dengannya..
Seronok tengok anak-anak makan.. 
Anak ita yang paling kuat makan mestilah Azrul. Tapi ita suka... sebab dia tak memilih bab makan... Apa yang maknya masak semua dia makan.. dan semua sedap aje di tekaknya... sama lah macam ayahnya jugak!

Jangan pulak pada yang kecik tu.. yaaaa.. ampun... cerewet yang amat..
Entah ikut sapa lah tuu..
Ini tak nak .. itu tak nak.. jangan pandai-pandai kita nak ubah apa yang dah biasa dimakan..
Kalau buah Melaka tu.. yang asli kan warna hijau.. jangan pandai2 nak buat rainbow nanti dia tak makan..
Kalau serimuka kuih fav dia tu biasa warna hijau.. jangan lah di ubah boh kaler lain.. nanti dia kata ni bukan kuih yang dia suka makan.. alahaiii.. anak omak ni.. cerewetnya..


Becerita bab makan ni.. hari ni ita nak kongsikan satu legi resepi yang ita selongkar dari dapur kawan ita yatie..
Tak habis lagi ita selongkar dapur yatie ni kan.. Sebenarnya ita suka pergi dapur yatie ni.. sebab macam-macam resepi yatie dah cuba dari yang serumit-rumit resepi hingalah semudah-mudah resepi.. dan rata2 resepi tu sedap-sedap belaka!
Kali ni juga resepi yang mudah dan sesuai juga bagi orang bujang.. yang sukakan kehidupan yang serba ringkas.
Mudah aje buatnya.. rasanya pun sedap!
Sesuai di makan bersama roti. kalau nak makan ala.. ala..  tortilas pun ok! atau nak makan dgn nasi pun ok jugak ita rasa ni.. Ikut selera masing-masing lah kan.. kalau rasa nak jadi anak pak salleh kita makan lah dengan roti.. kalau nak jadi anak pak aji.. hihi makan lah dengan nasi..

Seperti biasa ita kalau masak lauk ayam, ayam mestilah di goreng atau di bakar dahulu.. Untuk resepi ni pun ita bakar dulu ayam tu.. Kalau ikut resepi asal tak payah sebenarnya.. tengok keadaan lah kan..

Terima kasih kepada penyumbang resepi juga kepada yatie yang sudi berkongsi.. Semoga perkongsian ini memberikan seribu rahmat..


AYAM KACANG PEAS
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Yatie

1 tin kacang peas-toskan
500 gm ayam ~ buangkan kulit dan potong kecil
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar  ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ cincang
3 tangkai cili merah ~ hiriskan serong
2 biji cili padi
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup ~ cincang
minyak utk menumis

Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis bawang putih & halia.
Masukkan ayam ~ seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak.
Masukkan tomato sos dan sos cili, gaul rata.
Masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
Taburkan daun sup dan tutup api.
Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.



Feb 23, 2012

PUDING KARANG

Assalamualaikum


Selamat petang semua..
Dah petang dah kan.. emm.. hari ni lambat lagi ita masukkan N3 ni..
Sekarang ni masa ita sangat terbatas. Menguruskan anak ita Dalili tu sorang macam memguruskan 10 anak rasanya.
Ita ni dah tak dok rumah aje.. hari2 masa ita banyak dlm kereta, kehulu-kehilir dok menghantar anak dara ita tu.. ke sekolah, sekolah agama, latihan koko, kelas mengajinya.. itu tak termasuk masa tusyen dan lain2 songeh anak dara itu..
emm.. dah tangungjawab kenalah buat..


Semalam bila hantar Dalili, ita balik sekejap nak sembahyang. Sampai rumah mak dan bapa ita dah tunggu.. nasib baik pintu pagar tak berkunci, dapatlah mereka masuk dan tunggu ita di gazibo. ala kenapa mak tak telefon nak datang.. kesian mak.. kalau ita tak balik mesti dia dok tunggu aje kat luar.. kan.. Dia kata telephone tapi tak de org angkat, ingat telephone rumah rosak.. Ita ni sebenarnya tak suka pakai hp, ita ni ada cuai cikit asyik salah letak aje hp tu.. sekarang dah tak de hp.. eee.. lega lah sikit kan..


Eh.. banyak pulak celoteh ita, kejap lagi nak ambil Dalili pulak balik sekolah, ok lah kita terus aje pada resepi ita petang ni. Kali ni resepi pun simple jugak! dan sesuai lah kalau nak buat kenduri kendara.. lagi sesuai dimakan bila musim panas2 ni.. sekurang-kurangnya dapat jugak sejukkan anak tekak ni..



Resepi ni ita ambil dari beberapa blog Indonesia yang ita lihat cara membuatnya ada pelbagai versi, tapi yang ita punya ni ita olah sikit sukatannya dan ita sesuaikan dengan citarasa ita dan keluarga. Resepi ni lebih kurang sama dengan Lengkong Santan atau Puding Santan. Tapi ada kelainan kerana menggunakan kelapa muda dan menambahkan lagi kesedapan puding ni disamping corak karangannya yang sangat memikat.


Hasilnya dapat banyak dan sesuai untuk majlis kenduri atau nak jamu kawan-kawan. Ita dak kurangkan sukatannya supaya lagi mudah di cuba untuk keluarga yang tak ramai.


PUDING KARANG

1 buku gula Melaka ~ anggaran 225 gm
1 peket agar2 serbuk ~ anggaran 13-14 gm
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa
100 ml santan ambil dari 600 ml santan tadi
300 ml air
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 biji telur
secubit garam
1 biji isi kelapa muda


Mula-mula kita racik gula melaka halus.
Masukkan dalam periuk bersama dengan 300 ml air dan panaskan atas api hingga gula larut dan mendidih.
Kemudian tapis

Dalam periuk lain, satukan santan, air gula melaka, aga-agar, daun pandan, dan garam
Masak atas api yang sedehana hingga agar-agar melarut

Dalam mangkuk kecil pula kita pukul (kocok) telur bersama 100 ml santan (dari 600ml santan tadi)
Ambil sedikit larutan agar dan masukkan dalam telur dan pukul hingga rata.
Kemudian tuangkan semula adunan telur kedalam adunan agar-agar tadi
Masak semula hingga ia mendidih dan telur berketul2.
Masukkan isi kelapa dan masak sebentar.

Sediakan loyang atau acuan yang sesuai dengan sukatan.
Cuci atau basahkan dengan air
Tuangkan agar2 tadi kedalam loyang
Biarkan ia sejuk dan mengeras
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.



Feb 22, 2012

BUAH MELAKA PANCAWARNA

Assalamualaikum


Selamat pagi.
Salam penuh kecerian buat semua pengunjung setia Masam Manis.
Sejak dua menjak ni, hati ita berbunga ceria secerianya pancawarna alam semesta. Melihat perubahan yang berlaku dalam blog terutamanya blog masakan amat mengembirakan hati ita sebenarnya. Ita melihat perubahan yang berlaku ini satu tanda yang sangat baik dan positif.

Masing-masing berkongsi minat yang sama, memasak dan mengambil gambar. Perubahan yang paling ketara adalah dari segi persembahan seni Food Styling yang sangat ketara disamping idea-idea yang cukup kreatif dalam setiap hidangan yang di persembahan. Inilah yang ita harap-harapkan..  dari awal ita berblog. Ita mengharapkan ada perubahan dalam blog masakan kita.. taklah rasa sama aje dari dulu hingga kini..

Sejak akhir-akhir ini juga ita melihat kematangan pada setiap bloger. Berkongsi dan menceriakan lagi dunia blog dengan penuh rasa ukwah dan setia kawan, tanpa ada rasa cemburu, atau iri hati. Inilah yang sebaiknya..

Buat apalah kita nak ada simpan perasaan cemburu, irihati dan hasad dengki, kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang baik. Berkongsi ilmu untuk kebaikan semua. Lagipun dunia blog kita ni.. terutamanya blog masakan ni kecil aje.. Bukankah kita berblog tanpa paksaan dan atas kerelaan kita sendiri..  Lebih baik rasanya kita happy-happy kan diri memasak dan berkongsi ilmu yang baik.. Lagi satu buat blog ni bukan dapat anugerah apa-apa pun.. tak de pun pangkat dan darjat kebesaran yang diberikan.. apalah yang kita nak cemburukan.. Iklaskan hati kita insyaallah kita akan rasakan berblog ni satu terapi yang baik..


Kita terus kepada sajian yang bakal ita hidangkan hari ni. Uik.. pelik benar nampak rupanya.. berwarna-warni. Inilah kuih Buah Melaka atau lebih mesra di pangil onde-onde. Kebiasannya onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut. Tapi pengunaan tepung pulut secara keseluruhan akan membuatkan onde-onde liat bila dimakan lebih-lebih lagi bila ianya telah sejuk. Untuk mengurangkan rasa liat, ita selalu letakkan keledek, ubi, labu atau kentang yang direbus dan dilenyek. Ini adalah resepi yang diajarkan oleh kakak ita bila ita bertanyakan tentang cara2 membuat onde-onde sewaktu awal2 ita melangkah ke alam perkhawinan.

Bila ita terbaca tentang pengunaan tepung gandum bagi melembutkan onde-onde, hati terpanggil untuk mencuba, lebih-lebih lagi warnanya yang ceria semakin menambat minat ita untuk mencuba. Ode-onde adalah kegemaran anak ita Dalili, tapi dia hanya akan makan onde-onde yang berwarna hijau sahaja. Sebab tu ita jarang nak mewarnakan onde-onde nanti dia tak nak makan.


Pada ita resepi ni sedap juga lah kan.. tapi kalau letak keledek terasa lemak manis keledek tu. Bila guna tepung gandum ni rasanya rasa tepung lah kan.. tapi tak salah jika kita mencuba, manalah tau kalau ianya serasi dengan selera keluarga. 

Resepi dari Ena ~ Lovelay Kitchen dan ita ambil dari dapur Yatie. Terima kasih kepada kedua-duanya atas perkongsian ini. 
Yang ita punya ni, kelapa tu ita warnakan.. haha saje aje.. cari kelainan.. tapi gunakanlah warna makanan bukan water colour pulak! Jangan letak banyak warna letak sikit aje.. takut mabuk pulak.. haha  

Satu lagi versi boleh tengok kat blog Qasey Honey yang beliau ambil dari My Resepi, resepi kiriman Ibu Farzana


BUAH MELAKA PANCAWARNA
By : Ena ~ Lovely Kitchen
Rujukan : Yatie

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. 


TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.