Jan 31, 2012

EMPRESS CHARLOTTE

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Dah bersarapan ke? Saran apa ye? mesti yang sedap-sedap dan lazat2 belaka..
Entah kenapa dua tiga hari ni mood nak berblog macam kurang sikit.. Adakah di sebabkan faktor kemalasan telah melanda atau akibat line tenet yang semakin aduh! bosannya.... lambat macam kura-kura
Atau juga faktor berat badan yang dah semakin mengembang.. membuatkan nak masak pon macam alahaiiii...

Bila tengok blog kawan-kawan yang rajin memasak dan mencuba masakan baru.. hati macam melonjak-lonjak nak mencuba. Bila kenangkan jarum timbangan yang dah melepasi paras berbahaya.. terpaksa fikir 2 tiga kali nak masak atau lupakan sahaja..


Lagipun tahun ni rasa masa macam semakin tak terhambat.. Terlalu sibuk dan tekejar-kejar. Ita kena jadualkan balik masa ita sebaiknya.. kalau tak memang kelang kabut dan tak tentu arah di buatnya. Kalau dulu ita akan lakukan shoot photo pada sebelah pagi.. sekarang dah tak boleh dah.. nak kena masak, nak ambil Dalili balik sekolah, pas tu nak hantar dia ke sekolah agama.. balik dah petang.. semua masakan tak dapat nak diambil gambar bila dah petang..

Lepas ni ita rasa mungkin masa untuk berblog terpaksa dikurangkan.. Tumpuan lebih harus diberikan pada suami dan anak-anak.
Kadang kala bila dah terlalu seronok berblog , kita dah terlupa tanggung jawab yang lain. Ada masa ita terfikir sendiri, macam mana lah kawan-kawan dapat memberikan 100% komitmen pada blog, menjawab setiap msg dan mengomen di setiap blog. Ita dah cuba sedaya mungkin tapi memang ita tak dapat nak laksanakan dengan sebaiknya.. kalau ita dok mengadap komputer semua kerja dalam rumah terbengkalai.. Oleh itu ita pasrah.. " ita memang tak boleh buat 2 , 3 kerja dalam 1 masa"


Berbalik pada resepi yang nak ita sharekan hari ni. Ini adalah resepi yang mudah untuk kita buat jika terpaksa menerima tetamu di saat akhir. Tak cukup persediaan dan masa amat terbatas.
Resepi ni adalah daripada Dato Chef Wan dan ita ambil dari buku masakan beliau Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan


Sebenarnya cara penyediaan ia adalah jugak sedikit rumit, dimana kita kena sediakan kek gulung sebagai bahan asasnya. Tapi jika kita terpaksa sediakn di minit-minit masa penamat jalan mudah beli ajelah kek gulung kat kedai kek.

Ita buat Charlotte ni dah lama sebenarnya.. dah jadi lipatan sejarah dah pun.. Masa tu ita menerima kunjungan tetamu last minit. Dengan persedian yang sangat minima dan tak tau apalah yang akan ita sediakan, ita godek lah Charlotte ni untuk disajikan. Kebetulan mereka datang masa tea time memang sedang elok lah tu.. kan.. memang sesuai sangat buat untuk minum petang.


Charlotte ini amat terkenal di Perancis. Ia menggunakan kastard telur, puri buah-buahan di bancuh bersama krim pekat. Perisa yang paling digemari, coklat, rasberi, oren dan lemon. Untuk resepi ita ni ita gunakan kek gulung pandan dan coklat. Mulanya ita cari juga kek strawberry tapi tak de pulak.. jadi ita jadikan kek pandan ni sebagai bidan terjun. Masa tu nak buat kek memang dah tak cukup masa.. ita beli aje lah jawabnya... hihi

Charlotte dibuat dengan menyusunkan kek span atau genoise yang dipotong pelbagai bentuk. Setelah disusun kepingan kek span, ia diisi krim bavarian atau krim putar.
Di Amerika, kek seperti ini disebut kek icebox kerana cara ia dibuat dan terpaksa di simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

EMPRESS CHARLOTTE
By : Dato Chef Wan
Rujukan : Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan


Bahan Kek Gulung
33 gm tepung kek atau tepung serbaguna
23 gm tepung jagung
2 biji telur gred A
3 biji kuning telur gred A
100 gm gula halus
3/4 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
1/4 camca teh krim tarta
1 camca besar gula halus ~ tambahan
1/2 cawan jem rasberry

Satukan tepung kek dan tepung jagung dan ayak ke dalam mangkuk
Satukan 2 biji telur dan tiga biji kuning telur, putar bersama gula hingga kembang ~ ketepikan
Masukkan esen vanila dan putar rata
Masukkan sebahagian telur dan kacau cepat2. Masukkan sebahagian tepung lagi dan kacau cepat2 hingga rata ~ Adunan kena kacau cepat2 jika tidak angin akan keluar
Putar 2 biji putih telur hingga separuh kembang
Kemudian masukkan krim tarta ~ tujuan masukkan krim tarta supaya putih telur tidak mendap
masukkan 1 camca besar gula halus dan putar selama 5 minit hingga kental dan ringan
Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur
kacau sebati
Apabila siap tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas kertas minyak dan dilapik baking paper.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 220 C
Setelah kek masak, keluarkan dan renjiskan dengan gula halus pada permukaan kek baru terbalikkan pada sehelai kain untuk mudah digulung
Buang kertas lapik kek
sapukan jam rasberry atas kek
Kemudian dgn menggunakan kain lapik gulung kek menghala ke dalam hingga ke hujung
balut kek dengan plastik dan simpan dalan peti ais selama 1 jam
~ Pastikan kek digulung ketika panas.


Bahan Bavarian / Krim putar / Mousse
1 2/3 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
5 biji kuning telur
65 gm gula halus
1 camca besar serbuk gelatin
secubit garam
1 cawan krim putar / Whipping cream

Putar krim putar hingga kental dan simpan dalam peti ais
Satukan susu dan esen vanilla
Masak hingga didih. Ketepikan
Putar kuning telur bersama gula, serbuk gelatin dan secubit garam hingga kembang
Masukkan susu ke dalam adunan telur dan kacau rata ~ adunan ni kita panggil krim
Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan kedalam bekas yang di letakkan di dalam bekas yang berisi ketulan ais.
Kacau selalu supaya tidak bergentil
Apabila krim hampir beku masukkan krim putar
Kacau rata
Sediakan Loyang bulat ukuran 8 inci
Letakkan plastik dalam loyang biarkan plastik terlebih dari loyang supaya mudah kek di keluarkan.
Potong roll cake dan susun disekeliling loyang hingga penuh
Tuangkan krim ke dalam mangkuk berisi kek gulung dan simpan dalam peti ais hingga beku
  untuk charlotte ita ni ita gunakan kek gulung yang segera beli kat kedai kek
Jan 30, 2012

PEACE NO WAR....

Assalamualaikum

Semalam ita pergi hantar Azrul balik. Sebelum balik sempat singah ke Pavilion. Lama dah tak singah sini. Dulu setiap kali pergi KL mesti pergi sini. Apalagilah yang nak buat kat KL ni kan selain shopping... shopping.. dan shopping



Barang kat sini biasalah.. harga standard pasaraya yang bertaraf 5 bintang.. tiada tawar menawar.. haha
Yang paling ita suka singah sini.. bila musim perayaan.. waaa.... memang meriah dah macam satu pesta. Dan yang paling utama.. click! clik! clik! apalagi bergambar sakan laaaa... haha

Jom kita masuk dulu.. ke ruang legar.. ramai orang masa ita singah sini.. maklumlah hari minggu. ramai warga KL turun untuk sejukkan badan.. hihi
Dragon ni panjang tau.. 600 ft panjang dia.. cantik! Selain dragon ni lanterns pun banyak jugak.. memang cantik.. ralik melihatnya..
Begitulah indahnya Malaysia.. penuh dengan warna-warni budaya pelbagai bangsa..

Satu kisah lucu masa kat sini.. Pernah tengok cerita Mr Bean kasut tertinggal atas kereta.. pas tu puas Mr Bean kejar dengan sebelah kaki.. haha begitulah yang terjadi pada sepasang suami isteri ni.. dah tak sabar nak balik kot setelah penat bershopping, hingga handbag tertinggal atas bumbung kereta.. mujur suami ita perasan dan tegur.. waaaa... pucat member.. lepas ni mesti dia ingat! dan tak buat lagi..


Peluang berada di Pavilion ni tidak ita lepaskan untuk melihat United Buddy Bears World Tour
Waaaaa.... banyaknya beruang.. dari serata dunia beratur sambil angkat tangan... comellllnyaaaa... Apalagi bergambar sakan lah kita.. haha

United Budy Bear adalah patung beruang yang dilukis di badanya bagi mengambarkan identiti negara asalnya. Patung beruang pertama telah dilukis oleh Kluas dan Eva Herlitz dari Germany.
United Budy Bear ni bermula pada Desember tahun lalu dan di jangka berakhir pada Febuari ni..
Jadi kepada yang masih belum berpeluang untuk melihat Budy Bear yang comel ni jangan lupa singah ke Pavilioan


Cantik betullah kan.. macam-macam lukisan yang dilukis pada beruang ni.. Dan setiap negara kat dunia ni ada wakil beruang masing-masing yang dilukis bagi mengambarkan identiti negara masing-masing..



Emmmm... semua beruang-beruang ni mengangkat tangan masing-masing sebagai simbol keamanan dunia sejagat.. Peac No War
Semuanya berjumlah 143 ekor tak kira lah anak beruang ke.. mak beruang ke.. atau bapak beruang..haha

Anak dara ita ni pulak sibuk sangat mencari wakil bear dari Malaysia.. puas lah ita meronda untuk cari wakil dari Malaysia ni.. ala tomeii.. tomeii.. wakil Malaysia ni.. nampak ceria dan memang beridentitikan citarawarna Malaysia.. dan warga Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.
Wakil dari Malaysia ni pula dilukis oleh pelukis, pelukis kartun dan pelawak terkenal kita siapa lagi kalau bukan saudara Imuda.





Jan 29, 2012

HEZELNUT FRAMBROZEN KENARI

Assalamualaikum


Kecoh satu taman Dalili punya hal..
Adoiii... macam-macam tau Dalili ni.. ada.. ada aje..
Kadang-kadang tak boleh jugak nak salahkan dia.. kesian jugak kat dia tak de kawan.
Semalam masing-masing semua sibuk, ita sibuk menyiapkan tempahan anak bujang yang minta buatkan macam-macam utk bekalan pulang ke asrama..
Abangnya pula sibuk siapkan homework yang tak siap lagi.. biasalah anak ita ni suka sangat buat last minit.. haiii.. bila awal-awal cuti tanya homework dah buat belum.. emm.. jawabnya relax lah.. mak.. cuti kan lama.. Bila dah nak balik baru sibuk cari homework..


Bila semua sibuk, anak dara tu.. bila masa pulak dia keluar.. dia tak bagi tau maknya pulak tu nak keluar..
Tiba2 ada orang tekan bell, bila bukak gate.. emm... ketua taman dan ada lagi 2,3 orang yang mengikut... aik! ada apa hal pulak ni..??
Mula2 tanya suami ita ada rumah tak? mmg lah tak de belum balik kerja lagi.. ada apa hal ye? cuak jugak ni dalam hati..
Tiba2 dia tanya.. tadi yang pakai baju pink budak perempuan tu anak akak ye?
Ita pun macam lalok kejap... emm.. eh ye lah anak saya..  ada apa ye..?
Boleh tak panggil dia kejap..?
Nape ye?.. berdebar2 jugak ni.. apa pulak lah Dalili dah buat..
Bergaduh dengan anak orang ke..?


Tiba2 yang perempuan tu pun terangkan pada ita
Dia kata dia jumpa kertas, ada orang baling kat rumah dia.. Kertas tu tulis " AYANI ADA RUMAH TAK? KALAU ADA PERGI TAMAN"
Dia terkejut, disangka ada orang hantar surat pada maid dia, kebetulan nama maid dia Marni. Dah 2 kali maid dia lari dari rumah dan ini maid yang ke3. Puas dia tanya maid dia dan siap marah  lagi katanya.. tapi maid dia tak mengaku..
Ialah macam mana nak mengaku.. dia pun tak tau apa-apa..
Kawasan rumah ita sekarang mmg kecoh pasal maid lari dari rumah. Habis semua guard kena marah bila ada maid yang hilang dari rumah..
Sekarang nak masuk kawasan rumah pon susah.. semua di kawal ketat
Teksi lagi lah habis kena selongkar takut kalau ada bawa lari maid.. Aduyaiii..


Katanya bila dia keluar rumah dia nampak anak ita Dalili tengah mengendap2 dan lalu lalang depan rumah dia..
Bila dia tanya Dalili katanya Dalili terus lari lintang pukang..
Baru ita teringat, Dalili ada kata kawan satu kelas dengan dia ada duduk dekat rumah ita.
Dah lama sekolah baru tau yang mereka duduk setaman dan rumah pun berdekatan.
Nama kawannya tu Aryani, tapi dia ni tak tau mana satu rumah kawan dia.. Ita rasa mungkin dia yang baling kertas tu.. Biasalah budak2 kan mmg suka sangat passing2 kertas.. aii.. teringat pulak zaman sekolah.. maknya ni pun suka jugak passing2 kertas.. hehe
Rupanya dia tersalah baling, masuk rumah orang lain pulak.. aduyaiii Dalili.. Dalili..
Kerana ketakutan dia masuk bilik dan terus kunci pintu.. tak bukak-bukak.. sampai pagi...
Puas ita dan ayahnya panggil dia tak bukak jugak.. tak makan dan tak minum dok berkurung satu hari dalam bilik.. ketakutan.. Kesian Dalili..


Ini satu pengajaran juga untuk ita, lain kali ita kena lebih berikan perhatian pada Dalili. Bila duduk area rumah yang macam ni.. mmg lah rasa sunyi, tak de kawan. Bila abangnya balik lagi lah dia rasa sunyi...

Ok lah kita lupakan kisah Dalili tu..
Hari ni ita nak hantar Azrul pulang asrama
Sebelum ita pergi ita nak kongsikan, inilah cookies yang jadi permintaan Si bujang.. Frambrozen Kenari. Ita masih lagi menggunakan resepi yang sama, cuma ground almond ita tukarkan pada kacang Hazelnut. Ita beli yang dah siap dikisar halus.
Rasanya lebih sedap! lebih halus dan lebih rapuh!
Sebenarnya biskut ni telah menjadi kegilaan ita sekeluarga. Memang tak jemu menikmati setiap kepingan biskut apalagi bila ditaburkan kacang pistachio di atasnya yang rangup bila di bakar..


HEZELNUT FRAMBROZEN KENARI
Dari resepi asal FRAMBROZEN KENARI

Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor

100 gm serbuk
hazelnut
200 gm butter

1 biji kuning telor

70 gm susu tepung

Toping Tengah
Blueberry filling secukupnya
   
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung gandum  yang telah di ayak bersama serbuk badam dan susu,  gaul hingga adunan menjadi doh 
Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh  dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan cutter dari loyang setelah masak 
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing

Lapisan Icing Atas
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Hiasan
kacang pistachio di cincang kasar

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.

Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn kacang pistachio
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi  supaya toping benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
Jan 28, 2012

CARROTS PINEAPPLE UPSIDE-DOWN CAKE

Assalamualaikum


Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi kek yang menggunakan nenas. Kalau dulu ita pernah buat kek ni tapi hanyalah Pineapple Upside Down Cake, tapi kali ni ada sedikit kelainan kerana penambahan carrot dalam adunan kek tu.
Ita tertarik untuk mencuba kek ni semasa ita jalan-jalan ke beberapa blog untuk mencari resepi yang menarik. Bila singah ke blog ni, hati terpaut pula untuk mencuba resepi ni. Apalagi bila tuan empunya blog memuji tentang kesedapan kek ni.

Ita boleh katakan kek ni Ok pada selera ita. Di kategorikan kek ni kepada kek padat atau kek berat dalam kelompok carrot cake atau kek buah. Sebenarnya kek ini adalah hasil gabungan antara carrot cake dan pineapple upside down cake. Rasanya tak terlalu manis sedang-sedang aje..


Selain dari berkongsi resepi cake ni, ita juga nak kongsikan khasiat yang dapat kita peroleh dari pemakanan nenas. Sebenarnya ita sangat mengemari nenas. Rasanya yang masam manis memang menambat selera ita.
Nenas sangat bagus dimakan terutamanya bagi mereka yang memiliki darah dari kelompok A macam ita. Dulu dari kecil ita mmg suka makan nenas. Tapi bila dah memasuki alam remaja ita dah tak boleh makan nenas, kalau makan pasti ita akan diserang sengugut atau sakit perut yang sangat teruk.

Tapi alhamdulillah selepas ita selamat melahirkan anak-anak ita kini, ita dah dapat semula menikmati buah yang menjadi kesukaan ita ni..



Nanas ataupun nama saitifiknya comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan, tergolong dalam keluarga Bromeliaceae.

Nanas sebenarnya bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman, malah ia juga mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
Nanas merupakan sumber vitamin C yang baik dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nanas juga mengandungi lemak dan garam yang minima serta tidak mempunyai kolesterol. Selain itu, nanas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6. Sesungguhnya nanas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan menyihatkan.

Apakah kebaikan yang dapat kita perolehi dari memakan nenas :

Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

Menyihatkan mata. 
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. 
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.


Nenas merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan dieksport sejak dahulu lagi. Kawasan utama penanaman nenas adalah di Negeri Johor terutamanya dikawasan tanah gambut di sekitar Pekan Nenas dan Pontian.
Nenas diperdagangkan di pasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk segar, kaleng ( di paking dalam tin) dan jus nenas. Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang mengeksport nenas dalam ketiga-tiga katagori tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengeksport nenas di dunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar dari Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain



CARROTS PINEAPPLE UPSIDE-DOWN CAKE
Source: Better Homes and Gardens India, April 2008
prep: 30 min, bake 45 min, cook 35 min.
Rujukan : Vania

1/3 cup packed brown sugar
2 tbsp butter
1 tbsp water
6-8 1/2 inch thick slices fresh pineapple, cored and halved
2 cups all purpose flour
1 tbsp baking powder
1/2 tsp salt
1/tsp ground nutmeg
1/2 cup butter, softened
1 cup granulated sugar
2 eggs
1 tsp vanilla
3/4 cup milk
3 carrots, finely shredded (1 1/2 cups)

Preheat Oven to 350F. Lightly coat a 9x9x2 inch baking pan with non-stick cooking spray or oil; set aside.
In a small sauce pan, combine brown sugar, 2 tbsp butter, and water. Cook and stir over medium heat until mixture comes to boiling and is smooth. Pour in prepared pan; tilt to evenly coat bottom. Arrange pineapple slices over top.
In a medium bowl, combine flour, baking powder, salt and nutmeg; set aside.
In a large mixing bowl, beat 1/2 cup butter on medium-high for 30 seconds.
Gradually add granulated sugar, beating until combined; beat 2 minutes more.
Add eggs, one at a time, beating well after each addition.
Beat in vanilla.
Alternally add flour mixture and 3/4 cup milk; beat on low after each just until combined.
Stir in carrots. Spread batter over pineapple.
Bake 45 minutes or until golden and wooden pick inserted in centre comes our clean. Cool in pan on the rack for 5 minutes. Invert on platter. Cool 30 minutes.


CARROTS PINEAPPLE UPSIDE-DOWN CAKE

1/3 cawan gula perang
2 sudu besar butter
1 sudu besar air
6-8 kepingan nenas yang telah dipotong bulat setebal 1/2 inc, buang empulur tengahnya
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu tea garam
1 sudu teh serbuk buah pala
1/2 cawan butter lembutkan ke suhu bilik
1 cawan gula caster
2 biji telur
1 sudu tea esen vanila vanilla
3/4 cawan susu
3 biji karot di parut setebal lidi mancis ~ anggaran 1 1/2 cawan (ita letak 1 cawan sahaja)

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang berukuran 9x9x2 inc
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek
Ketepikan

Dalam periuk kecil, satukan gula perang, 2 sudu besar butter dan air.
Masak dengan api sederhana hingga gula larut dan adunan mendidih
Tuangkan dalam loyang tadi dan ratakan pada keseluruhan dasar loyang
Susunkan kepingan nenas
Ita taburkan kacang pistachio pada ruang kosong dan letakkan chery merah di tengah lubang nenas
Ketepikan

Dalam bekas yang kering, satukan tepung, baking powder, garam dan serbuk buah pala
Ayak dan ketepikan

Dalam bekas mixer, pukul butter selama 30 saat
Masukkan gula dan pukul semula selama 2 minit
Bila adunan dah putih, masukkan telur satu persatu
Pastikan adunan telur telah sebati baru masukkan sebutir lagi
Terus memukul hingga adunan menjadi gebu
Masukkan esen vanila dan pukul lagi hingga rata

Tutup mixer, masukkan tepung dan susu secara berselang seli, mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga
Gaul guna kaedah kaup balik dengan spatula sahaja
Setelah adunan rata, tuamhkan adunan dalam loyang nenas tadi
Bakar dalam oven selama 45 minit
Ita bakar selama 1 jam
Ita letak rak bawah dan bakar dengan api atas dan bawah selama 45 minit
Selepas tu tutup atas loyang dengan aluminium foil dan teruskan bakin menbakar selama 15 minit lagi
Bila kek masak sejukkan sebelum di potong

Jan 27, 2012

NASI LEMAK KUNYIT HIDUP

Assalamualaikum

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kekasih hamba turutkan

Nasi lemak, sajian tradisi yang tak lapok di telan zaman. Sentiasa mendapat tempat dihati para pengemarnya. Dahulu kala nasi lemak hanya kita temui dalam satu versi sahaja, berwarna putih mulus dialaskan daun pisang, dan ditemani sambal tumis, telur dan timun sebagai pelengkap selera.


Pada ita nasik lemak memang sangat sinonim dengan negeri Johor. Kali pertama ita menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang, ibu mertua membelikan ita nasik lemak. Dia sedia maklum menantu dia ni sangat cerewet dalam menikmati hidangan dan mungkin dia juga sedia maklum bahawa selera anak Johor ni memang tak sama dengan selera anak-anaknya.

Itu lah kali pertama ita jumpa nasi lemak yang berlauk kan asam pedas. Alamak cairnya sambal dia... Memang payah untuk ita terima waktu itu.. tapi oleh kerana menu yang lain lagilah ita tak pernah jumpa akhirnya terpaksa lah ita telan juga nasik lemak tu..

Ita dah sinonim dengan nasik lemak. Dari kecil ita dibesarkan dengan nasik lemak. Mak ita juga berjaja nasi lemak. Pagi2 hari pasti dah terhidu bau harum daun pandan dari celah jendela dapur. Bau itu yang membangkitkan ita dari tidur setiap hari..

Mak cik ita juga meniaga nasik lemak. Sebelum kesekolah ita sering ke warong mak cik untuk menolong atuk ita meniaga. Atuk ita memang membantu mak cik ita meniaga di warong. Boleh dikatakan perniagaan orang lama tidak menggunakan tenaga luar. Semua diuruskan oleh keluarga sendiri.


Pada ita nasik lemak mesti dilawankan dengan sambal tumis. Kalau tiada sambal dah kurang menyengatlah nasi lemak tu. Nasi lemak juga bergantung pada sambalnya jika sedap sambalnya maka sedaplah nasik lemak tu.. jika sebaliknya nasik yang sedap pun terasa hambar bila dinikmati.

Sekarang nasi lemak di sediakan dengan pelbagai lauk pauk, dengan rendangnya, sambal sotongnya, ayam goreng dan pelbagai lagi lauk pauk yang cuba digandingkan untuk menambahkan lagi kelazatan nasi tu. Semua bergantung pada selera masing-masing.. Kata orang tepuk dada tanyalah selera...
Bila tanya ita.. yang lama juga menjadi idaman kalbu.. Biar serba ringkas dan serba sederhana..

Nasik lemak sememangnya sedap jika di tumis. Memang sudah menjadi turun temurun dan ita rasa satu kelaziman bagi orang Johor, kalau masak nasik lemak memang dah semestinya bahan rencah ditumis dahulu. Ini sebagai menambahkan lagi kelazatan nasik tu dan membangkitkan lagi aromanya. Begitulah yang diajar oleh emak ita. Memang setiap kali ita masak nasik lemak waima nasik lemak versi apa sekalipun ita pasti tumis dahulu walaupun dalam resepi tidak mencadangkan untuk menumis. Sebenarnya ita dah terbiasa dengan cara emak dan atuk ita menyediakan nasik lemak.

Hari ni satu lagi versi nasik lemak untuk dikongsi bersama  Nasi Lemak Kunyit Hidup.


NASI LEMAK KUNYIT HIDUP

3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
Daun pandan
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 sudu besar halba
1 batang serai ~ dititik
1/2 inc kunyit hidup ~ ditumbuk lumat
2 inc halia ~ di titik
sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam

Beras di cuci bersih dan rendam sekejap, kemudian toskan
Periuk nasik di alas dengan daun pandan pada dasarnya
Tuangkan beras di atasnya dan ketepikan

Dalam kuali, pijarkan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, daun pandan simpul dan halba
Tumis hingga harum
Masukkan santan dan masak hingga didih
Sentiasa di kacau supaya santan tak pecah

Bila dah didih tuangkan dalam periuk nasi
Tanak nasi seperti biasa.
Bila nasik hampir kering kacau nasi gunakan copstick supaya butir nasi tidak patah
Tutup semula periuk dan tanak semula hingga nasi masak sempurna
Sedia di nikmati bersama sambal tumis, telur rebus dan timun sebagai ulaman.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 mangkuk ikan bilis ~ dibilas air dan goreng garing ketepikan

RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

1/2 cwn air asam
1 sudu teh garam
secubit ajinomoto
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Pijarkan minyak dalam kuali

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
Masukkan air asam , gula , garam dan ajinomoto secukup rasa..... biarkan merenih...
Untuk dapatkan sambal yang sedap, bahan yang kita blend tu hendaklah ditumis hingga garing dan lama sikit. Ini adalah untuk nak menghilangkan bau maung lada kering dan sambal juga sedap di makan.
Bila sambal dah masak tunggu hingga dia sejuk sebentar.
Barulah masukkan ikan bilis
Tujuan untuk masukkan ikan bilis bila sambal dah sejuk supaya ikan bilis tu masih rangup bila dinikmati

Konsep untuk Food Styling ita hari ni bertajuk Bekalan Pak Tua
Ini adalah sebagai mengimbau kembali kenangan sewaktu ita membantu atuk ita di warong.
Bekalan Pak Tua adalah bekalan untuk Pak Tua yang setiap hari singah di warong mak cik ita sebelum ia turun  ke laut.
Pak Tua akan memesan nasi lemak, dan nasik lemak akan  di masukkan ke dalam tepen atau mangkuk tingkat. Dan airnya pula di letakkan ke dalam tin susu di tebuk lubang dan di ikat tali. Air begini jika dahulu di warong mak cik ita di panggil Air Teh Pen.
Selepas arwah mak cik dan atuk ita meninggal ita tak jumpa lagi Pak Tua. Khabar dari Pak Tua juga tak pernah ita dengar hingga kini.. Dimanakah Pak Tua membawa diri??..
Jan 26, 2012

CARAMEL CHEESE PUDDING

Assalamualaikum


Lama rasanya ita tak sharekan resepi puding karemel. Ita buat puding ni dah lama sebenarnya. Tapi ita hampir terlupa nak sharekan. Bila ita selongkar kembali semua gambar ita barulah terperasan yang puding ni ita tak sharekan lagi.


Resepi puding ni ita ambil dari My Resepi. Resepi ni telah dikongsikan oleh Yani. Ita memang suka cuba resepi dari Yani. Banyak resepi yang telah Yani sumbangkan di My Resepi dan rata-rata mendapat komen yang cukup baik daripada rakan-rakan yang telah mencuba.

Kali ni ita teringin pula mencuba Caramel Cheese Puding yang ita lihat telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di ruangan My Resepi. Rakan-rakan yang dah mencuba pun memberikan komen yang cukup baik tentang rasa dan tekstur puding yang dikatakan sangat lembut.


Sebenarnya selain daripada ingin merasa ita juga buat puding ni kerana nak menghabiskan stock cheese ita yang sudah hampir ke tarikh luput. Daripada ianya lapuk dan rosak, ada baiknya ita jadikan sesuatu hidangan untuk hidangan keluarga tersayang.

Terima kasih kepada Yani selaku penyumbang resepi. Puding ni memang sedap! dan terasa cheesenya setiap kali puding meluncur dan melintas di anak tekak ni. Kepada rakan-rakan yang sukakan puding karemel, apakata jadikan puding ni sebagai salah satu koleksi puding kesayangan anda dan keluarga


CARAMEL  CHEESE PUDDING
By : Yani
Rujukan : My Resepi

Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

 

Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.




Jan 25, 2012

SENIBONG PERKAMPUNGAN NELAYAN

 
Kampung Senibong yang terletak dipinggir bandaraya Johor Bahru, adalah salah satu destinasi makanan laut yang cukup terkenal dikalangan masyarakat setempat dan warga Singapura amnya. Dari dulu hingga kini Senibong sentiasa dikunjungi pengunjung dan pelancung terutamanya pada waktu malam dan hujung minggu. Kalau berkunjung ke Johor pastilah tidak akan lupa untuk singah di sini bagi melayan selera anak tekak yang kadang kala terigin bertukar selera.
Pelbagai makanan laut terjual disini. Dari yang biasa kita lihat seperti, udang, ikan, ketam dan lain-lain hinggalah kepada yang jarang kita dapat nikmati seperti belangkas.
Terdapat banyak restoran di sini yang menjanjikan hidangan yang membuka selera. Layanan juga sangat baik dengan harga hidangan yang sangat berpatutan.
Dan sudah semestinya Restoran Nasi Lemak menjadi pilihan kami sekeluarga.
Selain makanan laut terdapat juga makanan sampingan seperti satay, otak-otak, rojak dan lain-lain yang perlu di cuba
Pemandangan di Senibong sangat cantik pada waktu malam. Cahaya lampu dari Singapura,  kapal-kapal yang berlabuh, bot-bot kecil, kelong dan lampu neon dari Bandaraya Johor Bahru 
Sebelum pulang jangan lupa untuk dapatkan cendaramata sebagai buah tangan.












AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.