iklan

iklan floral cake

iklan ada

Monday, December 17, 2012

SWISS ROLL ZIRAFAH

Assalamualaikum


Dah lama sebenarnya ita berangan-angan untuk menyediakan kek roll ni. Setiap kali melihat rakan-rakan menyediakannya hati terdetik.. bilalah ita dapat melempiaskan hajat..

Ita amat suka buat sesuatu yang baru, bosan setiap kali buat benda yang sama. Pada ita dunia masakan sangat unik, penuh dengan aroma, warna warni, tekstur dan kreativiti yang mana bila kita berada di antaranya terasa kita telah menggunakan setiap deria yang Allah kurniakan.


Dari kerana mata kita jatuh cinta, sentuhan buatkan kita terbuai-buai dengan seribu satu keindahan.. rasa yang buatkan kita terlompat-lompat dan menari-nari kesukaan.. setiap irama mengalunkan melodi yang indah untuk didengar.. aroma yang meliuk-liuk buatkan kita tak sabar-sabar dalam penantian..
Begitu besar anugerah yang Allah kurniakan.. dan seharusnya kita mensyukuri.. nikmat itu.

Setiap hari bila celik sahaja mata, apa yang ita fikirkan hanyalah untuk menyediakan juadah yang paling istimewa untuk keluarga tersayag. Ita berharap agar juadah itu nanti akan menjadi kenangan terindah buat insan-insan yang berada di hati ini. Manalah tau.. kalau ianya merupakan air tangan ita yang terakhir.. ita mengharapkan keenakkannya terpahat di sanubari dan sentiasa dikenang..

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
 


Swiss Roll Zirafah, adalah idea unik yang telah dikongsikan oleh SiewHweis Kitchen  dan di sebarkan oleh Eggplant10. Setiap resepi yang di kongsikan di laman web ita lihat dalam bahasa Cina dan ada juga dalam bahasa Jepun, dan ita tidak pasti pula siapakah gerangan pemilik yang mencetuskan idea yang cukup kreatif dan unik ini.

Tapi ada juga insan yang sudi kongsikan resepi ini dan dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris, terima kasih ita yang tak terhingga kepada Everybody Eats Well in Flanders yang telah bersusah payah translatekan resepi ni kedalam bahasa Inggeris supaya dapat di cuba oleh rakan-rakan yang berlainan bangsa dari seluruh dunia.


Bukan itu sahaja, ada juga insan lain yang cukup ita hormati, bakat dan kerajinannya yang juga telah mengalih bahasa resepi ini ke dalam bahasa Melayu untuk di cuba oleh rakan-rakan di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia yang berminat untuk mencuba, dan beliau yang ita maksudkan tak lain-tak bukan ialah kak Wan, pemilik dapur Citarasawan. Terima kasih semua.. jasa dan pengorbanan anda sentiasa ita kenang..

Bagaima pula dengan rakan-rakan ita di luar sana..?
Tak teringin ke nak mencuba?

Mungkin ada yang terkejut melihatkan step by stepnya yang panjang berjela dan nampak agak rumit cara penyediannya. Tapi percayalah ianya tak serumit yang disangkakan.

Ita mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakan kek ini, memandangkan ita terpaksa untuk membuat step by step. Ini adalah untuk memudahkan adik-adik ita yang baru berjinak-jinak ke dapur dapat memahami cara penyediaan yang betul dan tepat. Sebenarnya ita  sedih setiap kali membaca coretan adik-adik yang menyatakan kek yang mereka sediakan tak menjadi dan terpaksa pula di humban.. aduh!! tak dapat ita bayangkan kekecewaan itu apatah lagi jika ianya adalah permulaan awal untuk mula berjinak ke dapur. Bertambah-tambah lagi, dengan bahan-bahan yang semakin meningkat harganya di pasaran..


Apa yang dapat ita nasihatkan disini, baca setiap resepi dengan betul. Fahami fungsi setiap bahan, sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebaiknya, sukatan bahan haruslah tepat sebagaimana yang tercatat dalam resepi. Jangan mengubah bahan tanpa kita ketahui fungsinya, jangan menggunakan teknik anggaran bila menyukat bahan lebih-lebih lagi jika kita nak menyediakan kek yang amat sensitive cara pengolahannya. Pastikan kita telah bersedia 100% mental dan fizikal bila nak membuat kek. Jangan ambil jalan shortcut dengan memandai-mandai mengedit beberapa bahan dalam resepi sekiranya kita bukan pakar masakan. Pastikan kita memahami fungsi oven kita yang sebenarnya. Kepanasan sesuatu oven banyak bergantung pada jangka hayat oven tersebut. Pastikan tepung, serbuk koko, baking powder diayak terlebih dahulu. Pastikan juga telur berada dalam keadaan segar. Kita juga kena fahami beberapa teknik dan bahasa baking seperti, double boiler, kukusan, kaub balik adunan, tempering, softpeak, meringue, kental, putih gebu, gebu ringan, berkrim, sebati dan lain-lain lagi.

Bila kek dah siap, gunakanlah kreativiti kita pula untuk mencorakkannya sebaik mungkin. Ialah dah penat-penat bersinsing lengan didapur tiba-tiba kita seperti melepaskan batuk ditangga  pula bila menyudahkan decorasinya.

Deco adalah sangat penting, kerana dari mata meruntun ke hati..
Bila memasak juga kita diuji dengan sifat sabar yang tinggi. Kek yang telah siap tidak boleh terus dipotong, simpan dalam peti ais jika kek berkrim, cheese cake, mouse cake atau kek berganache. Paling kurang 4 jam dan sebaiknya semalaman, untuk kita mendapatkan potongan yang menarik.


Macam mana ? dah bersedia nak menyediakan kek ?
Jom bersama Dalili terokai cara penyediaan Swiss Roll Zirafah yang unik ini yokk!!


SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber : Everybody Eats Well in Flanders
Di alih bahasa oleh : Citarasawan

Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan

Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla


  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
  9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  8. Tambahkan juga coklat emulco
  9. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi


  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

  1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
  2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
  4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
  5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
  6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka


Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
  1. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
  2. Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
  3. Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
  4. Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.










78 comments:

ninazsyafinaz said...

cantek rupa parasnyer nih

Mas Sani said...

teruja mata sy tgk step by step swiss roll tu...
alahai...cantiknya...sedapnya...syg plak nk makan hehehe...

Zura Lee said...

gigihnye kak ita nih... hadooii tabik spring okey !!!

Fiza Nordin said...

terbaik!!! kena ade daye kerajinan sebenar baru leh buat ni selain daye kreatif yg tinggi...

Azrey Rozie Eiman said...

Super creative! super talented!

Azrey Rozie Eiman said...

Super creative! super talented!

ameris said...

alahai... begitu teliti kak ita buat step by step. terkagum jap.

MamaFaMi said...

Menangis zirafah kalau tengok kek Ita ni. Manakan tidak... tompok kek Ita lagi jelita dari tompok kat badan Zirafah... hehehe...

mimie said...

alhamdullilah....
pencerahan yg kak ita bagi amat terang benderang....
makin sayang kat kak ita...#hug

mynani cakes. said...

Nak try nanti ya k ita. Terima kasih atas usaha k ita yg baik hati. Menulis dgn panjang lebarnya. Semoga k ita beroleh rahmat dan kesihatan yang baik ya.

mynani cakes. said...

Nak try nanti ya k ita. Terima kasih atas usaha k ita yg baik hati. Menulis dgn panjang lebarnya. Semoga k ita beroleh rahmat dan kesihatan yang baik ya.

Aida Dinn said...

teruja nak try laaa....
cantek sangat........

Aida Dinn said...

thanks kak ita sharing the step by step....
**sharing is caring** ;-)

ada the baker said...

salam kak ita. very the details tu. thank you so much for sharing . tgk macam renyah juga nak buat swiss roll ni. gonna try it soon. anyway, saya dah try brownies recipe akak. kalau potong after 10mins cooling pun macam susah jugak ye.

siti sabri said...

Terbaik

siti sabri said...

Terbaik

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dah lama juga simpan resepi teringin nak buat ita oiii sejak2 nampak kakwan kongsikan tak lama dulu... tp hajat belum terlaksana.. hehe.. nampak hasil dari tangan ita buat hati meronta2 nak cuba... rajinkah daku? huhu...

Razreena Razli said...

Teruja dibuatnya...

Neng Ella said...

Cantik sekali bolu gulungya :-)

Neng Ella said...

Cantik sekali bolu gulungnya :-)

fazianbatrisyia said...

Untung ada Dalili...seperti mengikut jejak emaknya juga nanti. Cantik sgt...

IBU GEBU said...

cantik & kemas... tahniah juga buat dalili

Hesti HH. said...

Salam kak Ita sayang,

Cantiiiik nian motif zirafah tu...selalu rapi buatan tangan Kak Ita. Apa saja yang dibuat pastilah hasilnya superb!! insyaAllah suatu saat mau coba juga, thanks for sharing step by stepnya...

Asyifa Mustaffa said...

Terbaik la kak....
Sngt2 mmbantu nie....thx atas usaha akak...n pada dalili juga....:-) insyallah akan dicuba......

A M A zabidi said...

Salam kak ita ..nak tanya kak ita beli cream of tatar brand apa..?

Murni Ishak said...

Nmpk sedap..xsabar nk cuba..thnks kak..

Rahel Rae said...

Cantik...cantik..cantik sangat2...
waaaa...kemas gitu...mesti enak banget ni...teruja nak try...

myxa said...

Akak, macam tau2 je. Saya mmg nk buat swissroll nmpk lak kat fb akak update buat swiss roll ni. Siap dgn step by step lg. Mesti cuba ni.

neverletmego said...

:) baru ja jumpa your blog semalam ,terus jatuh cinta .thank you so much to my sister :) btw adore your creativity :)
2 days follow blog kak ita , dah 2 recipe nadia buat
1) durian crepe
2) red velvet cake .
thank you agaim for sharing.mintak halal

faa.rosli said...

wah..gojess laa akak ni...kalo buat bithday party safari theme, akak dah ada leopord print cake, swiss roll giraffe..pasni maybe zebra macaroon?mesti comel..hihi

khairiah khaizu said...

cantik hasil tgn ita, ade jer idea nk buat mcm2...kreatif betul...jeles sgtttttttt

Jase Jamin said...

saya dah pernah buat.... sebenarnya tak sesusah mana bila dah buat.... masa baca tu mmg rasa amat mencabar step stepnya... bila dah jadiii walllaaa..... mmg cantik dan sedap....

Jase Jamin said...

saya dah pernah buat kek ni... dah lah cantik sedap plak tu.... Dari kak wan jugak saya mencuba.. memula rasa susah bila dah buat... hmmmmm kira taklah sesusah sgt... kira boleh la.... harus buat lagi ni...

asmah yusof said...

aku terguda...aku terguda.....:))

Nooriah Abdullah said...

sangat cantik teruja akak nak buat lah dah baca step by step macam senang jugak berkobar2 ni thanks Ita sudi kongsikan resepi yg cantik molek ni

Lisa Amin said...

Terima kasih........macam mana la nak curi masa nak buat nie......menarik sangat....

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Lucky Dalili!!! Mum so creative...:)

I'm stunned at your zebra cake kak...adore your patience...hats off!!! Lenkali leh buat corak leopard ye kak! Dedicate to me...hahaha! ;)

Hasidah Bt Awang said...

terima kasih untuk info ni,insyaallah boleh mencuba..

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

cantik sesangat la kak ita.. sayang nak makan........

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

cantik sesangat kak ita............. sangat gojesssss....

jura-rahim a.k.a mrs tycoon said...

sedapnyer kak....kak mintak izin pinjam pic mille crepe sat...sebab hari ni birthday saya ...nak buat mille tu x terbuat lagi pinjam pic sat sehari..izinkan yer kak

jura-rahim a.k.a mrs tycoon said...

salam...kak pinjam pic mille crepe yer...tgk sedap sangat....harini birthday saya nak buat x dapat lagi....tgk pic pun jadi la...izinkan pinjam sekejap yer kak

Cikgu Nurulfadillah said...

Sangat cantekk... kagum ngan kak ita..

nZaOdonut said...

salam k.ita :)
terbaekkk laa kak...sgt2 teruja tgk semua resepi2 kreatif akak...^_^
kek gulung zirafah ni comeiii sgt2..hehehe

Sharlina said...

salam kak, nanti saya nak cuba la buat...nampak menarik sangat!

AbbotCottage said...

nampak menarik dan senang...cuba buat sendiri! haduhhh berpeluh tu dah pasti.

Allene said...

wow.... kak ita mmg hebat...

Kniedaz said...

kak ita ni kreatif la....

Artoone said...

comelcomelcomelcomelcomelcomeeeell!!! geram tengok! ;)

JIJI YU said...

gambar yang akak ambik siyes cukup menarik perhatian newbies yang baru belajar dslr cam sy..lighting dan komposisi yang cukup menarik..yang paling saya suka..dia dah jadi macam ada tone tertentu..nampak clean..akak ada guna mana2 software untuk editing tak???leh share2 tak

Musliza Hasni said...

mula2 sy pikir k.ita juz tompok2 kan warna coklat tu..rupa2nya mcmtu stepnya..tima kasih ats penerangan yg begitu jelas & mantap!

nome said...

eh kita suka sgtlah tgk akak ni main masak2...cantek rupenya dan dah tentu sedap di tekak...nak jd akak idola saya la :D

shida azuan said...

So gorgeos!!!

Hasida Mohammed said...

Awsome..tahniah ita, moga Allah tmbh kemahiran n idea ita dlm dunia masakan

gdah ismail said...

akak ni sgt kreatif dan inovatif...sgt sgt sgt kagum dgn kerajinan akak.....

Nur Islam said...

Yummy.... Sure very berry delicious...
Akak ni mmg extravaganza creative person la...

liyanahafiezah ismail said...

kak ita, saya da try wat kek ni.. seriusly mmg sedap and menjadi.. hehe.. and skrg ni tiap2 hari wat.. million thx :)

Xser Crosser said...

terima kasih puding rintik cendol dah jadi hantaran pertunangan

Rohaisatria Rokani said...

Nak try buat ...barang dah beli ^_*

Fariza Darwish said...

i'm watching the work of art.. tahniah.. kak ita.

(new reader.. gambar2 dalam ni masya-allah..cantiknya.)

agatha said...

kak ita, thanks a lot for sharing this recipe with the step-by-step. I made this and it is sooo tasty. If i was to vote the most trustworthy recipe posted, I would vote for you!

womba wombi said...

omo omo. kak ita thank you for sharing the recipe. harap sangat lepas ni boleh buat

womba wombi said...

omo omo, kak ita thank you for sharing the recipe. lepas ni nak buat la, harap2 jd la. ble thu anggaran cost utk buat semue ni berapa ringgit?

DM Mohd Salleh said...

as salam..tq byk2 kak ita.. sy baru je buat.. Alhamdulillah, sedap & menarik stepnya.. xcukup. kena wat lg..:-)

DM Mohd Salleh said...

as salam..tq byk2 kak ita.. sy baru je buat.. Alhamdulillah, sedap & menarik stepnya.. xcukup. kena wat lg..:-)

EetaEmpire said...
This comment has been removed by the author.
EetaEmpire said...

As-Salam kak, bole tak kalo saya gunakan whipping cream biasa? Non dairy susah sikit nak dapat di tempat saya. Thanks kak :-)

Hazas Husin said...

Comel

Hazas Husin said...

Comel

shikin said...

Tq kak ita kongsi resepi..sgt2 membantu dgn langkah yg ckp teratur..

Leggy Addy said...

Hi! It is such a creative way to make a swiss roll. I have shared your recipie to alot of people :) Hope you don't mind.

FLORENCE MARIANAH said...

Sedap nya nak tray lah buat nti,terima kasih dgn resepi nya sisp dgn gambar lagi tu,mohon d copy resepinya. ...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sedapnya. cantik gila akak buat swiss role ni. sheila suka! hehehe

zarina mohd top said...

Assalam...
sedap nyer kakita...terliur saye...akak mmg org yg kreatif n teliti...tahniah di ats bakat akak tuh...izin kn saya mmbuat swiss roll zirafah nie...

anis syazwani said...

Akak,kat rumah saya tak ada cream of tartar.bhn apa yg boleh saya guna utk gantikan cream of tartar tu?trima ksih.

anis syazwani said...

Akak,kat rumah saya tak ada cream of tartar.bhn apa yg boleh saya guna utk gantikan cream of tartar tu?trima ksih.

Najmi Anuar said...

uwahh..cantiknye..tq sbb bagi penjelasan panjang lebar lg..sy satg ni pun baru nak p baking class belajar buat kek roll..bertambh excited pula lepas baca blog ni c:

Najmi Anuar said...

uwahh..cantiknye..tq sbb bagi penjelasan panjang lebar lg..sy satg ni pun baru nak p baking class belajar buat kek roll..bertambh excited pula lepas baca blog ni c: