Follow if you like

Dec 13, 2012

SALAD TAUHU

Assalamualaikum


Satu lagi resepi yang ringkas dan mudah di sediakan dari buku masakan Chef Hanieliza atau lebih mesra di kalangan bloger sebagai kak Liza.


SALAD TAUHU
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku 1 Hari 1 Resepi

4 keping tauhu lembut
1 batang timun ~ dihiris
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji tomato muda ~ dihiris
4 biji limau kasturi ~ diambil jusnya
2 biji cili merah ~ di cincang halus
2 biji cili padi ~ ita tambah
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam ~ ita tak letak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Tauhu di salutkan dengan sedikit garam dan di goreng
Angkat tahu setelah masak dan sejukkan
Kemudian di hiris

Masukkan tauhu, timun, tomato dan bawang besar dalam mangkuk adunan
Satukan jus limau nipis, cili merah, cili padi, serbuk lada hitam, bawang putih gula dan garam dalam satu bekas yang lain
kacau rata
Tuangkan adunan limau nipis ke dalam adunan tahu
Dengan perlahan gaul adunan hingga mesra
Sedia dihidangkan


10 comments:

mimie said...

sedap ni kak....
menggugah selera,,, :)

imNOTmasterchef said...

wahh! kene try ni! *bookmarked!*

Salami Simon said...

Limau kasturi tu....mmmm buat terus kecuuurrrrrrr!

faa.rosli said...

simplenye...kalo ratah mesti sedap ni...

Mat Gebu said...

Malam2 tengok entri akak, rasa tergugat sudahh...mengancamm!!

MamaFaMi said...

Macam terasa rasa tengah kunyah kerangupan bawang tu...

Gee® said...

Macam2 kepandaian Ita ni... tabik!!

Qistina Zulkhifle said...

cantiknya walaupun hanya tauhu ^_^
saya dan ibu saya selalu tengok wall akak ni..

misshannajr said...

saya ni hantu makanan berkuah..dah terbayang ada sup dalam mangkuk tu perghh sedapnya..tp DISLIKE bawang hehe..lg2 yg besar tu..org yg pandai makan sedap la kot :)

AbbotCottage said...

Tauhu?? favourite saya. masak la apa pun..

Powered by Blogger.