iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, December 6, 2012

PUDING SUSU POLKODOT


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini barulah ita ada sedikit peluang untuk masukkan N3.
Sejak dua menjak kebelakangan ini ita sedikit sibuk. Banyak sangat urusan yang ita kena siapkan. Dah namanya amanah kenalah ita laksanakan juga sebaik mungkin. 
Memang agak memenatkan, kerana semuanya mengejar masa.
Harap-harap dapatlah ita siapkan semuanya dalam masa yang diberikan.

Sekarang kita dah pun berada pada penghujung tahun. Sekejap aje kan.. pejam celik-pejam celik dah menyelak kelender baru.
Hujung tahun adalah saat yang paling sibuk, bagi suri rumah khususnya. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah. Masa inilah semua kelengkapan anak-anak untuk persekolahan tahun hadapan kena di siapkan. Nak kena cari baju sekolah, kasut sekolah dan kelengkapan yang lain. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit, dapatlah kurangkan sedikit belanja upah menjahit baju. Memandangkan segala kelengkapan anak-anak sekarang agak mahal, ita nasihatkan supaya kita sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Rancang perbelanjaan dan kawal pembaziran.


Dah lama ita tak kongsi resepi. Mungkin dah ada yang merajuk tak mau singah lagi ke dapur ita ni. Ialah tuan rumah sibuk memanjang hingga dapur pun dah tak berasap.

Sebenarnya dapur rumah ita ni hari-hari berasap, cuma masa ita cukup terbatas sekarang ni. Jadi jangan lah ada yang  merajuk pula.. bila tiada juadah yang terhidang di meja maya ni..

Ramai juga adik-adik yang bertanya lagi tentang camera, lens, dan teknik foto yang ita gunakan. Sebenarnya dah banyak kali juga ita terangkan cara ita ambil gambar, camera apa yang ita gunakan, cara ita dari dulu hingga kini sama aje tak penah berubah.

Ita cuba untuk memenuhi beberapa permintaan, yang meminta ita tunjukkan di sebalik tadbir Masam Manis. Dari seawal ita celik mata hinggalah ita tutup skrin komputer ita ni.. alahaiii..
Tapi menarik juga cadangan itu kan.. insyaallah jika ada masa yang panjang ita cuba akan tunaikan..
Tapi jangan ada yang terkejut pulak tau!! bila ita menyarap, merangkak, memanjat aaa... dah macam tarzan tau! kalau ita ambil gambar.. hihi


PUDING SUSU POLKODOT

6 gm agar-agar serbuk
400 ml air
150 ml whipping cream
* ita guna Non Dairy Whipping cream. Kalau guna Dairy Whipping Cream atau fresh cream atau double cream gula tambah sikit lagi sebab non dairy whipping cream dah manis yg lain tu tak ada gula.
* boleh juga kalau guna susu cair atau susu segar dan sama juga kena tambah gula. Tapi mungkin rasanya akan lain sikit.

50 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna

Masak agar-agar, bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih
Tutup api dan tuangkan whipping cream dan esen vanilla
Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna
Tuangkan dalam beberapa piring secara berasingan mengikut warna, nipis sahaja
Biarkan mengeras
Setelah keras potong bentuk bulat dengan cutter

Sediakan beberapa gelas.
Bilas gelas dengan air
Susunkan dot-dot warna warni pada dinding dalam gelas
* Utk bagi dia melekat pada dinding, lapisan dot-dot tu buat nipis-nipis sahaja, jadi dia tak kan melurut ke bawah.
* Gelas di bilas tapi dot-dot tu jangan basah tau permukaannya, lap sikit dengan tisu kalau basah. Ia akan melekat.

Tuangkan pula agar-agar putih
Dinginkan dalam peti ais






34 comments:

Roses_Leo09 aka Hanim said...

kreatif ..........
bravo kak ita .........

asmah yusof said...

salam kak ita cyggg...
teruja sgt tgk puding nie...sure ank2 suke sgt kalau dpt..:))

Dinasyakina Mohd Jalani said...

Alaaa kak, tunjukkn la step by step.. Huhuhu

Dinasyakina Mohd Jalani said...

Alaaa kak, tunjukkn la step by step.. Huhuhu

Dinasyakina Mohd Jalani said...

Alaaa kak, tunjukkn la step by step.. Huhuhu

rahel said...

Salam Kak Ita...
Dari jauh nampak puding susu pkedot...cantil sangat2....cepat laku kalau puding kaler2 mcm ni...

Aida Dinn said...

nak buat jugak la kak ita... nampak cam mudah.. tapi utk saya yang memang tak penah buat agar-agar nie mau berselerak dapo...hehehhe

SRI IDAYU said...

salam kak ita..
cantiknya...geram tengok..:)

Aida Dinn said...

canteknya.... nengok cara cam senang jek nak buat.... tapi kalo saya yang tak penah buat agar-agar nie mau berselerak dapo... hehehe

ibh_sue said...

Cantiknyaa...Kreatif kak ita ni..

Mel said...

Puding in a creative way.....beautiful!!!!

nad araf said...

lapar plak mulut ni jadinya,

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

olololo...tomeynyer kak ita.. luv it

Princessgathis a.k.a CinTa said...

Salam, kak ita. nak tnya, whipping cream tu utk cooking ke?atau mana2 whipping cream pn blh? pastu klu gantikan whipping cream ngn susu segar blh x?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menarik & kreatif..
selalu juga singgah cuma 'segan' nak tinggalkan komen.. hehe..
ita bila letak agar2 berwarna tu dia tak melorot jatuh ke bawah ke? elok je ye dia melekat kat dinding gelas tu... ada tips ke tak bagi dia jatuh atau timbul?

Rina Audie said...

amboi...cantik sekali puding ini Kak Ita.

Kak Ita memang kreatif sekali. Two tumbs buat Kak Ita...

ninazsyafinaz said...

kak ita..kalau lepas susun yg dot2 warna warni tuh dia tak lari2 ker bila letak adunan warna putih..musykil didalam ini kepala ttg kejadian nyer nih..

nur anis said...

cantik sangat.....

sis shuhada said...

wahh sgt3 menarik. nk kena cr kaler2 la nk try buat.

Azrey Rozie Eiman said...

Sgt tomellllllllllll!

Nur-nba said...

Wah macam2 aksi tu.. Tapi yang pasti hasil gambar akak sangat mengkagumkan dan cantik sangat.. Moga apa yang Kak Ita lakukan akan dipermudahkan..

Cantik puding susu akak ni..

Kak Am said...

x dpt nk bayangkan bila ltk dot2 tu.. takut jer melurut ke bwh, hee.. mklum ler kita ni org x expert katakan ..! apa pun cntik, mnarik & trtarikkkk..!!!

Yatie said...

dah agak daaaaaa..kalau menu terbaru je wat semua orng tak kelip2 mata di buatnya..terpukau dek kekretifan Ita ni....menarik sangat puding dot2 ni...takmo buatlah....nak rasa je..he3..

sitiezahim said...

wahhhh cantik sangat kak....:D

Uda said...

adoi......tergoda sudah!!!!!!. kalau buat, takut tk jadi mcm tu.....

fazian.batrisyia said...

cantik puding tu. oooohhh polkadot tu kene tampal kat acuan ye....Terima kasih share resepi...

rasyidah kamar said...

this is my new blog!do stopby ;)
http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/

Noor Yusoff said...

AS salam Ita...sangat cute le ...mula fikir mcm mana nak letak benda bulat tu...sebelum baca sampai habis terfikir camana nak buat jadi camnie.Hehe awak sangat kreatif laa..suka sangat.

Melody said...

Hi Azlita,

Wow, this PUDING SUSU POLKODOT is so pretty! I love it!

I wanted to try out this recipe plus a number of your recipe
but unfortunately I don't understand Malay. :'<

Anyway it's really pretty... :)

Cheers,
Melody

Qasey Honey said...

slm Kak Ita..
cantik betul puding yg akak buat ni...klau QH mmg xtermampu nk buat scantik tu..suka la tgk..akak mmg sgt rajin n kreatiff..

Alinka said...

Wow! This pudding is looking fantastic!! Greetings from Poland!:)

Hasidah Bt Awang said...

Salam kak Ita,memang kreatif la akak ni..x tercapai akal ku puding polkadot ni..hehe..syabas kak Ita..tambah lg satu menu untuk ditry cuba,,

Zura Lee said...

hadoi kretifnye teknik dia wat puding nih..

aNis LeMoN aBu said...

as-salam kak ita.

saya nak tanya la, nak campurkan whipping cream dalam agar-agar tu, mesti masa panas-panas tu ke atau tunggu dia suam sikit?

saya belum faham lagi effect haba ke atas whipping cream. takut tak jadi atau whipping cream jadi berketul/cair/overcook masa letak masa panas-panas tu. ingat nak buat esok :) minta kak ita tolong tunjuk ajar ya.

terima kasih banyak, kak ita :)