Follow if you like

Dec 13, 2012

KETAYAP TELUR

Assalamualaikum


Zaman anak-anak ita bersama keluarga memang sukar untuk ita lupakan. Banyak sangat memori-memori indah untuk ita kenang. Ranjau kehidupan yang penuh berliku, bagaikan roda adakala di atas adakala di bawah.. Namun semuanya adalah satu pengalaman hidup yang banyak mendewasakan ita.

Dilahirkan di tengah-tengah bandar Johor Bahru, di kaki Bukit Timbalan yang menjadi mercu tanda. Tiba-tiba terpaksa pula berhijrah ke kawasan pendalaman yang tidak berpenghuni. Hidup di temani agas dan cengkerik yang sentiasa mengalunkan irama setiap malam menjelma. Mandi air dingin dari telaga setiap pagi dan malam bertemankan api pelita. Namun ita bersyukur kerana bumi Allah yang terbentang luas ini sentiasa memberikan rezeki buat kami sekeluarga. 


Ita bangga dengan mak..
Sedikit pun tidak pernah mengeluh walau pelbagai kesusahan di tempuh.
Melayan kerenah anak-anak yang ramai dengan seribu ragam.
Mak memang seorang yang cukup sabar.. mampukah ita menjadi seorang ibu yang penyabar seperti mak.
Ita selalu berdoa dan berharap agar ita memiliki sifat sabar seperti mak dan kuat semangat dan tak pernah berputus asa seperti bak..
Ita juga mengharapkan anak-anak juga memiliki sifat itu..

Pagi-pagi hari lagi mak dah bangun. Menyediakan segala juadah untuk jualan. Salah satu kuih yang kerap mak buat adalah kuih dadar.
Dulu ita selalu tanya mak..
"napa panggil kuih dadah.. kata ustazah dadah kan tak boleh makan.. berdosa!" mak tergelak.
"ini bukan kuih dadah.. tapi kuih dadar"
Mak menerangkan kaedah membuat kuih dadar dan dari kaedah penyediaannya itulah namanya di berikan seperti juga kuih-kuih yang lain..


Bila di sekolah kawan-kawan pula mengelarnya kuih ketayap aikkk!! pelik pulak namanya..
Bila pulang ke rumah ita terus tanya mak..
" napa kawan-kawan panggil kuih ketayap?"
Setahu ita ketayap adalah alas kepala warna putih yang sering di pakai atuk.
Dari situ ita belajar sesuatu yang baru,  "lain padang lain belalang " kata mak

Kuih dadar yang biasa mak buat berjual, berintikan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Bila musim durian mak akan letakkan juga isi durian untuk menambahkan lagi keenakan rasanya. Tapi harganya tak pula bertambah, masih lagi di jual 10 sen 2 batang.
" napa mak tak jual mahal sikit kan ada durian"
" durian ni kan pokok kita yang Allah bagi rezekinya.. tak salah kita berkongsi untuk di rasa oleh orang lain.." 'Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah'


Kuih dadar telur ni biasa mak sediakan untuk sarapan kami adik beradik. Bila dah setiap hari makan kuih dadar berintikan kelapa adakalanya terasa jemu juga.. 
Mak faham selera anak-anaknya.. lebih-lebih lagi abang yang tak suka makan kuih yang manis. Setiap hari mesti ada sambal tumis di rumah, kerana itulah lauk kegemaran abang. Makan nasi dengan sambal tumis sahaja pun bertambah-tambah abang makan, buatkan mak tersenyum..

Bila kuih dadar di letakkan inti telur hancur dan sambal tumis, lagi berselera lah kami mengadap sarapan setiap hari.. sampai tak sempat-sempat mak nak mendadar.. masing-masing dah menghulur piring..
Walaupun ita tahu mak penat.. bila melihat anak-anak berselera makan pasti hilang penat mak..



KETAYAP TELUR

300 gm tepung gandum
650 ml air
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
sedikit pewarna

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian di tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuang satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu dibalikkan
Bila permukaannya dah kering terus angkat
Segera letakkan inti telur dan sambal tumis
Gulung seperti bentuk selinder atau kuih ketayap
Sangat enak di jadikan sarapan pagi.


INTI TELUR

3 biji telur
1 labu bawang besar ~ di dadu kecil
Secubit garam
3 sudu besar sambal tumis

Telur di kocok
Masukkan garam dan bawang hiris
Pukul sebati

Pihjarkan minyak dalam kuali
Masukkan bancuhan telur tadi
kacau selalu telur hingga hancur dan masak
Angkat
Campurkan dengan sambal tumis dan gaul rata








31 comments:

Khadijah Mohd Ali said...

suke kite baca story kak ita mase kecik2...banyaknye prbezaan antara zaman kite ngan zaman akk...mcm mane pulak dgn zaman mak2 kite time kecik ekk??hehehehe...sbg anak mesti teruja dengar kisah2 silam..sesungguhnye yg silam tu lagi best dari sekarang nihh..

faa.rosli said...

SIMPLE JE TAPI NAMPAK SEDAP SANGAT!

Kekuda said...

sambal tumis saya minat.. tumis belacan.. sanggup pergi kutip pucuk2 ulam bila mak masak tumis belacan, walaupun tengah malas...

Yatie said...

pepagi ni seronok baca coretan Ita, kalau umah dekat mcm dulu, boleh sembang2 sambil menikmati ketayap telur ni...sedapnya...pink kaler lagi..sweet sangat mcm tuannya....

Ruzie Zabidin said...

nanti saya cuba resepi ni...tq kak ita

Ruzie Zabidin said...

nanti saya cuba resepi ni...tq kak ita

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

susah senang hidup zaman mak2 kita dulu kalau nak dibandingkan dgn zaman kita skrg amat jauh bezanya kan? tp alhamdulillah.. segalanya dah berubah skrg...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nostalgia yg tak dapat dilupakan.. suka duka hidup kak Ita, Alhamdulillah skrg dilimpahkan kesenangan & rezeki yg mewah, syukur. Pastinya berkat keikhlasan hati dan pengorbanan mak & bak Kak Ita juga..

Siti Nadira said...

kak ita bukan saje berbakat memasak, ambil gambar...tp sy rasa kak ita ada bakat menulis...:)

asmah yusof said...

kenangan lama yg smmgnya mnjadi ingatan kekal...bila kenangkan sure sedih...btw suka asz tgk kuih ketayap akak pagi nie...soft pink, n perfect shoot kak, i like!! :))

Zura Lee said...

sayu je baca cerita kenangan kak ita ngn mak tuh...

BondaNunu said...

bestlah kak... sy teringin nak ada dapur sendiri... bila ada je masak kat tv tu. xtoleh kiri kanan.
bestnye akak ni pandai mcm2...
bak kata cik Siti Nadira akak pandai menulis juga.
:)terus kan semangat akak..

shida azuan said...

Sedapnye kak...

aishah jamrek said...

salam kak ita, sy rasa kuih dadar inti telur ni mmg sinonim dgn org johor agaknya..sebab masa kecik pun mak sy selalu buat..mmg sedap :)

Oh Oeya said...

As salam Kak Ita.
Moga sihat sejahtera sekeluarga.
Hasil tangan Kak Ita sangat mengujakan. Tahniah!

Musliza Hasni said...

alhamdulillah...k.ita ingatkan sy pengorbanan mak kita! sgt tersentuh!

Sue @ Nenie said...

Salam..Idea bagus ni..klu buat sambal tumis bilis agak2 pun sedap juga dadar telur ni yaaaa..Thanks Kak sudi share resipi...

Tina Othman said...

sedapnya kak ita

naknya kaler pink, cantik sangat

fazian.batrisyia said...

suka baca cerita kisah hidup kak ita...teringat juga masak sy kecik dulu...mak sy wajib buat sarapan sblm anak2 ke sekolah...walaupun dengan cekodok & air teh o...Rindunya kat makkk...

Pnut said...

saya juga suka buat ketayap telur, tp telur hancur tu saya gaul dengan mayonis, dan gunting2 keju slice kecik-kecik.. utk sikecil, sebab dia susah makan nasi, jadi kuih-kuih begini dia gemar

Amie said...

Hidup bersama keluarga sedari kecil memang tidak mungkin dapat kita lupakan ye Ita...
Rupanya macam2 boleh buat inti ketayap ye...

Rojak Pasemboq KV said...

cam sedap jek..akak next week saya turun johor..join klas bsama chef amer..nak skit ekk...

Ummi Syafiq said...

salam sis.
pink lg tu warna dia.terliur tgk.mengenyangkan

Hannani said...

Salam Kak Ita,lama x tglkan komen,tapi melawatnya hari2..makin hari pic kak ita makin lawa,cantiknya kuih ketayap kaler pink!

padin said...

hehee saya pun semenjak dua menjak ni balik kampung mintak mak buatkan ketayap telur,gemuk2 ketayapnya, best2

Cmacomey said...

Mak slalu buat kuih ni masa kecik2 dulu. skrg, sy plak buatkan utk mak...

Hasidah Bt Awang said...

aa jgk ketayap telur..hehehe..saya br jumpa ni..

Hasidah Bt Awang said...

boleh cuba buat ni..

norzibeautilicioushouse said...

kak ita... thanks kongsi.. Norzi tak pernah dengar ni.. first time dengar... ~sayang mak kan kak ita~

Qiez Medusa AR said...

kak ita, i just want to say ;
you are such an inspiring woman!

you are my idol!!

Habsah said...

Hari2 sy online blog k.ita ni, tapi jarang buat komen, cuma cari resepi yg sedap dan mudah sy buat ...tkasih ye...ni kena buat ketayap kaler pink ni...

Powered by Blogger.