iklan

iklan floral cake

iklan ada

Wednesday, December 12, 2012

KETARAP MASAK ASAM PEDAS BEREMPAH

Assalamualaikum


Pernah nampak ikan ni?
Inilah ikan ketarap atau ada yang memanggilnya ikan bayan. Bapa ita pula mengelarnya ikan becuk. Ikan ini merupakan ikan yang cukup digemari oleh kaki pancing, kerana ia memberikan perlawanan yang cukup hebat kepada pemancing.

Ikan ini adalah spesis ikan yang menghuni kawasan karang pingir pantai dan umpan utamanya ialah ketam dan udang. Biasanya pemancing akan menggunakan umpan ketam bakau, kerana ia dikatakan umpan yang terbaik untuk menangkap ikan ketarap ni.

Ikan ini dikatakan sangat kuat menyentap. Kekuatannya rentapannya tu yang membuatkan kaki pancing tak senang duduk. Yang menjadi masalahnya ikan ini tinggal di kawasan karangan laut.. bila dah mengena umpan ia akan membawa lari dengan deras umpan menyelinap masuk ke kawasan karangan.. berpeluh-peluh jugak lah kaki mancing nak melawan regangan supaya ikan tak lari ke kawasan karang. Takut terkena karang yang tajam.. waaa.. melepas lah.. ikan di hujung joran..

Joran yang sesuai di gunakan untuk menangkap ikan ni ialah set heavy atau set medium, tapi biarlah joran yang keras dan pendek, kerana mudah nak dikendalikan ketika berlawan dengan rentapannya nanti.. Joran yang keras dan kasar juga untuk mengelakkan ianya mudah putus bila bergeser dengan karang..

Kebiasannya para nelayan dan kaki pancing menggunakan ambur, kerana ianya kebih mudah untuk menewaskan ketarap. Ketarap yang telah lemah bertarung akan mudah di naikkan. Tapi awas, siripnya yang tajam boleh membuatkan terluka.. ketika hendak menangalkan matakail di mulutnya.. hati-hati.. ya..!


Kalau di Johor ni, lubuk ketarap banyak di pesisir pantai Desaru. Ini bedasarkan maklumat yang ita perolehi daripada seorang kaki pancing tegarrr.. tak lain tak bukan.. suami ita laa...

Aduhh.. payah juga tau kalau khawin dengan kaki pancing ni.. pantang nampak laut.. aikk.. terus ingat nak mancing.. mujur tak de anak-anak yang mengikut.. kalau ada pun Dalili.. huhu..

Bapa ita pun kaki pancing jugak.. bila dua beranak ni berborak.. tak de cerita lain.. asyik cerita pasal mancing aje..
Sebenarnya ada juga kebaikannya.. dapatlah ita kenal jenis-jenis ikan.. kalau tak bila pergi pasar aje melopong.. tak tau nama ikan.. hihi
Terus terang ita banyak kenali ikan dengan suami ita.. dia lah yang banyak kenalkan ita dengan ikan-ikan di pasar tu..


Ikan ketarap ni mempunyai isi yang tebal, halus, lemak manis dan sangat sedap. Tidak hairanlah harganya juga boleh tahan mahalnya.

Bila pergi pasar ita sangat suka pergi bahagian ikan, macam-macam ikan yang ita tak pernah lihat ada di situ. Bila melihat ikan yang berwarna-warni ni.. adoiii.. comel sungguh sampai sayang nak di masak..

Ikan ketarap ni pula mempunyai sisik yang agak kasar dan keras. Badanya pula sangat solid dan cantik! rasa macam nak pelihara aje di dalam kolam.. tapi mana pulak nak cari air masin.. dan batu karang.. ada Dalili dok duduk mancing tepi kolam pulak!! haha


Biasanya ikan ketarap ni sedap jika di bakar, atau dikukus. Tapi kali ni ita masak asam pedas berempah. waaa.. sedap jugak lah.. bertambah-tambah suami ita makan.. mungkin sedang membayangkan berada di tengah laut sambil melayan ketarap.. ya adooo..


KETARAP MASAK ASAM PEDAS BEREMPAH

2 ekor ikan ketarap ~ di siang dan di cuci bersih
2 batang serai ~ dititik
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
5 tangkai daum kesum
2 sudu teh halba
2 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
1 batang serai
1 helai daun kunyit
10 tangkai cili kering
2 inc belacan

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan halba dan serai yang dititik
Masukkan bahankisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan serbuk kari
Kacau perlahan-lahan hingga merenih
Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan garam dan gula secukup rasa
Kacau perlahan di atas api sederhana sehingga kuah sedikit pekat
Sedia dihidangkan.




16 comments:

RASA HATI said...

Terima kasih... mewarnai...hari hari ku..... QAzlita
jasni jamal

--AFZ-- said...

besar rupanya ikan ni baru perasan bila ada perbandingan dengan tangan yang tengah amik lauk tu hehe.

faa.rosli said...

comel laa ikan tu..tapi bila dah masak macam ikan kerisi...

aZuMaya said...

salam kak ita , masa dulu saya pi snorkellingkat pulau tioman bnyk jumpa ikan bayan nie , tour guide kata tak boleh makan beracun,..hampeh betui , idup2 saya kena tipu huhuhuhuhuhuh

asmah yusof said...

hehe...comel sgt la ikan tue... biru lagi...

Mat Gebu said...

Kak, ikan ni isinya amat sedapppp sangat kan, selain lembut isi dia ada rasa. Saya kerap juga masak, tapi beli yg saiz dia agak besar...yang sedang2 macam ni kadang tak jumpa..

Amie said...

Memang ikan ni sedap Ita. MIL & FIL yang kenalkan ikan ni pada Amie..... ada saiz besar, sedap bahagian kepalanya tang pipinya yang lembut kenyal!

Siti Nadira said...

selalu gak member sy yg kaki pancing sebut...sy je yg xtau...hehehe...rase apatah lagi..

AbbotCottage said...

mengancam tgk asam pedas kak ita. memancing best. bleh nikmati kebesaran Allah SWT.

ZarinAziz said...

Salam Kak Ita..

Ermmm berkaler2 ikan ni..x sampai hati nak makan..cantik sangat:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang tak pernah dgr nama ikan ketarap tp kalau ikan bayan pernahla dgr... cuma tak kenal yg mana satu... cantik rupanya si ikan bayan ni... hehe..

fazian.batrisyia said...

Ketarap namanya...pernah nampak kat pasar tapi tak tau nama...tu la malu nak berkenalan sampai tak tau nama dia....Ingat...ketarap nama dia...Lain kali kalau jumpa nak belilah ikan ni..Mmg nampak cantik cute warna ikan ni..Ikan yg cantik2 mmg suka duduk kat kawasan karang...teringat snorkling...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.. kelakarlah husband kak Ita tu ya, tengok tu, dia yg capai dulu ikan dalam mangkuk tu, hihi

intandayani said...

saya pun jenis suke try ikan yang tak penah tengok tau kak ita...saya paling suke ikan yg bersisik sebab isinye lebih lembut...mmg kene sgt la nmpknye resepi ni

norzibeautilicioushouse said...

Classicnya gambar... suka la kak ita.. looks so professional ..

fauzan said...

ikan patin pun sedap, semalam baru test masak boleh laaa... ada rasa