Follow if you like

Dec 11, 2012

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Assalamualaikum


Selamat malam, dah malam barulah dapat bersiaran.
Siang tadi memang tak sempat nak masukkan resepi ni, kebetulan mak dan bapa ita datang rumah, dok bersembang sampai lah ke petang..

Mak datang hantarkan buah rambutan yang masak ranum belakang rumah. Pokok rambutan tu dulu suami ita yang tanam.. masa balik Kelantan suami ita beli anak pokok tu kat Kota Baru, rambutan anak sekolah.

Menjadi pulak pokok tu.. berbuah lebat..
Kata mak sejuk tangan.. sebab tu banyak buahnya.. tiap-tiap tahun ia berbuah.. alhamdulillah rezeki Allah. Kata orang kalau berbudi dengan tanah.. inilah hasilnya..


Ita memang suka makan rambutan. Rambutan yang paling ita suka rambutan gading, atau pun nama lain rambutan kuning. Kalau nampak orang jual mesti ita nak singah dan beli, berkilo-kilo pun ita boleh makan.. hihi

Masa ita kecik dulu, bapa ita ada kebun buah-buahan. Tapi tak de satupun pokok buah yang ita suka. Bapa ita tanam pokok cempedak, durian, dokong, sukun dan beberapa pokok lagi.. semua ita tak suka.. Ada 2 pokok rambutan merah yang bapa ita tanam, tapi ita tak berapa suka rambutan tu, sebab banyak sangat air.. ita suka rambutan yang sedikit kering. Tak lama pokok tu berbuah bapa ita pun tebang dan di gantikan dengan pokok lain..

Dulu ita pernah tanya dengan mak.. kenapa bapa ita tak ada tanam pokok buah yang ita suka, macam rambutan dan mangis. Mak kata adik beradik yang lain semua suka durian..  durian pula mahal harganya.. jadi bapa ita tanam pokok yang mana ramai yang suka makan.. dan tinggi harganya.. ialah, masa tu kan keluarga ita bukan keluarga yang mewah, jadi untuk membeli durian memang agak sukar lebih-lebih lagi keluarga kami besar. Walaupun sedikit kecewa tapi ita tak pernah ambil hati.. sebab tau.. hanya ita aje yang suka makan.. lebih elok kalau bapa ita tanam pokok buah-buahan yang disukai keluarga.. tak lah membazir..

Hari ni ita masak lauk ayam masak kicap berempah. Lauk yang menjadi kegemaran anak-anak. Dalili lah yang paling suka, makan bertambah-tambah.. Suka bila lihat Dalili makan bertambah-tambah.. ialah Dalili sangat cerewet bab makan.. ada sahaja yang tak kena pada seleranya.. dan kaau dia tak suka.. jamah pun dia tak mau..

Ada masa sebagai ibu, ita juga rasa serba salah.. ialah takut tak dapat berlaku adil dalam memberikan kasih sayang.. Bimbang ada yang terasa hati bila permintaan mereka tak dipenuhi..


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan



13 comments:

Pizli Mat Wazip said...

Sedapnya nampak. Terima kasih ye berkongsi recipe.

Nieyxzha Hassan said...

Kak ita..thanks kasi respi..nnti nak cube

Yatie said...

Kebetulan lauk kita sama arini, Hamka paling suka lauk ayam kicap, sama mcm Dalili..arini makan dah 3 kali...kejap lagi mintak lagilah tu..mmng suka tngk anak2 makan menu kegemarannya..lain mcm je makannya...kan...

Gee® said...

Sedapnyaaa...

faa.rosli said...

sedapnya....bukan dalili je mkn bertambah2, sape pon terliur tgk ni.....sedapnyaaa

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

susah juga ya kalau anak cerewet makan, anak saya pun sama juga tapi nasib baik dia seorang, seleranya pulak sama dengan bapaknya. Kita yg tak cerewet ni ikut ajelah kerenah mereka, jadi ada benda yg sy suka mereka tak suka terpaksalah kita ketepikan selera kita..

ahsfantasy24 said...

tengok ni pun jadi lebih daripada terliur :D

Cik Teratai said...

sedapnya mkn dengan nasi panas....:)

Cross Project said...

huaaa cantik banget bu :)

usul gabung dapurmasak.com dunks, di bagikan pengalaman memasaknya, disini komunitas baru dimana semua orang bisa buat profil kayak twitter dengan format yg memudahkan utk berbagi pengalaman memasak.

:) ada kompetisi dan juga bisa follow orang-orang yg menginspirasikan

DapurMasak.com adalah sebuah tempat dimana kita bisa berbagi pengalaman memasak di dapur dengan cara yang menyenangkan!

cobain yah bu, ditunggu masukkanya :)

norinaomar said...

Balik rumah mertua hujung minggu lepas dapatlah makan rambutan gading sampai sendat perut,tapi taknak makan banyak sangat takut batuk2

AbbotCottage said...

kena cuba nih. masak ayam gini kalau makan dengan nasi ambeng mesti sedapkan kak ita? hurmmm memang kena cuba.

iela said...

Saya pun suka rambutan gading..

Rajemah Haji Sariee said...

Mmg sedap sangat... terima kasih

Powered by Blogger.