iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, November 23, 2012

SOTONG MASAK DAKWAT

Assalamualaikum


Sotong Masak Dakwat adalah antara juadah air tangan mak yang paling ita suka. Setiap kali bapa ita pulang dari laut dan membawa pulang sotong, ita lah yang paling suka
" mak masak hitam ye mak.." mak hanya tersenyum..

Bila mak masak lauk ni.. ita lah orang yang mula-mula dok bersimpuh atas ambin.
" makan aje tau.." sergah akak
" eis.. jangan gaduh depan rezeki, tak baik.. " kata emak perlahan


Bila mak tak masak lauk kegemaran ita ni.. ita akan merajuk..
" mak dah tak sayang ita..." bisik ita dalam hati
Kadang ita tak mau makan.. bila mak tak masak lauk sotong..
Puas mak pujuk..
Ita tetap dengan perangai degilnya..
" makan lah sikit.."
" tak nak..!!"


Dulu ita pernah tanya dengan mak " kenapa lauk ni warna hitam..? "
Mak kata " inilah dakwat sotong.. mak letak dalam lauk ni supaya warnanya hitam "
"ooo.. tapi dakwat sotong tu boleh makan ke? tak mati ke? " Tanya ita lagi semakin ingin tahu
Mak masih tak jemu-jemu menerangkan pada anaknya yang benar-benar ingin tahu ini.

Kini dah 40 tahun berlalu..
Mak sekarang dah semakin pelupa..
" mak macam mana nak masak lauk sotong masak dakwat ye?" tanya ita perlahan di hujung gangang talifon.
" macam mana ye.. mak dah lupa lah.. mak lupa nak letak halia ke tidak? "
Sedih ita mendengarnya..

Semoga mak tidak pernah sekali-kali melupakan ita..
Ita hanya ingin mak tahu ita sangat-sangat menyayangi mak..
Walaupun kini ita terpaksa beralah.. dari merebut kasih sayang mak terhadap anak-anak..
Ita tahu, cukup sukar membahagikan kasih sayang, lebih-lebih lagi kita berada dalam keluarga yang cukup besar..
Hanya satu yang ita harap.. mak tetap sentiasa ingatkan ita.. dan doakan ita.


Bila ita tersedar pagi ni, ita terus teringatkan mak..
" Selamat Ulang Tahun mak..."
Ita doakan semoga mak sentiasa di berikan kesihatan yang baik..
Semoga Allah sentiasa melindungi mak dan mak sentiasa berada dalam keimanan..

" Ya Allah ya tuhanku.. mungkin aku tidak mampu membahagiakan ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang.. Dengan pertolongan Mu, perkenankanlah doaku.. hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka.. "

" Ya Allah ya tuhanku.. Kau ampunilah dosa ku.. dan dosa kedua ibu bapaku... kasihanilah mereka, sebagai mana mereka mengasihani ku sejak kecil "

Amin....


SOTONG MASAK DAKWAT

500 gm sotong disiang ,basuh bersih dan dipotong ikut suka
4 kantung dakwat sotong
1/2 cwn air asam
garam dan gula secukup rasa

Bahan  Dikisar

10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 sudu besar lada hitam
1inc belacan


Tumis bahan yg dikisar hingga garing. masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan dakwat sotong dan kacau rata , biar kuah masak. Stlh masak masukkan sotong. Gaul mesra. Sotong tidak boleh dimasak lama sangat bila dah masak aje angkat... siap utk dihidangkan.











19 comments:

Rozita said...

amin.... semoga doa kak ita dimakmulkan hendaknya..saya tak pernah cuba kak ita.. mungkin satu hari boleh cuba juga...silent reader kak ita selama ni.. ;)

Nurul Syafiqa said...

salam kak 4 kantung dakwat sotongbtu kat mane ye? sye ni x pandai la

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aminn.. slmt ulang tahun jua buat mak ita yg dikasihi.. moga sentiasa diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
dulu2 akak pernah gak masak hitam gini.. tp baru teringat rupa2nya dah lama betul tak masak sotong gini.. maklumlah masa masak dulu zaman2 anak dara... hehe.. t.kasih ita.. nnt nak try resepi yg ita kongsikan ni kalau terjumpa sotong segar..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Rozita

nanti bila jumpa sotong boleh lah cuba! ^_^

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam Nurul

kantung dakwat sotong tu ada dalam badan sotong tu..
Bila kita tarik keluar kepala sotong dari badanya nanti kita akan jumpa kantung dakwat tu dlm kepalanya

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Madiha

Lauk ni kalau org Johor memang biasa lah makan.. dan inilah salah satu lauk yg paling ita suka hasil air tangan emak

cik permaisuri said...

amin..semoga mak kak ita sentiasa sihat hendaknya..thanks ya for e recipe.before dis,xtau lak dakwat sotong ni leh gune..sy akan cube :)

Amie said...

Assalamualaikum Ita,
semoga bonda Ita sentiasa dalam lindungan Ilahi.
Masak sotong hitam dengan dakwatnya sekali memang terkenal di Johor ye Ita, Amie dulu pun mula-mula makan sotong hitam berdakwat ni hasil air tangan kawan dari Johor.

Bicara Kak Noor said...

Assalamualaikum Ita..
selamat ulangtahun utk ibu Ita ya jugak semoga sihat dan walafiat selalu hendaknya..
akak tak pernah makan dakwat sotong, pernah anak akak bagitau diaorang pernah makan kt uk sotong ni dimasak dgn dakwat sekali, akak mcam tak tak percaya mana tau akak salah dengar ke, rupa nya mmg betul lah dakwat tu boleh makan heee, lmbt loading lah akak ni kan..

Rohah said...

salam kak Ita,semoga barakah kehidupan mak kak Ita..Birthday mak kita pun baru lepas, 21 Nov baru ni..tak dapat juga nak balik kg unruk meraikannya..
Sedap sotong masak ngan dakwatnya..

Mat Gebu said...

Sedappnyaa...kalau kat Johor ni antara masakan yang digemari..meleleh air liur...(kak, bekas isi sotong tu lawaa sangat, piuk tembaga ke?)...

-atiQah- said...

Salam kak Ita, selamat ulang tahun kpd mak kak Ita. entah kenapa hati sy tersentuh baca tulisan kak Ita ttg mak kak Ita. menitis air mata. :'( sblm ni pernah mkn sotong mcm ni, tp langsung xtau rupanya hitam sebab guna dakwat sotong. insyaallah satu hari nanti sy cuba buat resepi ni. :)

rahel said...

Sedapnya sotong masak dawat...suka banget...leh mkn nasik banyak...

Shiela said...

Assalam ita.. terharu baca coretan ita ini.. Abah saya anak jati Johor juga, dari Segamat. Abah pernah bercerita mengenai masakan ini.. Sedap kata dia, tapi kami hingga hari ini belum pernah merasa sbb Mak yg berasal dari Penang pulak tak tau langsung akan masakan ini. Mungkin harus dicuba juga. Terima kasih ita kerana berkongsi resepi ni.

MAK TEH said...

amin...salam ita.terangkat tgk lauk nih,mak teh pun suka..kalau di Terengganu ada jugak sotong dimsk ngan dakwat nye, di singgang rebus je bersama dakwat tu..nama nya singgang longkang...hihi..huduh kan namanye..itu disbbkan warnanye yg hitam..tapi sedap manis sekali.Ita cuba pulak cenggini ya..

Suzana said...

t.kasih ita. boleh try nti.

ms bebudak dulu penah gak mkn dakwat sotong ni ms mkn sotong dlm tin tu, kan warnanya hitam...ms tu takut gak nk mkn coz igt dakwat sotong x leh mkn hihi

mcm sdp je tambh2 bila ada yg komen rasanya manis. (yg manis tu dakwatnya ke?)

Madamme Anne said...

as slm kak ita.. :)
salam perkenalan..

suami saya org Johor, dlu awal2 perkahwinan dia ada cerita pasal sotong masak hitam ni n ask me to cook it..
tp sbb saya dibesarkan dgn ajaran mak yg dakwat sotong ni x elok dimakan, so saya x pernah masakkan untuk dia.. hihihi..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alahai, sedihnya sy baca entry Kak Ita ni. Trlebih dahulu sy doakan semoga mak Kak Ita terus diberikan kesihatan yg baik agar Kak Ita masih dapat menikmati doa seorg ibu. Setiap kita memang sygkan ibu tapi apakan daya, dunia berputar, sy prcaya itulah juga yg dilalui oleh ibu2 kita trhadap ibu2 mereka bila dah bkeluarga. Tpaksa mmbahagikan kasih syg antara ibu bapa & keluarga kita. Dulu, sy slalu berangan, tidak perlu jadi dewasa supaya bleh sntiasa duduk bwh ketiak ibu & abah, huhu.

Kak Ita, betullah, org Johor dgn stong masak itam ni mmg tak bleh dipisahkan. Dulu, sy selalu curi makan sotong ni dr periuk. Kalau masak lain sy tak brp heran tapi kalu msk itam alamatnya asyik menyelinap ke dapur laaa, hehehe

faa.rosli said...

faa penah tgk ade org putih buat spaghetti guna dakwat sotong..ingat xleh makan dakwat sotong ni..

ade rasa pape ke dakwat sotong ni?mcm nak try je..hehe