Follow if you like

Nov 22, 2012

NASI LEMAK AYAM GORENG BERSALUT OAT

Assalamualaikum


Hari ini merupakan hari cuti umum bagi semua rakyat negeri Johor, bersempena dengan hari keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dirgahayu Tuanku! Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keimanan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Muar - Upacara sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor ke 54 akan diadakan dengan penuh adat istiadat Kesultanan Johor bermula dengan majlis letak kerja yang dilakukan di Dataran Tanjung Eman, di sini hari ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merupakan seorang yang suka menghidupkan kembali kebudayaan dan adat istiadat Kesultanan Johor yang telah lama."

"Untuk sambutan kali ini, sambutan hari keputeraan  baginda akan di adakan dengan penuh adat istiadat Kesultanan Johor, kata Abdul Rahim dalam satu sidang media khas sempena majlis sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor dan majlis peristiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di sini."

Katanya, dalam majlis letak kerja itu bendera khas di naikkan sebagai menandakan permulaan kerja sambutan hari keputeraan diikuti dengan doa dan tembakan meriam tiga das.

Abdul Rahim berkata bendera itu akan diturunkan enam hari kemudian setelah selesai upacara sambutan dilakukan

 Menurut beliau, kali terakhir upacara itu diadakan adalah pada 1922 iaitu semasa majlis perkahwinan Tengku Temenggong Ahmad.

Acara kemuncak adalah pada 22hb November ini di mana Sultan Johor akan berangkat dari Istana Tanjung, berarak ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar untuk Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim serta majlis anugerah darjah dan pingat.

Upacara itu akan dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran di mana Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mewakili Sultan Johor.

Abdul rahim berkata, tembakan meriam 21 das akan dilepaskan sebaik nama baginda disebut dalam bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin.

Beliau berkata, keberangkatan Sultan Johor akan disambut dengan perbarisan kehormat. Askar Timbalan Setia yang akan diketuai sendiri oleh anakanda baginda  Tunku Abdul Rahman.

Ia diikuti dengan Majlis Teriman iaitu istiadat perkumpulan orang kenamaan dan kerabat diraja dan ucap tahniah kepada baginda yang akan diketuai oleh Tengku Mahkota Johor.

Majlis diikuti dengan ucapan tahniah oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang akan diiringi wakil pemimpin kaum Cina dan India mewakili rakyat Johor.

Baginda Sultan kemudian dijangka menganugerahkan gelaran kepada anakanda Baginda dengan menggunakkan gelaran Kesultanan Melayu Lama seperti Laksamana.

Satu Majlis Mengadap Takzim akan diadakan selepas itu dan istiadat pengurniaan pingat serta majlis jamuan teh.

Abdul ahman berkata, untuk majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim itu, pihaknya mengalukan kehadiran rakyat jelata dengan berpakaian sesuai dan meyediakan 60 gerai pelbagai jenis juadah tradisi Johor. ~ Bernama


NASI LEMAK AYAM GORENG BERSALUT OAT

NASI LEMAK

3 cawan beras Basmati ~ dicuci. direndam anggaran 20 hingga 30 minit kemudian toskan
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 inc halia ~ dititik
1 batang serai ~ dititik
1 sudu teh halba
2 helai daun pandan disimpul
4 1/2 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Dalam periuk, pijarkan sedikit minyak
Tumiskan bawang, halia, serai, halba dan daun pandan
Tumis sehingga naik harum
Masukkan santan cair dan biarkan ia mendidih

Sementara itu beras dimasukkan ke dalam periuk nasi.
Bila santan telah mendidih, tuangkan santan dalam periuk nasi berisi beras tadi
Perasakan dengan garam secukupnya
Tutup periul nasi dan tanak nasi seperti biasa.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 mangkuk ikan bilis ~ dibilas air dan goreng garing ketepikan
RM2.00 Lada kering ~ direndam hingga kembang basuh dan toskan ~ dikisar
15 ulas bawang merah ~ dikisar
6 ulas bawang putih ~ dikisar
Belacan sebesar duit 50 sen ~ dikisar

1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh garam
secubit ajinomoto
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yan dikisar hingga garing dan naik bau
Masukkan air asam, gula garam dan ajinomoto secukup rasa
Biarkan merenih
Untuk mendapatkan sambal yang sedap, bahan yang dikisar hendaklah ditumis lama sehingga benar-benar garing
Ini adalah untuk menghilangkan bau maung lada kering dan mendapatkan sambal yang sedap
Bila sambal sudah masak, tunggu sehingga ia benar-benar sejuk, barulah masukkan ikan bilis
Tujuannya supaya ikan bilis rangup bila dimakan


AYAM GORENG BERSALUT OAT

1 ekor ayam ~ dipotong dan dicuci bersih

Bahan Kisar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 inc kunyit hidup
2 inc halia
garam dan gula secukup rasa
air untuk merebus

Bahan Menggoreng
6 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ~ buangkan 1/2 kuningnya
1 sudu besar air kapur
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Air jika perlu
Oat secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

Kisarkan bahan kisar kecuali garam dan gula
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum
Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam
Bila air telah mendidih, masukkan ayam
Rebus ayam selama 20 minit atau sehingga ayam empuk
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
Angkat setelah ayam empuk dan toskan airnya

Dalam satu bekas lain, satukan tepung jagunf, air kapur, kunyit serbuk, garam dan telur.
Kacau rata
Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Panaskan minyak untuk menggoreng terendam
Celupkan ayam dalam adunan tepung
Salutkan dengan oat
Goreng ayam sehingga kekuningan
Angkat dan toskan


Nasi lemak sedia dihidangkan besama ayam goren bersalut oatl, sambal tumis, telur dadar, timun dan ikan bilis goreng.


14 comments:

Gee® said...

nak sebungkus nasi lemak dgn ayam sekali yer...

Qasey Honey said...

slm Kak Ita cygg...
jadi lapo semula kak bile tgk nasi lemak ni memalam...hikhik..
nmpk sedap n myelerakan bile dgandingkan bsama dgn aym grg oat tu...

ZarinAziz said...

Salam kak ita..

Adoiyaiii pagi2 lagi mata saya dah dihidangkan nasi lemak dgn ayam goreng..apa rasa ayam bersalut oat tu kak? sedap erk??..

ada the baker said...

salam kak ita. versatile betul nasi lemak akak, siap berbalut daun pisang, telur pun design macam swiss roll. kalau akak buka restoran, sayanak jadi orang pertama merasa masakan akak

Allene said...

sedapnya... :D

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
kalau time cuti2 mcm ni mmng nasi lemaklah jadi hidangan sbb sekali masak utk lunch sekali...wow sesuatu yg baru ni ayam goreng salut oat..leh cuba ni..tq kongsi resepinya..

ninie said...

wah plating ala master chef gitu...kelas la akak :)

Zura Lee said...

cantik betol gambar2 yg kak ita snap nih...

eppoe said...

Mana button LIKES ni?

Kniedaz said...

Aduhai...cantiknya susunan dalam pinggan tu..mesti sedap...

PatinPasta said...

Salam Kak Ita,
Tengok gambar-gambar makanan sajian Kak Ita kali ni, terus teringat kat kampung and zaman kecik-kecik dulu. Sejuk dan bahagia je rasa :)

Tengok daun pisang Kak Ita (macam-macam saya belek ye?), terus teringat hari tu pergi melawat kebun pokok pisang. Tak tahan godaan (payah jumpa), terus patahkan sehelai daun, lipat and masukkan dalam jeket. Balik rumah terus beku kan. Huhu!

cik nunu said...

Salam kak ita,
Saya silent reader kak ita.
Saya peminat setia akak, cume ade satu kemusykilan, untuk resipi ayam goreng tu kan, kenapa kak ita letak air kapur ye?
Sorry kak ita, kite memang tak tau.

cik nunu said...

Salam kak ita,
Saya silent reader kak ita,
Saya memang peminat akak.
Cume saya nak tanye, kenape kite kene letak air kapur ye?
Sorry, kite memang betul2 taktau.

faa.rosli said...

Ya Allah sedapnya kalo dapat ni..hehe

Powered by Blogger.