Follow if you like

Nov 19, 2012

My Selera 100% makanan halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Masam Manis. Alhamdulillah hari ni dapat kita bertemu kembali di pentas maya. Hari baru, minggu baru, tahun baru.. pastinya semangat dan azam pun baru..

Hari ni, pasti ramai ibu bapa yang pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak. Ya! keputusan UPSR telah pun di umumkan hari ini, kepada anak-anak yang berjaya tahniah! dari ita di Masam Manis. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, jadikan kegagalan sebagai satu semangat untuk melakukan perubahan dan membuat yang lebih baik lagi di masa hadapan.

Bila anak-anak berjaya, pasti ibu lah yang paling gembira. 'Terasa dunia ini bagai ana yang punya..' Pasti pelbagai janji dituntut oleh anak-anak..

Ada yang bercadang untuk keluar makan bagi meraikan kejayaan anak-anak. Dah tau tempat makan yang sesuai.. ?

Dalam kehidupan sekarang, kita berasa bangga kerana rata-rata rakyat kita, atau amnya masyarakat Islam mengutaman makanan yang halal dan bersih dari segi kualiti. Sebenarnya itulah yang di syariatkan dalam Islam. Makan makanan yang bersih dan halal.



Hari ni ita nak kongsikan satu web yang kongsikan kepada kita tempat makan yang 100% halal dan terjamin dari segi kebersihannya yang terdapat di Malaysia.
Walaupun web ni baru sahaja di buat, namun ita rasa semangat yang kental dari penulis untuk kongsikan tempat-tempat makan yang 100% halal dan menepati selera haruslah diberikan pujian. Sebenarnya bukalah mudah untuk kita menghimpunkan tempat makan yang menarik dan menepati selera semua,  pertamanya adalah kos yang harus di tanggung. Ianya bukalah sedikit.


My Selera

Berbalik kita pada My Selera. Apakah yang kita ingin tahu tentang My Selera ni ?
Sebenarnya My Selera berhasrat menjadikan MySelera.com sebagai tempat sehenti iaitu “one-stop center” yang dapat memberikan review yang adil (unbias review) pada makanan dan restoran tertentu di Malaysia, dan seterusnya ke seluruh dunia.

Islam itu indah. Berpegang kepada konsep halal dan kebersihan. Jadi, konsep yang ingin dibawakan adalah berasaskan kepada makanan di restoran yang halal. Tagline “Makan tanpa was-was”. Kenapa tak perlu was-was? Ini kerana review adalah dilakukan oleh orang Islam sendiri. Secara tidak langsung, dapat pahala juga.

Jadi kepada rakan-rakan diluar sana yang mungkin teringin nak mencari gerai makanan yang 100% halal dan yang paling utamanya juga adalah tahap kebersihannya samaada memuaskan atau pun tidak??? bolehlah layari laman web http://www.myselera.com/ untuk mendapatkan maklumat tentang gerai atau restoran makanan, harga, kebersihan dan lokasi.

Bukan itu sahaja, jika anda berminat.. anda juga boleh turut serta dalam ANDA MAKAN KAMI BAYAR!!!!.
Bagaimana caranya?
Sila layari di My Selera untuk mendapatkan keterangan lanjut..


100% Makanan Halal

5 comments:

fazian.batrisyia said...

wajah baru ye blog kak ita...Salam Maal Hijrah...

eyna fiona said...

salam...wahh wajah baru...nice..

rahel said...

iye la...wajah baru lagi blog Kak Ita...tapi tetap cantik...

MrS. F!zA said...

salam kak ita... sy tpggil utk ke blog akk selepas menerima komen berkenaan resepi durian crepe..

Sungguh sy tkthu resepi tu dr blog akk..sy terjumpa di fb dan terus share di blog.. selepas seorang hamba allah mmberitahu sy di ruang komen bru lah sy tahu dr mna dtgnya resepi tu..

Sy dah kreditkan ke blog akk..

MrS. F!zA said...

Ini entri sy 2mggu yg lepas dh ni..tp baru tahu resepi tu dr akk

http://www.mrsfiza.com/2012/11/resepi-durian-crepe.html

Powered by Blogger.