Follow if you like

Nov 30, 2012

My Bibiksssss...

Assalamualaikum

Salam sejahtera buat semua..
Ita banyak sangat dapat email dan PM di FB bertanyakan tentang peralatan memasak yang sering ita gunakan.
Mula ita rasa segan nak tunjuk. Bukan apa takut di salah anggap, hati manusia tak siapa yang dapat menjangka. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Ada yang minta pendapat tentang dapur yang baik, mungkin ada yang nak berpindah ke rumah baru dan nak cari oven, microwave atau dapur yang sesuai.
Sebenarnya ita pun tak berapa mahir sangat tentang dapur, microwave atau oven yang terbaik dan sesuai. Apa yang ada di dapur ita semuanya adalah pemberian suami. Sebagai isteri ita terima sahaja seadanya. Apa yang suami ita beli dan berikan , pada ita itulah yang terbaik dan mengikut kemampuan dan keselesaan.

Kerana kerap sangat dapat pertanyaan tentang peralatan memasak yang ita gunakan, hari ni ita tunjukkan beberapa peralatan memasak yang berada di dapur ita. Bagus atau tak bagus, sesuai atau tak sesuai, semuanya bergantung kepada kita yang nak menggunakannya.



Ini adalah oven yang ita gunakan untuk membakar, memanggang, mengril atau apa-apa sahaja masakan yang dirasakan bersesuaian.
Oven yang ita gunakan ini adalah 'built in'.
Suami ita belikan oven ni semasa mula-mula ita buat cabinet rumah. Kita beli semuanya sekali dari TEKA, ini termasuklah oven, microwave, electric hop, kitchen hood, mesin basuh dan dryer. Semuanya 'built in'. Yang tak ada masa tu hanyalah ice box. Ice box masa tu kena order jadi kerana lama sangat nak order kami ambil keputusan untuk beli lain brand.


KEENWOOD Chef Titanium With Timer


Ini pula adalah ita punya mixer. Mixer ni tak besar dan hanya muat untuk satu atau 2 adunan kek sahaja. Kalau terlebih maka akan membuak dan tertumpahlah ia.
Mixer ni datang dengan blender kaca , food processor dan beberapa accessories yang lain.
Kegunaannya sama seperti mixer yang lain.

KEENWOOD Hand Mixer HM320


Ini pula Hand Mixer, biasa ita gunakan untuk pukul putih telur. Brand dari Keenwood dan mudah di dapati di pasaraya.
 TEKA 90 cm Electric Hob 

Ini pula dapur memasak ita. TEKA juga dan juga built in. Pada mulanya jakun sikit nak guna sebab dah biasa guna api tiba-tiba kena guna electric pulak! Tapi bila dah biasa guna terasa lebih mudah kerana senang nak control api. 

Kelemahannya pula.. cuba teka?
Pandaiii... bila tak de karen.. dapur ita tak berasap la...

KEENWOOD BM-450 Artisan Bread Maker
Ini pula Bread Maker.
Bread maker ni fungsinya tentulah untuk buat roti. Tapi selain roti ianya juga boleh digunakan untuk membakar kek. Tapi kek yang terhasil semuanya bentuk roti juga .. hihi empat segi.
Bila ada bread maker ni proses nak memasak roti terasa lebih mudah! tak payah nak berpeluh-peluh menguli roti. Masuk aje semua ke dalam bread maker ni, tekan on dah siap! mudah aje kan..

TEKA Microwave Ovens TMW 22 BIT
Ini pula microwave. Ita jarang guna microwave ni. Jarang-jarang.. atau pun kadang-kadang aje.. hihi

Ita rasa ini ajelah bahan-bahan yang diperlukan oleh suri rumah seperti ita. Kira ini semuanya bibik ita yang sering bertungkus lumus di dapur bagi menyediakan setiap hidangan yang ita sajikan setiap hari.

Nanti ita akan jawab pula pertanyaan tentang bahan-bahan masakan , seperti minyak apa.. tepung gandum jenis apa.. susu cair brand apa... dan lain-lain lagi yang ita sering gunakan dalam resepi yang ita sediakan.

Semua gambar ita ambil dari google.


21 comments:

Rozita said...

fuyooo..patut hasilnya mengancam...saya pakai cap ayam je kak...

Azlita Aziz said...

Janji hasilnya juga mengancam dan dapat menawan selera keluarga..

bersyukur dengan apa yang ada.. itu lebih baik

mimie said...

huhuhu...bertuahnya akak.....
miimie buat roti pakai tenaga empat kerat ni kak...
lengan dah sama dengan lengan arnol tu ha...
apapun...alhamdullilah... :)

rostina76 said...

salam kak Ita...Wah!!!complete set kenwood & Teka je. btw BM je sama ngan kak Ita tapi yg ros punya dah cacat, huhu. patut le suke sangat kak ita @dapur ekk, bibik2 semua tip top ;)

Paly said...

mesti beza klu guna yang cap ayam ngan yang ni...huhuhu...tapi xde bajet nak g beli

imNOTmasterchef said...

no wonder lah semua hasil yg kak ita buat sedap!
sesuai dgn harga barang2 tu. hihi

misshannajr said...

hebat!!! jeles la kak..nak juga semua ni hehe...tapi kalau semua bnda ni masuk rumah saya terpkasa la sya masak atas oven sbb umah kecik hehe

Cik Siti Abu Sujak said...

Bestnya bibiks macam tuuuu.... Mine mostly cap ayam je haha

Nieda ramly said...

serba lengkap , best bila memasak semua ada.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

microwave tu kalau jarang guna atau kadang guna, mehlah bagi kat kita, hehehe

Qasey Honey said...

impian setiap wanita ingin mmiliki kesemua brg2 di atas tu..bru la syok nk memasak...hehe

adda syuhada said...

adoiii berkelip2 mata adda nih..

Nur-nba said...

Satu je yang sama... mixer Kenwood..Tapi Nur tak serajin dan sepandai akak memasak.. InsyaAllah akan cuba belajar.. Terima kasih sebab sudi beri tunjuk ajar pada beginner macam Nur..

FARHANA AZIZ said...

i wish i'll have the bibikss like u someday..:)

memang berangan nak ada built up oven n peti sejuk..tapi dapur rumah kecik..:(

Hazwani Fazil said...

dapur idaman ku..~terima kasih kongsi info.

Hasida Mohammed said...

Mcm pro pya alatn memasak..gud investment tu, ita dh pn dpt pulangnnya!

redrosemama said...

Best nyer tengok...mmg menjadi idaman....bertuah badan....

redrosemama said...

Best nyer tengok...mmg menjadi idaman....bertuah badan....

sis shuhada said...

salam kak ita. bread maker tu rasanya perlu x utk yg ada ank2 yg suka mkn roti?

sis shuhada said...

salam kak ita. bread maker tu mmg sgt brguna ke? sy tgh pk nk beli satu juge.

LYANA said...

Assalammualaikum...kak. Saya nak belikan mak Oven. Tengah survey. Nak belikan mak yang besar sebab kesian tengok mak bakar kuih tak habis2. Oven 70L tu besar mana? Saya tak faham menatang 'L' tu. Mak buat bisnes kuih. Ada oven yang sekali masuk boleh dapat 4 dulang atau 3 dulang? Dan setiap dulang boleh muat 50 pcs biskut? Boleh buat kek sekali tak kalau oven cam tuh?

Powered by Blogger.