Follow if you like

Nov 28, 2012

My 1st ebook


Assalamualaikum

Salam sejahtera buat rakan-rakan ita sekalian.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih kerana sentiasa setia menemani ita di dapur Masam Manis.
Sebagai hadiah istimewa buat semua pengunjung yang tak putus-putus berikan ita sokongan, hari ini ita hadiahkan dengan koleksi ebook pertama dari ita.

Semoga ebook ita ini dapat memberikan sumber inspirasi kepada semua dan semakin meyemarakkan lagi semangat yang membara-bara untuk menyediakan sendiri juadah istimewa buat keluarga tersayang.

Dalam ebook kali ini, ita cuba menyediakan selengkap mungkin cara penyediaan sesuatu resepi. Untuk memudahkan rakan-rakan membuat rujukan. Maklum balas yang ita terima selama ini, resepi yang ita sediakan dalam blog kurang lengkap!

Ita minta maaf kerana tidak dapat memuatkan banyak gambar dalam blog kerana ruang yang terhad. Faktor masa dan cuaca yang selalu membelengu juga buatkan ita sukar untuk melengkapkan resepi di blog sebaik mungkin.

Ita berharap ebook ita ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik kita yang baru berjinak-jinak di dapur. Juga kepada mereka yang sentiasa menjadikan koleksi resepi sebagai sumber pendapatan buat menyara keluarga ataupun meringankan beban suami.

Semoga ebook ini dapat menceriakan hari anda. ^_^




KARIPAP APAM
Resepi : Mama Mimi

KULIT
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu besar gula pasir
Secubit Garam
1/2 sudu teh eno biru
1/2 sudu teh pes pandan
Beberapa titis pewarna makanan

Satukan 1 cawan tepung, gula, garam, air dan susu. Kacau rata
Tambahkan yis
Kacau rata
Tutup bekas dengan plastik
Perap adunan selama 1 jam

Selepas 1 jam, tambahkan Eno
Kacau rata
Kemudian tambahkan pes pandan dan pewarna makanan
Kacau rata

Panaskan non stick pan
Letakkan sedikit minyak
Sendukkan 1 senduk adunan dan layangkan pan agar adunan rata
Masak sehingga 2~3 minit jangan sampai hangus
Setelah angkat terus letakkan atas acuan karipap dan masukkan inti
Untuk mengelakkan kulit melekat pada acuan, letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak
Ulang sehingga habis

Untuk inti ita gunakan inti durian seperti di bawah


Untuk inti Kelapa berkacang sila ke blog  Mama Mimi




58 comments:

imNOTmasterchef said...

Ya Allah!~ Kreatifnya kak ita!
Tak terfikir pon nak buat resepi yg camtu.
Thanks for sharing kak ita! :)

Ida Firdausi said...

wow!! congratulatins kak Ita.. minta izin nak donlot ye :)

Cik Nuries said...

kena buat nihh.hehehe thanks kak ita.tahniah.e book kak ita lawa n mudah paham.. =)

ibh_sue said...

Tahniah kak. And thanks utk ebook tu. :))

Cik Nuries said...

=)

zila norazila said...

salam syg kak ita..
perghhhh baru puas ati nk baca kan..leh tulis byk2..tp klu net slow lambat btl nk bukak..congrate kak..i like:))

hoot! hoot! said...

congrats kak ita... n tq so much sudi shre your ilmu w d rest of us... semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kak ita sekeluarga, in shaa Allah... <3

daridapurjaja said...

Ada yang kata blog Kak Ita kurang lengkap? OMG OMG...x tahu nak kata apa dah...tahniah kak..hope you'll be more success...

daridapurjaja said...

Ada yang kata blog Kak Ita kurang lengkap? OMG OMG..tahniah kak..semoga terus success...

ummiaisyah said...

tahniah Kak Ita sayang! tak sabo nk baca buku!

mamawaiz said...

salam tahniah kak. tp mcm mane nak bukak ebook tu..haii x pahamlah.mmg buta it sungguh sy ni

Ummi said...

Assalamualaikum Ita cayang...tahniaaahh beribu2 lemon atas usaha dan kreativiti Ita, semoga Allah mengilhamkan yang lebih baik lg untuk perkongsian yg akan datang....teruskan! Akak jenguk dah ebook tadi, bangga dgn pembikinan yang sangat sempurna....muaaahhh!

JaSSNaNi said...

sayang nak makan ni.. comey sangat.. :D

Honeym's said...

CONGRATSSSSSSSS MCM MANA NAK DOWNLOAD YA LOVE IT

Mat Gebu said...

Tahniah kak!!..

Qasey Honey said...

slm Kak Ita sygg..
wah lg 1 pmbaharuan yg akak buat...suka idea tu...nti QH skodeng ehhh..tahniah buat akak...

Kak Am said...

alhamdulillah.. dan thaniah buat ita yg kretif dan amat rajin di dapur. sebenarnya am dah makan apam karipap ni mmg sedap dlm hati mmg teringin nk cuba buat tapi x jumpa resepinya, shukur lepas ni blh ler cuba buat dari resepi ita ni ya.. tkasih bnyk2..!

Kak Am said...

thaniah dan tkasih..! Buat ita yg rajin lagi kretif..! sblum ni prnah makan apam karipap ni mmg sedap tapi nk cuba x de resepinya skrg ita dah bagi resepinya alhamdulillah..!

miza wati said...

resepié kn tgk kat ebook jg ker k.ita..??

muhaini said...

Alhamdulillah dan Tahniah kerana sentiasa bergerak ke hadapan dan tak lokek ilmu. Moga bertambah murah rezeki dan bahagia dunia akhirat. Ameenn .... :-)

maria said...

tahniah k.ita dan terima kasih untuk semua resepi yang di sharekan...hanya Allah yg dapat membalas budi k.ita...maria tak pernah ketinggalan mengikuti blog k.ita dan k.ita memang sumber inspirasi untuk maria mencuba resepi resepi baru...sehari tak menjengok ke blog k.ita memang rasa tak lengkap untuk hari tue.

Mira Adzlia said...

tahniah kak...rmi yg suke tgk k.ita pnye mskn... :)

Cikgu Hayati Aini said...

marbelous...mama mia...step by step dan ilistrasi yg sangat menarik. Thumbs up k.Ita

Cikgu Hayati Aini said...

bravo..marvelous...step by step dan ilustrasi yg menarik. thumbs up K.Ita

Nana said...

tq so much , kak ita...
blog masam manis adalah feveret saya...

ebook tu x dpt bukak la kat opis ni...

nam@along said...

Alamak comelnyer...ita pinjam resepi yer..tq

rahel said...

Waw...waw..waw....tahniah Kak Ita...

The Cooking Doctor said...

Congrats Kak Ita, best la your ebook, and so colourful! I like your photography, tapi Kak ita tak balas pun, nak tanya about your photo gear, hehe..

Keep up the lovely work:-)

Kniedaz said...

tahniah atas kelahiran e-book pertama ^_^

khairiah khaizu said...

tahniah ita, thnks.....

Gee® said...

waaaa....

Marsita yahya said...

I LIKE

PESAN MAMA said...

Salam, saya silent reader blog ita. Setakat ni sy dah cuba light cheese cake, devil chocolate cake,apam polkadot, blueberry cheese tart dan bnyk lagi.semuanya menjadi.terima kasih atas keikhlasan berkongsi resepi. Semoga Allah memberkati ita -kak zaliza.

MamaFaMi said...

Idea yang sangat best! Comey comey karipap cinta Ita ni... terus i jatuh cinta... pada karipap kalerpul mu itew....

fazian.batrisyia said...

ebook yg menarik. Tahniah dari sy & family. Kak Ita adalah kesayangan ramai. Semoga terus maju.

faa.rosli said...

xreti pon baca ebook tu..cmne?

btw, tahniah kak...

Mas said...

Assalamualaikum kak ita...sy pun silent reader kak ita...sangat seronok dengan blog kak ita...mcm2 dah sy belajar..thanks kak ita...

Salam perkenalan

masmohdrazi.blogspot.com

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam Ita...thank you untuk e-book...muga idea resepi akan lebih mencurah-curah datang pada ita...

Sarina Seman said...

Salam. Thanx for sharing k. Ita. Ni rasanya, kalo guna inti durian crepe pun ok ni..

mrs kayrul said...

tahniah kak ita..makin maju dalam dunia masakan...

Fauziah Mohamad said...

http://qaseyhoney.blogspot.com/2012/09/tutorial-bila-picasa-album-penuh.html

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita ..

Tahniah setinggi-tinggi nya!
Kagum dengan daya kreatif, advance info dan kerajinan yg amat tinggi dari akak. Tabik arr~~

mommynana said...

Tahniah and terima kasih !

Ryo Azhar said...

salam kak ita,
cantik dan comel2 karipap tu...hehe.tahniah dengan kemunculan ebook pulak skang ni ye.hehee... nanti publish la buku pulak. :)

Kak Nik Ja said...

congrats n tq atas kerajinan ita...tengok gambo karipa tuh dah memang jatuh cintan dah!

micasamawar said...

Terima kasih k.Ita sbb sudi brkongsi ilmu. Moga k.Ita terus suksess ♥

Mrs.Marley said...

Assalam kak ita.Menariknya resepi apam akak ni.Saya nak try nanti.Comel sgt......

kreasidian@blogspot.com said...

Kak Ita, saya Dian dari Indonesia. Salam kenal..:)
Di Resep tadi kak ita ada sebut ENO, apa itu ? fungsinya apa ? dan kalau tidak ada, bisa diganti apa ?
Terima Kasih
Salam,
Dian

The Experimental Cook said...

So glad to come here. You are a culinary and artistic genius. I love your works,everyone of it.

Smarties said...

Why not write a proper cook book?

Ain Fajar said...

Tq k.ita sy mmg cr resepi kuih ni. Sy copy..

Hasida Mohammed said...

Sy pun dh takmkn kuih ni dh 2 thn, sbb kakk yg buat t tak jual dah..tpi kakk tu buat inti kastad warna hijau dan kulitnya warna kuning...mmg kuih ni unik..kulitnya rasa mcm span...tahniah utk Ita...klu rajin tringin juga buat..

Nur-nba said...

Tahniah Kak Ita di atas penghasilan ebook ni.. Cantik ebook akak ni..

Gya Duniaku said...

Sangat tahniah untuk akak...
x tau nak kate apa dah....
memang superb..

Noor Fazlin said...

saya dh try buat mmg jd n sedap sgt..

Kak Baby said...

Slm kak, tqvm, dari ebook akak sy buat ebook sy sendiri :)

http://www.myebook.com/index.php?option=ebook&id=185744

rafidah khazali said...

assalam..sy dh lama cari resepi ni kuih ni..sy copy ye.tq

rafidah khazali said...

assalam..dh lm jgk cari resepi ni..mmg mabeles..sy copy yer..

Powered by Blogger.