Monday, November 26, 2012

Durian Crepe with custard filling yummeh!!








aiiii... tak habis-habis lagi ke.. demam crepe durian ni..
Sedap sangat ke??
Tentang sedap atau idak tu.. teman tak boleh lah nak khabor..
Kena la deme tanye dengan meka-meka yang pakat-pakat suke bebenor tu..


Sekarang ni dah musim durian barangkali..
Sana sini dah nampak banyak orang jual durian tepi jalan..
Kat Kip Mart pun dah berlambak-lambak dah durian.. pilih aje le.. mana yang berkenan dan Bergantung juga pada kantung poket masing-masing..

Penangan durian ni cukup hebat..
Kadang-kadang, kerana pokok durian yang sebatang pun boleh bergaduh adik-beradik..
Ita selalu terfikir.. sedap sangat ke durian ni..?
Pelik jugak bila tengok orang berebut-rebut beli durian, sampai ada yang bergaduh-gaduh kerana dusun durian.. alahaii..


Kemarin, ita buat lagi durian crepe ni atas permintaan seseorang..
Amirul bagi tau ita , ada seorang teman FB ita dan juga isteri kepada rakan suami ita  dan Amirul, mengidam sangat nak makan durian crepe yang ita buat..
Dulu ita pernah bagi durian crepe ni untuk di rasa oleh suaminya..
Entah apalah yang suaminya ceritakan pada isterinya.. teruslah isterinya mengidam sangat nak makan durian crepe ni dan meminta Amirul pujuk ita untuk buatkan untuknya..
kata Amirul " sebijik pun jadilah mak.. kesian kakak tu.. dia mengandung.. dan nak sangat makan durian crepe yang mak buat.."

Ita pulak memang jenis tak sampai hati.. lebih-lebih lagi bila mendengarkan yang rakan tu.. mengidam..
Ita pun suruhlah suami ita pergi cari durian.. Alhamdulillah.. kebetulan sekarang dah musim durian, jadi taklah susah sangat nak dapatkan durian..


Ita buat lebih sikit, sebab adik ipar ita pun dah lama nak merasa durian crepe ni. Jadi ita buatlah banyak sikit dapatlah bagi kat jiran-jiran , isteri kawan Amirul, adik ipar ita dan juga anak-anak ita Amirul dan Azrul yang belum pernah lagi merasa.

Kali ni ita buat lain sikit..
Hasil kombinasi pelbagai jenis tepung yang menjadi kesukaan ramai..
Intinya pula ita gunakan teknik.. kukus.. grill.. pangang.. kukussss.. hihi lawak aje..
Intinya ita buat 2, satu ita gunakan whipping cream sahaja bersama isi durian..
yang lagi satu ita gunakan krim kastard filling yang kata anak-anak lebih wallahhh!! macam makan ice cream pulak!!

Nak tau resepinya..
Sediakan pen dan kertas..
Kita salin resepi dahulu.. sediakan bahan-bahannya dan mula lah mengcrepe!! yok!!


DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.


CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 


51 comments:

Ida Firdausi said...

Durian crepe yang sangat menggoda perot dan tekak.. ~~

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah.. nak cubalah resepi yg ini pula.. nampak sedap tu :D

Paly said...

nampak sedap tp xleh makan, alah ngan durian..sob2 :(

Mas said...

memang demam crepe..
terbaikkk la....

ummiaisyah said...

cantiknya bantal kuning tu...gebuss! tak penah buat yg filing kastad tu...alahai sedapnya!

Rina Audie said...

durian memang raja segala buah Kak Ita, hmmm...nyam nyam...
pic yang disuguhkan juga cantik. Jempol buat kak ita...

Noorasyikin Habidin said...

kalo pn. boleh tunjukkan ketipisan crepe nih lg menarik...maksud saya dipotong dua

Sukma Haron said...

suka makan jer...nak buat bila ler agaknya ekkk...?

sury_masury said...

Salam puan umh....nice foto...posing menarik sekli dgn buah,kulit n biji duyan...terbaik....musim crepe duyan sudah ni kn....situ sana sini cd...:-)

Ayumieka said...

wahhh gambar yang menceritakan kesedapan....

Yatie said...

adoyaiii Ita, Yatie pun mengidam gak ni..takmo buatkan special utk Yatie ke...cian kita nak rasa sangat crepe durian Ita....he3...durian dah ada ni, tapi tak tau mana satu resepi yg betul2 deBoom...mmng kena cuba semua resepi ni, nasib baik tngh musian doghyannnnn....

Gee® said...

ermmm...walllaaah....

Diana said...

Sedapnyer...
nak cuba tapi tak tahu nak order kat mana...google jap arr..

Tapi series gambar akak cun!!

Nooriah Abdullah said...

macam best jugak resepi Ita ni akak nak try jugak lah sbb before ni dah try resepi yg lain pasti Ita punya lebih sedap kan,,,

fazian.batrisyia said...

Menggoda sungguh crepe durian ni...Sib baik hb beli senyap2 kasi sy makan...Surprise la konon...

faa.rosli said...

faa pon dah buat n nak buat laa lg..guna resepi cream custard ni plak

nur_eimi said...

nak try buat la...dulu pernah buat cream kastard yg akak ajar..kali ni nak try buat tuk crepe durian lak...thanks kak kongsi

ogyep yummy mellow said...

Salam Kak Ita,
ombak crepe sedang beralun hebat sekarang ni.. ogyep aje yang blm berkesempatan membuatnya.. kalau hubby bawa balik durian, memang selalu x sempat nak transform jadi benda lain.. habis semua dibelasah dek peminat2 durian kat rumah ni...

cantik bangat kaler kuning tu..

miza wati said...

amboi k.ita....siap dgn lirik lagu deghoyan lg... :)

miza wati said...

amboi k.ita...siap ngan lirik lahu deghoyan lg ha...mmg kreatif :)

aliza nasrol nasrol said...

salam kak ita, nk tanya rasa crepe mana yg sedap jika dibandingkan dgn crepe yg sblm nie, sekian terima kasih

Azrey Rozie Eiman said...

kak ita... mmg dugaan betul saya tgk durian crepe kak ita ni. alahai... dok jauh ni hanya dpt tengok je la :(

Hajar said...

salam...
wahhhh, sedapnya crepe durian dgn filling custard cream...
kak, org perock tak kata 'tanyo' tapi 'tanye'..hehe

Sue Sue said...

Ohh yummy durian crepe. I got lots of frozen durian in the freezer. Must find a day to do this. My kids fav.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Alamak demam durian crepe mana2! Love pun kena jugak rasanya lepas tengok Kak Ita's! Gorgeous sungguh :)

Mustaffa Baharudin said...

salam, mohon dikongsikan di blog saya, sedap sangat ni, unik resepi...

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita..
Nina antara penggemar tegar durian & "Crepe Durian'. Memang macam ada dadah tatkala menikmatinya.
Nina pun dah try resepi nie dan mmg tak tifuu :: sedappp!

sis shuhada said...

Huhu sedapnya nmpk. Nk buat xmampu apatah lg nk mkn. Tgk dan dengar je la memandangkan jauh d perantauan.. nk carik doyannye ssh huhu :'(

tika hapsari nilmada said...

I love durian, Ita :)
Those photos are gorgeous and the durian pancakes look yummy.
Bookmarked the recipe.

rahel said...

Aduhai...bahang crepe sudah mari....sedapnyer...tak sempat lagi nak buat...tungguuuuu...

norzila said...

oo mak aiii kak ita nice picca..kalu gini zila ngidam jugakla...heeeeeeee

Messy Mummy said...

nak jugak kak ita!!! :D
nampak pun dah tau sedap...

Cikgu Nurulfadillah said...

berbanding yang resepi letak santan tu, yg ni senang x nak pecah crepenye?.. tq

Artoone said...

salam kak ita.

dari minggu lepas saya dok fikir kenapa resipi crepe durian saya kena letak pewarna kuning pada batter crepe. saya tak letak pun warna kuning pada crepe. tengok gambar akak baru saya faham! but your recipe is better sebab pakai kuning telur je, tak payah letak pewarna.

thanks sis! :)

Sally said...

Salam Kak,,tak ada gmbar keratan rentas ke?huhu..

Linas Cakes said...

Sis Ita, dah try resipi ni. Sedap. Mintak permission utk copy paste to my blog ye... Tq

依之汉 said...

Humang aih. Memang meliur tengok gambar tu. Buat saya terasa nak membuat satu. Terima kasih atas perkongsian ini!

p/s: tak nak minta copy and paste kat blog, tapi minta izin nak backlink ke blog ni. =)

Yati Omar said...

wahhhh...kak ita pun dah meng-crepe. haritu nak order gak tapi orang yg nak deliver tu kata order dah full. makanya tak merasa lagi la crepe doyan ni..nantilah harus beli jugak ni nak rasa.

Blogwalking.
http://mama-iloveu.blogspot.com/

wan_eda said...

salam kak ita, terima kasih kongsi resipi...mohon share ye...

Little Miss Yana said...

As-salam Kak Ita,

Mohon share resepi akak ye. Nak cuba buat durian crepe with cream custrad filling tuh. Menggoda nampaknye...mudahan2an menjadi.
Terima kasih ye

Nur-nba said...

Suka durian crepe.. Lirik tu menarik! Anak2 nampak macam peminat durian...

MamaQis said...

Salam..sebelum ni dgr pasal durian crepe leh wt xtau je...bile tgk kak ita nye durian crepe kat sini rase tergoda sgt2 nak try wat...thanks 4 da recipe...suka tgk pic kat page kak ita..sume cantik2...

reirra said...

bukan stkt pmdi baking, tp kak boleh jdk pjoyographer mjlh mknan jgk..seleraaa gila tgk gmb!! grrrt...  (o^^)o

Khaza Opass said...

Mohon ijazahkan resepi ni utk teman... teman nk wat utk anok2..

H@NiEM S@leH said...

Kak ita, dh cuba n sangat sedap rasanya!!!!!

H@NiEM S@leH said...

Kak ita, kita dh cuba n sangat sedap rasanya... 1 family suka

Mrs Lurve said...

pertama kali dtg sini, trus jatuh cinta dgn blog nie..lain dr blog masakan yg lain. memg terbaik!! dar segi bahasa, gambar semenya almost perfect..cantik pulak tue gmbr2 dlm entry nie..

amylia halmy said...

Boleh tak kalau nk order?

Miss Yan said...

Hai Assalam Kak Ita....mcm sedap laaa......blm prna try dgn kastard lg.....nak try jg la resepi kak ita..sya mohon izin share resepi nya yaaa....tq

Mieza Jhaa K said...

Kagum tgk gambar2 tu..

Lina said...

Nampak sedap...menarik...cantik. Nak cubalah buat.

linaandhealth.blogspot.com