Follow if you like

Nov 30, 2012

Apa yang selalu ditanya..

Sebagaimana yang telah ita janjikan. Ini adalah antara bahan-bahan yang sering ita gunakan dalam setiap masakan ita tak kiralah kuih-muih, kek atau apa-apa sahaja hidangan yang terdapat di blog.
Ita harap dengan penerangan ini dapat membantu adik-adik di luar sana untuk membuat rujukan. Tak semestinya mengikut apa yang ita gunakan, anda boleh juga mengunakan brand lain jika dirasakan sesuai dan selesa.

Apa-apa sahaja bahan-bahan yang ita gunakan adalah bahan yang biasanya ita lihat emak ita gunakan, atau juga bahan-bahan ini mudah ita dapati dari kedai yang berhampiran dengan kediaman ita.



Kita mulakan dengan tepung gandum.
Tepung ni memang wajib ada di dapur. Kalau habis kena segera ke kedai. Biasa ita beli lebih-lebih, simpan stock.
Biasanya tepung gandum ita lebih selesa menggunakan cap sauh. Selain ianya mudah di dapati di Johor Bahru, ia juga adalah tepung yang selalu digunakan oleh emak ita untuk setiap juadah yang beliau sediakan. Sekarang ita pula meneruskannya untuk juadah anak-anak ita pula.

Anda boleh juga menggunakan lain-lain brand yang terdapat di pasaran seperti cap lili, 1 Malaysia, cap kunci atau lain-lain lagi.
Tapi untuk sesetengah kek atau kuih ada kalanya bila ita tukar ke brand lain ia tak berapa cantik, contoh macam kek rainbow, jika ita guna cap lain ia tak naik cantik seperti bila ita menggunakan cap sauh. Kuih pun begitu juga, ada sesetengah kuih bila guna cap sauh ia lebih cantik kejadiannya. Oleh kerana itu cap sauh ni harganya lebih mahal sikit berbanding jenama lain.

Tepung Beras
Tepung beras biasanya ada banyak jenis. Yang biasa ita lihat kalau di Johor bahru ni tiga jenis yang di atas. Kalau ita buat kuih, biasanya ita akan menggunakan tepung beras cap gajah 3. Gajah yang tiga ekor, tepung yang tengah dalam gambar di atas. Menurut emak ita yang biasa membuat kuih-muih tradisional, tepung gajah 3 ni menghasilkan kuih yang lebih lembut dan cantik berkilat.

Gajah satu pula, biasanya emak gunakan untuk menyediakan goreng pisang, atau kuih muih yang di goreng seperti kuih gendang kasturi. Menurut emak ianya lebih rapuh.

Gajah 5 pula, ita tak pernah nampak emak gunakan. Tapi biasanya ita lihat jiran emak selalu menggunakan tepung beras gajah lima untuk membuat laksa. Jadi bila nak buat laksa, ita gunakan tepung beras cap gajah 5.


Ini pula tepung yang dikhaskan untuk sesuatu kuih. Contohnya kalau kita nak buat pau, kita gunakan tepung pau. Tepung untuk pau ni biasanya telah diproses untuk menjadikan ianya lebih putih halus dan gebu.

Tepung halus lagi putih pula biasanya digunakan untuk buat kuih yang seperti gambar dalam kotaknya tu. Tapi ita jarang beli tepung ni, kecuali jika dalam resepi menyarankan menggunakan tepung halus lagi putih, barulah ita gunakan tepung ni. Kalau tak ita gunakan tepung gandum sahaja.

Self raising flour pula biasanya digunakan untuk membuat kek. Itu pun jika dalam resepi mencadangkan tepung ni barulah ita gunakan. Jika tidak ita gunakan tepung kek yang timbang aje, ita beli dari kedai bakery, sebab tepung ni mahal sikit.. Tepung ini telah dicampurkan dengan baking powder atau soda bikarbonat. Jika resepi mencadangkan tepung ini dan tiada pula dalam simpanan, atau telah kehabisan stock, kita boleh gantikan dengan mencampurkan 250 gm tepung gandum bersama 1 sudu besar baking powder. Kemudian semua bahan ini di ayak. Dah pun jadi tepung Self Raising Flour.... hihi.  

Untuk lain-lain tepung biasa ita guna tepung beli timbang kat kedai bakery, macam tepung Ros, tepung Roti, Hingh Protin (HP) atau Low protin (LP) dan lain-lain lagi.

Tepung kastard pula biasa pilihan ita Bird's Custard. Kalau tepung jagung pula tak kisah, mana-mana brand pun tak kisah.


Kalau buat puding pula ita suka guna cap bintang, kalau tak ada barulah ita guna cap burung layang-layang. Untuk jely pula biasanya ita gunakan 2 brand jely di atas. Tak kisah mana-mana pun ita biasa guna.


Susu cair pula biasanya ita suka guna Carnation. Selain ita sukakan rasanya yang lemak, baunya yang harum juga sangat menambat selera ita. Jika dah tak ada barulah ita guna Ideal.


Minyak pula dalam penyediaan kek yang menggunakan minyak, biasanya ita gunakan minyak Mazola. Sebenarnya minyak ni tak kisah, apa-apa sahaja minyak makan pun boleh digunakan. Terpulang pada citarasa..


Untuk butter pula kebiasannya ita guna SCS, sebab ianya mudah di dapati di mana-mana supermarket. Kadang-kadang kat kedai runcit pun kita boleh beli. Ia ada 2 jenis, iaitu yanga bergaram 'salted' atau yang tak bergaram 'unsalted'. Sebenarnya mana-mana pun boleh guna, cuma jika guna yang bergaram tak perlulah letak garam lagi. Dan jika guna yang tak bergaram, ikut keselesaan nak letak garam atau tidak. Butter yang tak bergaram lebih lembut dan lebih sedap, harganya juga lebih mahal sedikit berbanding yang bergaram.

Jika tiada, barulah ita beralih kepada Ancor. Ita tak pernah guna butter Golden Churn kerana bimbang tentang halal atau tidak. Sekejap halal kejap tak halal.. daripada was-was baik tak usah guna.. itu pendapat ita sahaja..


Cream cheese pula, biasanya ita guna Philadelphia. Tapi kadang-kadang susah sikit nak dapat dekat pasaraya, ada sesetengah pasaraya sahaja yang jual cream cheese ini. Kalau kat bakery biasanya memang mudah!. Jika dah payah sangat nak jumpa ita akan beralih pula kepada SCS.

Tapi pada ita Philadelphia lebih sedap!


Pewarna dan perasa makanan biasanya untuk buat kuih tradisional ita guna Star Brand. Ita sukakan warnanya. Lagipun produk ni dah berkurun di gunakan dari zaman mak ita lagi. Ianya juga sangat mudah di dapati di pasaraya.

Bagi kek dan kuih, biasanya ita guna perasa makanan yang oil- based (berasaskan minyak). Ianya tahan lama dan baunya kekal. Jika guna yang water- based ( berasaskan air), bila kita bakar kek kita, ia akan terpeluap dan baunya tidak kekal lama. Sebab tu bila kek kita dah siap di bakar, baunya pun dah hilang wangi dan harum. Jika guna oil-based.. emmm... harumya.. menusuk ke kalbu.. satu rumah berbau harum..

Ita suka paste vanilla (oil- based) yang ita beli dari Chef Amer. Baunya tahan lama dan kekal dalam kek. Ia membuatkan kita berselera nak makan dan tak sabar nak potong kek kerana baunya yang tersangat lah... harum. Bila dah guna yang ni.. memang tak nak guna yang lain. Ita tak ada gambar sebab masa ita beli Chef letak dalam botol kecil. Sebenarnya menurut Chef ia beli dalam botol besar entah.. berapa liter atau gelen pun ita tak tau.. hihi

Untuk pewarna kek atau cream, ita lebih suka menggunakan Wilton colour. Ada pelbagai pilihan colour dan semuanya cantik-cantik. Warnanya juga tidak berubah bila kek dibakar. Malah ia menjadikan warna kek lebih berseri. Cuma harganya sangat mahal berbanding pewarna lain. Nak guna pun sikit-sikit aje.. sebab sayang.. mahal tau!! kena jimat.. jimat

Berbeza dengan Wilton, Ameri pula product yang baru ita nak cuba. Apa yang menarik, pewarna Ameri datang dengan 2 pilihan, water- based dan oil- based. Mudahlah jika ita nak warnakan coklat. Sebab coklat tidak boleh di campurkan dengan pewarna makanan berasaskan air, nanti coklat kita cepat mengeras. Lagi satu terdapat banyak sangat warna, termasuklah warna gold dan silver. Harganya juga lebih murah dari Wilton. Cuma warnanya ni, bila kita letak dalam kek dia berubah bila kek dah masak.. kita nak warna lain jadinya warna lain.. Untuk buttercream tak ada masalah..

Whipping Cream ni ada 2 jenis tau jangan keliru. Satu Non dairy Whipping Cream dan satu lagi Dairy Whipping Cream.

Non Dairy ~ Bukan tenusu dari lemak sayuran seperti minyak kelapa sawit
Dairy ~ Bahan tenusu iaitu berasaskan susu haiwan

Jika masih tak boleh bezakan 2 bahan ni boleh baca entry ita sebelumnya di SINI

Untuk gambar Whipping Cream di atas ianya adalah Non Dairy Whipping cream yang selalu ita gunakan. Ita sangat suka guna jenama Rich, selain ianya sedap lemak berkrim disukai ramai, ia juga mudah ita dapati dari kedai bakery yang biasa ita kunjungi. Kalau kat pasaraya memang tak ada.. 

Ita suka guna yang kotak bewarna biru, sebab ia boleh di campur dengan apa-apa jus menjadikan cream kita berperisa. 
Kalau nak perasa coklat pula ita guna kotak coklat. Jika buat ganache, ita suka campurkan dengan whip toppping coklat, sebab rasanya lebih sedap!! yummy.. sampai ita asyik suap ke mulut aje.. nah.. sekarang badan pun dah naik.. makkk aii..
Yang kotak gold tu memang biasa digunakan, kita putar aje sampai kaku dah boleh guna untuk melempa kek.

Kek menggunakan Whipping Cream lebih sedap! macam rasa ice cream berbanding dengan yang menggunakan buttercream yang lebih rasa butter atau lemak.. 
Cuma, kek ni tak boleh terdedah  di luar, kerana nanti creamnya cepat mencair. Oleh itu kena sentiasa pastikan berada di peti ais.

Jika di bandingkan antara kotak biru dan kotak gold, ita lebih suka kotak biru, sebab ia lebih tahan lama diluar.. lambat mencair dan lebih sedap! tapi terpulanglahkan sebab harganya pun mahal sikit aje dari yang kotak gold tu..

Whipping cream ni, jika kita dah pukul sampai kental dan licin, terus salut atas kek. Jangan letak dalam peti ais dahulu lepas tu baru nak salut atas kek.. sebab nanti ia akan jadi kasar dan tak cantik bila kita salut atas kek, nampak kasar dan comot.

Jika payah nak jumpa jenama Rich, boleh lah gantikan dengan Value Pride. Tapi yang ni ita tak pernah guna lagi. Sebab dah terbiasa guna Rich.. insyaallah ita akan cuba dan ita akan bagi tau apa bezanya.. manalah tau kot-kot lebih sedap! tak cuba tak tau kan..

Ini pula adalah Dairy Whipping Cream. Ia berasaskan bahan tenusu dan tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair. Sebenarnya ia bukan untuk menyalut kek pun, apatah agi untuk letak atas pavlova atau sebagai filling durian crepe, sebab ia memang cepat sangat mencair.. memang tak sesuai. Cara memukulnya kena berhati-hati sebab jika terlebih pukul ia akan mencair semula dan terpisah antara lemak dan buttermilk.

Biasanya ianya di letakkan di atas minuman ice blended atau juga untuk topping. Sesuai jika di letakkan pada ganache.
Ia tak berperisa dan perlu di letakkan gula untuk memberikan rasa manis. Tambahkan juga sedikit vanila untuk rasa yang harum.

Ramai yang keliru antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream. Disebab kan Dairy Whipping Cream ni mudah kita jumpa di pasaraya, ramai yang menjangkakan ianya adalah sama..
Lepas tu bila pukul dan terlebih pukul dan mencair.. mula panik..
Banyaklah email dan PM kat FB ita bertanya  kenapa whipping cream tu cair..
Jenuh nak jawab satu persatu..
Lebih ralat lagi.. banyaknya berlaku pembaziran akibat dari kesilapan yang tak disengajakan...
Bahan-bahan ni pula bukannya murah harganya..
Harap bila ita terangkan ni adik-adik dapat faham dan tak salah beli lagi selepas ni.. ^_^


Pilihan coklat ita pula pastilah dari jenama Le Bourne. Selain rasanya yang sedap, rupanya yang berkilat, rangup dan cara pengendaliannya juga mudah.

Coklat datang dalam 3 jenis iaitu:
Coklat tulen ~ Counverture
Coklat Tiruan / masakan ~ Compound
Coklat Tanpa gula ~ No Added Sugar

Coklat ini pula ada
Dark Chocolate ~ coklat gelap
Milk Chocolate ~ coklat susu
White Chocolate ~ coklat putih

Terdapat banyak jenama coklat dipasaran. Biasanya coklat untuk masakan terdapat di kedai menjual bahan masakan. Jangan pula gunakan coklat yang jual kat supermakket seperti Cadbury, Van Hauten,  M&M , Toblerone dan lai-lain  tu tau! tak sesuai..


Ita rasa cukup sampai sini dulu kot.. nanti ita tengok balik pertanyaan di email dan FB mana tau  kalau-kalau ada yang tertinggal. Kalau ada nanti ita masukkan kemudian ye..

Semua gambar ita ambil dari Google




37 comments:

faa.rosli said...

ok bahan2 ni mmg senang nak cRI..

tq kak ita

Nur-nba said...

Rajin Kak Ita buat entri ni.. Tepung beras cap Gajah 3 tu memang selalu Bonda Nur guna untuk buat kuih-muih tradisional.

Kak, Nur dah beli majalah Aroma bulan Disember tu.. Banyaknya resepi2 menarik yang akak kongsikan.. Suka sangat... ♥

Tahniah kak.. Gambar Kak Ita dalam majalah tu memang cantik & sangat tergoda dengan crepe2 tu.. .

Norliza Ismail said...

Tq ita. Sume bhn2 ni mudah nak cari. Kat kedai bakery pun ada.

FARHANA AZIZ said...

tak tahu pulak ada beza tepung beras tu..lepas ni kena tgkla gajah tu ek.hehe

btw,saya dah beli magazine aroma..dah buat pun mille crepe ikut resepi akak.menjadi!!suka sgt..smp jiran-jiran tegur..wangi bukan main.hehe

Hasidah Bt Awang said...

salam singgah..tq ngan info ni..dengan bahan biasa ni pun boleh buat kek jd sedap..heheh

sis shuhada said...

Nice info. TQ for sharing!

Hazwani Fazil said...

terima kasih!banyaknya info..baru ja fikir nak berjinak2 cuba buat kek..sangat berguna semua info ni..

Norzie hany said...

Assalam Ita.
Nice info....Tq for sharing.

Hasida Mohammed said...

Tq ita ats info , yg penting kita jgn derhaka bila menyedia bhn bila nk buat sesuatu masakan..kdg2 pjual d kdai bakery pn tak tau nk xplain bila kita tya.

Kakzu said...

Sukanye ada info camni...

Kakzu said...

Wah..tq info yang berguna sgt..

Suzana said...

tq byk2 atas penerangan yg jelas ttg whipping cream tu. mmg pening mncari whipping cream mcm yg sy ckp dulu. sebbaek sy x beli lg yg dkt psraya tu.. klu x, mmbazir jer!

Chekgu Anitt said...

bestnye boleh dpt info camni..tenkiu bbyk..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Thank you sharing such an informative post dear! You're simply generous ;)

Dah beli Aroma just for you and Rahel!!! :)

hafza said...

salam ita, sy nak tau kt JB, kedai mana leh beli coklat Le Bourne tuh sbb sy nk balik umah mak kt Pontian, kalu ada masa nk ke JB cari coklat tuh. Kedai bakery area sy duduk xde jual pun jenama tuh!

hafza said...

Pls answer me, sy ni xde fb, sy mmg harap sgt ita boleh jawab di sini. Tqvm.

Azlita Aziz said...

Salam Hafza,
maaf akak tengah masak. Coklat tu boleh didapati di kedai bakeri kat taman perling. Lihat di sini http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/05/kat-sini-semua-ada.html

Azlita Aziz said...

Maak Hafza
Coklat tu boleh juga didapati di kedai bakeri bersebelahan dengan Bomba Larkin

Kniedaz said...

Terima kasih kongsi...saya pun sejak dulu lg guna tepung gandum cap sauh tu...lps baca entri ni baru tau beza non dairy ngan dairy whip cream tu..ingatkn sama

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

banyak yg sy belajar dgn kak Ita, Kak Ita rajin berkongsi ilmu, semoga Allah merahmati usaha Kak Ita & berkekalan pahala yg kak Ita dapat, insyaAllah..

tentang tepung beras tu baru sy tahu ada tiga jenis, selama ni asalkan nampak gajah sy beli, ekekeke

aisyah said...

wah..tq sgt2 kak utk n3 kali ni...byk yg sy dpt...tq2

Ađ яockin said...

Btolla Kak Ita,
Whipping nk wat Crepe tu cair
Shaket hati btoi....
Cairr...
Hehe ..
Salh bli kot..

Mariam Sabar said...

Salam perkenalan Kak Ita
suka bc clog k ita....mmg best dan terima kasih byk utk akak, sudi sharing everything...dr recipe kpd yg hal2 semasa...

TQ kak, moga Allah mbalas jasa baik kak ita...

ada the baker said...

salam kak ita.

i love your post. sesuai untuk orang yang baru start baking macam saya. macem-macem info ada.

siti hatijah said...

salam perkenalan
info yg sgt2baik n berguna
TQVM

Salmiza said...

tq SANGAT2 beri info yg berguna ni...
Byk jgk yg terkena kat saya...hehe
lps ni dah blh beli bahan dgn betul...

caramello said...

Salam kak ita,

ooo tepung beras pun ada diff ek bagi setiap gajah2 tu?hehehe ana hentam je...baru2 ni ana beli brand top pride non-dairy whipping creme...xbest la kak cair lagi pukul lg cair dah mcm dairy whipping cream plak..last2 wat ganache je..kagum dgn gambo2 makanan k.ita..menarik betul

sihatceriacantik said...

salam kak, saya selalu baca blog akk..patutlah wat durian crepe xjd..whipping cream nyer jd cair dan tawar...

La Dolce Cik Noor said...

tq kak ita for de info.sy budak baru belajar.minat tgk hasil kerja akk.cantik

dhiya esmeralda said...

tq kak ita..informasi brguna

Suriati Mokhtar said...

patut la crepe saya tak menjadi sebab salah guna whipping cream... terima kasih kak Lita bg info ni..

Suriati Mokhtar said...

patut la crepe tak menjadi sebab salah guna whipping cream.. heheheh tq kak lita bg info ni..

HanaNabihah said...

Salam kak ita. Terima kasih kongsi maklumat ni.

Cuma saya nak tanya. Apa beza creamwell & creamlite? Sebab kedai bakery kat sini ada creamlite saja. Boleh tak ganti creamlite utk buat steam buttercream? TQ kak Ita =D

myxa said...

Akak, nk tye psl whip cream kotak biru dgn gold label tu. saya plan nk jual kek yg ade topping whip cream. Kalo saya nk biar di luar whip cream kotak biru tu mmg lmbt sket ek cair? Selalunya saya guna vivo agak cpt dia mcair. Minta pendapat akak ye. Thanks..

qaseh ana said...

as-salam kak ita, terima kasih sgt atas sgl perkongsian..blog akk byk membantu terutama untuk org yg bru bljr mcm sy ni..terima kasih sekali lagi..akk adelah sumber inspirasi saya.

Noorain Muhammed said...

Salam kak azlita.. Nak tanye.. Pewarna ape yg sesuai utk buat red velvet kek ye?? Sy dah buat 5x.. Tp sume xjadi.. Kek wane coklat n rase jadi pahit.. Bleh kasi tips x kak?? Tq

Ms Hidayah said...

salam k.azlita.saya nk tny..untuk buat brownies coklat le bourne jenis ape yg sesuai ye? converture @ compuond ye?

Powered by Blogger.