Follow if you like

Oct 24, 2012

Sekejap aje....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya kini blog ita telah melewati usia 2 tahun.
Pejam celik.. pejam celik, tak sangka dah 2 tahun ita keudara. Permulaannya hanya suka-suka , kini ita rasa semakin serius untuk berblog dan semakin meminati dunia blog yang kini menjadi sebahagian daripada rutin hidup ita.



Perjalanan hidup sebagai bloger kadang kala suka dan adakala di usik rasa juga. Namun semuanya adat permainan.. seperti juadah yang punya pelbagai citarasa, masam, manis, masin, pedas semuanya menjadi gulai yang enak untuk dinikmati bersama. Sebenarnya ianya adalah satu pengalaman hidup yang sangat berharga..

Kalau setahun yang lalu ita baru mengenal dunia.. setahun kini ita sudah mula belajar bertatih, mencari ruang yang selesa untuk ita terus berjalan dan berlari.. Besar harapan ita agar tahun mendatang ita dapat berlari dengan riang..

Melangkah ke tahun ke dua, pelbagai rasa ita harus telan, pahit, manis suka dan duka.. namun ita rasa tahun ini adalah satu cabaran yang hebat bagi ita dan juga tahun yang amat meletihkan. Bermula episod duka yang menyentap sanubari.. namun ita pasti 'hanya jauhari mengenal manikam' dan doa ita di Baitullah tidak putus agar kebenaran terungkai..

Disamping episod duka, ada riang ria bersama. Yang pastinya tahun ini menemukan ita dengan insan-insan yang sangat ita kagumi. Bermula pertemua ita dengan insan yang ita kagumi bakatnya, yang amat ita minati dan sanjungi.. akhirnya ita di undang untuk mengikuti bengkel kelolaan beliau. Chef Amer nama yang tidak asing lagi bagi pencinta coklat. Akhirnya pertemuan empat mata membuatkan ita semakin bersemangat untuk memasak dan mempertingkatkan lagi kemahiran memasak.. Melihat ketangkasan beliau di dapur, sering terdetik di hati.. bilalah ita juga akan hebat dan tangkas di dapur seperti beliau. Kata-kata semangat dan galakan daripada beliau sentiasa menyemat semangat buat ita untuk terus mencuba dan mencuba !


Berita gembira bila ita telah di undang untuk kongsikan resepi yang pernah ita cuba dalam beberapa media tempatan. Pada mulanya ita agak bimbang, maklumlah ita bukanlah seorang Chef masakan, Ita hanyalah seorang bloger yang baru bertatih di dapur masakan, dan semua resepi yang ita kongsikan di blog ada bertuan.. bimbang pula jika tuan empunya resepi tidak dapat menerimanya. Setelah berbincang dengan pihak media ita bersetuju jika setiap resepi yang ita kongsikan disertakan bersama blog ita sebagai rujukan, oleh itu dapatlah di rujuk siapa tuan empunya resepi asal agar tidak timbul permasalahan di kemudian hari kelak. Percayalah tidak sekelumit pun dalam diri ita ini untuk mengakui resepi itu milik ita jika ianya bukan ita yang empunya.. Ita sedar siapa diri ita dan di mana ita berpijak..

Kepada semua rakan-rakan yang mana ita telah cuba resepi dan ita kongsikan tak kiralah di blog ini atau di sisipan majalah, ita dengan penuh rasa rendah diri memohon agar semuanya dihalalkan. Ita percaya setiap ilmu yang dikongsikan itu bakal dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.. dan semoga kehidupan kalian di berkati dan sentiasa  di murahkan rezeki..



Siapalah ita tanpa Masam Manis, dan apalah Masam Manis tanpa sokongan daripada anda semua. Adanya Masam Manis kerana adanya anda semua yang sentiasa berdiri teguh di belakang dan sentiasa tidak putus-putus memberikan sokongan. Jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada ita diatas penghargaan ini dan kepercayaan ini.


Kepada semua rakan-rakan di facebook, twiter dan juga teman-teman di blog terima kasih kerana anda sentiasa menyuntik semangat buat ita. Kata-kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi sentiasa ita sematkan didalam hati ini dan akan sentiasa ita kenang dan jadikan ianya panduan dan pedoman untuk meneruskan perjuangan ini.

Andai ada perlakuan ita yang menyinggung perasaan, ita dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon keampunan, sesungguhnya ita juga hambanya yang lemah dan tidak pernah alpa dari melakukan kesalahan. Ita sedia menerima teguran dan sentiasa cuba untuk memperbaiki lagi kelemahan Masam Manis.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang tidak pernah jemu melayangkan email pada ita, kadang kala bila ita membaca bait-bait ayat yang tercatat, hati ini meruntum sayu dan hiba hingga butiran kaca ini mengalir membasahi pipi. Ita tak sangka, perkongsian ini amat bermakna buat anda semua.. doakan yang terbaik buat ita sekeluarga dan doakan juga semoga ita sentiasa sihat agar dapat terus berkongsi rasa..

Terima kasih ita juga kepada tulang belakang ita selama ini yang sentiasa meniupkan semangat buat ita ketika ita hampir-hampir ingin mengundurkan diri dari berblog. Mereka yang sentiasa buatkan ita tersenyum ceria setiap hari. Sentiasa susah senang bersama dan sentiasa memberikan ita galakan yang tak putus-putus. Mereka jugalah yang mula-mula mengenal bakat ita. Mereka adalah keluarga ita yang sentiasa bersama ita kala  suka dan duka. Kepada suami tercinta, kepada anak-anak tersayang dan kepada kedua ibu dan bapa yang amat ita hormati,  terima kasih atas segala-galanya.


Untuk pengetahuan semua merekalah peminta nombor satu ita hihi ^_^
Suami ita, setiap kali celik mata pasti dia akan buka blog ita dahulu.. dan sebelum tidur pasti blog ita juga akan di tatap dahulu.. memang ita rasa sangat-sangat terharu.. 
Anak-anak pula sentiasa telefon dan tanyakan tentang masakan ita.. dari situ ita tau bahawa mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan blog Masam Manis..
Yang paling buat ita sangat gembira, bila emak dan bapa ita sentiasa berikan ita semangat untuk teruskan minat ita ini.. sentiasa galakan ita untuk terus mencuba dan buat yang terbaik..

Terima kasih juga kepada rakan-rakan daripada luar negara yang turut sama menyelak helaian Masam Manis. Walaupun ada antara mereka yang sebenarnya tidak faham apa yang ita tulis tapi tetap juga sentiasa berikan ita sokongan. Ada antara mereka yang minta ita tuliskan dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka sama-sama dapat memahami dan berkongsi apa yang ada. Ita ni sebenarnya tak berapa pandai sangat nak tulis dalam bahasa Inggeris.. maklumlah.. sekolah atap.. hehe tulis Bahasa Melayu pun tunggang terbalik.. dan selalu kena tegur dengan adik-adik di luar sana sebab selalu sangat salah ejaan.. haha

Ok lah pasti ramai yang nak tau apakah menu yang ita rasakan terbaik sepanjang yang telah ita cuba untuk tahun yang kedua ini. Terus terang ita sangat sukakan resepi ini, dan ita rasakan inilah the best recipes forever..


 


Devil's Food Chocolate Cake
By : Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Di kongsikan oleh : The Kitchen Guardian

Chewy Gooey yummy Brownies
Di kongsikan oleh : Sesedap Rasa

Hokkaido Chiffon Cupcake
By : Seadragon
Dikongsikan oleh : Shyieda

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard
Resepi Crepe by : Elaine's
Resepi Vanilla Cream Custard by : Cookpad
Dikongsikan oleh : Dailyclickclick

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
By : Little Japan Mama

Garlic Roll
By : Suhaina
 
Mangkuk Coklat Tiramisu
Resepi Mangkuk Coklat by : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer
Resepi Tiramisu by: Rabiatun

Talam Roti Paun
By: Chef Asma
Dikongsikan oleh : Yatie


Ini pula adalah antara resepi yang menambat selera anda di luar sana. Ada yang tak berganjak dari tahun ke tahun 

Terima kasih daun keladi ita, kepada insan-insan yang telah mereka cipta resepi yang sungguh istimewa ini, dan terima kasih yang tak terhingga juga kepada sahabat-sahabat yang telah kongsikan resepi terbaik ini untuk di cuba pula oleh insan-insan lain. Semoga keikhlasan kita berkongsi ini di berkati dan sentiasa dalam rahmatNya


Jika tahun pertama cabaran ita bila ita terpaksa menyediakan beberapa resepi yang agak sukar dan meletihkan tahun ini cabaran ita sedikit berbeza malahan lebih hebat lagi dari tahun sebelumnya. Cabaran yang buat kan ita tak senang duduk, mandi tak basah dan tidur tak lena.. Pasti semua dah taukan Cabaran Cupcake Challenge.
Hingga tika dan saat ini ita masih lagi terasa-rasa debarannya yang sungguh kencang..  Hingga demam-demam ita dibuatnya dan berapa hari tak boleh bangun.. aduyaiii.. apalah ita ni..
Ita ni ada penyakit darah gemuruh sebenarnya.... hihi gegel lutut.. ^_^

Selain itu ita juga berhadapan dengan beberapa cabaran lain bilamana ita di undang untuk menitipkan beberapa resepi untuk majalah masakan tempatan. Date line dan jumlah resepi yang banyak, kadang kala buatkan ita rasa tak puas hati dengan hasil masakan yang ita sajikan. Faktor cuaca yang tak menentu kadang hujan kadang mendung benar-benar satu cabaran terutamanya bila date line semakin hapir.  Ita pernah diminta buatkan 10 resepi terbaru dalam masa 2 hari.. aduh.. memang cabaran sungguh...

Kini ita terpaksa lebih pentingkan kualiti dari kuantiti, biarlah ita bersiaran di alam maya kerana ita lebih puas hati kerana ita lebih releks dan dapat mezahirkan apa yang ita inginkan..


Ita rasa setiap daripada kita pastinya ada terselit perasaan ingin dihargai atas setiap hasil penat lelah yang kita lakukan. Begitulah juga dengan ita, tidak terkecuali dari perasaan itu. Bila ita dapat tau kek Checkered Rainbow Cake ita telah tersebar luas, ita rasa benar-benar teharu..
Setiap hari pasti ada yang akan pin gambar itu dan akan di repin semula aduyaiiii... bebesar hati sungguh bila ita terima komen dari minah-minah salih yang teruja dengan kejadian kek itu..
Terima kasih ita juga buat adik-adik yang telah memperkenalkan kek ita itu.. yang telah pin. Terima kasih banyak-banyak.. sayang semuanya :-)

Sebenarnya ita buat kek itu adalah atas cabaran dari suami ita. Suami ita memang suka cabar ita buat sesuatu yang kadang kala ita pun tak pasti ita boleh lakukan atau tidak.. Bukan sahaja dari resepi , cara penyediaan dan olahan malahan hingga ke teknik photography pun ia selalu mencabar ita untuk lakukan sesuatu yang lain dari yang lain...


Tapi ita bersyukur kerana dari cabaran itu ita mula belajar sesuatu yang baru dan mula menilai kemampuan diri..

Terima kasih ita juga kepada penerbit rancangan Semanis Kurma TV9 kerana telah memberikan peluang untuk Masam Manis ke udara di kaca TV buat julung-julung kalinya. Ia merupakan satu penghargaan yang cukup besar bagi ita dan Masam Manis dan merupakan satu kenangan yang cukup indah sepanjang tahun ke 2 ini.

Apa pula perancangan ita untuk tahun-tahun yang mendatang?
Banyak perancangan yang telah ita atur. Banyak juga resepi menarik yang telah ita kumpulkan untuk dicuba! yang pastinya ita berjanji pada diri ita sendiri untuk lakukan yang lebih baik lagi dan cuba memperbaiki setiap kelemahan. Ita benar-benar berharap setiap resepi yang ita paparkan memenuhi citarasa anda semua diluar sana dan ianya menjadi sebahagian juadah yang terhidang, semestinya buat santapan keluarga tersayang.

Terima kasih semua atas segala-galanya dan ita sudahi hari yang indah ini dengan alunan puisi hasil nukilan Irma Yusnita

Terima kasih …
telah membuatku kagum
telah membuatku tertegun
mengingatkanku akan kelemahanku
menjadi cermin atas ilmuku yang lusuh

Terima kasih …
telah membuatku sadar
telah membuatku tak gentar
mempertahankan apa yang kuyakini benar
menghilangkan ragu, khuatir akan pesona yang pudar
Mulia di sisi-Nya,
mengikuti sunnah Rasul-Nya

Terima kasih …
telah membuatku bangkit
telah membuat hatiku tak lagi sakit
yakin akan yang terbaik dari-Nya
senantiasa ikhtiar, tak berputus asa
lupakan kecewa,
menjemput berakah …

Terima kasih …
telah membuatku tak sendiri
telah membuatku kuat dalam hidup ini
dalam dakapan silaturahim
dalam naungan ta’awun menuju redoh-Nya
saling menghormati,
saling memotivasi

Terima kasih …
telah membuatku terus berkarya
telah membuatku berharga
meski dengan cara yang sederhana
jujur ….
rasa itu begitu indah
Menambah syukurku,
menopang letihku

Terima kasih …
telah membuatku tersenyum dan tertawa
telah membuatku ceria dan bahagia
mengobarkan kembali semangatku
memberikan energi kuantum atas kreatifitasku

Sahabat …
Engkau inspirasi bagiku
Mengingatkanku di tengah alpaku
Menjagaku di tengah lalaiku
Mendo’akanku meski aku tak pernah tahu




65 comments:

i'mNOTmasterchef said...

Tahniah kak ita!
blog awesome mmg patut dpt kunjungan dan pujian. hihi

Kalau kak ita dapat buat entry pasal set studio yg kak ita buat utk amik gambar macam best je.
just cadangan je. ^^

Engineers Love Cooking said...

Salam tahniah, semoga lebih berjaya ditahun mendatang. Insyaallah.

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih I'not MC

insyaallah jika ada kesempatan akak akan kongsikan ^_^

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih ELC
terima kasih atas sokongan ^_^

Qasey Honey said...

slm Kak Ita...

TAHNIAH kak...hppy 2nd bloggersary...semoga akak akan terus berkarya dgn hidangan yg lebih kretipp2 lg...QH suka blog akak ni...

semoga lg akak terus sukses dan berjaya dimasa akan dtg...amin

nor laila saleh said...

he...heeeee pagi ni terpanggil untuk buka kak ita punya blog...yang menariknya gambar kak ita tu...posing maut....kata kau..heeee....

::NureeN:: said...

salam kenal kak ita, nureen pon baru saja mula singgah kat blog akak semlm lepas member ckp kat blog akak byk resipi cake. nureen suka wat cake so nureen ada ambik recipi dr cini utk raya haji ni.
thx ya akak kongsi recipi

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Qaseh Honey atas doanya ^_^

AZLITA AZIZ said...

hihi laila.. tu laaa... kalau dah berposing tak hingat..hingat.. haha

AZLITA AZIZ said...
This comment has been removed by the author.
Edazman said...

Tahniah Kak Ita!!!...eda memang selalu datang blog kak ita...kalo tak singgah blog kak ita tak tido lenalah jawabnya...teruskan usaha kak ita ni....

Faridah Azis said...

Ita, congrats. Blog ita always makes my day. Especially kalau bulan puasa..idea nak masak berbuka dan latest biskut update. Tq soooo much. Life is journey with many challenges, kesabaran itu perlu, jgn mudah mengalah. Sokongan dari saya sentiasa dgn ita. Ita fighting.

Sari Yusa Ibrahim said...

Tahniah, kak Ita, memang selayaknya utk usahamu yg tak pernah jemu. Tak mcm sy, sy jenis yg cepat jemu.. hihi..

Errr, sy rasa tertinggal entry angsa puff tulah...

malia ali said...

Wahh hebatnya kak. Sya stiasa follow akak pya blog ni n it's worderful. Salam ceria dr paka terengganu

Edazman said...
This comment has been removed by the author.
*hani sayang* said...

tahniah ita...dan terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami...semoga semakin bersemarak masam manis....

AZLITA AZIZ said...

Salam kenal juga daripada akak Nureen
terima kasih kerana sudi singgah ^_^

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Edazman

sayang diaaa... ^_^

Suliana said...

tahniah kak ita.. blog akak mmg awesome :-) moga dpt hasilkan mskn yg best dan cantik2 lg.. good luck kak ita..

azura samsuddin said...

tahniah kak, sy mmg minat kak ita n mmg folo blog akk n x pernah tgglkan sebarang komen pun just silent reader, tp rini sy nak komen sbb sy bgga ngan akk, resepi2 akk ada yg dah sy cuba, terima kasih byk2 :)

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Faridah

Semoga ianya sentiasa menceriakan hari-hari anda..

insyaallah ita akan ingat segala kata2 nasihat dari faridah dan sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik ^_^

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Sari Yusa

errr... Swan Puff akak belum masukkan lagi.. insyaallah akan menyusul sebentar lagi..

CT Delima said...

As'salam Azlita

Terlebih dahulu...Tahniah buat blog Masam Manis dan juga Ita sendiri. teruskan berkarya yang terbaik buat kami yang berada disekeliling mu. Semoga apa yang dirancangkan dan dikongsikan akan diberkati olehNYA... Insya'Allah.

Alhamdulillah dapat mengenali dirimu walaupun sebentar cuma ..love you ..muahhh!

Nur-nba said...

Tahniah buat Kak Ita. Walaupun cuma baru 2 tahun akak berblog, namun akak telah mampu mengukir nama dan sentiasa jadi sebutan malah dikagumi oleh ramai pihak terutama peminat/ folllower blog Masam Manis..

Perkongsian dari hati yg ikhlas tentu akan dapat ganjaran di hari kemudian. Kami kagum dengan kesungguhan dan kreativiti akak. Sentuhan air tangan dan gambar yang mengagumkan, membuatkan kami tak jemu untuk singgah ke blog ni. Nur yakin blog akak ini juga telah banyak membantu mereka yang baru berjinak2 untuk belajar memasak hidangan lazat untuk seisi keluarga. Jangan berhenti berblog ye kak.. Moga Allah merahmati akak sekeluarga.. ♥

SH said...

Congrats Ita, semoga bertambah sukses blog Ita...

NenetPenne (NP) said...

walaupun saya jarang komen kat blog ni tapi saya suka blog ni sebabnya:

1. gambar food adalah cantik2
2. resipi teratur dan senang nak faham

apa pun semoga terus berjaya...

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Malia

salam ceria juga dai akak di sini

Cik Eka said...

tahniah akak...
memang akak banyak bagi eka inspirasi nak memasak..

blog akak pun mudah,mesra dan siap ada langkah demi langkah.

dari situ nampak keikhlasan akak berkongsi ngan kami semua

mashitah said...

Salam kak ita,
berbangga saya ngan kak ita , setiap perenggan saya baca...kami semua sentiasa mendoakan kejayaan akak ye..semoga byk lagi idea2 yg baru utk tatapan kami yg meminati blog masakan kak ita..tahniah kak ita..

Allene said...

alhamdulillah.. tahniah kak...

Kniedaz said...

Salam,
Tahniah atas ulang tahun ke2 tahun..memang seronok berkunjung ke Masam Manis sebab resepi pun sangat menarik dan gambar2nya sangat gorgeous..keep up the good work..i'm proud of you

Nur Islam said...

i lov dis blog a lot....
Pls continue blogging...
Utk kak azlita...tahniah..
Blog akak stiasa buat hati sy ceria..
Kagum dgn bakat dn usaha gigih akak...
Setiap perkongsian ilmu pasti ada ganjaran drNya d kemudian hari kelak...
Tq kak for always sharing with us...

balqees dairy said...

Tahniah Ita.....ita memang berbakat

Choco Ani said...

Tahniah Ita.. masa bergerak sangat pantas kan.. teruskan usaha Ita Ani sentiasa menunggu entri dari Ita.. Semoga Allah s.w.t. permudahkan segala urusan Ita sekeluarga.. Aminn

~mrs azmi~ said...

saya sangat mengkagumi gambar2 dalam masam manis ni...

juga sangat kagum dengan kehalusan kerja tangan akak.. kemas je... memang sentiasa selera nak makan makanan cantik macam tu... tapi... bila sendiri buat hampeh! hahaha

selamat ulangtahun masam manis! moga tahun mendatang lebih berwarna warni ya

mamazana said...

Salam...

Tahniah Kak Ita. Zana mmg x pernah miss berkunjung ke Blog Masam Manis kak ita ni tau. Bila tgk gbr2 masakan yang menyelerakan membuatkan zana teringin utk mencuba setiap resepi utk disajikan kepada keluarga kecil zana. Minta halal ye kak Ita.

Happy 2nd Anniversary Masam Manis!

Marsita yahya said...

Tahniah...keep up the good things that you enjoyed....

ismi nisa said...

tahniah kak ita...moga terus maju dan maju..(^_^)

Mas Sani said...

Tahniah kak... semoga terus berjaya dan berjaya hendaknya :) Blog akk x pernah kering idea, setiap gambar yg akk paparkan sy suka tatap lama2 sbb saya suka! hehe...

Siti Nadira said...

Tahniah K Ita...mmg banyak pencapaian akak dlm 2 tahun...akak mmg superwoman!sy mmg minat hasil kreativiti akak...:)

linda said...

Tahniah kak Ita...saya suka sangat blog ni :-)

linda said...

Tahniah kak Ita...blog ni memang terbaik!

Kak Rose said...

Happy 2nd anniversary to Masam manis... tp rasanya sepanjang perjalanan itu semuanya manis belaka... kagum sangat dengan kerjatangan ita.

Segunung tahniah dari kak rose.

...antikapel... said...

Salam...kak ita:)
mabruk alaiki kak...kak memang deserve untuk semua ni.

dulu, saya pandai buat kek batik je. sekarang saya dah pandai mencuba bermacam-macam jenis kek dan kuih asbab tengok blog akak.

Pandai mencuba je tau, bukan pandai memasak...hehe

Allah maha hebat sebab bagi kelebihan yang hebat kat akak...

blog kak ita memang superb! dengan sabar kak tunjuk cara step by step. rajin sangat! dan gambar-gambar semua memikat hati...

terigin nak jumpa kak ita dan dalili yang cumel tu.

Sampaikan satu malam, saya bermimpi anak kak ita yang azrul datang rumah saya dengan dalili bawak saya pergi jumpa kak ita. dan dalam mimpi tu diorang bawak saya pergi jumpa kak ita kat kedai bakery kak ita.

walla....hebat sungguh mimpi saya kan?

hik hik...

bile ntah nak jumpe kak ita:)

saya minta maaf kalau ada yang menyinggung perasaan akak...

semoga Allah merahmati setiap usaha kak ita.InsyaAllah

ibh_sue said...

Tahniah kak. Semoga akak akan terus mewarnai dunia blog ni. :D

Hatijah Salleh said...

Assalamualikum kak...

Tak pernah bersua muka dengan akak...tapi dari susun atur kata-kata akak saya yakin akak seorang yang teramat baik.... saya baru mengikuti blog akak dan terus jatuh hati dengan lontaran kata-kata akak di dalamnya yang penuh rasa rendah diri. Saya ada ambil resepi2, karya2 akak. Mohon diizinkan. Kepingin bertemu dengan akak.... Semoga terus maju jaya dan dapat membantu insan-insan yang baru nak mengesot dalam dunia masakan macam saya ni... Akak tak nak masuk masterchef ke????

Ratu said...

Tahniah Kak ita..sy memg slalu buka blog akak..hehehe..resepi yg awesome!suke sgt..thanks kak ita..

mimie kesuma said...

taniah kak....
menitik air mata baca puisi yg terahir tu kak...
mimie di antara yang beruntung sangat ,telah kenal kak ita melalui masam manis.
walaupun tak pernah bertemu ,namun trs dekat...
tetap semangat ,tetap sehat ye kak...
^_^

Cmacomey said...

Tahniah utk Masam Manis sekaligus utk akak Azlita Aziz yg comey ni. Blog akak sememangnya menjadi rujukan buat sy dlm masak2 ni. Teringin nak jumpa akak...Selamat utk akak di dunia dan di akhirat..

Nurul Syafiqa said...

Taniah kak.. setiap pe yg akak kongsikan x sye akan usaha wat.. n tanamkannkat diro sye lau akak boleh nape tidak saye.. n kerane blog akak la sye minat bakery... thank akak yg x kedekut ilmu..

syikin farob said...

Salam... tahniah Kak Ita... terima kasih sgt2 sbb byk dah kin bljr tentang dunia masakan dr blog akak ni... semoga Kak Ita & family sentiasa dirahmati Allah .. ;)

KG said...

hi ita! tqs for the mention, tak terbaca semua kat sini, but tqs for sharing loads of info on photography and recipes...i suka sgt tt frambozen recipe of yours...but so many recipes tak dan nak try!

Yatie said...

Sekalung tahniah buat blog Masam Manis juga buat Ita sekeluarga...Yatie mmng kagum dari dulu lagi hasil kerja tangan Ita, Ita begitu sabar, kreatif dan sentiasa bersemangat utk melakukan sesuatu kerja....moga Ita terus berkongsi resepi2 yg malatop dan ilmu2 yg bermanfaat..kami peminat setiamu tetap setia menanti dan terus menanti hasil kerja tanganmu...sayang Ita dan blog masam manis sangat2..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TAHNIAH ITA! akak sentiasa menyokong ita sepenuh hati biarpun kini akak dah jarang2 dapat tinggalkan komen dek komitmen kerja & sebagainya. tapi akak tak pernah lupa utk melawat ita & jika ada n3 yg tertinggal akak pasti akak selak satu persatu supaya tiada satupun yg akak tertinggal.. hehe.. rugi kalau tertinggal tau.. semoga sukses ditahun2 akan datang & akak sentiasa menyokong usaha murni ita.. tiada yang setanding ita.. congrats!

Unknown said...

Fantastic k.Ita! Very artistic, almost perfect and neat work. Keep up your great work k.Ita. You inspire us!

Your photograhy skill is simply amazing!

Congratulations to Masam Manis for the 2nd Anniversary!

sabar dubai said...

Tahniah kak ita...smg terus maju dan maju.......i adore u so much.....muahhhhhh

Yati Omar said...

Saya kagum dengan Kak Ita ;-)
Setiap masakan yg akak buat tak kirala kek ke, cookies ke, etc...semuanya dibuat dengan sgt teliti dan penuh kesabaran...

Saya sokong kak ita untuk join the next Masterchef ;-)

Lily said...

assalamualaikum kak ita..
salam aidil adha.. teruja bila buka blog kak ita..... tahniah... keep it up.....semoga kak ita terus maju jaya...

faa.rosli said...

tahniah kak! saya sentiasa menyokong akak!

Farahdiba Masbah said...

Taniah ita, blog yg mmg menarik sy sgt sukakan blog ita, byk masakan yg pernah saya cuba dan hasilnya sgt memberangsangkan.... Teruskan usaha you are really good!

Azrey Rozie Eiman said...

Congrats Kak Ita. Keep it up. Kak Ita sumber inspirasi saya. Thank you :)

Nieza said...

Salam rindu kak Ita, maaflah saya lama tak bw sejak blk Msia ni bz jer. Apapun nak ucapkan tahniah diatas kejayaan akak selama ini. Segala susah payah akak berkongsi resepi dan pengalaman telah dibayar dgn penghargaan ini. Saya tumpang gembira semoga akak terus berjaya lagi nanti..insyaAllah

Aida Lela said...

memang jatuh cinta dengan blog Kak Ita ni sejak mula mata memandang. heheheh. Ya Allah, kagum dengan kurniaan Ilahi pada kak ita, tengok gambar pun dah cukup rasa 'bertuahnya pandai memasak, dahla kreatif'. Lepas tu dari segi seni, memang berseni.

Tak semua orang ada bakat tu tau :)

Semoga lebih berjaya dan TQ atas perkongsian resepi-resepi ni semua Kak Ita :)

Ila said...

Tahniah kak Ita... blog kak Ita memang marvellous sangat. Seolah-olah sedang membelek majalah masakan bila melawat blog kak Ita .. saya yang tak berapa rajin ke dapur sekarang ni macam dah buang tabiat pula... tiba-tiba tak berapa malas memasak... tq.Saya harap kak Ita teruskan beblog... kak Ita memang berbakat luarbiasa. ikhlas mumto5-ila.blogspot.com.
note:- saya belajar tinggi sampai oversea tapi ejaan selalu kecundang juga..hehehe

fazian.batrisyia said...

Tahniah Kak Ita. Semoga melangkah/terbang lebih jauh.

Blog Kak Ita memang best...selalu jadi rujukan sy yg tak pandai masak ni...Sayang Kak Ita...

Powered by Blogger.