Tuesday, October 23, 2012

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di pagi Selasa.
Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana? Semoga sentiasa sihat dan ceria menjalani rutin sehari-hari di samping insan-insan tersayang.

Tak berapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha. Para jemaah haji kita juga akan berada di Arafah untuk melakukan wukuf. Semalam berita yang mengembirakan ita terima apabila Mekah mengalami hujan setelah beberapa hari para jemaah haji berhadapan dengan cuaca panas. Alhamdulillah hujan rahmat dari Allah.

Dapat ita bayangkan bagaimana hati para jemaah haji, pasti rasa syukur dipanjatkan bila melihat kebesaran Allah. Mulalah ita teringat dan terkenangkan pengalaman berada di Tanah Suci. Seakan ita ingin terus berada di sana. Doa sentiasa ita panjatkan agar ita di berikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pula suatu hari nanti insyaallah..


Hari ini ita bawakan Japanese Crispy Cream puff untuk sajian dan santapan rakan-rakan ita sekalian. Sebenarnya resepi ni juga adalah salah satu dari permintaan rakan-rakan di FB. Yang paling menyeronokkan kali ni, adik ita di FB ni minta ita buatkan Japanese Crispy Cream Puff dan di berikan juga resepi untuk ita buat rujukan. Beliau minta ita untuk mencuba resepi dari blog Little Japan Mama untuk di cuba dan dikongsikan kepada rakan-rakan ita di alam maya ni. Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak atas segala perkongsian dan ilmu yang di berikan semoga kita sama-sama mendapat syafaatnya di akhirat kelak.. insyaallah

Cream puff merupakan fav suami ita dan anak ita Dalili. Kalau buat pasti cepat aje selesai. Kalau anak bujang 2 orang tu ada pasti, tak cukup jika di buat 1 adunan.
Buat cream puff ni nampak macam rumit, tapi sebenarnya tidak..
Ianya mudah di sediakan dan bahan yang diperlukan juga tidak rumit untuk di dapati. Semuanya dah tersedia di dapur rumah kita.

Kali ni ita cuba resepi yang crispy ni pula. Cream puff ni memang sedap! lembut dan cream kastard yang sangat yummy sampai tak nak berhenti mengunyah. Campuran krim kastard dan whipping cream memang benar-benar membangkitkan selera, di tambah pula bau aromanya yang mengetarkan..

Ada beberapa penambahan yang ita lakukan, tapi jangan bimbang kerana ianya sedikit pun tidak merubah rasa atau tekstur puff yang sememangnya lembut, crispy di luar bersama cream custard yang lembut dan yummy!
Cubalah Ita pasti anda juga akan sukakannya.. ^_^



JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
By : Little Japan Mama

Mula-mula kita sediakan Kastard dahulu. Krim kastard ni kita kena sediakan lebih awal supaya bila puff kita siap, kastard kita dah dingin. Krim Puff ni sedap kalau kita makan dingin kerana taklah terasa muak.
Sebelum tu ita nak bagi tau bahawa sukatan Krim Kastard ni agak banyak boleh buat 2 adunan Krim Puff. Jika nak buat 1 adunan resepi Krim Puff di bawah, resepi krim kastard ni boleh lah buat 1/2 adunan sahaja.
Tapi kastard ni kalau buat 1 adunan pun tak apa sebab ia boleh di simpan dalam peti ais. Cuma jangan campurkan dengan Whipping Crem dahulu. Whipping Cream kita campurkan bila kita dah nak letakkan ia  dalam puff kita nanti.

Macam mana... faham kan??
Ok kita mulakan sekarang


Krim Kastard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

Sekarang kita boleh lah sediakan pula Pai Shuu Crust


Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan Tepung naik sendiri / Self Raising Flour ~ jika tak ada gunakan tepung gandum dan campurkan dengan 1/2 sudu teh baking powder

Cairkan butter
Dalam satu bekas satukan tepung dan gula icing kemudian ayak
Bila butter dah mencair, tuangkan dalam adunan tepung dan gula
Berhati-hati kerana butter panas
Segera kacau adunan dengan garfu hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering

Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat Puff


Puff Pastry

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok!


Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kpingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati

Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar
Lapik dulang dengan baking paper



Paipkan adunan atas dulang pembakar
Biarkan ia agak meninggi sedikit
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda
Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya
Dengan segera masukkan ke dalam oven
Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan
Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit
Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.

Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk.
Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun


Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 


PAI-SHUU CREAM PUFF 

Cream Puff Pastry (Choux) 20~24 large
120 g butter
3/4 cup water
1 1/3 cup plain flour, sifted (must be sifted)
5 eggs (60g each egg)
1/4 tsp salt
1 tsp sugar

Custard Cream:
1/2 cup flour
1/2 cup sugar
4 egg yolks
3 cups milk
30g real butter
1/2 or 1 vanilla bean OR Vanilla extract
+/- a cup of whipped fresh cream


Pai-Shuu Crust:
30g butter
1/3 cup icing sugar (powdered sugar)
1/3 cup SR flour    (OR plain flour with 1/2 tsp baking powder (or a pinch bicarb soda))


  • STEP 1:  Make Custard Cream several hours before or the day before
  • STEP 2:  Prepare Pai-Shuu Crust Dough if desired
  • STEP 3:  When everything's ready, make the Cream Puff Shells
  • STEP 4:  When Cream Puff Shells are fresh out of the oven, fill with cold Custard Cream and serve. (Or within 24 hours if possible.)

Custard Cream
1. Using a whisk, Combine flour and sugar, 
2. Add:  4 egg yolks and about 40mL of the milk, whisk until combined.  Add remaining milk and scrape in vanilla pod.
3. Stir over medium heat, till it thickens (Often scraping the bottom). When it's thick and bubbles start to blob up, remove from heat.
4. Stir in 30g real butter

5. Allow to cool with plastic wrap on surface to prevent a "skin". Refrigerate until cold.
+/- 6. If you like, fold a cup of whipped fresh cream into the cold custard cream.

Pai-Shuu Crust
1.  Gently melt butter (microwave or small saucepan)
2.  Stir in Sugar and Flour.


Cream Puff (Choux) Pastry
1. Place butter, salt, sugar and water in a large saucepan over high heat.  When butter is melted and it starts to boil, remove from heat and...
2. Immediately tip in flour all at once, and beat into a firm dough with wooden spoon.
3. In a separate bowl, lightly whisk 5 eggs.  Add approximately one egg to the dough at a time, beating well in between with a wooden spoon.
4. Spoon into a piping bag and pipe directly downward onto paper-lined tray.  If you like, use chopsticks or fingers to pull pastry upwards on the sides, to make them taller and rough-surfaced.
5.  Place discs of Pai-Shuu Crust Dough on top.
6.  Immediately bake in a very hot oven 210-220 degrees Celcius, 25-30min until well puffed and browned then down to 100 degrees C for 40 min or more to dry.
7.  Allow to cool (the puffs will firm up and become strong) before peeling the baking paper from the bottom of the puffs.

**oven MUST be well pre-heated, esp for big cream puffs.  And don't turn the heat down too early, or they might fall. Wait until they're well puffed and the colour is fully developed.






35 comments:

Ummiakid @ lily said...

nampak best dan rangup di luar...gabungan yang amat padan bila crispy diluar tapi lembut di dalam. :)

Bicara Kak Noor said...

Assalamualaikkum Ita
aduh rajinnya Ita buat yg versi ni, akak dah baca tapi rasanya banyak step lah perlu di ikut insyaallah kena cari waktu yg rajin mesti akak nk try jugak ni pasti berbeza dari creamppuf biasa kan..thanks berkongsi resepi Ita

mashitah said...

salam kak ita,
saya mmg suka makan puff...

leen said...

Assalamualaikum..kak ita...sedapnya tgk cream puff akak nie...bilala kita nk cuba ye...n nk ucapkan terima kasih bnyk2 sbb akak sudi follow blog kita....suka sgtttt...tq kak..

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...
Tak boleh tahan tengok cream puff ni...macam nak ambik je semua dalam dulang tu....

Junie Octovian said...

Baru cadang nak buat cream puff... nampak gaya akan dicuba versi ini pula. Terima kasih atas perkongsian ini. :D May Allah bless!

hazila said...

Cream puff versi senang pun saya masih failed, aduhaiiii......

ady said...

as-salam kak ita
These look fabulous!!!!

Faz Abas said...

Nice blog (sb saya suka blog makan2). Dah lama sungguh tak buat cream puff, but will do it one of these days sb anak2 suka sgt makan.

Oh ye, minta tolong kawan2 blogger utk "Like" page business online yg baru saya mulakan. Terima kasih banyak2.

http://www.facebook.com/pages/FazFyda-Collection-Abaya-Baju-Kurung-Tudung-etc/235994003193434

armia alisha said...

Terima kasih ita...di atas perkongsian Resepi

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
wahhh.. thanks tunjuk toturial nye... senang nak tengok bila dah buat benda ni nanti.. tak payah nak bayang2 lagi.. insyaALLAH kalau toturial mcm ni.. jadi.. :) >> in planning nak wat kuih belimbing << camni bancuhan dia.. and pipe kan terus dlm minyak panas... kan kan..

Mira Adzlia said...

pergh...mmg sedap giler...

mimie kesuma said...

assalammualaikum wwb kak ita...
kue ni pun fav adik mimie yang bongsu tu kak....
kalau mimie buat...dia jelah yang habiskan....
nak cuba buat resepi ni pulak lah...
tak pernah buat cream castard campur whiped cream tu...
pasti tambah sedap kan kak...
terima kasih sdh share resepi ni kak..
barakallah ilmunya... #hug

kakinakl.com said...

salam ziarah ita..

wah dah ada resepi ni..klu beli kat klcc mahai tau..tq yer..akak nak cuba buatlah

Gya Duniaku said...

Insyaallah pas abis pantang nanti nak try buat..
TQ kak ita for de perkongsian ilmu yg dicurahkan...

nabila azmi said...

buat teringin nak buat je=)

Azrey Rozie Eiman said...

alahai sedapnyeeee. ...

Amy Shaklee said...

nampak sedappp..eiii teringin le pulakk!!huhu..

Amy Shaklee has just posted: vitamin dan mineral boleh turunkan berat badan. Kenapa, tidak percaya?

Alueyah said...

thanks kak ita bg tutor..
kalo nk msuk kls buat ni je dah beratus-ratus ringgit..
i luv u =)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

They are one of the most gorgeous japanese cream puffs I've seen la kak. Rajinnya kak Ita...kalau love, beli je...hehe. Thanks for sharing by the way! ;)

~ sHa ~ said...

salam intan..
sha slalu jenguk blog ni untuk dptkan idea baking..hehe dan byk jugak resepi intan yg da dicuba..alhamdulillah menjadi semuanya..
baru lepas buat cream puff petang tadi..cream puff ni mmg addicted kan..makan satu, masuk dua, smpai ke lima tak sedor..hehe
terima kasih sbb slalu berkongsi resepi ..

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak ita...nampak rngup jer bila nak gigit...=)

Qasey Honey said...

slm kak Ita...wah sedapnya ni..mak QH suka mkn cream puff ni..bkali2 jugak diminta utk dbuat kalau blk kg..hihi..

nmpk bhgn luar cream puff ni mcmrangup n garing sikit yea...1 kelainan...leh la try yg ni pula...tq kak resepinya

ibundo said...

apa je yang ita masak semua nampak sedap.

Hatijah Salleh said...

Assalam kak..

mak aii... meleleh air liur tengok puff ni.... saya cuba nanti tau... kak ita kalau rajin jenguk blog saya ye... cahayahaticonfectionery.blogspot.com

Syukran atas perkongsian akak....

Annesa Abd Rahman said...

Salam kak ita..tq yer resepi..saya dh cuba..nak tanya..tepung utk puff pastrt tu betul ke 1 1/3 cawan...macam x jadi je...tq

AZLITA AZIZ said...

wasalam..
Betul Annesa 1 1/3 cawan akak juga dah sukat guna timbangan materik iaitu 170 gm

kenapa tak jadi??

betul ke ikut cara yang di jelaskan..
sebelum buat baca betul-betul cara buatnya, sukatan bahan biar betul dan tepat

gunakan telur baru

mungkin ada kesilapan di mana-mana

suhu oven kena betul dan jangan buka pintu oven semasa puff di bakar

Annesa Abd Rahman said...

Salam kak ita..saya dh buat semula...tq sgt..memang sedap..lembut dan ringan je puff dia..garing kt luar dan lembut di dlm..hihihi penimbang saya yg dh rosak...tq ...

sipoh said...

cantik sungguh..tq

Nor Haryati said...

Salam kak ita. Nak tanya sikit apa sbb cream puff xnak naik ye..dh mcm2 cara digunakan, suhu, tepung dan cara bancuhan semua dh ikut..tp cream puff still xjdi...

Nor Haryati said...

Salam kak ita, nk tanya sikit pasal cream puff. Kenapa xnak naik yer....?

asue said...

salam k.ita, nk tanya, yg kat bhgn tepung kastard@tpg jagung tu, k.ita ada tulis 'tambah'. bole tau pe maksudnya?

nabnabnabnabbilah said...

salam kak ita..sy da ikut sebijik2 utk puff pastry punya resepi tu, tp kenapa doh tu flowy..bila piping dia terus spread..any solution? ke kena kurangkan sebijik telur ke cane?

nabnabnabnabbilah said...

salam kak ita..sy punye doh puff pastry mcm flowy sgt..bila piping je ade rupa utk 5 saat lepas tu dia spread..mmg sy da ikut sebijik la resepi ni..kenape ye? ke sy kne kurangkan telur sebijik?

anida mohd nazri said...

saya suka cream puff. Nak cuba resepi ni pulak, filling tu nampak sedap. Sis izinkan saya copy yek. Tima kasih...