iklan

iklan floral cake

iklan ada

Tuesday, October 30, 2012

COKLAT LOLIPOP OREO

Assalamualaikum


Apa khabar semua rakan-rakan ita di luar sana? Semoga semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.
Minggu ni ita sedikit sibuk, bila masuk hujung tahun ni biasanya memang sibuk sikit. Macam-macam urusan nak di laksanakan. Masa-masa nilah semua expired, lesen memandu lah, rod tax lah, cukai pintu lah, cukai tanah lah dan macam-macam lagi lah.. aduyaii..

Ita pula kerap terlupa tarikh expired, pas tu bila sedar dah mula lah mengelabah..


Minggu ni juga ita terpaksa menyiapkan beberapa tempahan daripada anak dara ita tu..  siapa lagi.. mak cik Dalili lah! ^_^
Minggu ni sekolah Dalili mengadakan Hari Kanak-kanak. Ita rasa ini adalah aktiviti akhir tahun, memandangkan murid-murid pun dah habis periksa, jadi pelbagai program yang di atur oleh cikgu dan pihak sekolah untuk mengisi masa sengang anak-anak murid mereka. Kalau tak pasti murid-murid ni buat bising dalam kelas kan.. jadi kalau ada aktiviti sebegini, ianya amat baik untuk pelajar dan guru agar lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.


Untuk Hari Kanak-kanak kali ni, Dalili minta ita buatkan Coklat Lolipop. Katanya ramai- rakan-rakannya yang mengidam nak makan coklat oreo yang ita buat tempoh hari. Untuk nampakkan kelainan dan bagi menarik minat anak-anak, ita buatkan Coklat Lolipop ni.


Cara membuatnya sama sahaja seperti membuat coklat oreo yang pernah ita kongsikan di blog ita sebelum ini. Kalau ada yang belum berkesempatan melihatnya boleh lah ke SINI
Cuma bezanya kali ni ia menggunakan lolipop stick.






COKLAT LOLIPOP OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.
lolipop stick secukupnya
acuan untuk lolipop

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler ~ boleh rujuk SINI
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag



Sediakan bahan-bahan yang di perlukan
Cairkan coklat secara double boiler ~ boleh rujuk di SINI untuk kaedah mencairkan coklat yang betul
Buka kepingan coklat oreo
Letakkan lolipop stick di tengahnya
Kemudian tutup semula
Tuangkan sedikit coklat yang telah di cairkan ke dalam acuan lolipop
Hentak-hentakkan acuan supaya coklat rata dan menyingkirkan gelembung udara
Kemudian letakkan oreo stick tadi
Tekan-takan sedikit
Kemudian tuangkan  coklat di atasnya
Hentak-hentakkan supaya rata dan menyingkirkan gelembung udara
Simpan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras
Selepas keras, keluarkan dari acuan
Potong tepi coklat yang terlebih ~ maaf ita tak ambil gambar masa ni.. boleh rujuk caranya di SINI
Ambil sekeping Edible Imej dan letakkan coklat di atasnya ~ sebagai gam
Lekatkan atas coklat lolipop tadi
Dah siap!! mudah kan.. ^_^





37 comments:

Nurul Syafiqa said...

sye mmg dh try resepi akak yg ni mmg sedap.. cara akak sgt membantu org mcm sye yg br nk mengenal dapur ha ha.. pe resepi akak post sye akan cuba wat.. smbil kata kak ita blh x kan sye x boleh.. yakin.. thank kak ita

cik Lily said...

sis pakai acuan tu saiz apa ye?

Fazlinil Irma said...

harap2 sempat nak buat utk anak sedara bg kat kawan2 dia.. dah lama duk peram resepi kak ita ni. :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Comelnye..nak buatla

Zie said...

cantiknya kak... kemas teratur

Nur Islam said...

salam kak... Anak sy suka biskut choc ni tp mcm mana nk buat edible images tue.. If nk beli choc yg dh siap mmg mahal..if dpt buat sdiri mcm akak sure best... Dh lama tgk resepi ni tp tertanya mcm mana nk buat edible image yg cute2 tue...

misshannajr said...

nak tanya soalan sm juga..mana beli edible image ana muslim tu kak..sgt cute..nak cuba buat utk anak sedara nnt :)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..akak

mana nk beli edible image tu akak??

soaln sama juga:)

Mdiah Hsani said...

sedap nye... saye pernah rase skali time besday anak member.. wahhh, trus terpikat... rupe2nye senang jerk nk buat ekk.. sy cume nk tnye k.ita coklat jenis ape yg sedap ekk utk wat coklat oreo ni?? sbb kdg2 kan sesetgh coklat tu agk pahit skit.. k.ita ade any brand x yg boleh suggest..

mimie kesuma said...

assalamualaikum kak ita...
pasti teman2 daili happy ,kak ita buat coklat ni... ^_^

MamaFaMi said...

Salam Ita..

Comey comey je oreo lolipop 'makcik' Dalili... hehehe...

Sekarang ni, expiry dates untuk lesen memandu, ikut birthdate kita kan.. senanglah sikit. Yang lain tu, nak kena pantau sendiri la kan... tu sebab kalau datang je surat cukai tu, kena terus bayar.. kalau tak, mesti lupa punyalah...

nam@along said...

adoii...cute la..lebih2 lagi di hias dgn edible image ana muslim tu..

Sari Yusa Ibrahim said...

comel!!!

macam Makcik Dalili... hihihi

Nurul Syafiqa said...

Nur Islam sye tlg jwb ye.. maaf jd kepochi jap.. edible image tu ade jual kat kedai jual brg kek.. mcm2 gmbr ade.. n dia blh dimkn.. dlm sekitar rm10 ade byk x ingat brp keping.. he he

Nur Islam said...

terima kasih nurul syafiqa... Nanti sy cuba cari la...if ada bleh la buat resepi ini utk anak2... Tq gk pd kak ita coz kongsi resepi ini...

Marsita yahya said...

tadi saya tengok dalam AFC Coklat with Creme Brulee...nampak cam sedap sgt...Dia creme crulee salut ngan coklat...umph yummy.

shar said...

Kretif la kak,,cantikk sgt...

mysweeticing said...

Salam Kak Intan,
Tadi Sha saje je BW... Then terjumpa satu entry ni... http://putriwaja.blogspot.com/2011/10/resepi-kek-karamel.html
Ermmm... tu bukan ke entry & pics dr blog Kak Intan???? or is it your another blog???

petitehouz said...

comel :)

~ sHa ~ said...

Assalam ita.
terima kasih banyak2 share chocolate oreo ni..semlm dah try alhamdulillah menjadik .. try buat 8 bijik jer, bagi anak jiran 2 org terus abis dorang makan malam td..hehe ske btol budak2 sbb ada oreo n coklat.
planning nk buat lagi weekend depan sbb ada birthday anak buah. this is a super easy and super yummy birthday treats! thanx again..
ni gambar cekelat yg tak seberapa hihi
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=501650933192524&set=a.333839776640308.84228.100000428655901&type=1&theater&notif_t=photo_comment

cheeze maz said...

Salam Ziarah....

Sedapnya coklat... akak nak buat juga dengan sedikit serbuk cheese.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

So cute looking pops! :)

Join my Blog Event:~ DEEPAVALI DELIGHTS 2012

MieraEeNa Kids Attires said...

hi dear..
berkenan tol i dgn lolipop oreo u nih...
u x amik tempahan ke???

lalaroza said...

as salam..kak ita..acuan utk coklat oreo tu bli kat mne yer?

AZLITA AZIZ said...

Wasalam..
Acuan boleh di dapati di kedai menjual bahan kek

ita tak mengambil tempahan ^_^

mamazana said...

kak ita, comelnya oreo lolipop!!
balik nanti nak cari bahan2 la sbb anak2 mmg suka oreo n coklat. btw, kak ita beli kat mana edible image tu ek? thanks

Mustaffa Baharudin said...

Assalammua'laikum, coklat memang digemari kanak2, tambah letak gambar cantik mcm gitu..

ashikin_rashid said...

Salam kak ita. Saya dh buat utk ank saya sbgai birthday gift utk kwn2x dia minggu dpn... Puas hati bila dpt buat sendiri...ank pun happy..tq akk kerana sudi berkongsi ilmu.... :)

aabpixel said...

ala.. nape saya guna berly's coklat tu melekat kt acuan die... x lawoo sy punye lolipop :'(

nurul said...

edible imange tu ade jual kat mane

nurul said...

edible imange tu ade jual kat mane

niey arabell said...

Nurul:dekat kedai jual barang kek :)

twins mom said...

salam kak azlita.. saya nak tny, boleh dapat berapa batang lolipop untuk resepi ni? birthday anak kembar saya dis coming april, so nak buat lolipop untuk letakkan dlm goodies bag.. lagi satu, blh simpan berapa lama dalam peti sejuk untuk coklat ni? tq kak..

Nesamany Dheva said...

Hi ka

I tried this coklat. So nice my kids love it.

Thanks you for sharing the recipe.

So kind of u. Luv u.

Thanks
Nesa

Nesamany Dheva said...

Hi ka

I tried this chocolate. It was so nice
My kids love it.

Thank you for sharing the recipe.

So kind of u.. Luv u :)

Thanks
nesa

Najwa Elley said...

mana nak cari chocolate... selalu klo cari pon rasa dye x sedap...

Najwa Elley said...

Mana nak cari chocolate cooking yang sedap... selalu klo beli pon rasa macam nak muntah...