Follow if you like

Oct 6, 2012

Aduyaiiiii.. Dalili ^_^

Assalamualaikum

Hari ni, sekolah Dalili, Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 dan persatuan PIBG sekolah, telah menganjurkan Karnival buat julung-julung kalinya, bersempena sambutan Hari Kanak-kanak dan kerja amal. Acara karnival yang meriah ini telah berlangsung di perkarangan sekolah. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari ini untuk memberikan sokongan kepada pihak sekolah dan mereka yang terlibat.

Pelbagai acara dan program yang telah diatur dan dirancang dengan teliti oleh pihak sekolah dan persatuan ibu bapa sekolah, dan sudah semestinya anak-anaklah yang paling gembira dan seronok sepanjang acara ini berlangsung.

Antara acara yang diadakan ialah pameran, permainan belon udara, menunggang kereta kuda, acara memancing, rumah hantu, dan bermacam-macam lagi permainan yang telah di rancang oleh pihak sekolah dan badan-badan korporat yang terlibat.

Acara cabutan bertuahlah yang paling dinanti-nantikan kerana hadiahnya berupa 2 tiket ke Legoland Malaysia yang di taja oleh Iskandar Johor.  waaa... mesti ramai yang tak sabar untuk menanti cabutan bertuah yang akan di adakan pada akhir acara ini nanti.


Beberapa hari sebelum acara ini berlangsung, pihak sekolah ada meminta murid-murid menyediakan barang-barang yang boleh dijual pada hari tersebut, ini termasuklah makanan, minuman, pakaian lama, buku-buku lama, atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk dijual pada hari tersebut. Program ini berupa kerja amal dari ibu bapa, murid-murid dan pihak sekolah amnya. 


Itulah yang ita buatkan sugar cookies untuk dijual di sekolah pada hari ini. Rasa terkilan juga kerana ita tak dapat hadir pada hari ini kerana kurang sihat dan tak dapat juga menyediakan cupcake untuk di jual. 

Yang paling ita seronok apabila melihat bagaimana pihak sekolah dan guru-guru melatih para pelajar untuk berniaga dan melakukan kerja amal. Sememangnya nilai murni ini harus disemai dan dididik di dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.  Tahniah cikgu!

Ita berharap agar acara sebegini dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan sekolah. Program sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah, guru-guru, persatuan PIBG, ibu bapa, murid-murid dan masyarakat setempat.

Jom kita intai-intai anak-anak kita di gerai masing-masing..



Terdapat pelbagai-bagai lagi acara yang menarik pada hari karnival ni. Terdapat juga pelbagai acara pertandingan termasuklah pertandingan, memancing, bolasepak, karaoke dan pertandingan memasak.

Sehari sebelum acara ini berlangsung, cikgu Dalili ada menghubungi ita, supaya dapat sama-sama turut serta dalam pertandingan memasak ibubapa dan anak-anak. Oleh kerana ita tak sihat, ita terpaksa menolak perlawaan tersebut. Tapi.. Dalili beria-ia sangat nak masuk pertandingan memasak ni.. sehingga ayahnya terpaksa menelefon cikgunya semula untuk bertanya boleh tak kalau ayahnya masuk sebagai bidan terjun untuk menemani Dalili memasak mengantikan ita dalam pertandingan tersebut.

Malam sebelum acara berlangsung, Dalili ni dah macam cacing kepanasan.. suruh tidur tak mau tidur.. Sibuk dia mencari resepi untuk menyediakan pastanya nanti. 
Kemudian dia minta ita ajarkan cara bagaimana nak sediakan pastanya nanti. Walaupun ita dah mamai-mamai kerana makan ubat batuk, layankanlah juga anak dara ni memasak. 
Ayahnya pula pulang agak lewat malam.. kerana ada urusan kerja.
Bila ayahnya balik Dalili dah pun tertidur kepenatan. 
Sebelum tidur dia telefon ayahnya minta ayahnya rasa pasta yang dia sediakan ok ke tidak.. hihi Dalili.. Dalili..

Esok, pagi-pagi lagi dia dah bangun..
Dikejutkan ayahnya supaya hantarkannya ke sekolah segera..

Selepas mendaftar untuk acara memasak, ayahnya pulang ke rumah.. tup-tup Dalili telefon kata acara dah nak bermula.. kelang kabut ayahnya pecut kereta kesekolah.
Bila sampai tempat Dalili telah digantikan dengan orang lain kerana ayahnya lewat.. 
Walaupun Dalili sedikit kecewa namun, pihak KFCH mempelawa Dalili untuk demo memasak bersama Chef.. hilang lah rasa kecewanya..

Nak dijadikan cerita.. atau mungkin rezeki Dalili pada hari itu, salah seorang peserta telah tercedera dan menarik diri. Pihak KFCH segera memanggil Dalili mengantikan tempat tersebut. Wah.. bukan main suka lagi Dalili.. Walaupun terpaksa bermula agak lewat dari peserta lain, namun dia bersemangat juga nak masuk pertandingan itu..
aduyaiiii.. Dalili ^_^

Jom kita intai-intai acara memasak pula..

 hati-hati kak.. ada karang yang terkerat jari tu..


Aduyaiiii.. baru sebut dah ada yang terpotong jari.. 

Antara hidangan yang disajikan oleh para peserta. 


Juri terdiri daripada chef-chef dan pakar masakan KFCH International College.
Dalili pasti bedebar -debar melihat juri merasa setiap hidangan..


Siapalah yang bertuah merebut hadiah hamper ini...

Sebelum nama pemenang di umumkan, para pengunjung di persembahkan dengan demo masakan daripada chef-chef dan pakar masakan dari KFCH International College. 

 

Inilah saat-saat yang di tunggu-tunggu. Pasti setiap peserta bedebar-debar saat menanti keputusan di umumkan. 


Melompat Dalili bila diumumkan sebagai juara...
Sukanya diaaaa.....
Tahniah Dalili ^_^


Alhamdulillah keputusan kali ini berpihak kepada adik Dalili Nurhanis daripada kelas 4 Baiduri. Sekalung tahniah juga kepada peserta-peserta lain yang turut mengambil bahagian. Anda semua memang hebat dan sporting.


Sekalung tahniah juga kepada KFCH International College, kepada pihak sekolah, kepada cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Dalili sehingga Dalili menjadi pelajar yang berani menyahut cabaran dan suka mencuba.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang menganjurkan acara yang sebegini meriah, kepada semua yang terlibat didalam penganjuran program sebegini. Semoga ianya membawa seribu kebaikan kepada sekolah, guru-guru, ibu bapa, serta anak-anak didik sekalian.

Terima kasih semua..



40 comments:

Citarasa Rinduan said...

Ayu dah berjujuran Air mata nie kak Ita...

Syukur alhamdullilah.. mmg rezeki Dalili.. dr start mula lg wlpun di duga. dia xpatah semangat..
tahniah sayang....

mujur dpt masuk gak ptandingan tu kan....


siti sabri said...

aduhai dalili...pandainye masak..mesti aunty pun kalah dgn dalili nie...

Cik Honney said...

wow...cayalah Dalili...btw kak ada typing error..taniah=tahniah... :)

Nor Azlina Yusof said...

Tahniah dalili n sis n ayahnya juga..kisah dalili ni sangat memberikan inspirasi la pada saya..mind set dia kuat nak menang n Allah bagi dalili menang..tahniah sekali lagi :)

Kak Rose said...

tahniah Dalili jugak ita... anak dan mak sama2 pandai masak! kagum dengan semangat Dalili!

ibh_sue said...

Tahniah Dalili. . Mn tak tumpahnya kuah klu x ke nasi kan. Dalili mewarisi kekreatifan dan rajin msk mcm ibunya. :D

R-ASLY said...

tahniah Dalili n mama dia jgk!

ishiko said...

wahhhhh
dah agak dalili juaranye...
tahniahh ^o^

sweetazezah said...

salam..tahniah to dalili coz menang 1st prize.jugak tahniah pada kak ita..mane tumpah kuah klu tak jatoh ke nasi..

Nina Mirza said...

Tahniah DALILI ....

Aunty Nina tumpang happy for u~
Tahniah juga buat kak ITA sekeluarga. Suka sangat tengok gambar Dalili diumumkan menang...

Take care kak ita ;)

Nur-nba said...

Tahniah buat Dalili.. Memang nampak kesungguhannya dan tidak mudah patah semangat. Tentu bakat Dalili dapat dari Kak Ita..

Jaga diri ye kak..

♥fatenn meera♥ said...

mana tumpahnya kuah kalau xke nasi..dalili tuntut ilmu daripada akak...tahniah dalili..

MamaFaMi said...

Tahniah buat Dalili. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah rezeki dia nak menang, walau apa pun rintangan, pasti dapat ditempuhi jua. Berbaloi segala usaha dan semangat Dalili yang kuat tu. Chaiyok girl!

Mat Gebu said...

TAHNIAH Dalili....pakcik mat pun bangga sama....Besar nanti mesti bijak dan tangkas di dapur macam bonda Dalili juga..... *____^

Gee® said...

Alahai Dalili... ke mana tumpahnya kuah ye tak Ita...? hihihi....

IBU GEBU said...

SERIUS... dalili sangat manis, tengok gambar dia dengan senyuman kemenangan tu, bibir saya turut mengukir senyuman

itulah namanya "kalau dah rezeki tak akan kemana"

walau ada halangan diperingkat permulaan, tapi akhirnya berjaya menjadi juara!

TAHNIAH DALILI CAYANG! aunty teringin nak temukan anak aunty dgn dalili satu hari nanti... insyaAllah

Asmah Yusof said...

Tahniah Dalili...
Tabik spring la auntie..hehe...mmg ikut minat n kepakaran bonda la nnti..:))

Alin Marlini said...

cantik cookies tu

MeLL MeRah said...

Good Job Dalili....!

mamamia said...

saya tumpang bangga dalili menang kak..my dotter yg baru umur 3 tahun pun minat tlg2 saya kat dpr..tulah kelebihan anak perempuan..boleh jd kawan baik mamanya...

eLL said...

Tahniah Dalili

zawani yusoff said...

Congrates dalili comey...:) akak,xde ke resipi cookies tu?cute sgt2....

rahel said...

Taniah Dalili...hebat macam emaknya...hehe...

mfadzil404 said...

Tahniah adik. Tahniah juga kpd Ibubapa adik. Tak Lupa kpd semua Guru Guru. Sokongan sebegini amat-amat dihargai.
InsyaAllah di tahun akan datang program sebegini wajar diteruskan.

NYDP PIBG

Shiela said...

Tahniah buat Dalili dan ibunya Ita juga. :)

Sirah said...

mana gambar pasta yg dalili masak kak ita? mmg power la dalili ni...

Sharifah SM2 said...

tahniah to dalili...
actly.sy pun join juga contest ni tapi dpt saguhati je...
tak sangka anak2 kita satu sekolah rupanya..tapi anak sy baru darjah 1.

mimie said...

kak ita yg bg smpikan hadiah dekat dalili tu abg saya lah...huhu
dalili mewarisi bakat masak kak ita nmpknye... :)

*hani sayang* said...

sweet sangat senyum dalili bila menang tu...tahniah ya...mesti sejuk perut Ita...dan utk Ita..semoga cepat sembuh....

zila norazila said...

tahniah buat dalili..
wahhh ikut jejak lgkah bonda dia nie..kecik2 cili padi tue:)

Kak Nita said...

Tahniah Dalili...berbakat mcm mak dia jugakkk....

atleastcubarasa said...

salam..
terima kasih di ats sokongan pihak ibu bapa yg hadir di karnival tersebut amnya dan kepada puan yg membuat posting ini khususnya.
saya salah seorang guru yg menjaga kaunter kupon, tak dpt nak ke mana pun sbb org tak putus2 dtg beli kupon. namun 1 event yg buat saya terkejut dan teruja bila diumumkan dalili sbg juara memasak tu. mikirkan keletah dia buat semua tersenyum =)

era said...

Assalam, tahniah kpd dalili. Kalo x keberatan boleh kak ita share resepi pasta dalili.. tq kak ita.. tgk pasta dalili terus teringin nak mkn pasta.. tahniah skali lg dalili & ibu :)

Syimama said...

Tahniah buat Dalili, Ita sekeluarga... semangat dan kesungguhan yang patut dicontohi buat semua anak dan keluarga. Tahniah, turut gembira

Mas said...

Tahniah dalili... mcm ibu dia pandai masak...

Kakzakie said...

Tahniah dari auntie Dalili...
Ini dikatakan mana nak tumpah kuah kan.. ibu panadi masak anak mesti ada talent juga.

Bunga Emas said...

mewarisi bakat kak ita. Kudos lili dear!!

aida mamat said...

sukanya akak tgk dalili tu... manis

aida mamat said...

suka akak tgk dalili... manis

amran amir said...

TAHNIAH....UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN
TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836
Email: azusaresources@gmail.com
Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran
KFCHic diminta untuk mesej SMS yang hendak diambil,kepada En AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.


Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KFCHic
bolehlah menghubung AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke azusaresources@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya.

(Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak kolej KFCH International)

Powered by Blogger.