Follow if you like

Sep 7, 2012

TAKO NANGKA


Assalamualaikum

Ada yang kata ita beli???
huhu sedihnya...
Penat ita bersilat di dapur tau!
Tak pe laa.. kan itu pandangan peribadi masing-masing..
Kita terima seadanya..

Ada juga yang kata semua gambar yang ita ambil ni bukan ita yang rakamkan.. huhu ita upah fotographer untuk merakamkan setiap gambar ita.. waaaa.... banyaknya laaa aiiii.. duit ita ni sampai nak upah fotographer ambilkan gambar..
alahai.. sedih akak ..


Hari ini satu lagi resepi yang bakal ita kongsikan.. Tak kisahlah nak kata ita beli pun.. tapi ada ke orang jual tako nangka???

Ita kalau buat kuih Melayu atau tradisional ita suka sangat letak satu perubahan pada resepi tu.. Maksud ita pelbagaikan untuk dapatkan sedikit kelainan. Kali ni ita letakkan nangka dalam tako yang biasanya menggunakan sengkuang cina.

Tapi serius, ita memang suka rasanya yang lemak dan wangi harum nangka tu..


Kepada yang sukakan kelainan bolehlah mencuba. Kata orang tak cuba tak tau..
Manalah tau kot-kot ianya serasi pada selera anda sekeluarga juga..

Cara membuatnya juga sangat mudah dan ringkas.
Boleh menggunakan daun pandan yang dijadikan kotak atau pun letakkan didalam bekas cawan kecil. Ikut kreativiti masing-masing.

Pada mereka yang nak buat kotak  daripada pandan boleh rujuk di SINI
Jom kita buat tako!!


KUIH TAKO NANGKA

Lapisan Bawah
25gram Tepung Hoen Kwe Kuning
25gram Tepung Beras
1 1/2 Cawan Air
1/2 Cawan Gula
6 Ulas Nangka Buang Biji dan Dipotong Dadu

Lapisan Atas
25gram Tepung Hoen Kwe Putih
2 Cawan Santan
Secubit Garam

Cara Penyediaannya
Sediakan kotak pandan secukupnya
Campurkan semua bahan lapisan bawah kecuali nangka ke dalam periuk.
Kacau rata.
Kemudian masak atas api sederhana sehingga ia pekat.
Tutup api dan masukkan nangka.
Kacau sebentar.
Tuangkan adunan ini kedalam kotak pandan hingga ukuran setengah kotak.
Biarkan ia sejuk dan mengeras. Ketepikan.
Dalam periuk lain satukan semua bahan lapisan atas dan kacau rata.
Masak atas api sederhana sambil dikacau hingga ia pekat.
Tuangkan adunan keatas lapisan bawah. Biarkan ia mengeras dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

33 comments:

Amie said...

Biarlah apa orang nak kata ye Ita... kalau dah penat mengata berhentilah sendiri mulut tu...
Tako nangka Ita memang unik dan tersendiri! Dapat bayangkan enak manis dan harumnya hirisan nangka tu!

norhanim md zain said...

Salam ita..memang satu kelainan...tako nangka sedap tu..nasihat akak biarlah ita apa orang nak kata yang pasti perkongsian kita di berkati yg maha esa..

faa.rosli said...

wahhh..unik btol...hihihi

Ummi said...

Weeeeeeee...sedapnyaaaa..mesti harum bau nangka la kan...xkan bau sengkuang...heheehe.. nak nak nangka madu eh Ita....adeeii bestnya!

Gee® said...

Gasaklah apa orang nk kata Ita... bukan senang nk puaskan hati semua orang... lagipun kita tak minta pon orang sukakan kita kan... kita buat untuk kepuasan diri kita sendiri, betul tak?
Apapon.... nak tako nangka sepiring boleh.... terliorrrrr

Travel&Food Lovers said...

kak ita...

cantiknya kuih tako ni...warna kuning n hijau...

biarlah ape org nk kt pun...tp sy kagum sbb kak ita pandai sgt amek gmbr...sy ni br merangkak2 nak bljr teknik fotografi...

Travel&Food Lovers said...

hilang ke komen sy td...hmmm...

Cheq Sue said...

amboi...sampai ke sini boleh bau tako nangkanya kak ita... mesti sedap tu kan

Eeta Neet said...

Salam. org yg ngata tu org yg dengki. Eleh..diorang x leh wat cam k. Ita wat ehehehe...Tp bg kami yg mengikuti perjalanan blog ni tahu la kebenarannya. Anyway, suka tol ngan kuih ni. Tk sangka buley tukar2 lapis bawahnya. Nak buat? Ngeee....Tarik nafas...tadah tangan dan mohon doa.

salamirz said...

Salam kak ita,

Sabar jela kan.Dlm dunia ni kalau nak dengar cakap org apa semua benda kita buat tak betul.Biarlah hanya Tuhan yg Maha Mengetahui..

Sy suka sgt tengok kreativiti kak ita dlm menghasilkan sesuatu resepi.Cantik dan menarik. Tahniah kak ita!!

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Ada jg yg ckp mcm tu ya. Hadoii aii diaorg ni. Klu akk upah fotografer nK snap gambo tiap2 hari. . Jenuh nak bayo kan kak. Hehehee. . Kak! Siyes. Kompem sedap. Sbb nangka mmg sedap. Boleh terasa dah lemak2 manisnya tu.

Marsita yahya said...

Salam Ita,
kreatifnya guna nangka...nampak sedap sangat. Emm, lupakan komen yang tak membina langsung tu & kuatkan semangat untuk terys maju jaya..

Aku said...

saya percaya akak sendiri yg masak dan ambil gambar. kalau akak dekat mmg nk je saya berguru dengan akak teknik-teknik fotografi dan memasak

Kak Sam said...

Biar le apa org nak kata kak, yang penting kita hepi dengan apa yg kita lakukan. Pada saya yang penting Allah swt tahu apa yang kita lakukan.

Nurul Syafiqa said...

Mesti yg komen x ikut perkembangan akak.. dh sah akak berperang kat dapur.. lg pun teknik gmbr bnyk yg blh dipelajari.. x pe kak.. yg penting resepi akak meletop n kami semua suka

Nurul Syafiqa said...

Mesti yg komen x ikut perkembangan akak kan.. x kan la akk nk beli n publish kat blog.. lg pun teknik bergmbr bnyk yg blh dipelajari.. org tgk cantik br nk try

weichin said...

Ita, cantik dan kemaslah tako ni. Dan jgn putus asa dgn kata-2 org. Saya tahu semua adalah hasil tangan Ita sendiri.

Choco Ani said...

Salam Itaaaa FIDULIKK kan yang kata bengbukan ituhhh yang penting perkongsian Ita ramai yang nanti nanti kan Allah swt pasti memberkati

zila norazila said...

salam syg kak ita,
eemmm alahhhaaii kesian akk kan.org mmg mcm tu kak..x per la kak..biarkan jew la diorg...tako versi moden nie kak..leh try nnt zila pun pminat tako:)

sweetazezah said...

salam..selamat hari raya..mintak 3kotak tako nangka iteewww..pestem nengok tako nangka ni..hehehe

mimie kesuma said...

assalammualaikum kak ita sayang...
cantiknyeee kue tako akak tu...
rajin kak ita....
buat yang cakap kak ita beli atau upah photografer tu...xixixi
diaorang jeles agaknya kak...

tak pe kak... kami pembaca setia blog akak...slalu sokong kak ita.. ^^

mama ju, said...

Salam sejahtera,

Penampilan dan persembahan yg sangat cantik!Secebis proop di tgh tu idea yg memikat.

Nur-nba said...

Salam.. Kak Ita, Nur harap akak sabar ye. Memang bila menulis blog ni, akak wujud sesetengah individu yang memang suka sangat menulis komen2 menyakitkan hati dan menjatuhkan orang lain..

Biarkan mereka kak, bila penat nanti mereka akan berhenti berkata2 yang buruk tentang kita dan akhirnya nanti mereka akan sedar sendiri.. Biar Allah yang balas setiap perbuatan mereka tu.. Moga dia dapat hidayah dariNya.

Nur percaya akak tak akan patah semangat.. Kami semua sedia menyokong akak dan tahu perit jerih akak untuk memberi yang terbaik untuk semua pembaca dan berkongsi resepi2 menarik dalam blog kesayangan akak ni.. :)

Gambar2 akak semakin mantap dan sangat unik.. Tahniah kak..

Boleh akak kongsi tips fotografi dalam blog ni? (itu pun kalau akak berkesempatan..). Salam Aidilfitri kak.. Teringin nak jumpa akak.. Nur juga di JB dan kenal salah seorang kawan lama akak.. :)

Mom's the little one said...

Dear Azlita,please don't be sad or upset, you know,sometime people doesn't know how to give a good compliment for others. So,whatever they said,just considering that they are giving you a good compliment :) and cheers your days.
*I do love your pictures collections*

Shasha Mohamed said...

Wah! Nampak cantik dan menyelerakan sungguh...!
Pasal tu la diorang cakap beli dan upah jurugambar. Cantik, clear dan nampak sedap dan kemas pulak tu. Pandai Ita...

rahel said...

Mak aiiii..geramnya tengok kuih tako ni kak ita...rasa mcm nak baring je kat tepi kuih tako tu...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Salam..kak ita...cam ner nak cantikkan yg atas putih tu biar die tak berketul2.. Bole tak kak ita bg tau biar yg ats tu cantik mulus jerk...pls kak ita..

ilahjy said...

salam dek ita lawa kusss cyggg... apa jua yg mendatang kak ilah sentiasa dibelakang mu memberi sokongan... teruskan usaha murni ini.. kepuasan yg kita dpt dari haisl kerja tangan kita hanya kita yg memahami bagi yg tak pernah lakukan apa2 pasti tak mengerti...biarkan siluncai dgn labu peram nya .... biarkan biarkan..... hidup ita hidup blog masak hidup kekratifan...hidup hidup hidup!!!..

Hannani said...

As salam..kesian kak Ita..jenuh cari idea shoot,jenuh berperang kat dapur..boleh lak org kata beli..byk bersabar ye ,dalam dunia ni mmg ada manusia camtu.harap akak sentiasa kuatkan semangat.ramai sekeliling k ita yg sentiasa support kak ita:)

Cik Puan Izan✿ said...

kami sentiasa menyokong kak ita. lawa sgt kuih tako tu. kreatifnya akak ni... terliur pulak saya..

SUSU said...

Salam Kak Ita,
Pertama kali jumpa blog ni.
Saya tahu kenapa tangan-tangan tak de insuran ni sesedap rasa menaip kata-kata menyakitkan hati:

1. Gambar Kak Ita tangkap memang superb dan kreatif.. Sangat kreatif (saya pun terfikir mungkin suami akak tangkap sebab dia fotografer tapi tak lah sampai menuduh dan mengata). Terkagum je.

2. Masakan Kak Ita memang pelbagai seolah-olah everything ada. Tok dengan nenek je tak de. Hehehe

Itu yang buat org bertangan pantas (@ tak pandai jaga hati) menulis begitu.

BukuResepiMama said...

Saya pun sama dgn Ita... suka mereka/ubahsuai (walau x sekreatif Ita)..ha ha,, saya suka juga ambil gambar dan buat macam2 dgn gambar tu.. ada juga yang x percaya dgn hasil gambar tu.. (hmmm x caya la tu kita pandai dari dia)..ha ha.. keep on Ita.. i like!!!

Ika Koentjoro said...

Kelihatan enak nih. Pengen coba.

Powered by Blogger.