Follow if you like

Sep 15, 2012

SUP TAUHU ANEKA

Assalamualaikum


Mencari sesuatu menu masakan yang mudah dan ringkas?
Sesekali teringin juga makan masakan yang ringan dan simple.
Ditambah dengan cuaca yang panas, kerja yang bertimbun dan masa memasak yang terhad.

 

Apa kata kita pekena sup tauhu pula, sesuai bagi mereka yang nak berdiet. 
Biasa sup macam ni ita suka ratah aje, sambil menghirup kuah sup yang hangat!
Sesuai disajikan pada bila-bila masa, untuk menu makan tengahari, ataupun untuk santapan makan malam.


SUP TAUHU ANEKA

3 keping tauhu ~ di potong dadu
2 ketul tauhu telur / tauhu Jepun ~ di potong bulat
1 batang lobak merah ~ dipotong bulat
4 biji cili padi ~ dipotong 2
1 batang serai ~ dititik
Daun bawang ~ potong 1 inc
 5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 kiub ikan bilis
1 kiub tomyum
1 bungkus sup bunjut
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga harum. 
Masukkan air, kiub ikan bilis, kiub tomyum, serai, sup bunjut dan cili padi.
Masak hingga kuah mendidih
Perasakan dengan garam.
Kemudian masukkan tauhu, tauhu telur / tauhu Jepun dan lobak merah
Biar seketika
Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.



5 comments:

Gee® said...

sedapnya hirup sup kan Ita...

Shasha Mohamed said...

Saya memang suka sup. Sup tauhu ni plak tak pernah rasa. Tentu sedap kan ;)
Saya like page Ita nih. Ita like page saya plak boleh? Kat sini www.facebook.com/powerboostampang
Thanks Ita ;)

Aimi Laili said...

ok nak cuba balik kerja nnt! tq kak. gambar menarik sangat. :)

Shasha Mohamed said...

Saya dah like dua2 gambar tu. Wah! Dah 361 dan 473 like! Azlita Aziz ;)
Susah gak nak sampai ke page 15 tuh. Klik satu2 baru boleh sampai...
Good luck semoga berjaya ;)

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

sedapnya kak ita. terliur saya tengok.

Powered by Blogger.