Follow if you like

Sep 19, 2012

SOTO MADURA KUAH MERAH

Assalamualaikum


Kali pertama ita makan Soto Madura ketika menghadiri majlis rumah terbuka rumah kawan ita, bertahun-tahun yang lalu... Pada mulanya ita sangkakan ianya mee kari, tapi agak menghairankan kerana kenapa mee kari di makan bersama nasi himpit??

Bila tuan rumah menyatakan itu adalah Soto Madura baru lah.. oooooo... ini rupanya Soto Madura, terasa jakun sekejap kerana tak pernah lagi makan.

Orang Johor memang tak boleh lari dengan Soto. Kalau berkunjung ke Johor jangan lupa untuk menikmati semangkuk soto. Pasti akan terkenang - kenang rasanya yang sedap di makan bersama kuah kicap dan begedil.

Tapi soto biasanya berkuah  macam sup tapi berperasa soto dan kuah agak sedikit keruh. Berlainan dengan Soto Madura yang ita nikmati, kuahnya terasa lemak santan dan berwarna kemerahan seakan kuah kari pulak!

Pada ita waima soto berkuah keruh atau soto berkuah merah, kedua-duanya amat enak untuk di nikmati.


Bila dah makan Soto Madura, aduhaiii... macam terasa-rasa pulak nak makan lagi.. tapi masa tu ita tak pasti macam mana cara penyediannya, hinggalah ita bertemu My Resepi dan di perkenalkan dengan resepi Soto Madura yang di kirimkan oleh Rossitamz. Kalau nak lihat macam mana rupanya boleh ke SINI.

Masa tu tak sabar ita nak mencuba, alhamdulillah memang sedap! dan menepati selera ita. Hilang kempunan sekejap bila dah dapat menikmati semangkuk Soto Madura. Tapi Soto tu tak sama warnanya seperti Soto Madura yang ita pernah makan sebelum ini. Masih tak puas hati..

Bila ita berbincang dengan suami, tempoh hari.. suami ita kata apa susah.. letak aje cili, merahlah kuah dia.. hihi yea tak ye jugak kan.. kenapa ita tak mau mencuba.. Siapa tau.. ianya seperti yang ita idam-idamkan.. ^_^


Hari ni, ita memberanikan diri mencuba, tapi ita buat seperti soto biasa yang selalu ita buat, cuma ita tambahkan cili kering untuk memerahkan kuahnya. Kali ni juga ita gunakan santan KARA aje, kerana terlupa nak beli santan masa gi pasar tadi..

Ita juga gunakan rempah SOTO yang ita beli di Jusco. Ita suka guna rempah ni.. dan kerap menggunakan rempah ni untuk menyediakan Soto. Kalau ada yang teringin mencuba, bila pergi Jusco, sila pergi ke bahagian rempah yang di timbang. Di situ ada rempah soto, kadang-kadang ia dah siap di paket dan di timbang dan ada juga yang kita boleh timbang berapa banyak yang kita nak beli.
Cubalah mana tau serasi dengan selera anda..

Untuk menyediakan soto ni, ita gunakan hanya dada ayam dan kepak ayam aje.. Sebab pada ita sangat mudah dan ringkas. Dada ayam ita goreng dan disiat-siat untuk di makan bersama kuah soto. Manakala kepak ayam pula ita masukkan dalam kuah untuk memberikan rasa ayam pada soto tu nanti.

Perlu diingat, untuk mendapatkan rasa soto yang enak, rencah dan rempah hendaklah di tumis hingga benar-benar garing. Kalau bimbang terhangus, gunakan api yang sederhana dan tumislah dalam jangka masa yang agak lama sedikit, supaya tidak ada lagi bau maung, rempah, serai, lengkuas halia dan kunyit.


Soto ni ita makan bersama begedil ayam goreng. Soto memang akan lebih terasa nikmat bila di makan bersama begedil, tak kiralah ayam atau daging. Biasa ita suka yang ringkas dalam menyediakan masakan dan begedil ni pun cukup mudah nak menyediakannya.

Dada ayam yang kita goreng tadi tu kita ambil seketul untuk membuat begedil ni. Siat-siatkan halus dan tumbukkan sekali bersama kentang. Mudah dan ringkas aje cara menyediakannya. Untuk mengoreng begedil tidak boleh menggunakan minyak yang banyak. Biasa ita gunakan kuali leper dan letakkan sedikit minyak aje untuk mengorengnya. Jika minyak banyak ia mudah pecah.

Macam biasa tak lengkap makan soto jika tiada sambal kicap. Sambal kicap pula macam biasa lah kan cara buatnya  cili padi, bawang putih kicap manis atau kicap masin, garam, gula melaka dan sedikit perahan limau nipis atau limau kasturi.
Jom kita ke dapur dan cuba resepi Soto Madura.


SOTO MADURA KUAH MERAH

6 ketul dada ayam ~ di lumur garam dan kunyit kemudian di goreng
4 ketul kepak ayam
1  biji kelapa ~ diambil santannya atau boleh guna 1 kotak santan KARA
1 sudu besar kerisik kelapa
3 batang serai ~ 1 batang di kisar dan 2 batang di titik
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah SOTO
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci kunyit hidup ~ dikisar
2 inci halia ~ dikisar
1 inci lengkuas ~ dikisar
1 inc kunyit hidup ~ dikisar
4 tangkai cili kering ~ dikisar
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub ayam


Bahan yang di makan bersama SOTO
Sambal kicap
Taugeh
Nasi impit secukupnya
Kacang goreng
Daun sup dan daun bawang ~ dihgiris halus
Bawang goreng
Begedil ayam atau daging


Dada ayam di lumur dengan garam dan kunyit, kemudian di goreng
Setelah sejuk sedikit di siat-siat halus. Larikan 1 ketul dada ayam untuk di jadikan begedil ayam.

Dalam periuk, pijarkan minyak, kemudian tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum
Kemudian, masukkan bahan yang di kisar dan 2 batang serai yang di titik
Masak hingga garing, pastikan memasaknya hingga garing untuk menghilangkan bau maung nanti.
Bila dah garing, masukkan rempah soto dan tumis lagi hingga terbit minyak.
Tumis ni biar lama sedikit. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Rencah soto ni nak kena masak hingga betul-betul garing.

Setelah garing dan terbit minyak, masukkan air secukupnya.
Kemudian masukkan kepak ayam dan kiub ayam.
Masak hingga ayam empuk dan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan dan kerisik
Masak lagi hingga kuah mendidih sekali lagi
Perasakan dengan garam

Bila kuah dah sempurna bolehlah dighidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama SOTO ni tadi.


BEGEDIL AYAM GORENG

3 biji kentang ~ dikupas kulit, di hiris bulat dan di goreng
1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.
garam secukup rasa
Secubit lada sulah
1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
1 gengam bawang goreng
2 biji telur ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng

Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng.
Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagi
Dada ayam yang telah di goreng, di siat halus
Kemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatu
Masukkan secubit garam dan secubit lada sulah
Gaul rata
Kemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah
Gaul rata.
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 sen
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Jangan goreng terendam ye.. guna minyak sedikit aje.
Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikit
Celupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali leper
Balik-balikkan supaya rata masaknya
Angkat dan toskan atas kitchen towel setelah masak kekuningan.


CILI KICAP GULA MELAKA

15 tangkai cili padi ~ boleh kurangkan jika tak suka pedas
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar kicap masin
3 sudu besar gula Melaka yang telah di hiris halus
Sedikit perahan jus limau nipis

Kisar semua bahan di atas kecuali jus limau
Masukkan dalam bekas dan perahkan sedikit jus limau nipis
Sedia dinikmati.


20 comments:

aDisH.sHidA said...

tak pernah lagi makan soto madura...boleh la cuba lepas nie..thanks ye kongsi resepi ni

ami Erul said...

salam k.ita...
soto madura nie mmg fave.hb kita (tp kita pernah buat sekali jer huhuhuhu)...xsalah kita lah kan..soto nie ada letak kacang kisar dlm kuah die...(klau x silaplah)

Sha HomeMade Cake n Choc said...

Ambooi akak..pagi pagi tayang Soto Madura...buat Sha jadi lapar...kantoiii diet ku kali nie..hehe

fazian.batrisyia said...

Sedapnya nampak soto ni..sy pun gemar soto. Suami & anak2 pun dah ikut suka makan soto...mesti nak ada kuah kicap ni baru lengkap...

Sari Yusa Ibrahim said...

orang Johor dengan soto memang tak dapat dipisahkan.. kannn..

Gee® said...

Pon..pon... gee dtg ni nk makan soto madura rumah Ita.. nak begedil lebih yer... hehehehe

Suman Arthy said...

Wow mouth watering kak...

wwww.sumanarthyskitchen.blogspot.com

Marsita yahya said...

Salam, wow nampak sedap, dari jauh macam kuah kacang pun ada...tak pernah lak nampak ada rempah soto jual kat Jusco..Soto pun akak lum pernah buat..memang nak cuba buat nanti..

Marsita yahya said...

Emm, sedapnya..dari jauh cam kuah kacang pun ada. Tak pernah nampak ada rempah soto jual kat Jusco sini. Akak pun tak pernah buat Soto ni. Nanti nak cuba.

rahel said...

Hermm..telan2 liur je la...sangat menyelerakan soto madura ni..

Siti @ nurie said...

sedapnyerrrrrrrrrrrr kak...nak buat bergedillah..hik hik hik

adda syuhada said...

pestime tgk soto kuah merah nih..adda mmg suka soto nih..tp xpernah la buat lgi...hihihi...

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Siyes!..sangat2 menggiurkan..Lapo jadinya.

Ummi said...

Assalam Ita cayang, maybe ni kali terakhir akak masuk dapur Ita sblm akak berangkat....sedapnya tengok soto madura...moga2 ada rezeki akak nak makan ni kat rumah Ita nnt eh...hehe. Rajin2 blogging dan tolong sesekali sapu sawang kat dapur akak tu yea... Salam sayang...take care Ita, muaahh!

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita cyggg...dh mlm bru sempat ke sini...

sedapnye tgk soto madura tu kak...kecur jadinye...lengkap...nk cuba jugak nti...

kak Ita nk tnye la...picasa album QH dh penuh la...so kena upgrade storage yg berbayar la kan...seje nk tnye akak...mne tau akak ade cra yg lain ker...yg lebih jimat...tq

norzibeautilicioushouse said...

kak ita terima kasih ajar buat sambal kicap ni. norzi buat sebelum ni guna gula biasa aje nanti nak cuba yg mcm kakita buat.terima kasih kakita.. dulu mee jawa kakita pun norzi dah cuba.. dah banyk kali buat esp bila orang nak datang ..tq tq kak <3 <3

faa.rosli said...

unik...xpenah rasa

zai ahmad said...

Kalu x guna rempah soto, ada tak bahan lain yg boleh gantikan dgn rempah soto tu?

zai ahmad said...

Kalu tak ada rempah soto, apa bahan yang boleh gantikan rempah soto??any idea?

salwa ya said...

Agak2 brapa minit nk garing kn rempah..

Powered by Blogger.