Follow if you like

Sep 10, 2012

SERI MUKA PERMATA



Assalamualaikum

Selamat pagi semua.. Dah sarapan?? Dah pukul berapa ni tak sarapan lagi?? Tinggallah kerja tu sekejap.. gi sarapan dulu.. kang masuk angin perut tu.. siapa yang susah???

Minggu baru, pasti semua sibuk menyiapkan tugasan yang terunggak! Bagi suri rumah pula, rasanya tugas sentiasa berjalan seperti biasa. Mungkin agak sibuk bila tiba musim perayaan kerana terpaksa masak lebih daripada biasa, maklumlah nak meraikan tetamu yang beraya di rumah.

Masih dalam mood raya?
Mungkin masih ada lagi sahabat handai atau rakan taulan yang berkunjung ke rumah..
Minggu ni minggu peperiksaan bermula.  Mungkin ada antara rakan-rakan yang anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR yang bermula esok. Kepada ibu dan bapa doakan yang terbaik untuk anak-anak.. insyaallah doa ibu sentiasa dimakbulkan Allah.

Bagi anak-anak pula, jangan hanya harapkan doa dari ibu aje tau! jawab setiap soalan dengan betul, baca soalan dengan teliti, semak setiap jawapan selepas menjawab dan yang paling utama mulakan menjawab soalan peperiksaan dengan lafaz Bismillah dan sentiasa bertawakal kepada Allah.. Insyaallah setiap usaha itu pasti akan membuahkan hasil.. Cik ita doakan semoga anak-anak dapat menjawab dengan baik dan berjaya dengan cemerlang sebagaimana yang di harap-harapkan.. ^_^


Satu lagi resepi yang bakal dikongsikan Seri Muka Permata.
Kuih seri muka ni sama seperti serimuka yang lain, cuma ita tambahkan bebola beras untuk memberikan sedikit kelainan.
Bebola beras ni ita pernah gunakan untuk membuat kuih Talam Polkodot. Ingat lagi tak?? kalau tak ingat boleh rujuk di SINI

Tapi kali ni adunan ita ni agak lembik sikit, mungkin terlebih bahan cecair dan agak sukar sikit nak memotongnya. Lain kali bahan cecair ita kena kurangkan sedikit supaya ia sedikit keras dan stabil untuk di potong.

Tapi walaupun agak lembut, tapi ita suka talam yang lembut sebegini. Cuma tulah kan.. payah sikit nak dapat potongan yang cantik, sekata dan kemas.


Bebola beras tu pula ita beli di pasaraya Tesco. Di pasaraya lain ita kurang pasti ada atau tidak.  Kalau nak cari bahan ni kena pergi ke ruang sejuk di mana di situ di himpun semua bahan yang perlu di sipan sejuk.

Cara menggunakan bebola beras ni kita kena rebus dahulu. Masak sedikit air dalam periuk, masukkan bebola beras ni tadi kedalam air yang dah didih tadi. Jangan basuh ye, bebola beras ni kerana nanti ia hancur pulak! Bila air tu dah didih, buka plastik bagnya terus aje masukkan. Bila bebola ni dah timbul atas permukaan air, bermakna dah masak lah tu. Sediakan pula air dan letakkan sedikit ketulan ais, angkat bebola tadi, toskan airnya dan rendamkan dalam air ais. Proses ni untuk segera mematikan kadar pemanasannya. Nanti ia lembut tapi kenyal-kenyal gituu..

Bebola beras ni juga sangat enak di buat pengat, atau bubur sedap! lembut aje..


SERI MUKA PERMATA

Bahan Lapisan Bawah
1 1/2  cawan pulut - Direndam 2 jam
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
1 biji telur gred B
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 cawan bebola beras - direbus dan ditoskan airnya


Sediakan loyang 8"x8". Sapukan minyak sekeliling loyang dan lapikkan plastik di dasarnya
Masukkan bahan lapisan bawah kedalam loyang dan kukus hingga masak
Setelah masak, tekankan dalam loyang hingga mampat
Kukus semula selama 10 minit.
Sementara itu bancuhkan bahan lapisan atas kecuali bebola beras.
Kemudian masak atas api sederhana hingga berwap.
Masukkan bebola beras dan kacau rata.
Tuangkan atas lapisan pulut yang telah dikukus tadi dan kukus semula selama 30 minit.
Apabila sudah masak, tunggu sehingga sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.


15 comments:

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ..

aduyai .. so sweet colournya! Mesti sedap kann.. Nina pun suka makan kuih muih talam-talam nie :)

rahel said...

Alahai kak ITa....canteknya seri muka itu...memang sesuai sangat la dengan nama dia kan...berseri gitew...suke2x..

CT Delima said...

As'salam Azlita

Terposana sekejap dengan kejadian kuih yang sungguh memikat hati. fav ct sekeluarga kuih seri muka ni. sejak puasa dan raya ni kuih muih dah tak sempat nak buat hehehe. Insya'Allah nanti boleh cuba.

Oh ya good luck ya Ita, ct doakan yang tebaik juga untuk Ita. cantik kejadian cupcake tu suka tengok.

doakan semoga nak ct juga dapat buat yang terbaik ya Ita.. terima kasih :)

Gee® said...

Ita, sweetnyaaaa.... nak sepotong

mashitah said...

sedapnya.........kak ita, berseri2 seri muka tu.

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Weeee...lawonyaaa...Suka tau tgk ke kreatifan akak ni.. (^_^)

faa.rosli said...

comelnye kak...

KG said...

ita, bilalh agaknya i nak belajar buat keuh melayu, pandai makn (dgn banyaknya) shaja :p

Cmacomey said...

selalu nengok rice ball ni kat tesco, tp taktau nak buat apa.Tq akak sharekan resepi ni..Memang tangan akak kreatif sgt..Tahniah akak..

mama ju, said...

Salam sejahtera aZ,

Cantik dan kreatif. Tak pernah terfikir langsung!

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita :D

Perhhhh cantiknya! kalau dah cantik mestilaa sedap rasanya...

zazakaka8080 said...

Memang menarik kak ita...insy akan mencubanya nanti,.tq

zila norazila said...

salam syg kak ita..mmg cantik mcm tuannya jgk kak..:)..terkesima memandang..x kelip mata:)masakan akk semua2 cantik..dan nampak sedappp..:)

Cik Puan Izan✿ said...

menariknya kaler dia...

Nur-nba said...

Unik dan cantik.. Kreatif.. masakan akak semuanya menyelerakan..

Powered by Blogger.