Follow if you like

Sep 14, 2012

RICH AND MOIST CHOCOLATE BANANA BREAD

Assalamualaikum


Salam Jumaat semua rakan-rakan sekalian..
Lewat sikit hari ni, ita baru balik dari pasar. Pergi cari barang dapur banyak yang dah habis. Banyak ikan kat pasar hari ni, nampak segar-segar. Bila tengok ikan yang segar-segar tu geram aje.. rasa macam nak beli semua.. tapi tu lah ikan ni bukan boleh simpan lama dalam peti ais. Bila dah kejung tu macam tak sedap sangat rasanya. Ia elok kalau beli terus masak, baru terasa lemak manisnya..


Esok dah penghujung minggu, cuti hujung minggu kali ni pajang sikit bersekali dengan sambutan Hari Malaysia. Hujung minggu yang panjang dan cuti umum macam ni ramai yang melansungkan perkhawinan. emmm... ita pun banyak jemputan minggu ni, sedikit busy dengan anak-anak yang pulang ke rumah bercuti.

Ada yang nak pergi ke Legoland Malaysia. Dengarnya ia di buka sepenuhnya pada 16 hb September ni.. Tapi ada juga yang dah pergi.. Dalili pun bising hari-hari dok ajak pergi. Memandangkan harga tiketnya yang boleh tahan juga lah kan reganya... uiii.. nak kena tunggu abang-abangnya pulang baru boleh pergi.. Kalau tak siapalah nak melayan dia di sana nanti. Pulak semua mainan tu.. makkk aiii.. ita memang seram nak naik.. ayahnya??? lagilah gayat.. memang tak akan naik punya.. Mainan macam tu sesuailah untuk anak-anak remaja kan.. bagi kita yang dah masuk kilauan emas ni.. dok melopong aje le.. nak naik dah tak berani dah.. ^_^


Membebel pulak ita pagi ni..
Kerja banyak lagi kat dapur tu..
Ok lah kita teruskan aje pada menu hidangan yang akan ita kongsikan hari ni..
Semalam ita buat kek.
Kebetulan ada beberapa bijik pisang raja dalam peti ais. Dah hitam legam dah kulit kawan tu.. Tergolek-golek dalam peti.. sayang pulak nak buang sebab isinya elok lagi.. Ita pun buatlah kek pisang ni..
Kebetulan hari tu ita nampak kek pisang ni kat dapur Hesti's. Nampak macam sedap aje bila ita lihat kek pisang Hesti's tu..
Ita memang suka kek pisang, bertambah-tambah suka bila di tambahkan cip coklat di dalamnya.. tak sabar rasa nak mencuba.

Bahan-bahan pun tak lah rumit sangat. Cuma perlukan sour cream. Sempat jugak minta suami ita belikan bila dia singgah ambil Dalili balik sekolah.
Dapatlah ita buat kek pisang ni.

Kek ni tak besar, Loyang yang ita gunakan 8 x 4 inc. Sedang elok aje keknya tu.
Masa bakar kek tu naik tinggi, bila dah keluarkan, letak atas redai dia turun sikit.. ok lah tu.. tak lah mengunung tingginya..

Baunya pun sedap! harum aje.. bertambah harum bau pisang dan coklat.. walllaaa...!! tak sabar nak potong..


Bila potong aje.. nampak teksturnya yang lembab
emmmm.... sedapnya!! tak terkata.. sedap sangat kek pisang ni..!!
Kek ni dia lembab-lembab dan kaya dengan rasa pisang dan coklat.. memang sedap dan the best kek pisang yang ita pernah rasa..
Biasa kek pisang dia macam sponge kek sikit kan?? tapi ni tak tau! dia lembab, memang sedap! tak tau nak gambarkan macam mana rasanya tapi memang sedap! kalau macam ni punya sedap memang selalu lah ita kena beli pisang hehe..

Terima kasih ya Hesti's kongsikan resepnya.. akak minta izin untuk kongsikan di sini pula ya.. Terima kasih juga kepada Savory Sweet Life yang kongsikan resepi yang sedap ni..!! Thank You!

Untuk resepi ini ita gunakan resepi dari Hesti's. Tapi ita copy kedua-dua resepi untuk rujukan di kemudian hari.


SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP BANANA BREAD
Recipe type : Sweet Bread
Author : Savory Sweet Life



A rich and moist chocolate banana bread made with sour cream and chocolate chips.
Ingredients
  • 1 stick of salted butter, softened to room temp.
  • 1/2 cup sugar
  • 1 egg
  • 2 large ripened bananas mashed ( or 2.5 small bananas)
  • 1 tsp. vanilla
  • 1 cup flour
  • 1 tsp. baking soda
  • 2 Tbl. cocoa powder
  • 1/2 cup of sour cream
  • 1 cup of mini chocolate chips (regular chocolate chips work too)
  • optional 1/2 cup of chopped walnuts
Instructions
  1. Preheat over to 350 degrees.
  2. Lightly grease a 9×5 loaf pan, or 2 mini pans with non-stick spray.
  3. In a large bowl, cream butter and sugar together. Stir in egg, mashed bananas, sour cream, and vanilla until well blended.
  4. Add baking soda, cocoa, and flour.
  5. Mix everything until well incorporated (about 3 minutes in a Kitchenaid mixer).
  6. Add chocolate chips and nuts (if applicable).
  7. Pour batter into loaf pan(s) and bake for 50 minutes – 1 hr.
  8. Insert a tooth pick into the center of the loaf and check to see if it comes out clean when you pull it out.
  9. Remove from heat and allow bread to rest in the loaf pan for 10 minutes.
  10. Invert the loaf pans onto a cooling rack. Enjoy warm or cold.

RICH AND MOIST CHOCOLATE BANANA BREAD
Rujukan : Hesti's

100 gm butter bergaram
120 gm gula ~ ita guna gula caster
1 biji telur
5 biji pisang raja ~ ita letak 4 biji
1/2 sudu teh serbuk vanila ~ ita letak esen vanilla
150 gm tepung ~ ita letak 1 cawan
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan sour cream
1 cawan coklat cip
sedikit badam cincang ~ ita tambah boleh guna walnut atau lain-lain


Panaskan oven pada suhu 175C bergantung pada kepanasan oven ~ ita guna  suhu 170C
Sediakan loyang roti ukuran 9X5 inc, oleskan dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek. Ita gunakan loyang 8X4 inc.

Lenyek pisang hingga lumat ~ ketepikan
Ayakkan tepung, soda dan serbuk koko ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, putar butter dan gula hingga berkrim
Tambahkan telur dan putar lagi.
Tambahkan esen vanilla, pisang dan sour crem dan terus putar hingga sebati

Tambahkan campuran tepung, soda dan koko yang telah di ayak dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tambahkan  coklat cip dan gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan
Ita taburkan cokla cip di atasnya dan juga sedikit badam cincang
Ita bakar dalam oven pada suhu 170C dengan api bawah selama 1 jam
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk atas redai sebelum dipotong
Kek akak naik dalam oven dan turun sedikit setelah sejuk
Enak di makan panas atau sejuk! enjoy!!



17 comments:

Marsita yahya said...

salam Ita,
macam tau tau aje akak pun nak buat banana kek tapi masih tercari-cari yang sedap...mesti sedap kek ni...

Cik Nadia said...

tengok pun tau,sedap emm yummmyyyyy...

Cik Nadia said...

tengok je pun dah tau sedap..emm yummyy

cikja said...

sedappnyer....masuk list dulu..thanks sharing..

Wan Norazila said...

Eeeiiii sedapnya Kak Ita. Nak kena cuba ni. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, anak2 pun semua balik....

Cempaka Jelita said...

salam kak ita sour cream 2 cane rupanya eh?? ce tunjuk..hee

Cempaka Jelita said...

salam kak ita..

cane gupanya sour cream 2?? ce tunjuk?? heee

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita..
Sue datang jamu mata ja lah..:)

JaSSNaNi said...

nyum nyumm... so nice... look so nyummy... :)

Bicara Kak Noor said...

Assalamualaikum Ita
cantik snagt kek tu dan akak pasti sangat sedap apa lagi ada kacang dan coklat bertambah lah lazat nya tapi hanya dpt jamu mata je kan..

Nur-nba said...

Kek ni cantik sangat.. tentu lazat sangat.. :)

Qasey Honey said...

aduhhh Kak Ita...bile tgk taburan badam nip n coklat cip kt atas kek tu...mcm terpanggil jugak dbuatnye utk mencuba kek buah tu...nmpk sgt lazat n mnarik sgt2..

Nana said...

wah..mewahnya badam & coklat chip tu...

p/s :Kak Ita, saya ada emel akak lagi...:D

FatihahRadzi said...

sedapnyaaaa
*kesat air liur ;p

Yani said...

Assalam kak ita,klu xde sour cream bole ganti dgn yogurt x?

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,

Ternyata komenku tempo hari tu tak masuk ya. Hanya mau bilang kue akak nampak lezat sekali apalagi dengan tambahan kacang dan choco chips. InsyaAllah lain kali coba mau dikasih kacang juga. Senang rasanya kalau kak Ita suka resepnya.

faa.rosli said...

salam kak..

rupa roti akak ni lebih kurang rupa kek faa..hehehe...
jemputlaa singgah tgk..

http://faafeefoo.blogspot.com/2012/09/crush-almond-moist-choc-cake.html

Powered by Blogger.