Follow if you like

Sep 22, 2012

PUDING NENAS


Santai-santai petang hari sambil menikmati secawan kopi dan semangkuk pudding nenas berkuah
eemmm..... sejuk segar dan nyaman... ^_^


PUDING NENAS
by: Chef Hanieliza
Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas  ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
sedikit pewarna merah jika suka

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
bancuhkan tepung kastard dan susu cair.
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil
Biarkan sejuk.


KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
fruit coktailn - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.



13 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnya kak... berkaler2 lagi..

mama sara nur said...

assalam k.Azlita
bestnya puding, makan sejuk2 sedap nih...cantik rupanya

Hafizah Mohamad said...

sedapnyr kak ita...ni kalau makan sejuk2 ni wah !!!

~Pastries Delight~ said...

sejuk tekak
mcm ala2 english style ..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

comelnye puding tue..sedap nmpaknye

Uda said...

Assalamualaikum.....salam kenal, saya bloger baru bertatih. Selalu intai resepi yg sedap2 tu di blog awak....halalkan ye.

rahel said...

Salam Kak Ita....ermmmm...cantek banget gambar puding ni...tentu nyaman rasa puding nanas itu...mau dong satu...

Gya Duniaku said...

tgk pun dah rasa sedap.... nak sikit.

Kak Sam said...

hrrmmm nak kena cuba ni.

Rohah said...

salam kak...nyaman rasanya ni kak..dah lama sy tak ke sini..nak rasa puding boleh?ehee..

Yati Omar said...

as usual...awesome :-)

nOOrsha said...

Cantik puding nenas akak....mmg mantappp gitu...gambar mmg xleh kata apa la..lawa sgt2....:-)

zila norazila said...

salam syg kak ita..alahaiii chumill btl puding tue :) syg nk mkn..

Powered by Blogger.