Follow if you like

Sep 18, 2012

MUFFIN PISANG COKLAT CIP

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Dah kembali bertugas setelah bercuti beberapa hari.
Mulakan hari ini dengan semangat baru, dan azam baru.. ^_^


Anak-anak pun dah pulang ke asrama masing-masing, yang kecil pun dah kembali ke sekolah. Semalam ita hantar anak-anak pulang ke asrama, jalan jam teruk jugak!
Ita bertolak pukul 9 pagi dan terus ke Putra Jaya untuk hantar Azrul dahulu. Biasa ita hantar Amirul dulu, tapi semalam Amirul nak ikut ke KL, lama katanya tak turun KL.

Tak jalan mana pun, pergi makan dan ronda-ronda kejap, lepas tu terus pecut balik Johor sebab takut jalan jam, dan tak sempat pula sampai ke Tangkak pukul 6 petang.

Alhamdulillah dari KL ke Tangkak tak jam, masuk tangkak aje terus jam. Risau bila jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang, ada juga terlewat.
Ngam..ngam sampai tepat jam 5.45 , alhamdulillah tak terlewat..


Dari Tangkak ke JB kenderaan dah mula banyak atas jalan raya, jalan pun dah mula tersekat-sekat. Ita memang dah lepak giler.. pulak ita ni tidur tersalah bantal, aduh sakit semua badan di buatnya.. nak toleh kiri tak boleh.. duduk lama dalam kereta makin bertambah-tambah pula sakit kat tulang belikat ni..

Suami ita ambil jalan pintas sebab nampak kenderaan dah banyak menuju ke Pasir Gudang, jadi kami ambil highway ke Desaru dan keluar di Tiram, alhamdulillah tak lah tersangkut dalam jam yang panjang tu..


Ok lah dah habis cerita semalam, hari ni kita lihat pula menu yang ita sajikan. Sebenarnya ita buat muffin ni dah lama juga, 2, 3 hari lepas rasanya.. Jadi dah tak de lah tinggal lagi di rumah ni.. ^_^
Kebetulan masa tu pisang tengah banyak, tak tau nak buat apa, ita buat muffin ni.

Resepi asal ita ambil dari resepi kak Hanieliza, Muffin Pisang Coklat Rice kat blog beliau di SINI 
Tapi kali ni ita ubah sikit resepi dan ita letakkan coklat cip mengantikan coklat rice. Tulah ita ubah sikit namanya dari coklat rice kepada coklat cip

Resepi tetap tak berubah masih sama dan masih juga enak dan lazat. Kepada pengemar muffin bolehlah mencuba!

Kepada kak Hanieliza terima kasih atas resepinya, dan ita minta izin untuk letakkan di sini pula untuk rujukan kawan-kawan.


MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Daripada resepi : MUFFIN PISANG COKLAT RICE
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Hanieliza's Cooking 

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~  diayak
1 s/k baking powder ~ diayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan

Panaskan suhu oven pada 180C
Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin
Ketepikan

Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.



12 comments:

Amie said...

Pagi Ita... kita datang awal pagi ni nak sarapan mufin pisang kat sini boleh.... comel-comel nampak!

rahel said...

Selamat pagi kak Ita...
Rahel suka kalau muffin pisang..lagi2 klu bercoklat...memang suka banget...nanti boleh dicuba resepi ni..mekasih share resepinya.

norhanim md zain said...

Salam ita...menariknya tengok mufin nie..kat rumah ada pisang emas..boleh la cuba nanti...my feberat ni bila aja ada pisang..emmmm sedapnyaaaa

Nur Islam said...

mmg terbaik...msk apa pn mjadi je akak ni..

Liza said...

family Liza mmg suka mkn mapin pisang ni, nak2 yg ada coklat cmni....perghhhh

Lisa Donna said...

Assalamualaikum, kak Ita. Salam kenal. Muffinnya kelihatannya enak sekali...

misshannajr said...

nak LIKE la..kita support kawan2 blogger kita :)

Mariam Yusof said...

Sedap. Baru buat tadi

Mariam Yusof said...

Sedap. Baru buat.

Mariam Yusof said...

Sedap

Mariam Yusof said...

Sedap. Baru buat tadi

Norliana Johari said...

Liana nak try kejap lagi ni. Stok pisang banyak..

Powered by Blogger.