Follow if you like

Sep 12, 2012

MASALA UDANG BERNENAS

Assalamualaikum


Hari-hari memasak, kadang kala buntu jugak! tak tau nak masak apa?
Belek-belek peti ais, keluarkan ikan..
Ikan lagi.. hari-hari ikan
Ayam.. aduyaii.. ayam lagiii..
Daging???
Asyik daging aje..
Udang.. emmm... nak masak apa ye dengan udang ni..
Asyik.. asyik goreng butter..
Sesekali apa kata kita bertukar selera..


Udang ni, fav anak ita Dalili. Kalau ita masak udang, bertambah-tambah dia makan, tapi jangan masak pedas-pedas nanti membebel pulak mulut mak cik tu... hihi

Biasa Dalili suka kalau udang ita buat sambal atau masak kering ala-ala udang butter.
Sesekali nak jugak ita suruh dia makan masakan yang berkuah..
Anak dara ita ni cukup cerewet bab makan..
Kalau Azrul semua tak tolak.. 
Amirul pun cerewet jugak.. lauk kegemarannya mesti ayam.. kalau tak de ayam sikit aje dia makan..

Payah kan tugas seorang ibu, masakan yang dimasak mestilah menepati selera seisi keluarga..


Hari ni ita masak Marsala Udang, kali ni ita bubuh nenas, kebetulan hari tu adik ipar ita datang bawa nenas 2 biji. Sebiji ita dah buat air ada lagi sebijik tergolek tu.. ita masukkan sekali dalam Marsala Udang ita ni.. emmm... sedap jugak bila di letakkan nenas.. Kuah tu teras manis-manis buah gitu..


Jomlah kita masuk dapur, kita lihat apalah bahan-bahan yang kita perlukan.
Jika ada yang nak mencuba kelainan bolehlah cuba resepi ni..

Ok lah ita tinggalkan dahulu ye.. banyak lagi kerja kat dapur tu..
Kain baju nak di sidai, rumah nak di kemas.. jap lagi nak masak.. nanti anak-anak balik sekolah nak makan.. banyaknya kerja.. ^_^


MASALA UDANG BERNENAS

10 ekor udang
1/2 biji nenas ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
10 tangkai cili kering ~ kurangkan jika tak suka pedas
2 inc halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dititik
1 biji tomato ~ dikisar
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
2 camca besar serbuk kari daging
1 1/2 camca besar serbuk kurma
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ikan bilis ~ jika suka
1 pokok daun ketumbar ~ dimayang


Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, daun pandan, serai dan daun kari, sehingga harum
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di kisar tadi dan tumis hingga garing
Masukkan cili kisar dan tumis lagi
Setelah garing, masukkan tomato kisar, rempah kari dan rempah kurma, tumis sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan kiub ikan bilis, susu cair, air asam jawa dan air secukupnya
Biarkan menididih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan nenas dan udang
Kacau sebati dan biarkan kuahnya mendidih sekali lagi dan pekat sedikit
Taburkan hirisan daun ketumbar
Sedia dihidangkan




9 comments:

Nana said...

ermmm...sedapnye...

p/s : Kak Ita, semalam saya ada email akak...

Gee® said...

Mengancamnya udang....nak sket

Uncle Lee said...

Hello Azlita, I love your name, its a beautiful name.
And your this udang bernanas....I can practically get the fantastic scent of the spices you use, I can imagine, 30 puluh kaki jauh boleh dapat the lovely smells....
Ni la masuk mulut lupa nama mak, ha ha ha.

If dapat jemput datang makan, saya tentu lichin tiga pinggan nasi.....
Ada sambal belachan? Ha ha.

Azlita, may I have your kind consent saya copy the first picture.
Bila I am not blogging about women or sex, and bila naik angin I blog about foods, I will display your this fabulous dish....will credit you of course, nak buat kawan2 saya lintang pukang.
BoleH ke?

Ok, outang you teh tarek lambong tinggi.
Have a nice day, and keep a song in your heart.
Best regards,
Lee.

rahel said...

selamat pagi kak ita...waduh..ngences ni...kite pun suka makan udang...tp klu masak udang marsala ada lagi la suke..hehe..

Miz Sitti said...

sedapnya udang..memang feberet la..tapi akak klo tak guna nenas bole x?..sitti x le makan nenas la..selain nenas apa yg ok?

JaSSNaNi said...

Selamat tengah hari kak ita.. :)
skrg ni tengah2 preggy mmg teringin plak nk makan nenas masak ranum.. tapi tak dibenarkan plak kan.. tapi tak per la.. tunggu dekat2 nak bersalin sok.. nak makan sepotong dua.. nyum nyum..

ibh_sue said...

Asslmkum kak Ita.
Memang cari nahas masuk sini time tenghari..Buat terliur ja..Perut pun berbunyi..Lapooo.. Heee
Lauk akak tu memang mengancam tau..

mimie kesuma said...

assalammualaikum kak ita...
kalau baca cerita kak ita.. teringat emak mimie..
mimie ni tak suka ikan laut.sknya ikan darat..adik mimie pulak sebaliknya. selalu mengeluh emak mimie tuh ...xixixixi
tak pernah pulak masak udang dengan nanas... nak try lah kak...
syukran dah share resepi kak.. ^_^

Nur-nba said...

Bonda Nur suka sangat makan ikan.. Ayam memang dia tak suka.. Nur memang gemarkan udang.. selalu masak lemak cili api je..

Powered by Blogger.