Follow if you like

Sep 7, 2012

KERANA MU MALAYSIA


JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya


Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur Gemilang


KERANA MU MALAYSIA
 
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya


Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara


Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Ulang Daripada Mula

Keranamu negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!


17 comments:

Aqil said...

subhanallah...cantik ;D

Cmacomey said...

Akakkkkkk..........Cantiknyer....Bila la nak rajin cam akak ni???Kek apa ni kak???

Mas Sani said...

semangat merdeka membara-bara skrg nie bila tgk kek akk yg sangat...sangatttt cantik! kreatif sungguh akk ni...

Qasey Honey said...

wow kak semangat patriotik habis ni..sgt superb kek tu..cantik spi xtkata..kreatifff

女飞侠 said...

wow!!! u are so creative! this is a beautiful cake!

Shiela said...

am speechless.. :)

::Azura Rahman:: said...

MERDEKA!!!... haish~terus semangat tgk entry akak nie.. siap nyanyi lagik.. hihihi..

btw, tersangat la kreatif akak ni kan.. nice sgt2 kek bendera tu.. sayang plak nk makan.. hehehe..

Mom's the little one said...

what a beautiful cake

dapurCikWan said...

5* CAKE.. kreatif betul kak ita...suke2.

Makngah said...

Ita, I love your spirit..sgt patriotik!! Seperti biasa, kek yg sgt cantekkk :-)

nOOrsha said...

waah cntek sgtla kak..kagum2..speechless...wish to hv such a creative fingers like u....tabik spring..x terpikir kek blh jd bendera malaysia..hehe..k ita pasni wat kek ngr johor lak ya....:)

Miz Sitti said...

Cantiknya akak..Sitti hope sgt sitti pandai mcm akak..x fikir pun nak bt kek mcm itu.tapi akak memberi inspirasi..apa pun TAHNIAH bt akak

aca6nisa said...

cantiknyaaaa kak...speechlesss...ni ialah kek paling cantik sbb ada bendera malaysia...

nanonano said...

xpernah mengecewakan tiap kali tgk kek yg kak ita ni buat,
kak, nanti tunjuk ajar cmne akak deco topping yg bawah kaler2 tu boley?

rahel said...

Alahai....kak ita....mana nak letak kek tu? Tak bekedip mata memandang..sangat2 kagum dengan hasil karyamu itew...memang semangat merdeka yang membara....tahniah yer kak....suke sangat....tapi ada satu yg kak ita terlupa...lupa letak patung Rahel kat kek tu....gerrrrrr...

Miss A said...

kak ita boleh la masuk contest nih, Can win RM100,000 worth of prizes just by baking cupcakeshttp://says.com/my/menujusyurgamu/specials/1malaysia-cupcakes

Rahmah Ram Ram said...

sayang nak makan cake ni kak ita..cantik sangat...tak sanggup nak memotongnya...

Powered by Blogger.