Follow if you like

Sep 22, 2012

KEK MARBLE SANTAN

Assalamualaikum


Apa khabar rakan-rakan yang ita sayangi.. ?
Semoga semuanya sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Bertemu dan berpisah adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perpisahan itu pasti menjanjikan pertemuan yang sangat mengembirakan dan membahagiakan.

Pasti ramai antara kita yang bakal berpisah dengan para jemaah Haji yang akan berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah. Perpisahan yang di relakan walaupun dengan sendu sedan dan linangan air mata menjadi pengiring perjalanan mereka..
Redakan mereka menjadi tetamu Allah, dan semoga kita juga bakal menyusul hendaknya.. jika izin Allah.

Di kesempatan ini juga ita mencuri sedikit ruang untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat menjadi tetamu Allah kepada rakan-rakan bloger yang ita hormati.. Semoga perginya membawa seribu kerberkatan, di permudahkan segala urusan, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sabar juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar ibadah yang di lakukan dapat di sempurnakan dengan sebaik-baiknya..

Kepada waris mereka yang tinggal, doa pasti sentiasa mengiringi.. agar pertemuan ini bukan yang terakhir dan semoga selamat mereka berangkat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga dengan mendapat hidayah Allah SWT.


Peluang yang ada ini juga ita nak mengucapkan selamat berangkat kepada rakan ita, Nor Hayati Alim yang telah menghabiskan cutinya di sini dan akan kembali semula ke Vietnam, untuk menemani suami tersayang yang bertugas di sana.

Pertemua bersama sahabat lama yang terpisah lebih dari 20 tahun, adalah sesuatu yang sangat mengembirakan. Bila bertemu pasti kenangan lama di alam persekolahan tersingkap kembali. Bagaimana nakalnya kita waktu itu, menjadi satu memori lucu dan sering di rungkai semula setiap kali bertemu semula dengan rakan lama...

Rakan ita ada bertandang ke rumah ita kemarin. Seronok rasanya dapat jumpa semula setelah lama terpisah. Yati, juga membawa seorang lagi rakan sekolah yang lama juga ita tak jumpa. Seronok kita bersembang hingga tak perasan jarum jam berputar hingga ke jam 1.30 pagi.. aiii.. cepat sunggu masa berlalu, terasa nak aje ita tahan jarum jam tu dari berdetik.. Tak puas rasanya bersembang dengan rakan lama...

Semoga kita akan bertemu lagi, jika ada peluang kembali ke Malaysia semula jangan lupa singgah rumah ita.. banyak lagi yang nak di borakkan.. hehe
Semoga layanan ita yang seadanya dengan juadah yang tak seberapa, dapat melepaskan kerinduan kita bersama.. apa yang terkurang harap di maafkan ye.. 

Kepada rakan-rakan yang lain yang juga bakal berpisah dengan keluarga atau anak-anak semoga pertemua kita di Aidil Fitri yang lalu merupakan satu kenangan yang kekal abadi dan doakan yang terbaik untuk insan-insan yang kita sayangi..



KEK MARBLE SANTAN

4 biji telor
360gram gula kastor
400ml santan
400gram tepung gandum - di ayak
4 sudu teh baking powder - di ayak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Pes pandan dan vanilla


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8"
Sapukan mentega pada loyang dan alaskan loyang dengan kertas kek
Pukul gula dan telor hingga kembang dan putih
Masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder dan santan berselang seli.
Mulai dengan tepung dan akhirkan dengan tepung.
Gaul adunan hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
Letakkan pewarna hijau dan pes pandan ke dalam satu adunan.
Letakkan pes vanilla ke dalam adunan kuning dan merah.
Tuangkan ke dalam loyang berselang seli.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak sempurna.
Tunggu kek benar-benar sejuk sebelum dipotong





10 comments:

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita :D
Cantiknya Kek Marble Santan tu...bila makan ada rasa lemak-lemak gitu...

Bahan semua ada kat rumah ni tapi kelapa kering sebagai hiasan tu tak adalaa....

Rina Audie said...

rajinnya Kak Ita ini. Pagi -pagi sudah upload resep baru. Cantik lagi fotonya....

Gya Duniaku said...

salam kak ita... cantik banget kek tu.. harus juga dicuba tu... nanti dah cuba GD sharekan di blog GD pulak.. boleh yer kak..

faa.rosli said...

comelnyerr

Mas said...

cantikknya kek tu kak....
meh la sepotong... ^_^

Totie@Tomy said...

cantik semestinya sedap..

Cik Puan Izan❤ said...

mesti kek ni sedap dgn rasa lemak santan... saya nak amik resepi ni tau kak ;)

Ismi Iman said...

wow...pelangi nyer.lau mak iman suke la yg berasakan kelapa nh

Kak Nita said...

Salam Kak Ita,

Simple dan cantik gabungan warnanya!

Mon MonaLea said...

kak, nak tanya , guna api atas bawah ke? api atas je

Powered by Blogger.