Follow if you like

Sep 25, 2012

KEK LAPIS KEJU COKLAT

Assalamualaikum..


Alahaiii.. lambat pulak ita masukkan N3 hari ni.. Tadi kawan ita  pun dah call, tanya.. "mak cik.. mana ni resepi tak masuk lagi.. " hihi sebenarnya masa kawan ita call tu ita tengah berpeluh-peluh ambil gambar.. pas tu bila dah siap.. uk.. alah.. karen pulak tak de.. aduyaiii.. sabar aje lah kan..

Jadi tak dapatlah ita nak masukkan N3 ita pagi tadi.. ni dah petang baru terkial-kial nak masukkan.. Nak buat macam mana.. tu lah kata orang.. langit tak selalu cerah..


Hari ni, ita nak cerita pasal botol Magnolia dalam gambar ita tu.. Aduh.. dah berkurun juga rasanya usia botol tu.. Kalau nak tau, dulu masa ita kecik-kecil air Magnolia tu lah yang ita cukup suka dan hari-hari ita minum, kalau tak coklat yang perisa strawberry. Sampai naik memboyot jugak lah pipi ita ni sebab hari2 dok minum air tu.. hingga ita di panggil tembam di kalangan jiran-jiran dan keluarga.. hihi


Mesti ada yang terdetik berkata" waa... loadednya kak ita dok minum air tu.." bukan nya loaded, tapi dulu bapa ita dok jual air tu. Bapa ita pada masa itu adalah salah seorang anak melayu di Johor Bahru ni, yang di berikan permit untuk menjadi pengedar air, Magnolia, Pepsi Cola, Marinda, Yeos, Kikapo dan lain-lain lagi air yang zaman dulu-dulu..

Kerana itulah bila ita terjumpa botol air ni.. terus ita beli, memang kenangan mengusik jiwa betul.. sebab air nilah menjadi darah daging dan ita di besarkan..

Air magnolia ni ada dua botol sebenarnya, satu yang warna biru macam dalam gambar ni.. dan satu lagi berlogo merah. Yang biru berperisa coklat dan yang merah tu berperisa strawberry.. dah tak de dah kan air ni.. alahii.. rindunya dengan zaman dulu-dulu..


Ita cukup suka masa bapa ita jadi pengedar air ni dahulu, sebab apa tau?? sebab banyak dapat hadiah.. bila bapa ita ambil air ni dari egen bertong-tong dan berkotak-kotak, akan dapatlah hadiah, kadang dapat T-shirt, mainan, gelas, pinggan-mangkuk dan macam-macam lagi lah.. seronok sangat masa tu..

Yang paling tak seronok bila kita adik beradik kena susun botol-botol kosong tu.. Kena letak dalam kotaknya yang betul setelah semua botol-botol tu di pungut dari kedai-kedai yang menjual air ni.. penat tu.. dah lah berat.. Memang seronok bila kenang kembali zaman-zaman kanak-kanak..


Dah penat bercerita zaman anak-anak ita, sekarang kita kembali ke alam nyata.. hehe
Hari ni, ita kongsikan satu lagi resepi kek lapis. Resepi dari Dayang, dan ita olah sikit cara membuatnya mengikut cara ita, biarlah ianya ada sedikit kelainan dan dapat membezakan setiap kek lapis yang telah ita cuba.

Kaedah kali ni ita gunakan copstick, tapi maaf lah ye ita tak dapat nak tunjukkan sebab ita buat kek ni malam, payah nak dapatkan cahaya untuk merakamkan gambar ita tu.. Ita terangkan macam mana cara ita buat dan ita harap dapatlah bayangkkan bagaimana caranya tu..


Mudah aje sebenarnya. Mula-mula kita cari copstick yang kayu. Potong ianya sama lebar dengan loyang. Untuk resepi ni ita gunakan loyang 8 inc. Mula-mula kita bakar dahulu lapisan putih hingga 3 lapisan. Kemudian kita tuangkan pula lapisan coklat, lepastu susunkan copstick yang kita dah potong tadi. Tekan-tekan sikit bagi dia tengelam sikit.  Pas tu kita bakar. Bila dah masak kita keluarkan cop stik tadi tekan-tekankan sikit dengan alat penekan kemudian baru tuang lapisan putih. Buat lah sebegini hingga habis.

Sebelum tu ita nak bagi tau tentang kek yang ita buat ni, Kek ni pada ita rasanya ok! cuma kek ni terasa sangat kering dan sedikit kesat. Bila kita makan tu ia akan tersekat sikit kat tekak ni, dan kena segera minum air.. Ita rasa kalau kek ni lembab, mungkin rasanya akan lebih enak dan sedap! Teksturnya tak sama macam kek lapis yang biasa ita buat. Ita cadangkan bila sesiapa nak buat nanti, bila melapis tu, selepas setiap lapisan sapulah dengan sedikit susu pekat manis atau jam supaya kek sedikit lembab.


KEK LAPIS KEJU COKLAT
By : Dayang

Menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3

Bahan A
7 biji telur gred A
250g tepung hongkong ~ boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g
180g gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
75 ml air ais

Bahan B
250g mentega berkualiti ~ suhu bilik
140g cream cheese ~ suhu bilik
7 sudu besar susu pekat manis

Bahan C 
50g serbuk koko ~ diayak ~ kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco 
 

Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati).
Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.
Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan).
Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.
 
**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum. 
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. 
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.


16 comments:

i'mNOTmasterchef said...

ya Allah! Cantiknyaaa kek lapisss kak ita!!

Norhafizah (Lina) said...

like really like your photo. ada tak ita pos cara2 tangkap gambar kt blog ni?

Miz Sitti said...

Sedapnya..pasti sitti akan mencubanya...

Mas said...

wahhhh..
cantikk kemas jerk kek tu kak...

Nor Dila said...

cantik dan sedap,,mesti try ni,,tq share kak ita,,sudi2la jenguk blog saya ekk,tq

Qasey Honey said...

slm Kak Ita...rajin dh akak mlapis skrg ni..xterkejar pulak dbuatnye...cntik lapisan kek ni..rasanya tentu sedap ni kan..

Aida Lela said...

ralit tengok gambar2 kat dalam blog akak ni. CANTIKKK! resepi pun macam2 :)

Fuat Gencal said...

Çok güzel görünüyor. Ellerinize sağlık.

Saygılar.

Rohaizah Rosly said...

Kak mana nk dpt tepung Hong Kong tu? Huhu...

fazian.batrisyia said...

Best baca cerita kak ita kecik2 dulu. Semua org ada cerita masa kecik2 utk dikenang. Sy dulu kecik2 lasak suka panjat pokok jambu "pink guava" & pokok jambu air.

Sedap nampak kek tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sentuhan ita pasti lain dari yang lain..

p/s: rindu sgt nak tinggalkan jejak kat sini.. tp masa terlalu cemburu... alhamdulillah hari ni sempat tinggalkan jejak..

Sukma Haron said...

Gambarnya cantik, keknya lagi lah cantik dan sedap dan kenangan jalan ceritanya mengimbas suasana silam...agghhhh....kenangan tuuuu...

Sukma Haron said...

Cantik pemandangan gambar di dalam blog nie...keknya pasti sedap...mengimbas kenangan dulu lagi....

Master-X said...

kak ita..hmm..nmpk sedap!thank for sharing..

Umie a'iesya said...

kak ita...chantiknya...huhuhu

cheeze maz said...

cantik dan tentunya sedap.

kalau cheese cream tu ditukar serbuk cheese yg warna oren mesti lgi sedap kan? hehehehe

jemput ke cheezemaz.blogspot.com untuk melihat resepi x seberapa.

salam ziarah

Powered by Blogger.