Follow if you like

Sep 6, 2012

KEK LAPIS DWI BERRY


Assalamualaikum
Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan sekalian
Sekejap aje kita dah pun nak meninggalkan bulan Shawal
Terasa cepat sangat masa berlalu dan tak lama lagi ramai antara saudara mara kita atau rakan-rakan yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji.

Semoga perjalanan para jemaah ke bumi anbia di berkati dan di rahmati. Sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah serta di berikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan rukun Islam yang ke 5 itu.
Bilalah ita dapat peluang untuk melangkahkan kaki ke sana semula...

 

Masih ada lagi ke mood beraya??
Sebenarnya hari ni pun ita tak boleh nak sembang lama-lama. Banyak sangat tugas yang ita nak siapkan.
Sebelum tu, ita nak kongsikan resepi kek lapis yang ita buat untuk Hari Raya.
Nak habak dulu sattt.. nooo..
Kuih lapis ni memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya.. aduyaiiii.. rasa macam tobat tak mau buat lagi.. huhu
Sebenarnya ita dah tersilap percaturan masa. Ita sangkakan ita sempat buget masa untuk siapkan kek lapis ni.. Rupanya hampehhh!!
Ita mula melapis pukul 8 malam dan ita habis melapis pukul 3 pagi.. aduyiiii... sampai dah tertidur-tidur ita tepi oven tu..  menunggu kek ita ni..


Buatnya tak susah tapi renyahnya... makk aiii... sebab kita nak kena letak pula adunan tu selapis-selapis warnanya.. aduyaiii sabar je lah kan..
Nasib baik rasanya sedap!!

Terima kasih ye Bro Rozan atas perkongsian resepi kek lapis ni.. memang respek giler kat Bro Rozan ni yang boleh buat kek lapis yang cantik-cantik dan idea yang pelbagai..
Tahniah Bro.. ^_^



KEK LAPIS DWI-BERRY 
By: RSR

450 gm mentega
160 gm gula
½ sudu besar ovellette

10 biji telur (saiz besar)
200 gm (½ tin) susu pekat manis

300 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
80 gm jem strawberry + pewarna merah
80 gm jem blueberry + pewarna biru
50 gm keju parut
Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul.
Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung Hong Kong dan horlicks sedikit demi sedikit. 
Pukul hingga sebati dan rata.
Ambil 12 senduk adunan dan biarkan plain (utk 3 lapis bawah & 3 lapis atas ~ 1 lapis 2 senduk adunan). 
Lebihan adunan dibahagi dua. 
Satu warnakan biru dan yg satu lagi merah lalu masukkan ke dalam botol plastik.
Bakarlah 3 lapis plain. 
Taburkan sedikit keju parut pd setiap lapisan. 
Utk lapisan ke empat hingga 13, picitkanlah adunan merah/biru berselang seli, menyerong (diagonally). 
Setelah selesai, bakarlah 3 lagi lapisan plain.
Nota 
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan selepas di bakar untuk mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan sewaktu proses kek di bakar.
Bakar lapisan pertama menggunakan api gril atas dan bawah pada suhu 170 C mengikut kepanasan oven masing-masing sehingga permukaan kek keperangan.
Untuk lapisan seterusnya hanya gunakan api atas sahaja.
Ita menggunakan loyang 9 inc
Ita sapukan dasar loyang sahaja dengan butter dan lapik dengan kertas kek pada dasarnya.




KEK LAPIS DWI-BERRY 
By: RSR

450 gm butter
160 gm castor sugar
½ tbsp ovalatte (emulsifier)

10 eggs (Grade A)
200 gm Condense Milk

300 gm Hong Kong Flour
100 gm Horlicks (Malted Milk Powder)
80 gm strawberry jam + red colouring
80 gm blueberry jam + blue colouring
50 gm grated cheese

Method
Preheat oven 170C
Grease 8" baking pan
Beat butter, sugar and ovalatte till fluffy
Add eggs one at a time and beat till fluffy
Add condense milk - beat again till blended
Add Hong Kong flour and horlicks/malted milk powder - mix well 

Weight the batter and divide into 6 small cups  - for the plain layers
(1 cup equivalent to 100gm - 120gm)
3 cup for the top 3 layers and 3 cups for the bottom 3 layers.
Save some balance and divided into two portions - coloured layer blue and red
Mix blue mixture with blueberry jam - put in piping bag
Mix red mixture with strawberry jam - put in piping bag

Bake in 8" baking pan.
Start baking layer by layer for the 3 bottom layer
Weight the first layer, spread it evenly and bake it using upper and lower fire for about 5 mins.
Change setting to grill mode (upper fire) and continue to bake for another 5 mins or until golden brown.
Weight and bake second layer as usual until cooked.
Spread grated cheese on top of every layer.
For the colouring layer, pipe the batter diagonally.
Lastly bake the whole cake in oven at 170C for 10 minutes







41 comments:

Nana said...

Kak Ita.. tepung Hong Kong nak beli kat mana yer ?

Puteri Satu said...

halus buatannya....

:: Sarah Zainuddin :: said...

Sedapnye!

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Mmg sue tabik dgn sp2 yg rajin bwt kek lapis ni. Sbb mmg kn byk sabor. Jenuh melapis. Heheee tp hasilnya mmg terbaik. Sbb tu x heran la knpa harganya mahal kan. :)

Mas said...

cantiknya kek lapis kak ita....
rajinn akak melapis...

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaa....rajinnya melapis...kempunan kita tengok...adeeehh nnt mesti nak gi JB laaa...rugi x pergi hari tu...hehehe, cantik dan mesti sedap tu kan...

inahar ali said...

woww cun banget kek lapisnye ita! selamat hariraya & maaf zahir batin wat ita sekeluarga ye!

nOOrsha said...

Canteknyaaaaaa...mmg bercinta nk wat kek lapis ni....tapi berbaloi sbb sedap!!gambar pun sgt cantek...suka 10x :-)

fazian.batrisyia said...

Tahun ni jgn kata nak melapis,nak buat kek yg senang2 dlm erti kata lain yg boleh sy buat pun tak dapat....kesian sy.

Yatie said...

Rajinnya Ita melapis, kalau yatie bolehlah buat kuih lapis, kalau kek lapis tak berani lagi..takut takde kesabaran yg tinggi..he3..btw cantik yg amat kek lapis Ita ni....

Miz Sitti said...

Assalamualaikum kak ita..

kemas,cantik & membuat sitti terliur..rajinyer kak ita..pas ni bole la sitti bt sempena raya haji ni..

Amie said...

Berbaloi-baloi rasanya ye kalau dah tunggu sampai pukul 3 pagi... hasilnya pula cantik dan sedap!

Marsita yahya said...

Salam Ita,
sabor je lah ye...rajin bebenor.
Nasib baik sedap kan...

rahel said...

Aduhai kak Ita..nape rajin sangat melapis kek ni?...kecur tau...cantek dan kemas sangat lapisan kek ni kak...

Sue said...

Sabarnye akak...tabik spring sekali...toingggg!

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Kek Lapis antara kek yang saya suka! tapi x pernah lagi nak cuba buat.

Qasey Honey said...

aduhaiiii rajinnya akak ni melapis...cantik pulak tu setiap lapisannye...sekata..teringin pula nk mcubanya...tertarik dgn resepi ni jugak..mesti sedap..

mademoiselle ten said...

Confirm tk sanggup nk buat... takperla beli je la nmpknya

Mom's the little one said...

Dear Azlita,I saw your beautiful pictures almost everyday, and today I just read this recipe, and have some question to ask. What is horlicks? what subtitute for this ingredients since I live in US :
Thank you so much

faa.rosli said...

takutnye nak buat..org yg xsabar mcm faa mmg xleh buat..huhu

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum Nana
Tepung Hong Kong boleh beli kat kedai jual bahan kuih muih dan kek

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Puteri,
masih banyak lagi yang perlu di perbaiki

AZLITA AZIZ said...

Sedap sarah, nanti boleh cuba!

AZLITA AZIZ said...

Waalaikumussalam Ibh_Sue

Ialah mmg nak kena sabar buat kek lapis yg ni sebab rumit sikit caranya tu..

Dulu akak pun selalu beli aje.. tapi harganya memang mahal..
Bila dah buat sendiri barulah tau kenapa kek lapis ni mahal sangat

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Mas

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih kak Ummi..

tu lah hari tu ita tak bawa pulak utk kak Ummi. Ingat nak tunggu kak Ummi dtg rumah hihi

tak de rezeki.. tak pe tahun depan kan ada lagi..

nanti akak dtg rumah ita ye..

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih inahar
Selamat Hari Raya juga buat inahar dan keluarga

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Noorsha

Gambar Sha pun akak tengok semakin cantik!

Akak suka perkembangan tebaru ni.. semoga sha teruskan bakat yg ada

AZLITA AZIZ said...

ala ciannya fazian..
Tak pe kek tunjuk-tunjuk kan banyak.. hihi

Dia nak suruh mamanya berehat lah tuu ^_^

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih yatie..

Ita pun baru aje cuba-cuba melapis ni yatie..
Terlanjur anak-anak tak de.. dapatlah ita buat hihi

Kek yatie pun apa kurangnya.. hebat-hebat belaka.. sedap-sedap pulak tu..

AZLITA AZIZ said...

Waalaikumussalam Miz Sitti

Terima kasih

Boleh nanti siti boleh cuba utk Aidil adha pulak! rasanya pun sedap!

AZLITA AZIZ said...

Ye lah Amie.. nasib baik sedap! klu tak frust aje.. penat membakor dan menunggu hihi

AZLITA AZIZ said...

Ye Mas mujur kek ni sedap! berbaloi pulak rasanya ^_^

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Rahel

rahel pun apa kurangnya.. rajin dan pandai buat kek

suka akak melihat kek rahel

AZLITA AZIZ said...

TQ sue

AZLITA AZIZ said...

Akak pun suka Amir..

Biasa klu beraya rumah org kek lapis lah yg akak cari dulu.. hihi

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Qaseh

alhamdulillah sedap! pas ni Qaseh boleh cuba pulak ye

AZLITA AZIZ said...

rasanya berbaloi membeli daripada buat kan mademoiselle hehe
^_^

AZLITA AZIZ said...

Dear Mom's the little one

Thank you for the visit.
Horlicks is a malted milk drinks contains of malted barley, wheat and dried whey. It comes in powdered form. I'm not sure what they have in the US but other brands such as Carnation, Ovaltine and Nestle are available in the market.

AZLITA AZIZ said...

Salam Faa..

apa nak takutnya faa.. cuma perlukan kesabaran aje ^_^

Norliza Ismail said...

Tabik pada orang yg rajin buat kek lapis ni

Powered by Blogger.