Follow if you like

Sep 4, 2012

KEK LAPIS CADBURRY / KEK LAPIS INDIA


Menurut Dayang, Kek Lapis Cadbury dan Kek Lapis India adalah kek yang sama. Kek ini juga merupakan kek yang cukup popular di Bumi Kenyalang.
Rasanya yang lemak manis di tambah kepingan coklat Cadbury di dalam yang bila tergigit wallaaa... shahdunya... Seshahdu alunan lagu.. Gema takbir Di Aidil Fitri..

Cara membuatnya pun tidaklah serumit mana. Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup simple dan mudah didapati. Boleh dikatakan ini adalah basic kek lapis kepada mereka yang baru berjinak-jinak nak melapis kek macam ita ni..


Apa yang diperlukan sedikit kesabaran didalam membuat kek lapis. Ketekunan yang tinggi dan juga ketelitian ketika melapis. Jika sukatannya tepat untuk setiap lapisan, bakal mendapat lapisan kek yang sekata dan menarik. Ita???? masih banyak lagi yang ita perlu berlajar untuk melapis kek ni..

Perlu diingat, kek lapis tidak boleh disapukan butter di sekeliling loyang. Ini kerana bila kek dikeluarkan dari oven untuk meletakkan lapisan seterusnya , ia akan mengecut. Proses ini akan menyebabkan lapisan tidak kemas, beralun dan senget benget.

Jangan bimbang, kek akan terenggang sedikit dari loyang bila sudah sejuk dan mudah sahaja untuk mengeluarkan kek dari loyang.

Lagi satu yang perlu diberikan perhatian, jangan lupa untuk menekan setiap lapisan yang telah dibakar dengan perlahan. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan segala gelembung udara yang terperangkap di dalam kek semasa proses pembakaran.

Macam mana?? dah bersedia untuk melapis.. ??



KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA
Resepi : Dayang Jack
Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional
Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing
Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. 
Putar lagi hingga sebati. 
Masukkan pewarna kuning jika suka. 
Kacau lagi sebati.
Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven
Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.
Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja
Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara.
Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.

Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. 
  • Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, setiap lapisan di sukat dengan tepat.
  • Jangan sapu butter pada sekeliling loyang hanya sapu butter pada dasar loyang sahaja dan lapis dengan kertas kek pada dasarnya ~ proses ini untuk dapatkan hasil lapisan yang rata dan tidak beralun.
  • Jangan lupa untuk menekan dengan perlahan permukaan kek, selepas setiap lapisan di bakar ini bertujuan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap di dalam kek.
  • Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, sejukkan dahulu kek di dalam peti ais. Kemudian potong dengan pisau yang tajam
  • Cara menyimpan kek, balut kek dengan plastik atau dengan aluminium foil dan simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti ais.

Terima kasih Dayang atas resepinya. Ita minta izin untuk copy di sini pula ye.. ^_^


27 comments:

rahel said...

Salam Kak Ita...
ni yang tak acik ni...tadi baru je nampak putri mandi-manda...skarang kek lapis pulak..aduiiii..semput Rahel nak kejar akak buat kek...nampak sedap sangat coklat cadburi itew...ishhh..menggoda! menggoda!

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita cyggg...lama dh singgah ke sini...wah akak sgt rajin utk melapis kek tu...QH suka mkn aje..hihi...mcm nk terai jugak la kek lapis tu..bhn2 yg lain mcm dh sedia ade aje tu..tingal beli butter aje nti..

Norazlina Sani said...

patutla mahal kek lapis ni...leceh nak buatnye...hanya org yg sabar mcm k.ita je boleh membuatnya...

Norazlina Sani said...

memang nampak sedap...

Ryo Azhar said...

Salam kak Ita..cantek je lapisan ni
Antara kek febret ryo ni.. hari tu masa raya sempat buat 2 kali kek lapis ni ha..hehe.

noor ashikin said...

salam kak ita..akak tekan kek utk setiap lapisan tu pakai apa ya?satu hari nak buat la kek ni..mmg suka makan..tgh imagine dlu nak buat..hehe

noor ashikin said...

salam..kak ita..akak tekan kek utk setiap lapisan tu pki apa ya?tgh imagine nak buat kek ni..mmg suka makan kek ni..hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Ita memang berbakat, bagi apapun mesti jadik!!! :-))))

o said...

Slm Kak Ita, sayer org sarawak yang setiap tahun buat kek lapis. nak betulkan word kak Ita, boleh letak mentega kat sekeliling acuan itu lebih baik,tpi bawah sekali sebelum mulakan lapisan pertama, make sure kertas kuih itu sudah ditampal dalam acuan agar senang kuih untuk dtukar kelak

Amie said...

Cantiknya kek lapis... memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi untuk melapis...kita pernah buat tapi yang kukus punya.

siti sensei said...

salam kak ita..aduuhh jatuh cinta ngn kek lapis kak ita pula..hritu dh jatuh cinta ngn kek lapis kak Rima..hehe..thumbs up la sis..rajin sgt..

ameris said...

kak ita ni dah tahap pro melapis kek.
tgk gmbar je terus rasa nak cuba buat.

ameris said...

kak ita; brapa lama amik masa utk bakar sebiji kek nie?

Ahmad Sazali bin Masod said...

Ana pergi kelas buat kek lapis nih. Alhamdulilah dekat 30 biji tejual raya baru nih. Cuma sedikit tips buat yg nak mencuba, butter tu dipukul high speed 10 minit sampai warna putih. Biasa ana pakai butter bakel butar, antum blh pakai ape jenis butter pun kalu anchor rasa lbh sdp sbb pure butter. Cadbury blh digantikn dgn prune, atau bubih asam flake jdik asam manis, atau gandingan blueberry n parutan cheese. Blh tinjau fb ana, aida amir

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,
Cantik sekali kuenya. Bahaya...dimakan satu tak puas, dimakan banyak naik pula timbangan nanti hahahahaaa

Emma said...

byk versi juga kek lapis ni, saya ni mmg peminat tegar kekmlapis sarawak, biasanya kek lapis india ini ada desicated coconut pada lapisannya menjadikan kek itu lebih istimewa......

deena said...

Xbrani nk buat tkut xjd..

Mon MonaLea said...

salam kak ita. lea anak jati sarawak yang menetap di semenanjung seronok tgok kak ita buat kek lapis sarawak. raya ni lea buat kek ni, semua kawan2x n teman sepejabat cakap sedap.

Kak Sam said...

Teringin sangat nak belajar melapis tapi takde keberaniaan lagi. huhuhu

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

Thanks Puan Ita for the tips
xoxo

Shiela said...

sangat menarik ita.. teringin juga nak mencuba jika ada kesempatan.

Aldrin Adeni said...

Salam Kak Ita,
rasanya cake lapis India berbeza dgn lapis Cadbury. Perbezaan ialah cake lapis India mengandungi desiccated coconut.
Cake lapis Cadbury Kak Ita sungguh kemas sekali mengalahkan cake lapis org Sarawak. Welldone kak Ita, you're such a talented baker.

from
Mila ( anak jati Sarawak)

Cik Puan Izan✿ said...

kek lapis pulak...rajinnya kak ita ni...

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

Salam singgah kak ita..
Dah lama sy ikut pkembangan blog akak.. Sgt mnarik dan byk resepi yg menggoda hati dan perut..
Maaf syg nk bgtau kak ita, ekceli kek lapis cadbury n kek lapis india sbnrnya kek yg berbeza.. Persamaannya cuma penggunaan cokelat cadbury jer..
Kalau kek lapis india dia ada mggunakan kelapa kering dln adunan.. Tp kek cokelat cadbury xde.. :-)

JackieA said...

Thank you so much for the detailed instructions on how to bake this cake....many bakers refuse to give out their 'trade secrets' but you were very generous. I appreciate your tips....dah banyak kali buat kek ini tapi a few of the tips mmg tak tau and harap2 kali ni untuk Christmas, kek lapis nampak lagi cantik dan enak!

Ummuafiq Hashim said...

masa menyusun coklat atas kek yg dah masak... coklat tak cair ke?

hamba Allah said...

Sya x guna santan..tp tukar ng nestum(di kisar) sedap jugak....tiap2 raya mesti buat kek neyh..

Powered by Blogger.