Follow if you like

Sep 15, 2012

KEDAI ROTI JALAN DHOBY



Kalau anda anak jati Johor atau pernah menetap di bandar JB pasti anda tau kan ini kedai apa??
Ini adalah antara kedai roti yang tertua di Bandaraya Johor Bahru. Kedai roti kepunyaan En Salahuddin ni terletak di Jalan Dhoby berdekatan dengan Bukit Timbalan. Kiranya kalau orang JB semua dah tau dah kedai roti ni, malah ia juga kerap menjadi tumpuan warga Singapura yang dah biasa datang ke bandaraya JB ni.


Kedai ni, dah berabad lamanya, malah ianya tak terusik, masih dengan bangunan uzur dan usang dan masih lagi mengekalkan teknik membuat roti yang asli iaitu membakar dengan kayu api.

Ini lah dapur kayu yang masih digunakan untuk membakar roti-roti di kedai ni.. antik kan??

Masa ita lahir lagi kedai ni dah pun beroperasi. Ita pun tak pasti kira sekarang ni dah jenerasi yang ke berapa lah agaknya...
Menurut  kata salah seorang anak muda yang ita temui di kedai ni, ita pun tak pasti pemuda yang peramah tu.. anak, atau cucu atau cicit kepada En Salahuddin ni. Menurut katanya kedai itu mula di buka pada tahun 1937 lagi.. fuyoooo... lamanya kan dah lebih kurang 75 tahun tu.. Ita berharap kedai ni akan terus kekal dan utuh, supaya masih dapat di kunjungi oleh jenerasi yang akan datang.

tengok.. loyang dan acuan yang di gunakan pun dah season.. dah bertahun-tahun di gunakan ni.. antik!!

Masa ita kecik-kecik dulu, roti dari kedai roti inilah yang ita selalu makan. Pada masa tu, hanya ada kedai roti ini sahaja yang beroperasi dan memang cukup popular. Kalau pagi-pagi kita akan nampak bersusun basikal bai roti berderet di hadapan kedai untuk mengambil roti untuk dijaja. Situasi sebegitu mungkin tidak akan dapat kita lihat lagi sekarang ni.. memandangkan bai roti pun dah payah kita nak jumpa.



Apa pula roti yang special di kedai ni??
Yang paling ita suka sekali karipuffnya ni.. aduyaiiii... sedapnya nak-nak kalau dimakan masa panas-panas, rangup dan rapuh.. tak cukup satu nak dua tak cukup 2 berketul-ketul jugak lah yang masuk dalam perut ni.. Dah lah besar.. intinya pun inti kentang yang memang original. Semasa ita singgah masih ada lagi karipuff ni di jual.. alahaiii sukanya.. rindu betul dah lama tak makan karipuffi ni..  rasanya masih sama tak berubah lansung, masin rapuh dan wallaaa... sedapnya..


Satu lagi yang menjadi favourite ita, kuih suji bai ni.. aduhhh.. dah lama betul rasanya ita tak makan. Sejak ita meninggalkan bandar Jb ni.. terus tak berkesempatan singgah ke sini. Biskut sujinya ni besar-besar tau.. memang puas betul makan, rangup di dalam dan selembut salju di luar.. rasanya pun  masih sama macam yang ita selalu makan masa kecik-kecik dulu... aduh! nostalgia betulah.. sambil makan sambil ita terkenangkan bai roti yang selalu berjaja di rumah ita. Kalau dia singgah rumah mak ita masa tu, pasti dia akan berikan ita kuih suji ni, sebab dia memang tau ita suka sangat dengan kuih suji ni.. alahii.. hilang rindu ita sekejap bila dapat menikmati kembali biskut suji yang menjadi kesukaan ita ni..


Sebenarnya dah berapa kali ita cuba singgah kedai roti ni, tapi tutup. Kebetulan semalam ita pergi tengok Art Exabition di Bukit Timbalan. Tempat parking penuh pulak, jadi parking lah depan kedai ni.. Nasib ita baik pulak hari ni, bila kedai ni masih beroperasi. Tapi sebab ita sampai dah lewat petang, banyak rotinya dah habis di jual. Operasi membuat roti jugak tak de hari ni sebab esok kedainya tutup jadi dia tak buat lah roti hari ni.. alahaiii.. tak pe lah.. lain kali ita singgah lagi, ita ambil gambar bagaimana roti-roti ni di buat ye..

sempat jugak anak dara ni berposing dengan bai roti.. hehe

Kepada yang teringin merasa roti buatan asli yang masih dibakar menggunakan dapur kayu, jangan lupa singah di Kedai Roti Salahuddin di Jalan Dhoby ni..



13 comments:

Mat Gebu said...

Nostalgia kan....saya kalau ke JB pun tak pernah miss singgah dan beli, roti paun dia pun sedap, rongga roti kasar2 dan kalau cicah kopi atau kari, aduhh meresap dia lain macam je...ishh...termengidam pulak dah...

AZLITA AZIZ said...


betul lah Mat, kenangan mengusik jiwa betul bila singgah sini tadi..
Tapi masa akak dtg tadi dah petang sangat, banyak roti dah habis..

lain kali kena datang pagi-pagi.. hihi

dalila.norain said...

Kak Ita, kita mase kecik2 mase still kat JB kan suka sgt pegi sini beli roti dgn mak kita tau... mase tu mak kita keje kat Bank Negara tu, dia slalu beli roti paun bwk balik umah... so ada masa klau kita ikut abah pegi amik mak lps abis keje, mesti nak pegi beli roti ni... sedap sgt2... huhu... lama x mkn roti dia, rindu rasa... lagi pulak skrg dah x duduk JB...

dee said...

tak tahu pun pasal ni? penah juga duduk jb. adey

etuza said...

gambar2 tu di ambil di mana di Mesir ke..alamak jakun ni bertaya.
klik dan follow http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

Travel&Food Lovers said...

hi etuza...

penat tuan rumah bercerita...come on la..jgn mcm ni..be nice ngn tuan rumah, nnt ramailah yg singgah ur blog...jgn nak promote blog jer...it just my 2 cents...

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

kedai roti jln dhobby.

saya generasi ketiga yg selalu membeli di kedai bai. sampai skrg, kerap ke kedai bai ni. karipapnya, roti, dan betul kata akak, kuih suji nya mmg sedap ! favorite !

tapi kena cpt dan pandai pilih masa, lambat sikit, tak dpt lah merasa karipap bai. hehe. :)

rafeah jalil said...

Tak perasan pulak JB ada kedai roti antik ni,dulu ms saya tggl di Jln kebun teh x penah dgr pulak. kalau saya g JB saya nk g kedai antik ni..pasti roti fresh dan sedap. Walahhh

azmah said...

Salam Kak Ita, wah best nyer skang ni dah susah dah nak jumpe kilang roti yg antik cam ni...Kat tempat saya kek Kuala Pilah (kitorang panggil Pilahdelphia hehe...) pon ada satu kedai yg bakar roti guna sabak ni...bau roti dia aduhai tak dapek nak nolong...harum...Tapi Kak Ita prasan tak slalu nyer yg masih jual roti guna sabak ni orang-orang keturunan Hindustan/Pakistan/India muslim kan...yg saya heran tu diorng boleh survive walo pon dah berpuloh taon...May be sebab diorng buat roti dgn ikhlas kan....

Ana Rashidah said...

alahai kak... saya sangat suka makan roti benggali. bestnya dapat pi bakery dia. mujur le saya bukan tengah mengandung. kalau tak... jenuh nak ke jb nun huu hehehe...

farishaaa. said...

dihadapan kedai ini lah atuk saya mengambil upah menaip surat "petition writer".. dulu2 x ramai pandai menulis dan berbahasa inggeris.. jadi atuk sayalah yg akan mengarang surat utk urusan kerajaan atau sebagainya.. setiap hari lepas kerja pasti bawa balik sugi dan roti benggali.. saya menangis tadi bila terbaca artical ni..

Nur-nba said...

Tadi baru dapat singgah..Memang sedap sangat roti ni.. Rotinya lembut dan lain dari yang lain.. Cuma agak susah nak dapatkan parking.. Tapi memang rugi kalau tak cuba.. Berbaloi.. Nanti bila2 senang nak pergi lagi..

Faridah mohd gani said...

Ptg td mkn angin pusing2 bandar jb. Nmpk bkt timbalan, tiba2 teringat kat kedai bai roti. Alhamdulillah, nostalgia dpt merasa suji masa kecik2 dulu. Esok nak rasa karipap bai plk.

Powered by Blogger.