Follow if you like

Sep 19, 2012

HUA MUI KOPITIAM RESTORAN

Dah tidur ke??
Malam masih awal lagi kan..
Apa kata kita singah sebentar ke Kopitiam, sambil lepak-lepak kita pekena secawan kopi , buat penghilang mengantuk!


Malam ni ita nak bawa sekali lagi anda semua bersiar-siar di bandar Johor Bahru. Apa yang bakal ita kenalkan kali ini adalah restoran Kopitiam yang pertama dan tertua di Johor Bahru.

Restoran yang di usahakan oleh keluarga Chiang ini di katakan memulakan perniagaannya pada awal tahun 50an.  Restoran yang dikatakan telah berusia lebih daripada 60 tahun ini masih terus bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan restoran Kopitian yang sekarang ini  bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Kedai makan 2 tingkat ini di katakan di bina pada tahun 1948, dan majoriti pelangannya adalah bangsa Eropah yang bertugas sebagai pegawai kerajaan  di Bangunan Sultan Ibrahim pada ketika itu. Mereka biasanya akan makan di sini bersama keluarga dan rakan -rakan. Oleh kerana itu kebanyakkan makanan yang di jual atau di sajikan adalah makanan wastern dan menu utama yang mejadi kesukaan pelanggan adalah Hainanese Chicken Chop, selain menu tempatan dan kopitianm.


Apa yang menarik dan istimewanya kedai ini, mereka masih lagi mengekalkan bangunan lama dengan dekorasi kolonial era 50an. Gantungan gambar-gambar lama di dinding mengamit nostalgia ketika kita menghirup secangkir kopi.


Ketika kaki melangkah ke tingakt atas, terasa kayu pemegang tangga sangat halus dan licin, mungkin kerana telah berabad lamanya di gunakan. Tapi sayangnya banyak kerusi meja yang telah ditukar kepada kerusi besi dan plastik, mungkin kerusi meja lama telah usang atau uzur yang membuatkan pemilik restotran menukar kepada yang sedia ada.


Pada masa ita berada di restoran ni, pelanggan sangat ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri menunggu giliran untuk mendapatkan meja. Restoran ini di katakan beroperasi bermula seawal 8 pagi dan berakhir lewat 6 petang.


Jika anda berada di restoran ini pasti anda akan terpersona melihat mereka masih lagi menggunakan takal untuk membawa naik makan yang di pesan pelanggan dari tingkat 1 ke tingkat 2.


Kepada anda yang teringin merasa menikmati secangkir kopi seperti berada di era 60 an, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Hua Mui yang terletak di No 131 Jalan Terus, Johor Bahru.



16 comments:

pilot v.s chemist said...

salam, kak ita, kak ita selalu post pasal kedai2 kopi kedai lama mcm ni..mmg sngt bagus...maaf saya bertanya, tp saya musykil adakah kedai ini halal? halal bukan pada makanan nya saja tapi kebersihannya jugak...

AZLITA AZIZ said...

Wasalam Pilot

Status kedai itu di katakan Restoran kopitiam Halal, sama jugak lah seperti restoran kopitiam lain yg terdapat di M'sia ni.. tapi sebagai seorg Islam kita sendiri mau ingat lah kan...

Kalau mengikut Islam sebenarnya.. kita tak boleh makan makanan yg dihidangkan oleh bangsa lain, tapi terpulang lah pada pendirian setiap individu..

Akak paparkan sebagai salah satu khazanah Johor lama yang harus di kekalkan sebagai satu warisan untuk generasi akan datang waima hari ini sekalipun yg tidak berpeluang menikmati era tersebut..

p/s sebenarnya akak pun tak makan kat situ.. akak gi ambil gambar aje.. hehe

cikja said...

salam..
belasan tahun dulu saya pernah makan disini..skrng terfikir halal ke dak ekk,,,heheh..

snuMun said...

salam kak ita...hehe..hrtu ayah de bawak p kedai tu..dia kata time dia special mkn situ arwah atuk bawak. yg unik tu klu duk tingkat atas dia ada manual 'lift' utk bwk naik mknn.

hrtu de jln2 p JB. insyaAllah de rezeki klu p sana lg leh jln2 uma kak ita ^__^

Aimi Laili said...

memories, :) dulu selalu jugak pegi ke hua mui yang lama ni, tapi sekarang dah jarang, plus hua mui ni ada lagi satu branch yang baru kat taman sutera kan? tapi, kawan2 kata yang hua mui lama maintain sedap, hua mui baru tak best pun hehehe. Tq akak share gegambar ni :)

esiana said...

Salam Ita..

Saya suka lawat blog Ita..saya suka makan, masak ni ikut mood juga..info pasal kedai-kedai lama ni sangat bagus untuk generasi sekarang lebih mengenai negara kita di era penjajah dulu..tahniah!!

Sari Yusa Ibrahim said...

Hua Mui sentiasa jadi kenangan terindah dalam hati kita...

Sari Yusa Ibrahim said...

http://sariyusa.blogspot.com/2011/02/menggamit-memori-di-hua-mui.html

It's me... said...

uwaaaaaaaaaaaaaa... rindu hwa mui!!!

farishaaa. said...

tempat ni dari datuk, emak dan saya sendiri mmg favourite..tapi tu dulu sbb skrang yang ambil alih ialah anak nya dan mungkin skrang kita lebih mengambil berat espek kebersihan dan status halal nya.. so sangat rindu dengan keenakan mee nya saya akan pergi ke It Roo iaitu satu cawangan nya yng mmg ada status halal..

ezfezrid said...

tempat makan wajib kunjung kalau saya balik JB..:)

Raja Nor Hameza Raja Hussin said...

Batu lps tgk rencana kat ntv7 pasal resyoran ni. Tuakeh Cina tp ada pekerja melayu perempuan sorang. Kalau dah retoran pun nama hui mui... tak perlulah dipersoalkan lagi kecuali Cina muslim. Makanan yg dimakan akan jadi darah daging.. beringalah.. oita kakan bukan setakat sebab sedap tapi halal yang paling ptg... allahu'alam

Raja Nor Hameza Raja Hussin said...

Batu lps tgk rencana kat ntv7 pasal resyoran ni. Tuakeh Cina tp ada pekerja melayu perempuan sorang. Kalau dah retoran pun nama hui mui... tak perlulah dipersoalkan lagi kecuali Cina muslim. Makanan yg dimakan akan jadi darah daging.. beringalah.. oita kakan bukan setakat sebab sedap tapi halal yang paling ptg... allahu'alam

Ronnie Ahmad said...

Saya dan mber2 selalu minum kopi o ngan roti bakar je. Memang power. Tu hari jumpa abg.Ramli Sarip ngan geng2 dia kt sini. Majoriti Otai2 yg jadi regular customer. Kopi dia memang best 4 ever. Adios.....

Unknown said...

Terbaik kedai ni...bgn pagi2 xda tmpt nk g kt jb...so apalagi..kopitiam dulu la kita..

ramdan shah said...

Terbaik kedai ni...bgn pagi2 xda tmpt nk g kt jb...so apalagi..kopitiam dulu la kita..

Powered by Blogger.