Follow if you like

Sep 26, 2012

GERAI JEMPUT-JEMPUT DAN LEMPENG

Assalamualaikum


Lempeng atau jemput-jemput adalah juadah tradisi turun temurun yang sentiasa segar dalam ingatan. Walaupun kini makanan segera telah mengambil alih, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, namun bagi anak-anak jenerasi 60an, 70an, 80an dan awal 90an pasti nostalgia menikmati juadah istimewa ni di setiap pagi hening disamping menghirup secawan kopi panas pasti tidak dapat dilupakan..

Lebih istimewa jika juadah ini di sediakan oleh ibu tersayang, air tangan ibu pastinya tetap segar dan sebati dalam diri ini.

Nostalgia ita bersama makanan tradisi ini sememangnya mengamit satu nostalgia yang tak mungkin ita lupakan. Setiap pagi bila melangkah ke sekolah pasti inilah sarapan yang di hidangkan oleh emak. Lebih enak jika di hidangkan dengan sambal tumis ikan bilis, aduh!! meleleh-leleh air liur ini menahan kecur..


Lempeng kosong dan jemput-jemput bilis, di makan bersama sambal tumis udang atau ikan bilis. Kadang kala lawannya juga sambal sardin.. enaknya.. kenyang sampai ke petang.
Jemput-jemput pisang atau lempeng pisang,  pula di hidangkan bersama kopi panas, di cicah pula dengan gula.. fulamakkk.. macam tak ada lagi juadah yang seistimewa ini..

Lempeng kelapa pula, emak ita lebih suka lawankan dengan ikan masin.. berselera betul bila melihat emak menikmati lempeng kelapa bersama  ikan sepat masin.

Kini juadah istimewa ini turut di gemari anak-anak ita. Setiap kali pulang bercuti, pasti juadah ini akan menjadi salah satu hidangan wajib sepanjang cuti mereka. Biasa ita lawankan dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang. Tak cukup sekilo tepung ita bancuh, tak kira pagi petang atau malam hari. Seronok melihat anak-anak menikmati juadah istimewa ini sambil melayan cerita di kaca TV.


Siapa sangka juadah yang dahulunya di hidangkan untuk golongan sederhana dan pertengahan ini kini telah di hidangkan pula kepada para pelanggan. Yang pastinya ia kini bukan sahaja di nikmati oleh golongan pertengahan malahan telah mendapat tempat di hati semua tidak mengira bangsa.


Hari ini ita perkenalkan sebuah lagi gerai yang pada ita cukup istimewa kerana menghidangkan makanan tradisi sebagai antara juadah istimewa di gerainya.
Pertemua pertama ita sewaktu singgah di sini dan mencuba, membawa ita kepada ketagihan dan ingin sering singgah di gerai ini bagi merasai sepiring jemput-jemput kosong yang di hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis.


Pada ita hidangannya benar-benar memenuhi selera ita dan ianya memang benar-benar mengimbau kenangan ita bersama keluarga suatu masa dahulu. Jemput-jemputnya memang sedap! rangup diluar dan lembut di dalam. Lebih terasa nikmat bila di cicah bersama sambal tumis ikan bilis.. memang terangkat!!


Pada sesiapa yang nak merasa sambal tumis Johor yang asli, inilah tempatnya. Sambal tumis ikan bilisnya memang kaw! saling tak tumpah sambal tumis air tangan emak ita dan nenek ita. Inilah sambal tumis Johor yang benar-benar asli. Memang berbaloii!!

Lempeng pisangnya juga sangat lembut dan enak!.
Lempeng kosong tak payah ceritalah kan.. memang dah sedap sangat!!, bertambah sedap bila dihidangkan dengan setnya yang lengkap, sambal tumis ikan bilis atau sardin kentang.. aduyaiii..


Sebenarnya ada pelbagai lagi menu yang di sajikan di gerai ni dengan harga yang sangat berpatutan. Kedai ni beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga pukul 12 tengahari.. Kira hidangannya adalah untuk menu sarapan pagi.

Gerainya tidak pernah sunyi dari kunjungan pelangan yang sentiasa silih berganti. Layanan juga sangat baik dengan harga makanan yang sangat berpatutan.

Kepada warga Johor yang masih belum berkesempatan untuk menikmati juadah istimewa ini, jangan segan silu untuk mencubanya di Gerai Nabila yang terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Kepada rakan-rakan yang manalah tau kot tersesat ke bandaraya Johor Bahru ni, jangan melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang sangat istimewa dan penuh nostalgia ini. Yang penting ianya sedap dan membuka selera!

NABILA CORNER
No1, Medan Selera Larkin Bomba
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
80000 Johor Bahru
Johor darul Takzim





20 comments:

mimie kesuma said...

sedapnye cucur tu kak....
dumai asyik hujan memanjang...
pasti best....sambil santai tu makan cucur pisang.... ^_^

Pusat Bahasa Pelangi said...

salam kak ita, first time komen sini walaupu hari2 baca blog kak ita..

owhh kat Larkin Bomba tu yer..selalu makan ABC kat situ..nanti nak try lah..hihi..

Ayu ibu damia..

♥MAMASYAZA♥ said...

lempeng pisanggg, sedap tu mkn panas2

Sue Saari said...

sedapnya....tapi jauh nya....ingt kat KL td...huhuhu

terliur tgk lempeng pisang tu....

fazian.batrisyia said...

ala kak ita ni buat sy rindu kat mak sy la...nak nangis jek rasa..dah la ujan kat sini..nak blk kg...wua...wua...wua....

miss deed said...

Mmg sgt sedap lempeng kelapa n sambal tumisnye..masa kat duduk jb kerap datang situ..menu wajib! dah pindah perak ni..kecur air liur aje la..huhu...

miss deed said...

Mmg sgt sedap lempeng kelapa n sambal tumisnye..masa kat duduk jb kerap datang situ..menu wajib! dah pindah perak ni..kecur air liur aje la..huhu...

JaSSNaNi said...

sedap cucur kat atas tu.. wat cicah ngan sambal ikan bilis ke.. sambal sardin ke.. perghhh lagi siyookkk...
asben saya suka lempeng.. lempeng kelapa paling2 dia minat.. :) sib baik dia suka makan.. dah suka wat.. :)

AdanyaKauUntukku said...

hujung tahun ni nak gi area JB .. boleh lah datang singgah sini...

Yatie said...

hujan2 ni citer pasal jemput2 dngn lempeng mmng kena tul...rasa nak buat sendiri jek..sesekali pekena jemput2 mcm ni mmng best...

Engineers Love Cooking said...

Salam, pernah makan kat situ, sebelah dengan gerai kacang phool, (resepi terbaru dalam blog saya). Jemput singgah ke blog saya semua.

Engineers Love Cooking said...

Salam, pernah singgah makan pagi kat situ, sebelah dengan gerai kacang phool (resepi terbaru diblog saya). Jemput singgah ke blog saya semua. TK.

rahel said...

Cucur sedap...lempeng pun sedap...pilih jer mana yg berkenan...cantek gambar cucur pisang tu kak..

Marsita yahya said...

selalu dtg komen baru sekarang nak tinggal jejak...anyway jemput2 mmg enak dimakan waktu hujan gini ngan kopi che nah panas2...
http://my-mintroom.blogspot.com/

Fuat Gencal said...

Çok güzel ve iştah açıcı görünüyor. Ellerinize, emeğinize sağlık.

Saygılar..

Qasey Honey said...

aduhhh kecur kak tgk kedai Nabila Corner tu...pasti cri nti bile balik johor...mmg suka sgt pon mkn lempeng lagi ade sambal tumis johor...aduhhh...

jemput2 pisang coklat cip tu pon nmpk sedap...bleh cuba nti..tq resepi

Citarasa Rinduan said...

woww..
ayu suka.

lps ni klu pi ambil rwtnn kat puteri, singgah lah.
tq kak Ita

ada the baker said...

salam kak ita. apa khabar. gambar kak ita cantik-cantik. resepi pun sedap-sedap ;).

ashiekien said...

hehehhe...kacang pol kat situ pon sedap...

susumanis said...

salam.. ita bole share resepi sambal tumis ibu dan nenek yg sedappp tu, alhamdulillah kalau sudi :)

Powered by Blogger.