Thursday, September 20, 2012

CLASSIC TOM YUM / TOM YUM SANTAN

Assalamualaikum


Tom yam adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi Di Raja Lao memasukkan secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya.
Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang ketara, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi di titik.

Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan - biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar hirisan daun ketumbar.

Kadang-kala lada giling Thailand (nam phrik phao) ditambah, ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili lebih ketara.


Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon, di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ~ sop halia ayam, di mana lengkuas merupakan perisa utama bagi sop berasaskan santan.
Tom yum nam khon hampir sentiasa dibuat menggunakan udang, sementara ayam seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar Thailand adalah - tom khlong.

Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh dunia. Perisa Tom Yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.


Ita pasti ramai dari kita yang mengemari masakan Thailand yang cukup popular ini. Sejak ia di bawa masuk dan di perkenalkan di Malaysia, rata-rata restoran yang terdapat di Malaysia yang kita kunjungi pasti akan menjadikan hidangan Tom Yum sebagai salah satu menu utama di gerai mereka.

Biasanya Tom Yum yang kita nikmati adalah Tom Yum campur, Tom Yum seafood atau ayam. Tapi kali ini ita akan perkenalkan dengan Tom Yum santan yang di masak menggunakan ikan.
Emmm.. bagi mereka yang alah pada makanan seafood pasti akan tersenyum lebar.. lepas ni pasti dah dapat menghirup kuah Tom Yum yang menyengat ni..


Idea untuk menyediakan tom yum santan ni ita ambil sewaktu mengunjungi sebuah restoran yang cukup terkenal dengan Tom Yum santannya di Johor Bahru. Kedai milik Pak Soh yang terletak di Stulang Laut ni, merupakan kedai yang kerap dikunjungi pelanggan tak kiralah dari Singapura atau penduduk setempat.

Restoran ini diperkenalkan oleh seorang rakan kepada ita, yang menyuruh ita mencuba dan merasa sendiri keenakan tom yum santan hasil air tangan Pak Soh ini.
Bila mendengarkan ianya satu kelainan, kenapa ita tak nak mencuba!
Memang berbaloi.. terangkat!! bila menghirup tom yum santan yang lemak berkrim dan disukai ramai ni..
Selain Tom Yum santan hidangan lain juga sangat memikat dan benar-benar membuka selera.. contohnya daging Pa ka Paw yang terduduk lah..!!

Kepada yang teringin menghirup kuah tom yum santan yang lemak berkrim ni.. apa tunggu lagi silalah singah ke Restoran Pak Soh di Stulang Laut Johor Bahru ni..


Ok! sebelum tu.. ramai yang tanya, atau ramai yang meminta ita terangkan tentang tahap halal atau kebersihan restoran yang ita pamerkan dalam blog ita ni..

Pertamanya, ita nak terangkan kebanyakkan pelawat blog ita bukanlah majoriti bangsa Melayu, Ita banyak dapat kiriman email atau comen dari bangsa lain yang sangat tertarik tentang apa yang ita pamerkan di blog. Mereka kebanyakkan bangsa asing, ingin mengetahui lagi apa makanan yang terdapat di Malaysia, dan tempat-tempat menarik jika mereka berpeluang datang ke Malaysia. Walaupun mereka tak faham apa yang ita tulis dalam bahasa Melayu, tapi menerusi gambar yang ita rakamkan mereka teransang untuk melawat Malaysia.


Ita pun cukup tersentuh, bila mereka melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan ita kongsikan di blog. Walaupun sebenarnya apa yang ita kongsikan ini sebenarnya adalah untuk kenangan ita dan anak-anak yang mungkin satu hari nanti akan menjadi satu lipatan sejarah yang tak mungkin dapat kita ulang kembali.

Berkenan dengan halal atau tahap kebersihan, sebagai penguna kita harus bijak, ada pendirian kita sendiri dan berpegang pada agama yang kita anuti..
Jika kita rasa kita selesa, tanpa was-was, kita teruskan jika tidak.. usah dipertikaikan.. ^_^


CLASSIC TOM YUM SOUP
TOM YUM SANTAN

1 ekor ikan siakap ~ disiang dan cuci bersih
2 batang serai ~ dihiris halus
2 inc lengkuas ~ dihiris halus
5 helai daun limau perut ~ dihiris halus
6 batang cili padi ~ diris halus (kurangkan jika tak suka pedas)
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya
4 biji tomato buah ~ belah 2
1 pokok daun ketumbar ~ dimayang

1 peket perencah Tom Yum ~ ita guna ADABI
1 kiub Tom Yum
1 Kiub Ikan bilis
2 sudu besar stock ikan
1 sudu besar gula
100 ml santan KARA
air secukupnya


Rebus air bersama, hirisan serai, daun limau perut, dan lengkuas hingga mendidih
Setelah mendidih masukkan perencah Tom Yum, kiub Tom Yum, kiub ikan bilis, stock ikan dan cili padi
Biar kuah mendidih lagi
Masukkan santan, jus limau nipis dan perasakan dengan gula secukupnya
Akhir sekali masukkan ikan dan tomato
Tutup kuali dan biarkan ikan masak sempurna
Sedia dihidangkan bersama taburan daun ketumbar.



Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tom_yam

17 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

pergghhh.. tom yam feveret nih! :)

Marsita yahya said...

Emm, baca title je dah kecur air liur, belum tengok gambo lagi...Ta, spelling Yum tu betul ke mmg cam tu.

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Sedap nian penampilan tom yam akak tu, cantiiik. Yang biasa saya lihat ikannya dipotong potong...ternyata besar beginipun oke ya kak...

Shiela said...

memang superblah Ita.. :)

Marsita yahya said...

Salam Ita,
Ita tahu @ pernah buat kuih Akok tak? Mintak tolong tunjuk kat blog kalau pernah atau ada cadangan nak buat.

Wani said...

salam kak ita selamat pagi.. emm ni memang fovorite tom yam tapi x pernah buat guna ikan lagi..

KuNanGKuNanG said...

aduhai sedapnye...tengok pun dah terliur, kalu dapat rase apatah lg..he3

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Tomyam akak mengguda. Dah la tomyam tu paberet sue.
Ok la tu kak. Daripada gambar2 makanan ni jugalah sedikit sebanyak mereka mengenali malaysia

fazian.batrisyia said...

sedap tu...kat rumah ada ikat siakap ni...kalau betul nak buat kena pi carik sikit2 jek lagi bahan..dah jadik cam kak ita masak kan...waduh....enak sungguh...

Sari Yusa Ibrahim said...

kita berapa kali nak singgah Pak Soh ni, asyik terlajak ke Sayammmmm jerrrr, kuat betul penangan Sayam tu, harus cuba juga makan di Pak Soh nanti, kalau Kak Ita kata sedap, mesti sedap, kannnn

Hafizah Mohamad said...

pergh...tgk pun dah tau sedap tu x makan lg...kalau masuk mulut wah...x tau la nak cakap...fiza selalu gak wat tom yam...tp kurang nak menjadi...pasni blh la try resepi dr kak ita plak...tgk kuahnya tu x tahan tu..pekatnyer...slurrpp...

mama ju, said...

Salam sejahtera

saya memang sgt suka tomyam santan. Makan di damansara kemarin, sedap sgt!

Shasha Mohamed said...

Tom Yam santan, sedap jugak nih.
Selalu makan kat staff cafeteria ;)

ilahjy said...

syabas dek ita kerana blog ita malaysia dikenali...MASAM MANIS DUTA KECIL MALAYSIA.... kekalkan cara ita perkenalkan dan jadikan memories utk rakyat malaysia pasal keunikan dan kepelbagaian makanan dan kedai yg ada di JOHOR..hidup dek ita lawa kusss...TAHNIAH...

lina said...

salam ita...tq..tq..tq...yeah dh dpt recipe nya...copy dulu ;)

Khalilah MNor said...

That's y i love stop by here...
Awesome recipes with lovely pictures!
:)

Lily said...

kak ita punyer presentation eye cathing btullahh...berapa manyak la meja umah kak ita ada erkkkk????...sumenyer kelasssssik dan elegan... 100 pewwwwitttt utk kak ita =)