Follow if you like

Sep 12, 2012

AYAM MERAH ALA JAWA




Ita suka masakan Jawa. Walaupun ita bukanlah orang Jawa, tapi masakan jawa cukup serasi dengan tekak dan selera ita. Besar kemungkinan di Johor ni banyak orang Jawa itulah yang menjadi penyebab kenapa makanan Jawa dapat diterima.

Biasanya masakan orang Jawa agak sedikit manis semanis orangnya.
Ita banyak belajar masakan Jawa dari mak cik yang dahulu pernah berkerja di rumah ita.
Ita ni dulu tak pandai masak. Bila ita khawin dengan suami ita, dia yang ajar ita masak.. kadang-kadang dia yang masakan... huhu malunya.. tapi nak buat macam mana sebelum khawin ita dah bagitau yang ita tak pandai masak hihi ^_^

Semasa ita mengikut suami ita berpindah ke kawasan pendalaman, ita mulanya kecut perut jugak kerana tak tau nak masak. Sebelum ni ita tinggal dengan mak, jadi maklah yang masakan untuk ita.
Nasib baik compony tempat suami ita kerja sediakan pembantu rumah warga tempatan..  aduyaiii.. lega sikit..


Semasa ita mengandungkan Azrul, entah kenapa ita suka sangat masak.. entah apa-apalah yang ita masak.. kadang-kadang ita sendiri pun tak boleh makan.. hihi ^_^
Sampaikan setiap hari, pagi-pagi lagi ita dah bangun, ita kemas rumah, ita mengemop, basuh baju, sidai baju, siram pokok.. hingga mak cik yang datang kemas rumah tu marah ita, kenapa ita buat semua kerja dia..

Sebenarnya ita nak suruh mak cik tu ajar ita masak.. sebab tu lah sebelum dia datang rumah ita buat semua kerja rumah tu.. Bila dia datang aje ita terus suruh dia ajar ita masak..
Macam-macam yang di ajar.. dari yang simple hingga yang rumit..
Dari mak cik tu lah ita tau mana satu baking powder.. mana satu soda bikarbonat.. haha kalau tak semua ita tak tau.. aduyaiii.. teruk betul..

Dari situlah mulanya ita berminat nak masak dan belajar masak..
Mak cik tu orang Jawa , jadi banyaklah juga masakan Jawa yang diperkenalkan pada ita..

Hari ni ita kongsikan masakan Jawa yang juga menjadi kesukaan ita dan anak-anak. Masakan ni mirip resepi ayam masak merah. Kelainanya adalah pada penggunaan kerisik dalam masakan ni.. dan sedikit perahan jus limau nipis.
Kepada yang berhajat bolehlah mencuba!


AYAM MERAH ALA JAWA

1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam dan gula secukup rasa
Kuib ayam ~ jika suka
1 biji perahan limau nipis
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 biji tomato ~ dipotong baji

Bahan Kisar
2 batang lada merah
3 cm halia
2 cm lengkuas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili kering ~ kisar asing
1 biji buah tomato ~ kisar asing


Ayam di potong 8 kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam.
Kemudian goreng ayam hingga 3/4 masak

Keluarkan minyak mengoreng ayam dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar dalam kuali
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala dan daun pandan.
Masukkan bahan yang dikisar dan tumis hingga harum dan garing.
Masukkan cili kering yang telah dikisar dan kiub ayam.
Masak hingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan tomato kisar
Masak lagi hingga kuah pekat
Tambahkan tomato sos dan kerisik
Perasakan dengan garam dan gula.
Perahkan sedikit jus limau nipis.
Masukkan ayam dan buah tomato
Gaul hingga ayam mesra bersalut kuah
Biarkan sehingga kuah kering
Untuk menghidang taburkan dengan kacang peas jika suka.



8 comments:

Ummiakid @ lily said...

nampak sedap. leh cuba nanti...

rahel said...

Selamat malam kak ita...
Wah...ada ayam merah lagi...sedap tu...

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita..Morning!
Ni yang malas ni..Kak Ita masak apa ja..Mesti mengguda tau.
Kak!..Hope akak menang dlm contest tu sbb cup cake akak memang cantik pun..

fazian.batrisyia said...

Belajar masak utk kemajuan diri sendiri kan kak ita...pastu mestilah family suka..nak2 mr hubby tu, tunggu jek air tangan darling dia...(sy ni kena belajar masak jugak..kat MIL)

Sari Yusa Ibrahim said...

woooohaaa, Kak Ita samalah dengan saya, dulu tak pandai masak... hehehe

Aimi Laili said...

Assalamualaikum kak ita, tq for all the recipe & step by step cara2 nak menyediakannya. Memang amy ikut satu-satu step yang akak tulis, alhamdulillah jadi. eventho amy tak pernah masak.tapi ikut recipe & cara akak menjadi. ehhehe Thank Youuu ! :)

susumanis said...

salam ita, sedap ni , nak cobee sbb hubby kita jawa sure dia sukee..tq ya

Nur-nba said...

Resepi yg patut dicuba.. Bangga dilahirkan sebagai keturunan Jawa.. Mesti sedap sangat...

Powered by Blogger.