Follow if you like

Sep 5, 2012

AIS KRIM CENDOL GULA MELAKA


Hangat.. hangat.. hangat..
Sejuk... segar.. nyaman....
Wallaaa... sedapkan kalau dapat menikmati aiskrim time cuaca hangat membara di JB ni..

 

Dulu selalu terfikir, macam manalah nak buat aiskrim. Biasa ita guna susu pekat manis aje untuk jadikan ia lembut dan creamy.
Kali ni ita tertarik dengan resepi yang Kak Fida kongsikan di My Resepi.
Nampak mudah aje cara membuatnya.. kenapa pula tak nak cuba!

Ita buat setengah daripada adunan. Ialah takut pulak jika tak menjadi...
Tapi alhamdulillah sedap sangat dan menepati selera kami sekeluarga..
Terima kasih Kak Fida ^_^

Kami sekeluarga sukakan rasa cendol gula Melaka. Oleh itu ita ubah suai sikit resepi bagi memenuhi selera kami. Rasanya kalau nak letak perasa lain pun amat sesuai..
Nanti ita nak cuba lagi dengan perasa yang lain pula..


AIS KRIM CENDOL GULA MELAKA
Olahan daripada resepi : AIS KRIM SANTAN
By : Kak Fida

2 Cawan santan
1/2 cawan susu cair
1 cawan gula icing
3 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan Cendol
1 buku gula melaka
2 helai daun pandan disimpul


Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
Setelah mendidih sejukkan.
Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan 1/2 cawan air.
Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.
Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut.
Masukkan santan dan kanji berselang seli.
Terus memukul hingga sebati..
Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata.
Simpan dalam peti ais hingga separuh beku.
Keluarkan dan pukul semula hingga lembut.

Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat.
Biar sejuk.
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.



Untuk aiskrim ni pula semasa diputar selepas di sejukkan, masukkan sedikit sirap gula Melaka yang kita dah cairkan dan sejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan sedikit cendol dalam bekas aiskrim.
Kemudian tuangkan ais krim.
Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.. Yummyyy!!





20 comments:

Fazlinil Irma said...

aduhh.. sedapnya aiskrim cendol.. wpun kl hr ni hujan. tgok aiskrim akak tetap jgak terliur.. gulp..!

eid mubarak utk kak ita sekeluarga.. :D

kakchik@ella said...

sedapnya aiskrim tuuu .. Sumpah KC tergoda. hihihi.

Melly Octaviana said...

Kak Ita... seger nya siang siang lihat ais krim.. mau kak hantar kat kuching.. hehe

beruangpolar said...

Sedapnya kak ita..tambah-tambah kalau musim panas..nyum
tapi dia akan jadi lembut mcm aiskrim wall ke kalau makan?

Emma said...

ehewwwww, ngilu gigi..sejuk dah terasa, menarik sekali paduan cendol dan gula melaka tu..tentu sedap....

Miz Sitti said...

Sedapnya..nak cubala pas ni...

Sudila intai blog sitti
http://apamjsbakery.blogspot.com/

Qasey Honey said...

aduhhhh Kak Ita cygggg...sedapnyeeeee tgk...suka tgk pic nya juga...cantik...aiskrim tu leh wt ubat selsema QH tu kak...tlg simpankan 3 yer utk QH..hihi

Ummi said...

Itaaaaaaa...sedapnya eskrem...alahaaiii pose2 ni nengok eskrem teramatlah seksanya taauuuu...sabauuu je laaa

ibundo said...

salam ita.
Sedapnya... nak buat pun nampak mudah. Mesti terai ni....

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Sedapnya. Kena tunggu mood rajin datang baru boleh cuba buat. hehe.

rahel said...

Wallawweyyy....biar betullll...sejak semalam lagi dah semput nak kejar....skarang ada ice cream pulak..aduhaiii...tak bole dibiarkan ni...gerrrr...

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

sedapnya. kena tunggu mood rajin datang baru boleh cuba buat.:-)

Cik Puan Izan✿ said...

mcm2 idea dpt kat sini..teringat pula aiskrim cendol dulu2...

~~zana@pb~~ said...

Lepas ni Ita buat aiskrim kacang merah, sedaaap...
Rajin betul Ita ni.

GreenJade said...

wowowww bestnye..kebetulan tekak teringin nk aiskrim cendol..mau try lah..


thx sis..*hugssssssss

Mas said...

kling....kling..kling...
datang nak makan aiskrim cendol...he3
sedapnya tengok..

duniafana said...

buat berniaga ok gak ni...sempoi

Sarah said...

kalau masukkaan semua sirap gula melaka terus blh?

Nur Islam said...

nk resipe ais krim asam boi merah dn ais krim kcg merah bleh x.....tq

CIKU said...

Sedapnya..nak share gak..ciku peminat ais cendol ni..:)

Powered by Blogger.