Follow if you like

Aug 3, 2012

MAMA CAREY


Assalamualaikum.
Selamat petang semua..
Hari ni lambat sikit bersiaran..  dah petang baru dapat nak masukkan biskut yang ita buat untuk Hari Raya ni.

Hari ni busy sikit, suami ita pula sibuk juga nak gunakan komputer. Hari ni dia tak kerja nak tolong ita kemas rumah katanya.. alahaiiii sejuk rasa perut ni dengar.. ^_^

Ramai yang tertanya-tanya.. awalnya kak ita buat kuih raya.
Sebenarnya ita kena buat perancangan.. maklumlah ita ni sesorang, semua nak kena buat sendiri, kita tiada pembantu dek..
Jadi ita rancang minggu ni ita mesti siapkan biskut, minggu depan ita dah nak mula kemas rumah. Pas tu nak kena buat kek pula untuk Hari Raya.
Bila dah dekat Hari Raya ita semakin sibuk, mana nak ambil anak-anak dari asrama dan nak kemas pakaian untuk pulang ke kampung..


Kemas rumah yang paling tak larat, nak kena panjat sana.. panjat sini.. maklumlah banyak sangat dah bersawang sana sini. Pas tu nak bersihkan tingkap.... Dah berdebu aje nampak tingkap ni.. Rumah ita ni sekarang cepat sangat berhabuk.. dulu masa mula-mula pindah tak lah macam ni sangat,  sekarang ni.. makin cepat berhabuk pulak.. dah banyak kenderaan lalu-lang kot..

Tak pe lah kita buat pelan-pelan.. mana yang termampu..


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang menarik. Biskut ni juga salah satu biskut yang popular awal-awal 90 an kalau tak silap lah kan..

Ita pula tak pasti kenapa biskut ni dinamakan Mama Carey. Nama penciptanya ke?? wallahhualam...
Dulu masa era kepopularannya, semua rumah pasti tidak mahu  ketinggalan untuk menyediakan biskut ini sebagai salah satu biskut raya. Popular sungguh biskut ni..

Biasanya ia di buat dalam bentuk hati, atau daun. Yang uniknya biskut ni kita boleh lukis corak atas icing pada biskut ni untuk menambahkan lagi kecantikan biskut yang dah tersedia cantik ni.. Sudah pasti tujuannya untuk menarik perhatian orang yang ingin merasainya..


Sekali lagi resepi ita ambil dari dapur Kak Wan. Ita kalau nak cari biskut raya memang dapur kak Wan lah yang ita terjah.. Selongkar sana.. selongkar sini.. untuk cari resepi yang berkenan di hati.
Ita suka resepi daripada Kak Wan, biasanya resepi dari kak Wan tak pernah menghampakan ita.. cuma ada kalanya cukup mencabar.. boleh pengsan... ^_^

Biasalah kan buat biskut ni memang penat.. yang tak tahan tu sebab kena duduk lama.. boleh krem pinggang ni.. Tengkuk pun mula lah lenguh-lenguh.. Tapi bila kenangkan Hari Raya.. tak pe lah.. penat setahun sekali aje.. yang penting kita happy!


Seperti biasa ita nak ucapkan terima kasih kepada kak Wan kerana sudi kongsikan resepi biskut yang sedap ni , ita juga minta izin untuk kongsikan di sini pula.. boleh ye??
Banyak lagi resepi dari kak Wan yang dah masuk list.. tak taulah larat atau tak larat nak buat ni..

Jom lah kita intai-intai resepi ni..



BISKUT MAMA CAREY
By : Kak Wan

200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla

Bahan Di ayak
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung

Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

Panaskan oven pada suhu 150 C
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
Terap dengan acuan pilihan
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
Kemudian biarkan ia sejuk.

Sekarang kita sediakan icing

Icing 
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing

Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Masukkan adunan dalam piping bag.

Paipkan icing atas biskut tadi
Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak

Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
lagi satu pastikan suhu oven bertepatan



SALAM RAMADHAN




28 comments:

Nurul Syafiqa said...

Senang je biskut ni rupanyer.. thank sis

Mama-ILuvU said...

Ya Ampunnn....sedapnyer nampak biskut tu kak :-)

WN SYAZANA said...

sis..nk tanye...ade petua x cmne nk dptkn icing putih melepak camni?sbb sy buat slalu je jd kaler brown dia punya icing lepas je biskut masak~_~

WN SYAZANA said...

sis..nk tanye...ade petua x cmne nk kekalkn ke- putihan icing tu?sbb sy buat slalu je jd kaler brown dia punya icing lepas biskut masak~_~

MY MintRoom said...

laa senang je buat biskut ni rupanya.
nampak macam susah je kan?

Sari Yusa Ibrahim said...

Biskut mama carey ni ada sejarahnya, masa tu ada ptandingan cipta biskut raya dan mama carey ni salah satu pemenangnya.

Kreatif idea kak ita, dari bentuk love dah tukar rama2

Nur-nba said...

Lama tak makan biskut ni.. Uniknya biskut Kak Ita.. Lain2 dari yg lain.. Cantik sangat.

MamaFaMi said...

Cantiknya cantiknya cantiknya... I LIKE!!!

Amie said...

Cantiknya rupa paras mama carey...
Pelan-pelan kemas rumah Ita, nanti letih di hari raya... rumah nampak berseri, tuannya pula nampak layu keletihan he he he heh gurau aje ye.

ibh_sue said...

Aslmkum kak ita.
Sesekali ubah bentuk mama carey tu bwt bentuk rama2 comeinyaaa. . :)

deena said...

Cutenye rerama k ita ni.. Hehe

Bicara Kak Noor said...

Assaklamualaikum Ita..
baru first time akak tngok mama carey ni bentuk rerama biasanya bentuk love je ada kelainan insyaallah akak pun nk ngikut jugak nnt ya sbb cantik sangat rerama tu

azian said...

Kemas ajer hasil tangan Ita....

Cik Siti Abu Sujak said...

Biskut mama carey tercantik dan mengiurkan pernah saya tgk!

Mizz_IjauTerkoish said...

Nama dia MAMA CAREY sbb time tue Mariah Carey kan famous dengan lagu BUtterfly.. :)

I ♥ ur blog...best! :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Rindunya nak buat biskut raya..

ilahjy said...

wahhhh....tengok TUN DET pun tersenyummm lihat hasilan dek ita mengukis rerama nie...
dah tak de kata2 nak ucap disini.. makin hair makin bertambah kualiti model2 dan tembakan dek ita...
kak ilah langsung tak de perangcangna utk kesemua tu ita.. mungkin sebab kak ilah ada ramai 4 org anak dara yg sellu bantu kak di dapo dna rumah..syukur seadanya..tak pe ita..janji dek ita sihat dan sejahtera selalu udah lah.. kak ilah ni selalau tak sihat jer..sbb tu ada dara ramai mebantu...apapun selamat mengukis..kak ilah akan tunggu lagi apa seterusnya tembakan ita..hehehe

Kak Nita said...

Comeyyyy...

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Assalam Ita..trima kasih sudi mencuba resipi dri dapo Kakwan.. suke tguk hasil tangan ita lebih baik dan lebih cantik..Tenkiu dear :)

JUJUE AHMAD said...

wah.. nampak cantik cute sgt.. lm dh xmkn biskut ni.. susah nk jumpa.. hehe

Der Tiramisu said...

cantiknya kak

Eyda Sukiman said...

Kak Ita,raya haritu Eyda buat biskut mama carey ni ikut resepi akak.Memang menjadi ! Cuma bentuk je xsama.hehe bentuk rama2 lain.dan topping atas tu letak manik je.hehe tapi memang best ! Mak mertua pun cakap sedap 😊😊

Jemput singgah blog eyda 😘😘

Mummyhealthyvitastore.blogspot.com

Zurina Nordin said...

Sis azlina...nape saye buat icing tu xrangup ye...melekit n liat selepas dibakar..Sedihnye...

Ruhaidah Rosli said...

assalammualaikum sis..saye nk tnye klo kite simpan doh lbh lme dlm freezer..agk2 ade mslh tak?cthnye ptg ni buat..mlm dlm kol 10 baru canai...terime kasih :)

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam, tak ada masalah Ruhaidah

Ruhaidah Rosli said...

terime kasih sis ;)

M4fi4 said...

Terima kasih sis sudi share resepi biskut kegemaran ni..minta halal resepi nye.

Azlin Hassan said...

Assalamualaikum sis azlita..mcm mana nak kekal kan icing putih melepak tu ye? Saya budak baru belajar..

Powered by Blogger.