Follow if you like

Aug 1, 2012

BISKUT TOPI




Assalamualaikum, dan selamat sejahtera buat sahabat-sahabat ita di luar sana..
Alhamdulillah kita masih lagi berada dalam bulan Ramadhan.
Bagaimana kesihatan kawan-kawan ita sekalian, ada yang mula sakit-sakit pinggang..?  hehe  almaklumlah.. masing-masing dah mula sinsing lengan untuk mulakan projek mengukis.

Tak pe lah kan sakit pinggang, sakit tenguk sikit-sikit.. tapi bila lihat kuih tersusun dalam balang senyum melerit sampai ke telinga. Lebih-lebih lagi bila mendapat pujian dari keluarga.. bertambah berbunga-bunga dalam hati..


Hari ni ita nak kenalkan dengan satu lagi biskut raya yang telah ita siapkan iaitu Biskut Topi. Rasa-rasa ramai yang dah mengenali biskut topi ni..
Biskut topi ni popular seingat ita pada era 80an. Zaman ita masih kanak-kanak lagi. Nak kata kanak-kanak sangat pun tak jugak lah.. rasa-rasa waktu tu ita baru masuk sekolah menengah kot..

Biskut ini kalau tak silap pernah keluar dalam majalah Wanita rasa-rasanya..
Selepas kemunculan biskut ni buat pertama kalinya maka berebut-rebutlah semua suri rumah dan anak-anak dara membuat kuih ni yang cukup popular masa tu..
Boleh dikatakan setiap rumah yang kita ziarah pada hari raya mesti ada biskut topi ni.. Kalau tak de tu.. macam tak cukup lengkap hidangan yang di sajikan atas meja tu.. 'tak gereh seh...' sepatah kata warga Singapura...

Begitulah hebatnya penangan biskut topi ni suatu waktu dahulu..


Rumah mak ita juga tak terkecuali dari membuat biskut topi ni .. ya Allah kalau tak buat ada yang merajuk sampai masuk bawah katil lah kata orang tu..
hehe tapi bukan ita lah orang tu..
Ita ni dulu tak minat buat kuih-kuih raya ni.. tapi sekarang kena lah buat sebab dah ada rumah sendiri dan dah ada tanggung jawab..

Kalau tengok kakak-kakak ita buat kuih ni kan.. kesian ita tengok.. ada sampai tertidur-tidur kat dapur menunggu biskut di bakar. Ialah dulu mana ada oven karen macam sekarang ni.. semua guna oven yang letak atas dapur minyak tanah.. kalau tak silap cap kupu-kupu..
Bila tertidur sedar-sedar dah rentung biskut atas dapur.. pas tu mula lah naik angin satu badan.. dah lah penat kuih pulak rentung.. nasib.. nasib..

Bila pergi sekolah mula lah tersenguk-senguk masa cikgu mengajar.. cikgu pun apa lagi sindir le... " curi ayam ke malam tadi??"


Kat sekolah pun tak habis-habis dok bercerita pasal biskut raya.. Sampai berlumba-lumba siapa punya biskut raya yang paling banyak.. haha
Siap tanya lagi ni.. biskut apa yang kawan-kawan dah buat.. kalau tak tersenarai dalam balang kat rumah tu.. uik.. balik sekolah tak sempat bukak baju dah nak uli kuih raya.. aduyaiiii.. sabor je le..
Itu lah kan gelagat raya zaman dulu-dulu.. hihi lucu jugak kalau di kenang-kenang..

Anak-anak sekarang ni kurang bercakap pasal biskut raya sebab bila raya semua dah terhidang atas meja..
Bila tanya mak buat kuih apa?
Dia kata " kuih Angsana"
Kuih apa tu???
"kuih tunjuk-tunjuk.."
hehe


Resepi biskut topi ni ita ambil waktu google-google.. jumpa lah resepi hasil perkongsian dari adik Zilla yang dikatakan resepi dari ibunda tersayang..
Terima kasih Zilla kerana sudi kongsikan resepi istimewa ni.. Akak minta izin untuk kongsikan di sini pula ye..
Kita panjang-panjang kan ilmu semoga adik Zilla sekeluarga memperolehi keberkatan..

Resepi asal mengunakan sukatan auns dan ita dah tukar kepada gram untuk memudahkan dikemudian hari
Cara membuat biskut ni mudah aje.. yang rumit bila nak letak aising, mengigil-gigil jugak lah kan tangan ni..
Biskut ni sangat rapuh jadi kena berhati-hati sikit masa mengendalikannya..
Dapat pun tak banyak sangat cukuplah untuk sebalang.. kalau nak bagi mertua kenalah buat lagi..
Bakar kena guna api bawah sahaja sebab biskut cepat hangus jadi kena sentiasa perhatikan biskut dalam oven..
Tunggu biskut sejuk betul baru boleh keluarkan dari loyang sebab kalau masa panas kita keluarkan ia mudah patas sebab rapuh..

Jom kita cuba!


BISKUT TOPI
By : Zilla

180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum atau tepung ros secukupnya ~ tiada sukatan


Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven masing-masing
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter. Ketepikan

Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul
Perlahankan speed mixer
Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata
Masukkan tepung gandum atau tepung ros sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari.
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras.


Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik, supaya adunan tidak melekat-lekat.
Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit siling 50 sen
Susun atas loyang pembakar
Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebal
Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen
Letakkan ia atas adunan terapan 50 sen tadi.
Tekan sedikit supaya ia bujur sedikit.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C api bawah selama 20 ~ 25 mint atau sehingga biskut masak sempurna.
* kena sentiasa perhatikan biskut dalam oven kerana ia mudah hangus.
Bila dah masak biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
Sekarang kita sediakan pula icingnya

ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.


SALAM RAMADHAN



21 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

adoilaaaaa.. kelakar bila baca bab raya dulu2 tu.. semuanya terkena sebijik2 kat hidung kita ni.. dan sy berada di tempat Kak Ita, selalu tukang tengok kakak buat kuih.. smpi tertidur2... hehe

Asyifa Mustaffa said...

teringat buat kuih raya ngan arwah abah...smpi tetidur kat tepi dapur....ermmmm

comel je biskut k.ita nie...geram plak menegoknya...!

CikPuanIsteri said...

kak ita bg alamat rumah nak datang rya nie...adui meleleh air liur tgk biskut2 akk.. =)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menariknya ita... tp rasanya belah2 pahang takde plak yg buat biskut topi ni sbb mcm tak pernah nampak sebelum ni zaman2 akak muda dulu.. gamaknya tak terkena 'virus'nya kat sana.. maklumlah kat felda dulu2 mak2 jenis jarang yg beli majalah kot... hehe.. mmg cun bila terhidang atas meja biskut ni kan..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

cantiknya kak..

nam@along said...

semalam bunga..hari ini topi..cantik & kreatif betul design biskut2 raya ita..

CT Delima said...

As'salam Ita

banyak dah resipi biskut kat dapur tu ya Ita. ct tak buat lagi nak tunggu anak dara Lily balik sabtu ni. bolelah buat sama2 sebab dia yang beria2 nak buat tu hehehe. lagi pun balang pelastik ct pun tak beli lagi nak simpan stok biskut tu :)

memang tiut jer kan Ita, suka lak ct tengok comel betul. suka..sukaaa macam nak cuba gak buat cantik Ita buat. adunan tepung tu main agak2 jer bila dah lembut okeylah ya..

Rahmah Ram Ram said...

kiutnya biskut topi ni kak.... sayang nak makan...

Nur-nba said...

Cantik2 kuih raya Kak Ita tahun ni.. :)

CitarasaKu said...

Salam Ita...betul tu kuih nie mmg famous era 80lan. Kita dulu mmg tension bila kena buat kuih raya pulak tu time kena jaga oven ...hehe oven bukan mcm sekarang ..yang cap kupu kupu tu bahangnya tak tahan. Tapi kan hasil org lama mmg cantik teringat pulak pada biskut bunga durian mmg sedap.

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Kak! Yg bunga pun x terbuat lg, ni dah kuar pulak topi. Hehehee. . Semuanya menarik tau. Nak try juga la. Tq kak! :)

Aku said...

comeynya biskut! geram pulak tgk

Zilla said...

Salam kak...

Biasanya saya SR sahaja di sini tetapi hari ini sedikit kjutan pula bila singgah di sini :)

Terima kasih kak sebab sudi mcuba resepi tu.Tak tahulah dari mana asalnya tetapi biskut ini antara biskut wajib yg mak akan buat dari saya kecik sampai la dah besar panjang ini hehhee..

apa pun, cantik sangat dah rupa biskut tu :)

faa.rosli said...

nampak comellllll11! sedapnye mkn biskut ngan minum susu...

Messy Mummy said...

biskut topi nie ada sejarah buat mm. masa kecik2 dulu suka sangat buat tau tapi arwah mak cik yang mm gi kacau tu dah tak ada...bila tangok biskut topi kak ita nie terus teringat kat arwah..

anyway, ur 'hat' looks marvelous :) sweet jer..

lina_pg said...

sangat comel....kalau saya rasanya surrender la nk wat biskut camn.Ni kena org yg sangat penyabar da berseni cam kak ita jerr boleh menghasilkan biskut yg sebegini.Memang tabik la..

nora cherry said...

salam, sangat comel dan menarik, sesuai utk hidangan di pagi raya, tapi takut tak sempat hidang dah habis dimakan oleh ahli keluarga, hehe..

Cik Puan Izan✿ said...

cantiknya biskut.. saya rasa saya tak boleh buat biskut rajin mcm ni...huhu

Mama-ILuvU said...

comellah biskut topi kak ita ...sukeee :-)

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Azlita cayanggggggggggggggggggggggggggggggggg wahh kak cantik biskut ni.. sha nak buatlah nanti...:)) huaaaaaaaaaaaa tapi nak memaip tu tak sanggup... sha ni suka yang ringkas tak pe tak pe..sha cuba hias cara lain ehhhhhh... Insya~ALLAH mintak2 rajinlah hendaknya hehehhh.. tq so much kak.. cayang dia..

ainul said...

Salam kak ita, nak tanya: biskut ni simpan dlm balang kedap udara tak lemau ke sebab ada aising.Berapa lama boleh tahan?

Powered by Blogger.