Follow if you like

Aug 9, 2012

BISKUT SUJI SALJU


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah malam barulah ita dapat meluangkan sedikit masa untuk masukkan resepi biskut yang telah di cuba oleh ramai kawan-kawan.

Rata-rata rakan-rakan yang mencuba bukan calang-calang bloger masakan. Semuanya yang hebat-hebat dan pakar dalam merasa makanan yang terbaik. Antara bloger yang telah mencuba tak lain tak bukan adalah saudara Adnan Ibrahim yang telah mencuba pada tahun 2009 lagi.. uii.. dah lama rupanya biskut ni.. Kemudian biskut ini di buat pula oleh Kak Ummi pada tahun 2010.. waaa.. nampaknya lama juga kak Ummi mengambil masa untuk mencuba biskut ni.. dan akhirnya tergoda juga dengan pujuk rayu adinda Mat Gebu.


Biskut Salju ini telah di kongsikan resepinya oleh Mak Lang Azie, yang menurut beliau resepi dari kak Ita. Kak Ita mana??? Ita tak pasti lah pula tapi yang pasti bukanlah dari kak Ita Masam Manis hehe ^_^

Hari ni ita tergoda pula setelah terpandang biskut ni yang akan berhari raya bersama Yatie pula pada tahun ini. Bila semua melahirkan rasa kecintaan mereka pada biskut yang dikatakan sedap ni.. amboiii.. tak reti-reti lagi ke nak mencuba!! tau tak peee.. tulah yang buatkan ita godek-godek juga kat dapur walhal rasanya macam dah malas dah nak buat biskut raya.. hihi

Jom lah kita layan biskut raya ni sebelum tidur.. karang termimpi-mimpi pula dok main salju..
Tapi jangan lupa gosok gigi lepas makan.. ada bersemut pula mulut tuuu.. ^_^



BISKUT SUJI SALJU
By: Kak Ita
Rujukan : Yatie

Bahan A

150 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1biji kuning telur

Bahan B

100 gm cornflakes ~  dikisar halus
100 gm tepung jagung
50 gm suji (semolina)

Bahan C

280 g tepung gandum ~ diayak

Bahan Hiasan

Susu tepung secukupnya ~ untuk salut biskut yang dah masak
Sedikit gula icing ~ jika susu kurang manis




Putar bahan A hingga sebati.
Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata.
Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran.

Sediakan loyang pembakar
Oleskan dengan sedikit butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Doh yang telah diterap di susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
Setelah biskut masak, biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung.
Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara


SALAM LEBARAN



7 comments:

keymekeymoo said...

mengancam biskut akak ! sukasuka !

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita.yang ni pun sedap ni.kak Ros baru lepas pos N3 biskut donut yang di copy paste dari blog Ita. Thank u ya.Selamat berpuasa dan Selamat hari raya.

aeinio said...

askm... thanx kak ita.. memang dok tengah cari resepi kuih ni... bahan2nya pun senang.. :)) sukerrr

EmbunRosaliza said...

assalam ita, semua cantik biskut yg ita buat

Ummi said...

Assalam Ita cayang...waah biskut suji ni mmg best kan...wpun nampak sempoi jek...tp melt in mouth jgk ni...akak suka sbb rasanya ala2 biskut makmur pun ada jgk kan...hehe

Secrete Of The Kitchen said...

Wahh cantiknya biskut kak ita.. pink colour lg cup dia.. hehe.. ni yg rasa cam nak tambah list kuih raya nih.. hehe..

noRwaNi wNi said...

Salam sis..sy da try resepi sis post just now..mmg sdap, cair di mulut.�� tapi ada cara tak nak bg texture nya lembut tak ksar sbb sy buat terasa texture biji tepung suji tu..kot2 kene blend ke cmne?anyways, thanks for d recipe ya!��

Powered by Blogger.