Monday, August 6, 2012

BISKUT CENDAWAN


Assalamualaikum

Kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan, pejam celik, pejam celik kita telah pun berada di pertengahan Ramadhan dan sedang melangkah ke minggu ke tiga umat Islam berpuasa.

Alhamdulillah kita masih lagi di berikan kesempatan berada di bulan yang mulia ini dan masih dapat lagi meneruskan ibadah puasa. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.

Ramai suri rumah telah pun memulakan projek mengukis, ialah Hari Raya pun dah tak lama lagi.. jadi rasa-rasanya mudah kalau sediakan lebih awal, tak lah kelang kabut nanti..
Beberapa hari yang lepas ita adalah pergi jalan-jalan ke Plaza Angsana di JB. Saja aje cuci mata sambil tu ita nak intai juga biskut raya apalah yang paling popular sekarang ni..

Rata-rata biskut yang di jual tidak banyak beza dari tahun yang lepas. Tapi apa yang menarik perhatian ita, biskut raya tahun ini banyak di ambil bersempena dengan nama Filem atau drama TV. Dan yang lucu ada juga biskut Dato K dan Saleh Yaaakob. haha nak tergelak ita dengar bila DJ tu bagi tau nama biskut yang popular tahun ini. Ialah biasa kita dengar nama selebriti wanita aje.. tapi tahun ni yang lelaki pula yang lebih menonjol..

Antara biskut yang popular adalah biskut Ombak Rindu. Yang jadi kemuskilan ita, setiap gerai yang menjual biskut raya, pasti ada biskut Ombak Rindu tapi dalam design yang berlainan dan biskutnya pun tak sama tapi nama serupa.. aiii.. macam-macam


Dalam banyak-banyak biskut, ita berkenan dengan biskut ni.. Dalili pun dah berbunyi, "mak buatlah biskut Cendawan ni.. nampak comel.. mesti budak-budak suka.."
Bila balik rumah ita pun mula lah google cari resepi biskut cendawan yang menarik. Kali ni ita berkenan dengan resepi dari Naz. Menurut kata Naz resepi ni beliau ambil dari Diana, ita pun tak pasti Diana yang mana satu. Menurut Naz lagi, beliau tak dapat nak link blog Diana sebab blog Diana dah tak boleh di ases lagi..
Laaa... ok lah Naz tak pe lah.. semoga perkongsian yang Naz buat ni juga mendapat ganjaran kerana memanjangkan ilmu..

Melihatkan rupa biskut yang comel, ita tak sabar rasa nak mencuba. Lebih teruja bila Naz katakan yang beliau banyak mendapat tempahan untuk buat biskut ni. 

Untuk satu adunan biskut ni ita dapat anggaran 140 biji cendawan yang comel. Ita menggunakan tepung Red Rose umtuk setiap penyediaan biskut ita. Penggunaan tepung Red Ros membuatkan biskut lebih rapuh, rangup dan gebu. tapi jangan pula risau, jika tiada tepung Red Rose anda masih lagi boleh gunakan tepung gandum. Untuk merangupkan biskut anda boleh tambahkan sedikit Emplex.
Emplex ni boleh di dapati di kedai menjual bahan membuat kek.

Ok, berbalik kita kepada biskut cendawan yang comel ni, ternyata tak sia-sia kerana biskut ni juga sedap! sangat halus dan sangat rapuh. Masuk dalam mulut terus mencair dan hilang.
Masa ita uli adunan, ita dah dapat rasakan kelainan pada dohnya, kerana sangat ringan dan sangat lembut. Agak payah juga untuk menerap hingga ita terpaksa tambahkan sedikit kuantiti tepung. Adakah kerana ita menggunakan tepung Red Rose dan penambahan Emplex yang membuatkan adunan terlalu lembut....

Mula-mula ita bakar dulu sekeping untuk melihat adakah doh akan mengembang kerana ita risaukan dohnya yang terlalu lembut tu.. Alhamdulillah dohnya cantik dan tidak mengembang. Bila siap di bakar dan rasa aduyaiiii... lembutnya hingga ita terpaksa pegang biskut perlahan-lahan kerana ia mudah patah kerana terlalu rapuh..

Kepada yang berkenan bolehlah mencuba!


Terlebih dahulu ita nak mengucapkan terima kasih kepada Naz atas perkongsian resepi biskut yang sedap ni. Akak minta izin untuk simpan dan kongsikan di sini pula lah ye... Manalah tau kalau ada rakan-rakan yang berkenan dan teringin mencuba.

Jom kita cuba, pasti kanak-kanak sukakan biskut yang comel dan berwarna-warni ni..


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz

225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla  

Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex


Pukul butter bersama gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Terap doh dengan acuan cendawan
Susun terapan cendawan atas loyang
Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
Setelah masak sejukkan
Sekarang kita sediakan icing


ICING

1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


SALAM RAMADHAN

23 comments:

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...ala2 comeinye biskut cendawan tu...ceria nmpknye tu...kalerful...suka lak tgk lelama..hihi

CT Delima said...

As'salam Ita

Alahai...cunyaaaa! suka pulak memandang pagi2 tengok biskut cendawan yang ceria ni. tahun ni ct tak buatlah biskut cendawan ni, sebab tahun lepas dah buat hihi

ct pun kalau buat biskut yang fancy2 macam ni anak2 yang paling sukanya Ita hehehe. Ni pun buat biskut topi semalam tu suami dan anak2 yang tolong paipkan segala hehehe Mesti dah banyak biskut Ita buat kan :)

Gee® said...

Dah beratur biskut raya kat rumah Ita panya.. rajinnya mengukis... cantik2 belaka... Kalau gee tersesat ke JB nanti boleh merasa kukis Ita yer...

Sari Yusa Ibrahim said...

kalerpul!! Kalau rapuh ni memang syik mem-vacum sajalah, hehehe

Sabrina Jamali said...

salam sis..sy br nak mula dlm dunia blog ni..sy minat tgk blog sis krn sis bkn saja pndai mask, pandai pula mengambil dan mengedit gambar dan semua gambar sis cantik2...semoga sy pun bulih jd gini.minta izin share mn2 ye..tq

Yatie said...

waduh2....cantik yg amat sangat biskut cendawan Ita ni, thn ni mmng berangan sangat nak buat biskut ni, tapi tak taulah jadi ke tidak...tapi teruja yg amat sangat bila tngk biskut Ita yg cun melecun ni....geram je tngk...

Hidayah Bach said...

salam kak , dayah nih baru belajar2 nak buat biskut , ilmu tak berapa nak ada lagi..
hehe..
err..nak tanya sikit boleh tak kak..?
yg akak kata icing tu..
warna pilihan tu , maksudnya tambah pewarna ek?
err..mana nak dapat pewarna tu kak..?
(tak sama dengan esen vanilla kan)
hehe..(segan la pulak..)
:)

KG said...

azlita, you are so rajin...tapi hatiku dah terpaut dgn yg ni after buat frambozen last week :p tqs for the recipe!

meerasmira said...

Nak cuba buat,, comey cgt :)

Alin Marlini said...

Salam Kak Ita

Nak ty resepi icing tu..kenapa letak tpg jagung

Rahmah Ram Ram said...

as salam...alahai sayangnya nak makan biskut ni..cumel dan kiut sangat...simpan bawak balik letak dalam jag boleh kak ita?

Amie said...

Cantiknya biskut cendawan! Meriah sungguh dengan warna-warninya.... cendawan moden ye Ita...

Ein said...

alaaa... tak boleh order ke? :(

ibh_sue said...

Asslmkum kak Ita..
Comei2nya biskut tu.. Bukan budak2 ja yg suka, sue pun tertarik juga tengoknya ha..Rajin tau kak ita ni.. :)

fazian.batrisyia said...

cutenya biskut cendawan kak ita...

FatihahRadzi said...

nanti lah nak try ! mcm best je ! comelllll :D

faa.rosli said...

ya allah! geram-geram! comel sangattttt! nak kene buat ni..

Nur-nba said...

Alahai cutenya... Memang rajin betul Kak Ita ni, dah banyak dah kuih raya akak.. :)

Ummi said...

Assalam Ita cayang...apa kabor, lama pulak rasa x nyinggah sini...dah byk buat kukis rupanya diaaa...adeeii lawo2 belakaaa....ada rezeki ke x akak nak merasa ni eh....cute comey loteeyyy jek kukis ni...kretip tul Ita..muaaahhh!

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Mama-ILuvU said...

Comelnya biskut cendawan tu kak ita. Tgk kak ita tiap2 hari update biskut raya. Berapa jenis biskut tahun ni kak ita?

p/s : Pada yang mencari tips/suplemen bagi menjayakan penyusuan ibu boleh berkunjung ke blog saya
http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/08/testimoni-4-oz-ke-7-oz-dalam-masa-2-hari.html

fazanur said...

Tq kak ita.nanti leh copy resepi n try wat.kalu smpat

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Salam ...kak ita yanty ah cube resepi akak...tq kak sgt sedap rasanya alhai cume rupe kureng ckit tak teliti ...ehehehe...paper pun hepi main warna warni... Ngeee...