Follow if you like

Aug 2, 2012

BISKUT BUNGA CINA


Assalamualaikum
Ramai yang merungut, "kak ita buatlah biskut yang mudah dan simple.."
Ok hari ni ita tunjukkan biskut yang paling mudah dan paling simple
Buat pun senang, dengan bahan yang cukup simple .. semua ada di dapur rumah anda..
Tapi pastikan anda juga memiliki acuan khas yang diperlukan untuk membuat biskut ini..


Biskut Bunga Cina, adalah biskut orang lama..
Biskut yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.. cuma cair di mulut... hehe

Biskut Bunga Cina dan Biskut Bunga  Dahlia adalah dalam kategori biskut yang sama, bentuk dan cara pembuatannya juga adalah sama. Cuma sedikit perbezaan biskut bunga Cina kebiasannya berwarna putih bersih, manakala biskut bunga Dahlia pula berwarna kuning.
Faktor yang membezakan antara kedua-dua biskut ini adalah penggunaan tepung yang berbeza. Biskut bunga Cina menggunakan tepung jagung manakala biskut bunga Dahlia menggunakan tepung kastard. Oleh kerana itu warnnya kuning..

Biasanya biskut ini di gemari orang lama.. Jenerasi baru terutamanya kanak-kanak kurang mengemarinya..


Sebenarnya ita juga kurang meminati biskut bunga Cina ni, mungkin rasanya yang macam tepung sahaja dan tiada bahan tambahan lain yang menarik selera membuatkan ita tak berapa gemar.. 
Biskutnya yang cair di dalam mulut dan mudah melekat di langit-langit dan celah-celah gigi, membuatkan ita tak berapa selesa bila makan biskut ni.. lepas makan mesti nak gosok gigi.. kalau beraya kat rumah orang tak kan ita nak bawa berus gigi pulak! jadi ita elakkan makan biskut yang macam ni bila beraya.. kalau tak... mau habis se jug air ita minum.. hihi

Masa ita kecik-kecik dulu ita panggil biskut ni 'biskut atuk'
Sebab atuk ita cukup suka buat biskut ni.. 
Lagi satu biskut ni tak perlukan gigi untuk mengigitnya... hehe sebab tu ita kata biskut atuk kerana atuk ita  tak de gigi.. haha

Ita ni masa kecik boleh tahan juga cerewetnya.. oleh sebab itu ita selalu juga di sakat oleh atuk.. Bila beraya ita di suruh makan biskut bunga Cina ni.. kalau tak makan ita tak dapat duit raya.. tapi kerana ita ni jenis yang boleh tahan juga degilnya.. kalau ita tak suka jangan harap lah ita nak makan.. tak dapat duit raya pun tak apa.. ^_^

Atuk ita ni seorang yang sangat teliti dan cukup cerewet juga.. sebab tu turun temurun kat cucu dia ni.. Kalau berjalan dan berdandan.. macam anak dara.. aje ita tengok lagaknya.. Atuk ita suka bersangul.. orang Johor dulu-dulu memang suka bersangul dan mengenakan selendang panjang.. Bila bersangul tu pasti akan terselit bunga di sanggulnya.. selain bunga kenanga, cempaka dan ros, bunga Cina juga selalu terselit di sangulnya...

Masa dulu-dulu, mana ada sampul duit raya..
Tapi atuk ita, dia lain sikit, dia akan letakkan duit raya pada sapu tangan, dia akan ikat duit tu di hujung sapu tangan yang kecil macam dalam gambar ita tu.. Biasanya sapu tangan tu berbunga-bunga kecil.. Dan dia akan berikan duit raya kepada cucunya dengan sapu tangan tu.. unik kan.. !!
Begitulah atuk ita.. seorang yang sangat cerewet dan terlalu menjaga adat..


BISKUT BUNGA CINA
Resepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan

250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur 

Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi

Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink ~ jika suka
sedikit putih telur

Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka

Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C 

Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya

Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna


Resepi biskut bunga Cina ni ita ambil dari dapur kak Wan. Resepi asal yang kak Wan kongsikan ialah Biskut Bunga Dahlia. Ita tukarkan tepung kastard kepada tepung jagung untuk dapatkan resepi bunga Cina ni..

Ita letakkan sedikit warna pada sedikit adunan untuk dapatkan warna yang lebih menarik pada biskut ni..
Kalau yang suka warna asal putih mulus tu.. tak payah lah letak pewarna. Kalau ikut resepi orang dulu-dulu, tiada penggunaan tepung Red Rose dalam resepi. Tapi penggunaan tepung Red Ros membuatkan biskut lebih rapuh..

Terima kasih ita kepada kak Wan yang sentiasa tidak lokek berkongsi resepi dan tips memasak, dan kepada kawan-kawan selamat mencuba!


SALAM RAMADHAN



32 comments:

CikPuanIsteri said...

Salam kak...semalam sy baru j buat biskut nie tp xjd la kak...kelopaknye layu bila di bakar..nanti nk try resepi akk plak..tq kak =)

Cheq Sue said...

PHEWWWW.... tak runtuh langsung bentuknya kak... kalau saya la tu kompom jadi cookies..mesti penyek aje **

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
betullah tu Yatie pun nak cari resepi biskut yg mudah je sbb tangan tak berseni dan serajin Ita...he3..
bila tngk biskut cina Ita ni wat hati tertarik sangat, dari kaler putih asli dah jadi pink kaler...mmng cun abes....eehhhhh tak sabar nak wat gak ni..tapi tulah time cutilah sbb anak2 sklh ni busy sikit, ada kang yg kena tido lewat mlm nunggu sekut raya masak..ekekekekek...

Gee® said...

Biskut zaman berjaman tapi tetap memikat kan Ita... lembut jer warnanya selembut tuan punya badan...hehehe...
Slmt Hr Raya Ita & famili

Diksu said...

memang menarik akak punye resipi/./nak cubalah....tertarik

ilahjy said...

dek ita lawa... memang lawa lah penampilan kesemua model2 itu hehehe..suasana yg lembut dan ayu gituuu..gambar yg ke dua tuuu..dah ceria sekali gmbr2 yg lain2nya..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kak..LM suka biskut ni, tapi tak tau pulak beza biskut ni dan dahlia.rupanya bahannya pun lain.tq kak ita atas penerangan panjang lebar.tgk gmbr pun tau dia akan cair dlm mulut.mintak semangkuk kak ita plisss

legendary wariner said...

haha.resipi lagi.lapar perut rasanya.

NorMala Bahar said...

teriama kasih kak kerana berkongsi resepi.. nanti nak buat lah.. ingat nak buat kuih dahlia... tp kuih ni lagi nampak temting.. thanks..

zulhilmi tempoyak said...

penah buat dah ke..??

Rahmah Ram Ram said...

sayang nak makan biskut ni...

camnelah kalau ada tetamu yang datang rumah akak ni bila raya..kalau sayalah mesti saya tak makan kuih-kuih raya ni..saya simpan 'tapau' bawak balik buat perhiasan...cantik sangat!!

Nura Noor said...

Resepi nie nampak menarik dan sungguh nostalgia. Saya nak sangat cuba buat biskut nie. Tapi, kalau saya takde tepung red rose, boleh di gantikan dengan tupung yang lain tak? Di Singapura nie tak tau maner nak dapat tepung nie.

Boleh tolong nasihatkan.

CT Delima said...

As'salam Ita

cantik lembut aje warna biskut cina ni, memang betul kata Ita, kalau akan biskut ni tak payah gigit pun masuk jer dalam mulut dok mencairlah dia.

tapikan bila Ita cakap pasal nak minum air se jag tu ct pun sama, sebab nak komor2 nak hilangkan biskut yg melekatlah tu hehehe. Adoii..biskut dulu2 ni lagi sedap kalau dibandingkan dengan biskut sekarang. cuma anak2 ajelah tak gemar katanya tak cantik dan seri tak ada..haaa memang nak kenalah jawabnya. Buat sendiri! hahaha

faa.rosli said...

comel jek pink putih..bnyak jugak kuih akak buat ye...

Kak Nita said...

Betul la warnanya lembut ...sekali pandang maacm aiskrim paddle pop....

asya yesha said...

salam kak ita,, ape beza biskut ni dgn biskut semperit ek??

EmbunRosaliza said...

Assalam ita, cantik kuntum bunga cina tu, kalo akk buat mesti ada yg kena makan ulat kelopak tu heheh

C'chanteque Manes said...

Kak Ita nak tanya...satu adunan ni boleh dapat brapa biji kueh?

nora cherry said...

memang cantik warna die, nak makan pun tak sampai hati, hehe...

nora cherry said...

biskut tradisi tapi dimodernkan memang idea yang baik, mungkin lepas ni boleh cipta macam-macam lagi resipi baru dari biskut & makanan tradisi

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Nieza paling suke biskut ni tapi skang dah jarang buat..tahun ni kagika sbb dlm pantang.. :(

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Hb sue sblum puasa dah bunyi pasal biskut ni..Tp tu lah..sue sangat2 bercinta nak buatnya..sbb selalu buat bunganya tak cantik..huhuhu..

gerhana luka said...

biskut ni la yang selalu dok makan masa kecik-kecik dulu tapi sekarang ni jarang jumpa, biasa biskut dahlia je dan semprit yang guna acuan bunga dahlia. cantik gabungan warna biskut bunga cina Kak Ita ni lembut je selembut rasa biskut tu.

Rose Mid said...

Sungguh menarik dan simple dan pasti juga rasa nya sungguh yummy !!

nora cherry said...

mmg sesuai utk hidangan hari raya, ni yg rasa tak sabar nak buat kuih raya ni

Nor Rimah said...

Kak ita, cantik la bekas kuih tu.. dulu arwah mak kita pun ada bekas kuih camtu.. tapi x tau sekang ni mana peginya.. balik raya nanti nak carik la.. nostalgia bekas kuih tu. suker sangat

noorhayati harun said...

akak..suka3 beskut nie..

Citarasa Rinduan said...

Ayu pun sama... Tak suka mkn kuih cina sbb kesan maksn gitulah jadi

tapi. Bab buat tu. Orait jer

ayu suka bt warna kuning y kak ita tiak dahlia

versi kak ita mmg sangat cantikkkkkk

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Gorgeous looking cookies kak! :)

outbound wisata said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Janine said...

hi sorry i dont understand malay but can you share how you made the shape of these cookies? is it piped using a tip? thanks! they are so beautiful!

TANYA TRUONG said...

These cookies are so pretty. Did you use a mold for these? Where can we get this mold? Please show us how. I would like to make these cookies. Thanks a lot.

Powered by Blogger.