Follow if you like

Jul 5, 2012

TAUGEH SOYA GORENG KERING




Jika pagi tadi ita dah sediakan lauk kerutup Ikan Ala Johor. Ini pula sayur sampingan yang ita gandingkan dengan lauk tersebut. Rumah ita ni sememangnya kerap juga memasak sayur kerana suami ita ni suka makan sayur. Anak-anak pula kurang minat. Sayur yang mereka suka hanyalah sayur kubis dan taugeh. Masaknya pula hanyalah di goreng kering bersama udang, ikan bilis atau cuma di goreng bersama bawang. Mudah je kan selera anak-anak ita.. Cuma kadang kala ita pula yang terasa bosan asyik masak lauk yang sama. Payah juga kita nak merubah selera anak-anak. Kalau mereka tak suka, memang payahlah mereka hendak menjamah.

 

Suami ita pun lebih kurang cam tu jugak, banyak sayur kampung yang dia tak berapa suka. Kalau yang biasa di makan itu lah sahaja yang ita boleh masak, kalau tak... tak de siapa lah yang nak makan.
Begitulah juga dengan lauk yang ita masak ni.

Sebenarnya masa ita jalan kat pasar ita nampaklah sayur taugeh yang kasar-kasar ni. Nampak segar aje taugeh tu. Menurut apek yang menjual tu, taugeh ni di buat menggunakan kacang soya berbanding dengan taugeh biasa yang menggunakan kacang hijau. Kerana nak sangat merasa, ita pun belilah sedikit untuk di jadikan hidangan. Alkisahnya suami ita tak berapa gemar taugeh yang kasar ni, katanya tak berapa sedap kerana kepala taugeh yang keras dan batangnya juga agak keras berbanding taugeh biasa. Pada ita OK aje!

Nak jadi cerita terpaksa lah ita habiskan sayur taugeh ni.. apalah nasib..!!


Ita masak yang ringkas aje. Masak goreng-goreng yang macam biasa selalu ita masak. Yang penting atas meja tu mesti ada sayur. Ok lah jom kita intai-intai resepi yang mudah dan ringkas ni.

TAUGEH SOYA GORENG KERING

300 gm taugeh ~ di bersihkan
3 keping tauhu ~ di goreng kemudian di potong dadu
1 sudu besar ikan bilis atau udang kering ~ di tumbuk halus
50 gm daun bawang ~ di mayang
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus

 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
Garam secukup rasa

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga harum
Tambahkan sedikit air dan masukkan kiub ikan bilis masak hingga kuah sedikit kering
Masukkan tauhu, taugeh, hirisan cili merah, daun bawang dan kacau rata.
Perasakan dengan garam
Sedia dihidangkan.



17 comments:

Engineers Love Cooking said...

Salam, boleh juga ditambah daun kucai untuk menyedapkan atau gantikan daun bawang dengan kucai. Sila ke blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/ Saya dah masukkan your blog to my blog list. Please put mine into yours. Thanks.

norhanim md zain said...

Assalam Ita..sedapnya bila dapat makan sayur taugeh dengan nasi panas..dimakan mentah pun ok gak..macam biasa gambar terbaik :)

mashitah said...

sedapnya.............saya suka mkn taugeh ngan lauk asam pedas....

Rosidah Binti Muhamad said...

Sedap kak ita kalau dimakan panas2 nie..simple jer menu akk kali nie, tp tetap memikat mata yg memandang..

Ummiakid @ lily said...

suke taugeh ni tapi kat sini susah nak jumpa...pastu tougeh biasa pun rendam air...amat² sukar jumpa taugeh kering mcm kat Johor...

Yatie said...

terbaliklah pulak, Yatie tak suka taugeh kasar ni..suami Yatie yg suka amat sangat, kdng2 kalau dia teringin, yatie masakkan jek..pastu yatie masak sayur lain utk anak2...he3...

Sari Yusa Ibrahim said...

laaaaa... patut panggil kita tolong habiskan... sukaaaaaaaaa togehh!!

Kak Nita said...

Salam kak Ita

Simple tapi menyelerakan...

snuMun said...

sy suke tauge cmni..krup krap makan! aa dap2..

Siti Nadira said...

kak ita...kalau x abes leh saya tolong abeskan....sedap makan gitu ngan nasik panas...

Pink Lavender said...

dl saya xsuka mkn taugeh..
skrg tgh blajar makan tauge...eheheh..

makneng follow sini
jemput follow makneng

KG said...

salam sister, i suka taugeh, the ones from ayer baloi, those in kl dah lunyai tak sedap sgt!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Yes! Ada taugeh kat rumah Kak Ita...nak tapau kak...my fav!!!

ummiaisyah said...

tak penah mkn tauge soya...mesti rangup..krup krap..krup krap!

faa.rosli said...

fevret nenek faa ni..sedp..

zila norazila said...

salam kak ita,
klu taugeh nie fav zila..kerap jgk masak goreng2 camne..krukkk2 jew..h ehheee

AbbotCottage said...

sayur favourite...ratah je.

Powered by Blogger.