Monday, July 30, 2012

TART NENAS TERATAI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung yang sentiasa ceria menemani dapur Masam Manis. Semoga minggu baru kita ini memberikan kita satu nafas baru untuk meneruskan lagi kehidupan kita sebagai hambanya di atas bumiNya ini..

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas dan dapat meneruskan ibadah puasa kita pada minggu yang ke dua ini. Semoga kita semua di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Dua hari bercuti, waaaa... seronok bukan main lagi kan??
Ada yang dah mula buat persiapan Hari Raya, ada yang merebut peluang berbuka puasa di luar bersama keluarga tersayang dan tak kurang juga yang bersinsing lengan di dapur menguli tepung.. nak buat kuih raya lah tu.. ^_^

Sedapnya bau.. kuih di bakar.. melintuk-lintuk di tiup angin hingga mencuri-curi masuk di celah jendela rumah..
Banyak dah buat kuih Raya?


Cuti 2 hari semalam memberi ita kesempatan untuk membuat kuih raya. Kebetulan suami ita tiada di rumah jadi ita tak masaklah untuk berbuka 2 hari ni.. hihi dapat lah ita rehat.
Ita hanya belikan untuk Dalili sahaja apa yang dia nak makan.. Untuk ita sekadar alas perut aje.. Ita ni kalau buka minum air aje dah kekenyangan..


Kuih raya pertama ita buat mestilah raja segala kuih raya iaitu kuih tart. Kuih raya yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan mesti ada pada setiap kali menyambut lebaran.

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya.

Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura.Ia merupakan kuih yang paling mendapat sambutan terutamanya pada Hari Raya.


Biasanya kuih tat nanas dibuat hanya pada musim perayaan seperti Hari Raya dan kurang laku pada waktu biasa.

Kuih tat nanas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek. Selepas dicanai, ia di terap dengan acuan khas, jem nanas akan di gentel bulat dan di letakkan di tengah-tengah. Ada juga yang mencanai dengan pengolek bergigi untuk mendapatkan bentuk gerigi atau memasukkan ke dalam acuan semprit . Kemudian jam nenas diletakkan ditengah-tengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nanas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.

Kini tart nenas semakin berubah wajah, setiap tahun ada sahaja design baru yang muncul untuk menarik perhatian pembeli.



Tart Nenas Teratai antara koleksi terbaru tart nenas bagi tahun 2012. Ita membuat tart ni selepas ternampak di blog Chef Asma. Melihatkan hasil kejadiannya yang memikat, membuatkan ita tak sabar untuk memulakan projek mengukis ita..

Dan inilah kuih raya pertama ita untuk tahun ini. Kuih yang merupakan kuih kesukaan anak ita Dalili.
Ita masih lagi menggunakan resepi dari Kak Anim dan ita pernah kongsikan dahulu di SINI.

Terima kasih sekali lagi kepada kak Anim atas perkongsian resepi. Semestinya ia menambat selera kami sekeluarga.



TART NENAS TERATAI
by: Kak Anim
Idea ilham : Chef Asma


4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.

Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


JAM NENAS
 by: Kak Anim

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni 
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau. 



SALAM RAMADHAN


Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_Tat_Nenas

36 comments:

Gee® said...

Nak beraya ruman Ita lah nanti... sedap nmpk tat tu...

Cheq Sue said...

wah menariknya... saya dah lama nak buat tart sebegini, tapi tak terbuat lagi

mama aleen said...

comelnya..

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita ...

Amboi kak .... dah mula buat kuih raya. Cantiknya tart nenas akak. Simpankan utk Nina sebalang kecik pun jadi lah..... hehee

Selamat Hari Raya !!

Hesti HH. said...

Assalamualaikum Kak Ita,

Apa kabar puasanya? semoga sehat sehat selalu ya kak. Duuuuh, kuenya menggemaskan sekali...so cute. Izin bookmark ya akak, rencana mau bikin juga. Tapi tidak punya cutter cantik kayak kakak. Nanti cari cari dulu di toko, semoga dapat!

Cik Honney said...

waliauuuu pagi-pagi sudah mengancam..cantek je rupanya..rasanye sure lagi sedapppppppppppppp...

Asyifa Mustaffa said...

ohhh...kreatifnya k.ita ni....nmpk sngt la sedapnya tu.....:)

CT Delima said...

As'salamualiakum Ita

Alahmdulillah walau pun duagaan berpuasa ni amat mencabar buat anak2 dirumah, namun dengan ketabahan dapat anak2 ct habiskan hingga waktu berbuka. cuma ct jer kalau dah gersang sangat tekak ni tengok air pili tu dah kecur bukan main hahaha

Itaaa!! cantiknya bentuk kuih tart ni, suka nya ct tengok. suami pun dah suruh gak buat sikit2 biskut raya ni. Tu lah ct belum mula lagi nak buat. IBU mertua pun call semalam tanya dah buat ke belum ..alahaiiii. yang sebelum2 tu dah habis dah anak2 makan hehehe. Insya'Allah esok lusa nak buat juga biskut agar tak kelam kabut nanti.

Terima kasih Ita sangat2 memahami diri ct ini, tr kasih juga untuk ucapan dan doa yang terbaik untuk ct. begitu juga harapan ct untuk seorang sahabat ct yang satu ini ya..muahhhhh!

sury_masury said...

salam kak ita...singgah sini..terpersona dengan tat nanas kak ita ni..kemas dan cantek je..mcm nk try jugak lah ni...:-)

selamat berpuasa dr saya.

ameris said...

cantiknya kak ita...

Nazrah said...

kalau buat biskut tart yg terdedah camtu.. x keras ke jem dia..sbb dah pernah cuba wat..jem jadi keras ..

Sari Yusa Ibrahim said...

terima kasih Kak Ita kongsi ilmu cemana nak buat tart nenas teratai ni..

ibh_sue said...

Kak ita, sedapnya. Thanks kak! Share cara nak buat tu. Mula2 sue pun terfikir jg mcm mn nak buat bentuk mcm tu, last2 tgk ada akak tunjuk cara. Thanks kak.

Ummi said...

Assalamualaikum Ita, waaah dah mengukis dah eh...cantiknya tart diaaaaaa....wat lebih x, hantar sebalang tuk akak eh...hehee. Tengok gambar pun dah terasa2 jek sedapnya...nak2 inti nenas molat tu, puashati makan...

Aku said...

Pertama kali nak komen kat sini sbb terguda dgn tart nenas teratai! saya bab cookies ni fail sikit, biasanya cookies saya blh buat senjata utk baling anjing. huhuhu

Qasey Honey said...

asslm kak Ita...alahai comeiiinye tart nenas tu...cantik skali..musim skrg ni tart bunga2...QH pon dh start tayang biskut raya juga...hehe

Cendana Kasih said...

salam ita...cantik banget tat nenas tu....rumah CK takleh buat awal2 tart nenas ni, sure abis punyer... tunggu lagi 2,3 hari nk raya baru buat...dan tahun ni azamnyer nk buat tart nenas lawa2 sikit...hehehe...versi bunga, kelopak, dll....

mimie kesuma said...

assalam kak ita....
cantiknya tart nanas tu....
hari tu tengok2 tart nanas tulip kak ita tu...
alhamdullilah,,,cr2 cetakanya, dapat.
nak try lebaran ni....
selamat berpuasa kak .... :)

anymz said...

salam ita,akak dah lama tak update blog..tetiba hari ni tgk ramai nya pengunjung di 'mykitchen'..rupa2nya dtg dari rumah mama dalili..hehe
terimakaseh ya ita,masih tak jemu dgn resepi ni..alhamdulillah ramai sudah yg mencuba dan ada juga yg sudah mulakan bisnes dgn resepi ni..
bila tgk idea yg ita tunjukkan ni,akak terfikir juga utk buat cara ni juga utk tart akak nnt..masuk dlm list lah..:)

Person who adores cooking.... said...

Salam Ramadhan Kak Ita,

Kreatif sungguh akak ni! Alhamdulillah....
Tapi personally, saya lagi suka tart bunga hijau kuning akak sebelum ni.....colorful gitewww....

Saya curi resepi akak ni ye....nak cuba jugak lah!

Person who adores cooking.... said...

Salam Kak Ita,

Personally, saya lagi suka tart akak yg sebelum ni. Yg kuning hijau tu....colorful gitewww...

Yg ni x kata x cantik, kreatif sangat, memula dok fikir cemana akak buat bila tgk cara2 nya...baru la paham....

shida said...

cantiknye....terliur tgk kuih tat ni!!!

zainiah aris said...

Assalam,

Nak order kuih tart tu bole tak

rahel said...

uwaaaa....nak petik bunga teratai..gue ahaksss...cantek sangat tat itu Kak Ita...gue udah tergoda...

Nieda said...

dah start kuih raya ...saya belum lagi.

Salmi Khairil said...

comeinye...

Nur-nba said...

Tersangat cantik dan comel.. Pertama kali nampak kuih tart secantik ini.. :)

Siti Rohayah said...

cantiknya.. sgt kreatif la kak ita ni.. thx sebab share cara nk wat bentuk bunga tuh.. nak try la :)

Yatie said...

cantiknya tart teratai ni Ita, Yatie mng berangan nak buat, tapi tak terbuat2..butter tu asyik keluar masuk petiais je...mlm je ngantuk yg amat sngt..pas terawikh mata ni nak terkatup jek....ari minggu plk bnyk aktiviti luaran...meh buatkan yatie 3 balang..ekekekek....leh kan...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

comelnyerrrr....

MY MintRoom said...

Salam Ita,
akak nak tanya. Adunan & 10 bj nenas ni boleh dapat dalam berapa biji kuih ya?

nora cherry said...

salam, tahun ni memang plan nak buat kuih tart nenas, resipi kak ita ni mmg boleh dijadikan guide utk saya menyediakan kuih kegemaran family tu, terima kasih daun keladi..

Asmah Yusof said...

Salam K.ita...cantik sangat ....sayang nak makan..:))

zura said...

Askum kak Ita,saya da try da wat tart ni.mmg gebu,cair di mulut.minta izin kopipes resipi ye.saya da backlink ke blog akak..tq...

Erfa said...

Salam ita..

Simple and nice..., nak cuba nanti, minta izin ambil resipi yea..:)

bai zura said...

Sakam sis...nak tanye kat mane nak beli acuan untuk tart nie yea... tahun lepas buat tak menjadi cantik...maybe acuan kecik... tq...