Follow if you like

Jul 17, 2012

SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING

Assalamualaikum


Beberapa hari ni, cuaca kat Johor ni tak menentu, kadang macam cerah aje pagi-pagi, bila petang hujan lebat pulak. Kadang-kala celik mata dah hujan aduyaiii... tu yang macam rasa liat aje nak tinggalkan tempat tidur..

Kalau hujan cam ni bulan posa ok jugak kan.. kesian tengok anak-anak yang baru mula nak belajar berpuasa. Kalau hari panas sangat mesti lepak budak-budak tu.. Teringat masa mula-mula ita berpuasa. Ita telah mula berpuasa penuh pada usia 5 tahun. Masa umur 4 tahun emak dah latih untuk berpuasa separuh hari. Seronok rasanya berpuasa waktu itu, sebab waktu berbuka wah! mak layan macam tuan puteri. Semua yang di minta pasti di tunaikan.


Ada suatu hari tu terasa memang tak larat sangat, sampai ita cakap kat mak nak buka posa kalau mak tak bagi buka mestilah ita mati... sampai pesan kat mak kalau ita mati, baju raya ita tu jangan bagi kat orang lain... hihi

Mak kata sayang sebab lagi berapa minit aje dah nak buka puasa.. tapi memang dah tak larat dah rasanya.. sampai nak jalan pun dah tak larat.. Akhirnya mak beralah dan bagi ita satu kotak air milo dan roti. Fuhhh!! sedapnya makan masa tu.. Bila masa orang berbuka mak tak kasi kacau.. apa yang mak sediakan untuk orang berbuka puasa ita tak di benarkan makan.. yang sedih kena pulak jaga 2 adik ita yang masih kecil sebab tak puasa. Aduyaiii... sedihnya.. esoknya ita janji tak mau ponteng puasa lagi..


Satu kenangan yang tak dapat ita lupakan dan sering ita terkenang bila munculnya bulan puasa ialah kenangan ita tertelan jarum. aduyaiii.. memang nostlgia betul kenangan tu.. Setiap kali bulan Ramadhan pasti ita tersenyum mengenangkan peristiwa lucu itu.. rasa-rasanya ita dah pernah ceritakan pengalaman ita tertelan jarum dahulu..

Satu lagi cerita lucu bulan Ramadhan..  haha kelakor seram pulak rasanya. 
Nak dijadikan cerita, peristiwa ini berlaku dah berabad lamanya.. Masa tu ita dan suami tinggal di Desaru, Johor. Awal Ramadhan peristiwa itu berlaku. Masa tu ita dalam perjalanan untuk pulang ke Desaru dari rumah mak ita di Skudai.  Pada mulanya mak melarang kita pulang kerana berapa jam aje lagi waktu berbuka. Tapi suami ita ajak balik jugak sebab kalau lewat nanti dah malam sangat dan jalan masuk ke rumah ita pula agak gelap kerana rumah ita pada waktu itu berada nun jauh di pendalaman estet kelapa sawit. 


Dalam perjalanan tu sempat lah kami singah Bazar Ramadhan di Kota Tinggi. Manalah tau kot-kot tak sempat sampai rumah dapat lah berbuka dalam kereta. Masa kami naik kereta pacuan 4 roda . Sedang kami berbual-bual tiba-tiba ada satu tayar kereta melintas di hadapan serta memotong kenderaan kami. Eh! tayar siapa pulak tu yang jatuh! rasa macam tak de pulak perasan lori  bawa tayar berselisih dengan kereta kami..
Tiba-tiba.. buk! pajero kami jadi senget sebelah... ya Allah... rupanya tayar kenderaan kami yang tercabut..


Aduh! nasib baik belakang kami tiada kenderaan, kalau tak pasti dah berlaku kemalangan tika dan saat itu. Kawasan itu pula memang kawasan yang selalu berlaku kemalangan maut.. 
Alhamdulillah Allah masih selamatkan kami. Suami ita segera ke tepi dan memberhentikan kenderaan yang senget tu. Dia pun mula mencari tayar yang tercabut tadi. Kerana cuaca yang dah gelap dan tayar tu pun dah masuk ke gaung manalah agaknya.. sampai kami tak jumpa tayar kami yang tercabut tadi. Terpaksalah tukar tayar spare. aiiii... berbuka puasa lah kami di tepi jalan raya.. itulah pengalaman yang sampai sekarang ita tak dapat lupakan dan selalu tergelak bila terigatkan peristiwa itu.. macam mana lah tayar boleh tercabut! pelik.. pelik.. 


Amboiii.. amboiii.. amboii.. panjang pulak mukadimah ita hari ni. Ita ni..macam ni lah.. kalau dah berborak pasti tak hingat-hingat.. 
Kesian kawan-kawan dah meleleh-leleh dah air liur.. tik tok tik tok jatuh atas keyboard.. apalah pulak yang kak ita bawa hari ni kan.. kecur liur dah ni.. ^_^

Ini lah dia puding roti.. aik!! bukan sebarang puding tau! hasil sentuhan jejaka Malaya kita siapa lagi kalau bukan saudara Ady. Suka tau ita bila tengok orang lelaki di dapur, orang lelaki ni memang hebat-hebat belaka. Bab masak memasak mereka lebih cekap dari kaum wanita.. kadang kala cemburu pulak rasanya..


Resepi ni ita ada ubah suai sikit, ita kurangkan sukatan rotinya. Kerana takut kalau banyak roti teksturnya keras pulak. Suami ita ni suka puding yang lembut. Puding ni sedap! dan rasa-rasanya sesuai kalau nak buat  salah satu hdangan manisan pada bulan Ramadhan. Jom kita intai-intai resepi ni pulak!

Ita kongsikan resepi dari Ady dan resepi yang ita dah olah ikut citarasa kami.

SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING
By: Ady
Ingredients
125 gm of sugar
zest of one lemon
300 ml of milk
200 grams of white bread without crust
4 eggs
100 ml double cream
1 teaspoon vanilla extract
10-15 Raspberries - chopped
10 Cherries - chopped
10-15 Blueberry - chopped
chocolate chips
caramel for coating the pan 

Preparation
Dip a mold with caramel. 
Mix the sugar with the lemon zest.  
Add eggs and beat with sticks until they whiten about 6-8 minutes. 

Heat the milk slightly and add the bread and  blender.  
Add the double cream , egg mixture slowly stirring so that no firm.  
Pour this preparation and add vanilla mix well. Add the chopped fruit , chocolate chips and mix. 

Pour into caramelized pan and bake in a water bath at 180 ° for 40 minutes.
Allow to cool.  
Unmold and garnish to taste.
Serve with a fruit, caramel or ice cream.
 


SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING
Mula-mula kita sediakan karamel dahulu

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian.
Biarkan  seketika.

Puding
    6 keping roti sandwic ~ di buang tepinya yang keras
    1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
    1/2 cawan double cream
    1/4 cawan susu pekat ~ ita gantikan gula dengan susu pekat
    1 sk esen vanilla
    1 biji lemon parut kulitnya sahaja
    3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

     10-15 Raspberries ~ potong dadu
    10 Cherries ~ potong dadu
    10-15 Blueberry ~ potong dadu
    chocolate chips

    Panaskan susu, agak-agak suam aje.
    Kemudian satukan susu, roti, susu pekat, esen vanila dan kisar dalam blender hingga hancur dan sebati.
    Kemudian masukkan dauble cream dan kacau rata.
    Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
    Kemudian masukkan buah-buahan yang telah di dadu tadi

    Tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
    Taburkan coklat chip di atasnya.
    Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas.
    Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
    Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
    Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
    Hidangkan sebagai pelengkap sajian bersama ice cream, buah-buahan atau sos caramel.



    23 comments:

    Eny Yusnizar said...

    Salam kak ita, sedapnya.. saya pasti cuba.. boleh ganti dgn buah lain tak mcm kiwi, pittaya

    Cik Eka said...

    sedapnya kak.geram eka tengok..

    memang pelik pulak rasanya tayar kereta tercabut..

    nasibla takde pape kan

    selamat berpuasa kak ita

    AZLITA AZIZ said...

    Wasalam..
    Boleh Eny ikut selera kita tapi biarlah ianay buah yang bersesuaian ^_^

    AZLITA AZIZ said...

    Terima kasih Cik Eka

    Selamat berpuasa juga dari akak ^_^

    norhanim md zain said...

    Assalamualaikum ita

    emmm sedap tengok puding nie..boleh dibuat juadah manisan berbuka nanti..photo2 terbaik :)
    selamat berpuasa utk seisi keluarga.

    Mas said...

    klu perut tengah kenyang masuk dapur kak ita nie...
    boleh jadi lapar balik tau....
    mengeliurkan betoiii puding tu kak...
    mengancammmmmmmm

    CT Delima said...

    As'salam Ita

    Salam rindu, kalau dapat tembus laptop ni dah peluk Ita dah hihi. Bukan setakat meleleh air liur dah telan berapa kali dah ni haa. Nampak menarik resipi ni, Insya'Allah akan ct cuba juga buat jika ada kelapangan nanti.

    Samalah Che Mat dan anak2 memang fav dia puding2ni. bila bulan puasa ni, pasti hari2 akan ada dessert atas meja tu hihi.

    UmmiAbi said...

    Hehe...klakarlah..bleh plak tayar kete tu lalu depan mata..hehe
    Uish..meleleh dh air liur..Sedapnyerr...Slamat berpuasa ye..:)

    liemaopurut a.k.a ana said...

    yummieh ;p...

    nampak sedap la kak...lagi2 plak ada banyak buah2 segar slrrrrppp...

    EmbunRosaliza said...

    assalam ita, nmpk sangt sedap tu, mmg best time posa buat ni

    NorMala Bahar said...

    aaaaaaaaaaa... sedapnya.. terliur2 kite. nasib baik bukan tgh pose.. hihihi.. hi kak.. apa kabar..

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    jadikan juadah berbuka pasti sedap ni..

    fazian.batrisyia said...

    Kak ita...sedapnya nampak...sentiasa memikat selera

    ibundo said...

    Alahai sedapnya ita..

    Hesti HH. said...

    Salam Kak Ita,

    Walaupun tak bisa mencicipi kelezatan kue Kak Ita...cukuplah dengan gambarnya saja sudah puas hati ini ^^

    mochalicious said...

    Assalammualaikum wbt...kak ita,

    saya nak minta izin & halal dunia & akhirat untuk resepi2 dari blog akak untuk dicuba n dijadikan sbg pendapatan sampingan especially dessert..:)

    mochalicious said...

    Assalammualaikum wbt...

    Teruja sungguh saya setiap kali melihat resepi &
    photo dari blog akak..
    Perghh mcm Pro gamba yg
    akak ambik tu..hehehe..

    akak, saya nak mintak izin resepi2 dari blog akak
    untuk di cuba & di jadikan pendapatan sampingan
    especially dessert ...
    jika di izinkan ..mintak halal dunia & akhirat...:)

    Noor Hafirdaus said...

    wah sedapnya kak....lama betul saya tak buka blog ni sejak2 sibuk belajar. cuti semester ni bolehla qada masak2 ni. blog akak dah berubah wajah, suka wajah baru ni

    zila norazila said...

    wahhh kak ita sedappnya..aritu nmpak ady buat dh kecur..nie kt sini pulak..aduss tggu puasa nnt baru nk cuba la:)

    liza said...

    hai kak ita...suke sgt tgk blog akak ni.nk tanye la klau x gune double cream leh ke?

    ibuqeesyablog said...

    Sedapnyer.....fiza mmg peminat dessert....resepi akak ni menarik tull..tgk gamba lak...sib baik lum pose..huhu

    Nur-nba said...

    Saya tergoda dengan menu ni.. Resepi wajib untuk dicuba.. Gambar2akak memang superb.. Cantik sangat!!

    Syila Azura said...

    salam kak ita..

    Nak tanya double creme tu nak beli kat mane? Die x same ngan whipping creme kan? Byk resepi yg mengandingi double creme saya terpakse simpan dulu sbb x berani nak buat.. Kalau boleh kak ceritala pasal creme pulak.. Especially brand apa yg elok utk digunakan..

    Powered by Blogger.