Follow if you like

Jul 26, 2012

Masak apa tuuuu... ??



Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua... dah makan? Oppppsss...!! kita masih lagi berada di bulan Ramadhan. Dah hari ke berapa ye kita berpuasa? emmm.. dah lupa dah.. belum sampai seminggu lagi dah lupa! ni mesti banyak fikir nak buat persediaan Hari Raya..

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 dah kita berpuasa.
Waaa... ramai yang dah tanya.. Bila ni kak ita nak buat kuih raya..???
Sabarrrr.. raya lambat lagi nanti lemau kuih tu dalam balang.. hihi
Tak pun dah habis di makan anak-anak.. bila tiba raya dah nak kena buat lagi..


Sebenarnya mood nak buat kuih raya belum mari lagi.. daaaa
Cuba tolong tiupkan sikit angin rajin nak mengukis ni.. macam lemau aje nak raya tahun ni.. sebab tu macam malas aje nak buat kuih .. takut dengan kuih-kuih pun lemau.. ya adoo..

Besar kemungkinan tahun ni ita beraya di Kota Bahru. Atas pilihan anak-anak.. kata mereka seronok beraya di Kelantan hari - hari makan kenduri.. haha tu lah kan anak-anak bila raya ingat makan dan ingat duit raya aje.. yang lain dia tak ingat!


Sebenarnya memang seronok beraya di Kelantan, lebih-lebih lagi bila anak-anak dah besar. Dapat bertemu saudara-mara sebelah ayahnya yang jarang-jarang di temui. Yang paling seronok dapat main bunga api.. kalau kat JB ni mana lah dapat nak main bunga api.. Nak cari orang jual bunga api sekarang ni pun payah..


Lagi tambah menyeronokkan bila raya bersekali dengan musim buah-buahan, macam tahun lepas musim rambutan.. wah seronok anak-anak petik buah ikut tingkap aje.. almaklumlah rumah mak mertua ita tu kawasan banjir jadi rumah tinggi sebaya pokok rambutan.. tu yang mereka seronok sangat tuu.. aik! tahun lepas dah raya kat Kelantan kan?? eh mana aci ni dah 2 - 0
Aiii.. kena buat pilihan raya semula ni.. tak aci lah Kelantan lawan Johor asyik Kelantan aje yang menang.. ^_^

Aduyaiii.. kita lupakan kisah nak beraya.. aik.. tadi kata tak de mood nak raya sekarang macam semangat bukan main lagii..
Tu lah kan bila ingat raya baru mood tu datang..

Ok lah kita lupakan dulu.. nanti kita sambung balik ye.. ni ha.. nak masak apalah hari ni kan.. pening kepala den ni haa.. cuba bagi cadangan sikit?? ^_^

Apa juadah yang terhidang atas meja waktu berbuka semalam.. ?
Semalam ita masak yang simple jugak. Mudah dan ringkas. Ita goreng mi aje semalam. Hari sekolah ni kan memang tak sempat nak masak yang renyah-renyah.. jadi kita masak yang simple aje lah kan..


Ita masak Mihun Goreng Cili Api. Sekali lagi resepi dari buku masakan 1 Hari 1 resepi dari kak Liza. Dah kata dah bila bulan puasa buku ni memang sentiasa berkepit dengan ita, sebab semua resepinya cukup mudah dan ringkas. Dan setiap penyediaan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Rasanya pula tak payah cakaplah memang menambat selera kami sekeluarga.

Ita masak tak banyak sekadar untuk kami 3 beranak. Tak baik membazir..
Ita pun kurangkan cili apinya sebab takut pula kalau pedas nanti Dalili tak boleh makan.. kesian diaa..
Lagipun takut pula nak masak pedas-pedas bulan puasa ni takut asyik nak ke bilik air dah payah pulak nak pergi terawih.. adoiii.. alasan ^_^

Jom kita intai resepi yang mudah dan ringkas dari kak Liza


MIHUN GORENG CILI API
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

1 bungkus bihun ~ direndam dengan air dan toskan
200 gm sotong ~ dihiris nipis
100 gm udang ~ dibuang kulit
200 gm sawi ~ dipotong pendek
200 gm kobis ~ diracik
1 batang lobak merah ~ dipotong halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan hiris nipis
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Hiris atau Kisar
20 biji cili api
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering


Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
Masukkan sotong dan udang, kacau rata
Apabila masak masukkan garam dan air
Masukkan kubis, lobak merah,sawi dan mihun
Kacau rata hingga sebati
Gaul rata sehingga mihun lembut
Rasakan garamnya
Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.


Selain mihun ita juga sediakan Rojak Tauhu. Ita memang suka makan rojak tauhu. Kalau gi makan kat luar selain rojak petis ita juga kerap order rojak tauhu.
Resepi ita ambil dari buku Pandai Memasak. Resepinya sangat mudah dan nak membuatnya pun senang. Ita buat pun tak banyak, sekadar untuk makan bersama suami aje.. sebab Dalili dia tak berapa suka rojak tauhu, dia lebih suka makan rojak petis atau rojak buah. 

Kepada yang tak suka pedas ita rasa pengunaan cili api tu kena kurangkan, sebab ita letak sikit aje pun dah terasa pedas jugak! ke cili yang ita beli tu memang jenis yang pedas! Kuah rojak ni tak perlu di masak, jadi untuk air asam tu ita rasa seeloknya gunakan air panas atau air suam. Tak de lah perut meragam nanti, maklumlah sekarang bulan puasa kalau silap makan boleh memulas-mulas jugak perut tu nanti!

Jom kita semak resepi yang simple ni..


ROJAK TAUHU
Rujukan : Buku Masakan Pandai Memasak

8 keping tauhu ~ di goreng
1 butir timun ~ dipotong mancis
250 gm taugeh ~ dicelur

Kuah Rojak

300 gm kacang tanah ~ digoreng dan tumbuk kasar
1.2 cm belacan ~ dibakar
15 biji cili padi ~ kurangkan kalau tak suka pedas
3 ulas bawang putih
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh kicap manis
1/2 cawan air asam
garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk kuah rojak ditumbuk halus.
Kemudian gaulkan rata bersama air asam
Selepas tu masukkan kacang tumbuk dan gaul rata

Tauhu dipotong 4.
Letakkan dalam pingan
Letakkan hirisan timun dan taugeh di atasnya
Tuangkan kuah rojak bila telah bersedia untk menikmatinya.


Dah makan tak kan tak de air pulak untuk membasahkan tekak?
Ada.. jangan risau, ita dah sediakan air nenas sebagai penghilang dahaga.
Untuk penyediaan air nenas ni cukup mudah. Hari tu ita nampak Mat pun buat air nenas. Caranya lebih kurang sama aje.. Cuma ita lebih suka nenas tu diparut. Ita buang dahulu empulur tengahnya dan ita parut. Biasa kalau sebijik nenas tu ita hanya parut sebelah sahaja yang sebelah lagi tu ita dadu. Untuk menyediakan air batu Malaysia nenas pun ita biasa guna cara yang sama.


Nenas yang dah parut dan dadu tadi ita masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air. Air tu terpulang lah nak banyak ke nak sikit. Agak-agak aje lah kan.. pas tu letakkan gula. Gula pun ikut citarasa kita. Biasa ita suka buat manis sikit sebab nanti nak letak ais.
Kemudain kita masak lah sampai gula larut dan terbit aroma nenas dari buah nenas yang kita parut tadi.. satu rumah berbau nenas tau!

Bila dah didih, ita tambahkan pewarna kuning dan letakkan sedikit esen nenas.
Biar dia masak sekejap kemudian tutup api.
Biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk masuklah dalam botol dan letak dalam peti ais supaya sejuk. Bila nak menghidang letakkan ais untuk rasa yang lebih dingin dan segar. Mudah je kan..


SELAMAT BERPUASA





26 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Mahu berapi makan mee hoon goreng cili api tur azlita.. :D

Tapi nasib baik ada jus nenas yang mengancam tu :))

Salmi Khairil said...

tengok gambar jer dah membuarkan saya terliur..oppsss puasa lah

Eny Yusnizar said...

sedapnye rojak tauhu tu kak ita... harus dicuba thanks ye :))

faa.rosli said...

akak..cuba laa buat kuey teow kungfu..hihihi..sedappp..

Ummi said...

Weeeeeeee..walaupun mihun sempoiii jek Ita ooii...tp gandingan dgn tauhu bakar segala dgn air nenasnya lgk....adeeii...licin laaa pinggan kaann....hehe, mantopss!!

ilahjy said...

dek ita..semalam kak juga minum air nenas..tapi beli dlm botol laa..hehehe. org rajen ....

hanieliza's cooking said...

seronoknya menjelejah ruang masak Puan Azlita ni..dan yg amat seronok lagi sbb ada resipi kakliza.....
terimakasih atas kepercayaan mencuba esipi kakliza...

fazian.batrisyia said...

sedapnya...rindu nak makan cam tu...air nenas pun kegemaran...

siti sabri said...

Salam akak ita.akak beraya di kb ek thn ni.
Nanti bleh lah kita jumpa kat sana..mana lah tahu akak sudi dtg umah mak sy nanti..tetamu seblebriti dtg..confirm kecoh nanti;-)

ibh_sue said...

Kak Ita...Jamu mata pun dah terliur tgk menu akak.

mimie kesuma said...

assalam kak ita....
air nanas tu,,,,,erggg....terliur...xixixi
selamat berpuasa kak... ^^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wah cili api?sedapnyeeeeeee.rojak tauhu pun nmpk sedap

susumanis said...

hari hari kena jengah dapo akak yg osemm nih :-)

rostina76 said...

belum terlambat rasanya nak wish selamat berpuasa utk k.ita & family...ros terliur le tgk rojak tauhu tu...huhu!!senang je resepinya. blh gak ni try nanti.tq

rostina76 said...

belum terlambat rasanya nak wish selamat berpuasa utk k.ita & family...ros terliur le tgk rojak tauhu tu...huhu!!senang je resepinya. blh gak ni try nanti.tq

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Joining you la kak! Pengsan love everytime masuk rumah maya akak ni...hehe :)

Saleha said...

tak sbar nak tunggu persembahan biskut raya k.ita

Nurulatiki Ibrahim said...

salam..kak ita,kota bharu kat mana?mana tau boleh jumpa kak ita..

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita ...

hari2 mesti nak singgah dapur kak Ita dan tengok combination menu berbuka akak.
Hari nie ..... Air Nenas tuu sangat membuat Nina TERUJA !!!! Sedappp nyer nampak~ Aduhhh .... puasa puasa!
hehehe . . .

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ita...

Hari ni birthday Kak Liza tau. Kebetulan pulak Ita post resepi dari Kak Liza... hehe...

Mihun dan rojak memang favourite mama... :)

suhaina aji said...

Dear Azlita,
Assalamualaikkum.
Ramadhan Kareem. I always love all ur posts even though I cannot understand what u have written. Ur clicks are just amazing and I come in here for inspitation.
Keep up the goodwork and I pray that Allah(SWT) may shower his blessing upon u.
It would be nice if u could do a write up of how to Improve taking photos in food photograhy? I know u are a very busy person but do consider my request if u have time.
Take care.

Nur-nba said...

Semua menu sedap.. Menarik sangat untuk dicuba.

KG said...

time posalah i wish i'm your nbor, tak dapat all this dapat bau pun ok!

Yani said...

Assalam Kak Ita...
Selamat hari raya... opppsss awal lagi la. Selamat berpuasa Kak Ita & Family..Dah buat persiapan utk biskut raya ke?... Kalo tak silap thn lepas akak ler antara org terawal berbiskut raya dan dr tayangan semekut raya akak juga ler yg mmenggoda sy utk buat sama..

Leah said...

Salam Sis Ita saya suka melunsuri blog sis kerana banyak manfaat yang saya dapat,terutama pada bulan Ramadhan ini.Resipi2nya boleh saya jadikan menu untuk berbuka puasa.Terima kasih sis :)

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita
Salam Ramadhan;
Sedapnya Mee Hoon goreng cili padi...terliur Kak Lin..

Powered by Blogger.