Follow if you like

Jul 8, 2012

KEK OREN MARKISA

Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu kepada semua teman-teman sekalian. Tengah buat apa tu?
Tengah makan tengahari ke? atau tengah melayan mata yang hampir layu akibat  dah kekenyangan.. hihi
Tak ke mana-mana ke hari ni?
Ita ingat minggu ni tak keluar lah, ita nak dok rumah dan kemas rumah. Dah lama tak mengemas, nampak tingkap-tingkap pun dah berabuk. Barang-barang dalam almari pun dah bersawang. Lama ita tak kemas, sejak balik umrah terasa macam penat sangat, sibuk memanjang mengalahkan menteri pulak!


Jadi hari ni memang plan nak kemas rumah. Rumah ita ni kalau nak kemas bukan boleh sehari dua, mau makan minggu. Ialah kita buat sorang-sorang tak de pembantu. Nasib hari ni suami ita tak kerja, jadi boleh lah ita ajak suami ita alih-alih perabut.. haha itu memang kesukaan ita tu.. alih sana alih sini.. senenarnya ita ni cepat bosan kalau susun atur rumah asyik macam tu aje. kalau kita ubah sesekali terasa kelainan sikit, baru lah datang semangat dan idea nak memasak.. tak gituuu.. ^_^


Pasti ramai yang meminati buah oren. Selain warnanya yang memikat buah oren juga kaya dengan vitamin C. Sebenarnya banyak lagi kandungan dan khasiat yang boleh kita dapati daripada sebiji buah oren, antaranya
  • Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
  • Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
  • Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
  • Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
  • Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
  • Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
Selain daripada jus dan serat yang terkandung di dalamnya, sebenarnya kita tidak ketahui bahawa kulit lapisan putih buah oren itu., mengandungi kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan kita juga..


Selain di makan mentah atau di jadikan jus, buah oren juga selalu dijadikan hidangan dalam masakan terutamanya untuk membuat kek. Baunya yang harum dan rasanya yang masam manis menjadikan kek itu lebih lazat, enak dan tak jemu untuk dinikmati.

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi kek yang simple tapi ada kelainan. Resepi ni ita ambil dari sebuah buku masakan Baking With Fruits. Sebenarnya resepi asal adalah Grapefruit Cake hasil olahan Kevin Chai. Resepi menggunakan buah grape fruit, iaitu sejenis buah limau yang besar, isinya sedikit kemerah-merahan dan rasanya masam. Tapi sebab ita tak jumpa pula semasa pergi ke pasar, ita gantikan dengan buah oren dan buah markisa.

Mungkin tekstur buah markisa yang berbiji, maka agak susah sikit nak dapatkan potongan yang cantik pada jelly tu. Tapi rasanya pada ita serasi. Gabungan antara oren dan markisa tidak sedikit pun menghampakan ita.



KEK OREN MARKISA
Olahan dari resepi asal : GRAPEFRUIT CAKE
By: Kevin Chai

Kek Span Oren
4 biji telur
80g gula kastor
90g tepung
60g mentega dicairkan
1 biji Parutan kulit oren

Pukul telur dan gula hingga kembang
Tambakan parutan kulit oren dan pukul rata
Ayakkan tepung dan kaup balik adunan dengan spatula
Akhir sekali masukkan mentega cair dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Sediakan loyang bersaiz 25cm x 35cm
Oleskan dengan minyak dan alaskan dasar loyang dengan kertas minyak
Tuangkan adunan kek dan bakar pada suhu 170C selama 30 - 35 minit
Setelah kek masak, terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk

Krim Oren
120g krim putar (Whipping Cream)
1 sudu besar oren sunquick

Satukan adunan dan pukul hingga kembang dan betanduk

Jelly Markisa
600ml air
40 gula kastor
40g serbuk jeli segera
150g isi buah markisa

Satukan semua bahan kecuali isi markisa
Panaskan atas dapur sehingga gula jeli melarut
Tutup api dan tuangkan isi markisa
Kacau rata
Tuangkan dalam loyang 18cm x 25cm
Biarkan mengeras

Penyediaan
Kek span dipotong kepada 2 lapisan
Letakkan sekeping kek span dan ratakan krim oren di atasnya
Lapikkan sekeping lagi kek span
Sapukan selapis lagi krim oren
Akhir sekali letakkan lapisan jeli markisa
Simpa di dalam peti ais hingga krim sedikit mengeras
Hias kek mengikut kreativiti
 

15 comments:

Cik Honney said...

Yummy..masuk blog kak ita nie je mesti terasa lapar..hehe..

Gee® said...

wow! sgt menarik & menambat selera....

norhanim md zain said...

assalam ita satu kelainan. menarik.emm gambar terbaik gebus aja tengok kek. kena cuba nie:-)

ummiaisyah said...

cntikya kek tu...lapisan jeli tu nmpak cam buah segar!
always neat n nice dr kak Ita...like 100 kali!

Kamsiah said...

salam
ita...serius saya cakap..ita layak buat buku resepi sendiri...
cara pic diambil sgt2 cantik dan berseni

Azie said...

Cantik tapi sekadar boleh tengok. Hubby dan anak anak tak suka makan kek dan biskut...

Sari Yusa Ibrahim said...

ni kalau nak potong mesti pelan2 menikmati keasyikannya.. hehe

Wani said...

salam kak ita .. gambar yang menggoda lagi memikat jiwa terasa nak makan hihi3 .. kreatif kak ita ni memang kombinasi yang menarik ..

Kak Nita said...

mmg comelll...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Regret entering your space la kak! Aduiiii takleh tahan tengok kek yang cun melecun itu!!! Rasa nak jilat je skrin ni...ooops! Hehehe..:)

rahel said...

Sedapnya kek tu kak..terliur nampak..yang markisa tu lagi masam manis..

i'mNOTmasterchef said...

lawanya kakk!
terliur tgk!

Kak Sam said...

selamat mengemas yea kak.

mashitah said...

salam sis,
sedapnya kek comel nie....

Marina Azmi said...

kak ita, nak tanya sikit...jelly yg letak atas kek tu...kita letak masa jelly tu masih cair atau dah keras?

Powered by Blogger.