Monday, July 9, 2012

JUS APPLE CELERY

Assalamualaikum



Bertemu kita semula di minggu baru, pastinya dengan semangat yang baru setelah beberapa hari bercuti dan berehat dari kesibukan tugas di pejabat.
Bagi suri rumah, sudah semestinya tugas sentiasa di galas, semakin cuti semakin sibuk dengan tugasan di rumah yang tak pernah berkesudahan..


Hari tu ita dah ceritakan serba ringkas khasiat buah apple kan? banyak sangat rupanya kebaikan dan khasiat buah apaple, sebab itu kita di sarankan untuk memakan sebiji apple setiap hari untuk menghindari diri kita dari di hinggapi sebarang penyakit. Kalau ada yang belum berkesempatan untuk mengetahui khasiatnya boleh lah baca di SINI

f/4 ISO 100  ~ out door ~ masa : 10 pagi

Hari ni ita nak kongsikan satu minuman jus yang berkhasiat yang sangat baik untuk melancarkan sistem penghadaman. aaaa... bagi mereka yang selalu mengalami masalah dalam sistem penghadaman atau kesukaran membuang hadas atau masalah sembelit, inilah jawapan bagi setiap permasalah itu.

Jus Apple Celery, sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman. Penyediaan nya cukup mudah, hanya perlu kisarkan epal hijau dengan batang saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Boleh juga jika ingin tambahkan sedikit perahan lemon. Jaga permakanan, terjagalah kesihatan....   Selamat mencuba!




 p/s ~ ramai yang bertanya macam mana ita ambil gambar yang belakang putih tu kan? Nanti jika ada kesempatan ita akan buatkan satu n3 tunjukkan cara macam mana ita ambil gambar tu, sebab kalau nak terangkan dengan cara bertulis ni agak sukar, sebab ita takut nanti ada yang kurang jelas. Tapi ita tak pastilah kaedah yang ita guna pakai ni betul atau tidak dalam teknik mengambil gambar sebenar.. hihi ^_^

Ita tak pandai nak edit gambar, jadi biasanya ita set betul-betul gambar dalam camera. Ita akan pastikan betul-betul gambar yang ita ambil seperti apa yang ita inginkan. Oleh itu banyak sangat yang ita kena buat sebab gambar yang terhasil tu tak perlulah nak di edit.

Pertamanya seting dalam camera sama ada nak guna RAW atau JPG untuk sesuatu gambar. Setiap gambar yang ita ambil ita set berbeza-beza mengikut situasi yang ita inginkan, samaada ita inginkan ia nampak fresh (cerah) atau cozy ( gelap).

Berapa pula ISO untuk gambar cerah dan gelap. Di manakah letaknya seting untuk meter. Berapa pula shutter speed dan aperturenya. Itu belum lagi termasuk macam mana dan di mana props itu di ambil, in door atau out door. Tapi bergantung juga pada cuaca, samaada hari cerah atau mendung. Ok lah nanti kita cerita bila ita punya kesempatan untuk berbuat demikian. ^_^




16 comments:

NEKCIK said...

Salam Ita..Nekcik pun selalu buat apple juice + celery + peria katak untuk kurangkan kadar gula..sebab Nekcik ni pemanis orangnya..hi..hi..berjaga sblum ada!!

Ruby's Delight said...

Nice jus n nice picture kak..mmg suka semua picture akak..Kelasss Gituewww...Tq sudi shared, kak.

Sari Yusa Ibrahim said...

boleh kempis perut nikan... best!!

Lawa Collections✿ said...

berkhasiat...nampak sedap...tapi sedap ker? kena cuba ni...

Siti Aisya mzm-fc said...

Salam kak ita..selamat pagi..
bestnya minum air epal pagi2,cepat lawas ekeke..
saya sentiasa ternanti2 kak update blog.. blog kegemaran !

CT Delima said...

AS'salam Azlita

Rindu sangat2 nak menyapa Ita diblog ni sebenarnya hihihi. Rindu juga nak melihat keindahan masakan dan deco2 dari Ita juga.

Maaf tu hari balik JB tak berkesempatan nak singgah rumah Ita. Bawak IBU mertua cari baju raya dia kat Angsana hari Sabtu sampai petang dok bejalan ukur jalan hahaha. lepas tu dok lepak2 bual itu ini.Ahad pagi dah balik semula ke KL.

Kalau citer bab makan epal ni Ita hari2 dok makan, memang tak pernah skiplah buah epal tu dalam hidangan ct hari2. anak2 pun suka makan macam tu aje. Terima kasih berongsi tip yang berguna ni ya Ita..harap2 lepas ni freshlah penghadaman ct nanti hehehe.

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita,
menyegarkan nmpak jusnya...

x sabar nak baca perkongsian akak pasal cara nak shoot pic tu....:)

Bicara Kak Noor said...

waalikumuslam Ita..
jus yang simple dan berkhasiat yang akak jarang buat,pernah sekali je itu pun dah lama kena buat lagi nampaknya ni sbb tergoda dgn gambar yg Ita ambil tu menarik sekali...

Amie said...

Hai Ita,
epal hijau memang banyak khasiat untuk kesihatan, gambar yang diambil pun sungguh menarik!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Semua yang baik2 utk kesihatan, love takkan ikut...hehe. Jahat kan. Pernah suka sgt jus celery ngan apple..setiap pagi mesti nak minum. Lately dah tak minum pulak..dah malas. Akak dah remind me now...thanks dear!!!

You shld open a photography class la kak. Am speechless as always! :)

ibh_sue said...

Aslmkum kak Ita.
Nih favorite sue nih. Mula2 dulu minum kat SR, lepas tu sedap la pulak..so sllu lah buat air ni sendiri. Jimat sikit, kalau minum kat kedai mahai. :)

ilahjy said...

dek ita kak ilah tak heran dng khasiat tuuu hehehehe dah terbukti..tapi yg dok heran dgn gambr2 dek ita ni..makin hari makin mengancam jiwa kak ilah..kak guna dslr 1100 tuuu tapi tak retiiiii laaaaaaaa huhuhuuukkk.... kak ilah nak terbang ke johor lah nak belajauuuuu dgn dek ita...

zila norazila said...

salam kak ita, byk tul khasitnya upanya..biasa zila amik buah apple jew..tu pun mkn gitu jew..nnt nk try jgk la..akk thnks kongsi tips ambil pics tu..aduii..zila mmg x reti jgk nk amik pic yg baik..main tgkap2 jew la..tp mmg nk try sampai boleh jadi cantik cam pic akk..he hheee..verangaann jew kan:)

faa.rosli said...

faa ske mkn celery kalo masuk lam sup or tom yam je..hehehe

sedap ke celery ni?faa penah tgk org putih isi coklat kat tgh2 celery ni pastu tabur coklat cip/m&m n mcm2 ag then bg anak dia mkn jadi snek...cam xsedap je..hehehe

PatinPasta said...

Kak Ita,
Saya memang suka sangat tengok cara photography Akak, amazing and creative!

Hmm.. kalo back drop gelap pulak (cosy ambiance), macam mana Akak balance kan supaya objek (food) tu tak jadi gelap sama ek?

Thanks :)

dayana yana said...

memang lazat......
kalau akak order air,
pastinya jus epal hijau ...
segar....